Penasihat 20%

Assalammualaikum kepada para pembaca blog sekalian, semoga berada didalam keadaan sihat sejahtera….Alhamdulillah kita diberi rezeki kesihatan dan umur yang panjang untuk hidup didunia ini. bagaimana dengan pelaburan emas anda…menguntungkankah?mengecewakankah?atau pun boleh la?hehehe mesti ramai diantara pembaca-2 blog geng ada dalam kelompok ketiga-2 ini…

kali ini geng nak tulis pasal penasihat 20% pulak….hehehe kenapa tajuk geng kali nie begini?geng nak minta bayaran ke keatas keuntungan yg pembaca perolehi dari pembacaan blog geng ini?tidak sama sekali..jangan la pikir begitu…apa yg geng cerita didalam ini adalah wakaf untuk para pembaca semua semoga dapat menjadi panduan atau motivasi dikala sempit..

sebenarnya geng baru lepas mendengar ceramah agama yg disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias,

http://www.albarakah.org/sejarah-albarakah

dalam ceramah beliau ustaz menceritakan kisah Nabi Musa yang Allah ceritakan kepada Nabi Muhammad didalam Al-Quran surah Taha. seronok jika para pembaca membaca ayat ini http://quran.com/20 surah yang telah melembutkan hati Omar sahabat Rasulullah untuk memeluk islam dan banyak khasiat-2 dan kisah teladan yang kita peroleh dari surah ini.. ringkas yang geng nak ceritakan disni adalah , Nabi musa Allah kurniakan beberapa mukjizat untuk berdepan dengan Firaun yakni tongkat bertukar menjadi ular, tangan Nabi Musa bercahaya dan membelah laut semua ini adalah dengan izin Allah nabi musa dapat lakukan untuk melawan dgn ahli-2 sihir Firaun. diulas oleh ustaz kazim, firaun telah mengaku dirinya tuhan disebabkan ini Allah telah memerintahkan Nabi Musa berdepan dengan firaun dan menasihati firaun agar kembali menyembah Allah. dibuktikan kepadanya mengenai kekuasaan Allah tapi firaun masih berdegil, firaun pun ada akal, dia pun tahu membezakan yang mana satu sihir dan yang mana satu rialiti akan tetapi disebabkan oleh sifat bongkak dan menerima pendapat dari penasihat-2 berkepentingan maka firaun masih menolak akan dakwah Nabi Musa, dan peristiwa ini Allah rakam kan didalam Al-Quran untuk kita mengambil iktibar

bila geng mendengar ceramah ini, geng mendapat satu ilham, betul jugak, kadang kala kita nie bila dah bersimpang jauh jika tersalah minta pendapat atau nasihat dari orang yg salah, silap-silap kita akan terpesong terus. terutama jika kita berjumpa dengan orang-2 yang ada kepentingan atau agenda tersendiri. setelah difikirkan akan hal ini, geng pun terfikir adakah para pembaca membaca blog geng ini terus menerima bulat-2 apa yang geng ceritakan atau pun para pembaca ambil tindakan terus mengkaji apa yg geng hujahkan disini?

para pemabaca sekali, ada kalanya kita ini dikaburi oleh nafsu kita tersendiri, dan adakalanya bila kita dalam terdesak akan ada orang yg ambil kesempatan dan jika kita tak berhati-2 tengelamlah hidup kita, seperti yg berlaku pada Ahmad Nisfu dalam filem 3 Abdul arahan P.Ramli

dalam filem ini sadiq sigaragar (ahmad nisfu) merupakan seorang hartawan yang membuka kedai-2 antik…orang kayalah, tetapi akibat sikap perasaan sayangkan harta dunia, risau akan kekurangan harta dan rezeki yang tak jelas dia mula mencari jalan bagaimana nak banyakkan harta dan dia meminta bantuan seorang pakar iaitu Kassim Patalon (salleh kamil).

akibat mendengar nasihat putar alam nak tmbah kekayaan, sadiq sigaragar pun menjadi tamak dan ingin membolot semua kekayaan yang ditinggalkan oleh Ismit Ulam Raja kepada anak-anaknya, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. dengan mengunakan anaknya sendiri mereka telah berjaya menipu 2 dari 3 anak Ismit Ulam Raja dan berusaha nak menipu anak bongsu Ismit Ulam Raja tetapi gagal, usha diteruskan untuk menipu , berbagai helah digunakan tetapi gagal yg akhirnya balik kepada mereka menjadi papa kedana

dalam kisah ini kita dapat lihat asalnya seorang yg baik, rakan karib kepada ismit tetapi akibat tamak dan diambil kesempatan oleh penasihat yang nak untung atas angin, makan % lalu terpesong dan menjadi hamba

Sidiq takkan dengar nasihat dari orang biasa…sidiq takkan dengar nasihat ulamak tetapi sidiq mendengar dari penasihat yg hanya datang membawa beg, berpakaian kemas dan berkot dan sidiq tak fikir apa akibatnya dikemudian hari kerana sudah tamak…

inilah kisah teladan yg boleh kita ambil untuk dijadikan pengajaran dalam hidup kita,

para pembaca sekalian setiap kita ada berbagai masalah-2, dan masalah itu insyaallah boleh diselesaikan jika kita bersabar dan berfikir secara waras dan berilmiah. kita sekarang dah malas berfikir kerana kita nak sesuatu keputusan itu cepat, contoh

jika kita nak tambah income, apa patut kita buat? jawapannya buat lah biz,

biz apa?terpulanglah, asalkan halal dan memberi pulangan

setiap perniagaan keuntungan bukan dapat dijana dalam masa sebulan atau setahun tetapi paling sikit 5 tahun ini adalah untuk kekalkan perniagaan kita untuk menjadi Finacial Fredom bukan dalam masa yg singkat, Tan Sri Syed Bukhari pun perlukan 36 tahun untuk mencapai apa yg dia capi sekarang, kenalah bersabar dan buat sesuatu mestilah berterusan dan FOKUS!!!

jangan lari dari fokus, fokus kepada satu, contoh jika anda nak ternak lembu, ternak lah lembu sahaja, timba pengalaman dll

semuanya perlu kesabaran. dan jangan ikut nafsu, jangan bertukar-2 perniagaan jika satu perniagaan gagal. kena ada hikmah dalam buat biz.

apa yang penting study sesuatu bidang dgn betul, kumpul ilmu, dan cari mentor yg betul, jangan hanya bila kita lihat iklan dimedia-2 kita dah caya , sabar study dulu, Allah ciptakan Akal untuk kita berfikir, gunakan sepenuhnya

contoh lagi macam pembaca baca blog geng nie lah, dalam blog geng geng banyak ceritakan mengenai pelaburan emas, beli emas fizikal terutama dari syarikat Public Gold, dan jika nak jadi dealer jadilah dealer Public Gold, tapi kenapa bukan syarikat lain? terpulanglah kepada pembaca, geng hanya menulis dan menceritakan dalam blog geng, selebihnya para pembaca kena buat kajian sendiri, fikir sendiri, buat siasatan betulkah apa yg geng ceritakan, macam sekarang harga emas turun, orang mula risau akan kejatuhan harga emas, mereka risau akan harga sekarang kerana mereka beli sekarang tapi mereka dah lupa harga emas dah naik 530% selama 10 tahun, tak ada sesiapa pun yg ambil kisah atau ikhtibar…betul ke?lah cuba lihat graf dibawah

naik kan?jadi nak bagaimana lagi? ok satu lagi cuba kita fikir….kenapa Nisab ZAKAT dikira dengan merujuk kepada berat emas semasa?85gam? kenapa tidak dinilai dengan benda lain? geng ada koleksi nilai zakat yg geng peroleh dari pejabat zakat negeri kedah, boleh download

http://www.zakatkedah.com/portalimages/Doc/Nisab.pdf

pembaca boleh lihat, untuk bulan 11 tahun ini nilai nisab zakat adalah RM14,446.66 untuk 85gram jadi untuk 1 gram adalah RM169.96. bagaimana pulak pada 5 tahun lepas pada tahun 2007 nisab zakatnya adalah RM6966.30 untuk 85gram dan 1 gram jatuh pada harga RM81.96 kalau tak percaya tuan-2 boleh kira sendiri. dan adakah nilai emas akan susut?dan adakah emas satu hari tidak akan bernilai?jawapan ini hendaklah anda cari sendiri, jika anda seorang islam anda pasti akan dapat jawapanya

tapi ingat jangan terima bulat-2 apa yg geng ceritakan , fikir baik-2 buat kajian, jika anda didekati oleh individu yang mahu anda melabur dalam emas, dengar dulu dan balik fikir sebelum buat keputusan, sabar dalam buat keputusan insyaallah anda takk salah melabur

semoga anda diberikan jalan yg benar dan tidak didekati oleh orang-2 yg cuba mengambil kesempatan keatas anda semua

sekian wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Kemukakan Dalil!!!!

Assalammualaikum kepada para pembaca, semoga berada didalam sihat sejahtera….setelah geng post kisah artikal yg terdapat dalam Harian Metro dalam FB dan kemudian geng ulas dalam blog geng nie.terdapat pihak-2 yang masih tak berpuas hati…seperti geng kata kalau tak suka dan takleh terima pendapat orang, jangan la marah-2…

setiap orang ada pendapat masing-2 dan pendapatnya mesti disokong oleh beberapa fakta…begitu juga dengan pendapat geng….isu sebenar artikal itu adalah pembelian emas melalui arrahnu dengan kaedah pajakkan…

geng bagi pendapat yang kaedah itu salah dan tak boleh dilakukan…kerana bersebab…dan geng ada sebabnya..bila geng kata riba dan bidaah..mereka kata kemukakan dalil….baik…geng akan berikannya

sebelum tue geng nak cerita bagaimana amalan gadaian ini boleh berlaku dan bagaimana arrahnu boleh wujud…

sebenarnya arrahnu sekarang ini digunapakai setelah mengikut amalan yang dilakukan oleh rasulullah iaitu sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah r.a. yang berkata:

Rasulullah SAW pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dan baginda menggadaikan kepadanya baju besi baginda. (riwayat Bukhari).

ini dalil gadaian yg geng pegang….baik mari kita lihat apa kaitan dengan isu artikal

isu diatas adalah pembelian emas mengunakan arrahnu yg digelar skim 30:70 atau 35:65 nisbah ini adalah merujuk kepada wang pembeli : wang arrahnu, dan nak diterangkannya adalah melalui senario ini.

senarionya

Ali hendak membeli emas 100gram , lalu dia berjumpa dengan penjual emas bernama Abu. harga emas sekarang ini jika dibeli adalah RM190/gram jadi 100gram emas harganya RM19,000.00 jika dibeli ditangan. Ali tidak cukup duit nak beli emas 100gram itu lalu abu berkata, yang Ali tak perlu bayar penuh hanya perlu bayar 30% sahaja, lagi 70% arrahnu akan bayarkan melalui pinjaman pajakkan tapi harganya adalah mengikut nilai gadaian di Arrahnu, lalu Ali pun bersetuju. mereka berdua ke arrahnu. Abu memberikan Ali emas 100gram untuk Ali pajakkan diatas nama Ali sebab Ali nak beli emas itu.

Ali menyerahkan emas 100gram kepada pegawai Arrahnu. emas yg dipajakkan oleh Ali tadi harganya adalah mengikut nilai gadaian yg terdapat pada arrahnu iaitu RM205/gram dan nilai marhun emas 100gram itu adalah RM20,500.00 dan pihak arrahnu menyerahkan wang 70% drpd nilai marhun tadi kepad Ali..iaitu berjumlah RM14350…..Ali berjumpa semula dengan Abu…lalu Ali menyerahkan wang itu kepada Abu….dan menyerahkan baki lagi 30% kepada Abu yang berjumlah RM6165…selesai

Abu pulang dengan keuntungan jualan emas 100gram dan Ali pulang dengan sekeping kertas yang menyatakan beliau berhutang RM14350 dengan pihak arrahnu dan perlu bayar upah simpan untuk emasnya didalam arrahnu selama mana disimpan didalamnya….upah simpan di dalam arrahnu adalah RM0.75 bagi setiap RM100 dari nilai marhun

ok jika kita lihat disini…bolehlah kita dapati perbuatan mereka berdua adalah melanggar amalan yang dilakukan oleh rasulullah…

dimana Ali memajak emas yang bukan miliknya sedangkan rasulullah memajak baju besi milik baginda sendiri…maka ini adalah pelanggaran amalam Rasulullah yang digelar Bidaah

selain dari itu urusniaga jual beli diantara Ali dan Abu telah melanggar peraturan jual beli yg disyariatkan oleh syarak dimana urusniaga mereka berdua ada 2 akad didalamnya iaitu akad jual beli dan akad pajakkan. ini salah

dan jual beli emas secara Ali bayar 30% dan hutang 70% adalah pembelian emas secara tertanguh dan ianya berunsur RIba seperti yg geng dah terangkan dalam artikal yg lepas

jadi kepada para pembaca diharap dapat memahami dan faham kenapa geng tak setuju akan pembelian emas secara ini….kecualilah ada FATWA jelas menyatakan boleh beli emas secara tertanguh, dan boleh beli emas dengan bayarah separuh-separuh …selagi tak ada yg jelas terang lagu bersuluh….jangan buat pasal…jangan main-main hukum Allah

geng tak suruh pembaca percaya apa yg geng tulis…tapi geng minta pembaca kaji betul-2 apa yg geng tulis…buatlah penilaian sendiri…takguna kita kaya, kita mewah dan banyak emas bertan-tan tapi semua akan jadi bahan pembakar kita di hari kiamat….iangatlah firman Allah :Allah dan rasulnya akan memerangi riba besar-besaran…..iangatlah wahai rakan-2

Tak guna kita ada emas berkilo-2 keuntungan berjuta-2 jika hasilnya dari RIBA

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Elak Tertipu beli emas (ulasan geng916)

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian, geng berharap anda diluar sana berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta….

rasanya belum terlambat untuk geng ucapkan selamat menyambut hari raya korban dan selamat pulang kepada jemaah-2 haji kita, terutamanya kepada pembaca-2 blog geng yang baru pulang dari menunaikan fardu haji…Alhamdulillah…seronok bila kita dengar kisah-2 dari jemaah-2 haji yg baru pulang….rindu rasanya geng nak minum air zam zam…

baiklah artikal kali ini adalah mengenai satu artikal…yang diemailkan kepada akhbar harian metro….geng pun terkejut sebab kebetulan dari johor..kalau ditulis nama kan best…hehehe oklah…disebabkan ramai bertanyakan kepada geng mengenai artikal ini…dan minta geng ulas…maka geng pun nak ulas…cumanya ulasan geng ini adalah berdasarkan pendapat geng sendirilah…jadi jangan lah marah-2 jika anda tak setuju dengan pendapat geng…pendapat masing-2…pendapat orang takleh kit kata salah….sebab pendapat….kalau nak kata salah baik jangan minta pendapat atau minta orang ulas…betul….jadi mari kita mulakan….

baik jadi geng nak repost semula artikal itu dalam blog geng

sumber:- Harian Metro m/s 22A 14Nov 2011

Elak tertipu beli emas

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
 
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
 
Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
 
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.
 
Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.
 
Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu
 
Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.
 
Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.
 
 
Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.
 
Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.
 
Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.
 
Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.
Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.
Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.
 
Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.
Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.
Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.
 
Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.
 
Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.
 
Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.
 
Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.
Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.
Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.
Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.
Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.
Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.
Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.
Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.
Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.
Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.
PELABUR EMAS SEJATI Johor Bahru

 

———————————————————-tamat artikal——————————————————-

 ulasan/komen/pendapat geng…

pada pandangan geng luahan didalam artikal diatas ada betul dan ada kurang tepat..

geng tak salahkan pengirim email ini…mungkin dia nampak sesuatu yg orang lain tak nampak iaitu implikasi berhutang dalam membeli emas

dia juga menegaskan mengenai kaedah pembelian emas secara skim 30:70 yang dilakukan oleh segelintir penjual-penjual emas ….tak kiralah penjual itu menjual emas dari syarikat mana pun…sama saja….

baik geng nak sentuh satu per satu dari artikal di atas, dan geng nak ulang sekali lagi…ini adalah pendapat geng bukan pendapat orang lain…

untuk makluman pembelian emas melalui kaedah 30:70 atau 35:65 ada geng terangkan dalam 2 artikal yang lepas…sila baca

http://geng916.com/2011/05/ar-rahnu-salam-pengenalan/ dan http://geng916.com/2011/05/awasi-riba-dalam-pembelian-emas/ 

jadi geng tak nak ulas panjang lagi bab ini..

sebenarnya jika anda buat loan untuk beli emas adalah lebih baik satu loan sahaja…..jika anda terlibat dgn skim pembelian ini anda telah terjebak dgn 2 loan…..di mana ada dua loan itu? baik mari kita lihat MO biz ini….

skim ini menawarkan pembelian emas dengan pembeli hanya perlu membayar 30% dari harga emas dan selebihnya yakni 70% diambil dari pajakkan emas…jadi katakan pembeli nak beli emas 100gram
harga di arrahnu…yakni nilai marhun adalah RM200/gram maka harga emas untuk 100gram adalah RM20,000…..maka pembeli hanya perlu membayar RM6000 dan baki lagi RM14000 akan diperoleh setelah penjual memajakkan emas itu atas nama pembeli dan arrahnu akan beri 70% kepada pemajak (pembeli) …lalu pembeli menyerahkan kepada penjual emas tadi duit yang dia dapat…..jadi habis bagi penjual….

manakala pembeli pula sekarang dia ada emas 100gram didalam arrahnu dan untuk ambil keluar emas tadi pembeli kena jelaskan pinjaman 70% yakni RM14,000.00 + upah simpan yg dikenakan oleh arrahnu kepada emas yg dipajak…

disinilah senario diatas bermula… kalau pembeli guna duit sendiri RM6000 tak apalah…dia tiada hutang lain hanya sekadar hutang dgn pihak arrahnu sahaja…..tetapi bagaimana pula jika berhutang? maka dia akan ada hutang untuk bayar 30%……..dan hutang dari arrahnu…

inilah 2 hutang yg wujud…..contoh yg geng bagi adalah sedikit…nak beli 100gram saja…..senario yg diceritakan dalam artikal diatas adalah RM30,000.00 untuk bayar 30% dari harga emas….perggg

jadi hati-2 ..jangan buat loan tak sihat….

baik pekara lain adalah sistem arrahnu….ada kesilapan sedikit geng rasa…maybe pengirim tak faham….sebenarnya kita tak perlu tebus emas kita jika sampai tempoh matang….hanya perlu tukar surat sahaja…maksud tukar surat…apabila dah sampai tempoh matang katakan 6 bulan…arrahnu akan tambah lagi 3 bulan…atau anda boleh renew surat pajak…atau digelar overlap……masalah overlap atau renew ini….jika anda buat semasa nilai pajakkan rendah dari pajakkan awal…anda kena bayar…..hehehehe…..contohnya

katakanlah anda pajak 100gram pada jan 2011 dan nilai pajakkan adalah RM189/gram…jadi nilai marhunnya adalah RM18,900.00 dan pinjaman pulak 70% jadi RM13230 …anda pun bayar bulanan RM500….cukup 6 bulan anda dah jelaskan RM3,000 maka baki adalah RM10230

upah simpan (bergantung dimana anda pajak) katakan RM0.75 dari nilai marhun setiap RM100 …maka lebih kurang RM141.75/bln kalau 6bulan RM850.5

jadi bila anda nak buat overlap….katakanlah 6 bulan selepas itu nilai gadaiana dah naik kepada RM200/gram…..maka

emas 100gram anda telah jadi RM20,000.00 dan pinjaman adalah RM14,000.00 maka arrahnu akan buat penolakkan….

pinjaman lama….RM10,230.00 + upah simpan RM850.50 = RM11080.50

pinjaman baru RM14000.00

overlap = pinjaman lama-pinjaman baru

=11080.50 – 14000.00

=RM2919.15…ini adalah baki….anda boleh ambil….tetapi pinjaman anda tidak berkurang ia semakin naik….inilah overlap….soalan akan timbul…bagaimana nak tebus emas itu? (ulasan dihentikan…hehehehe)

adapun ada juga arrahnu yang kita tak perlu renew surat pajak…hanya renew tarikh sahaja…dengan syarat kita bayar upah simpan…kaedah ini adalah lebih baik kerana kita hanya bayar RM850.50 pada bulan ke-6 dan nilai pinjaman kita masih sama seperti yg kita buat

jadi fikir dahulu…..

nasihat geng lebih baik beli ikut kemampuan…jangan menysahkan diri…nak buat…terpulanglah

sebenarnya dalam kes ini….geng tak kisah sangat….cumanya…geng kisahkan wujudnya riba dalam urusniaga emas ini….jadi terpulanglah…geng dah ulas…anda baca..tak faham boleh tanya…

ok.yang seterusnya…sekarang rugi sebab harga emas turun…seperti yg geng ceritakan pada artikal sebelum ini….mana ada harga emas turun…tak caya? baca artikal sebelum ini…insyaallah anda akan faham…

ok…geng henti dahulu setakat ini…jadi berhati-2…labur emas ini untung…cumanya jangan melebur sudah

(saja pilih gambar nie…hehehe cantik)

sebarang persoalan boleh diajukan kepada geng 0134353317

nak beli emas, nak jadi tokey emas boleh call geng…insyaallah sentiasa menanti pangilan anda

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Berapa banyak 1 Trillion?

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng 916…maaflah geng dah lama sangat tak update…bz..bz..bz…maklum la geng ada kerja hakiki…emas nie sambilan sahaja….hehehe sambilan pun boleh buat income banyak..Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi melalui emas nie…

hmmm harga emas kembali mendaki…

harga emas kembali naik setelah jatuh sekitar USD1600/oz….sekarang dah kembali kepada USD1766/oz, satu kelegaan kepada pelabur-2 emas terutama yg main emas maya…sebab risau akan pelaburan yg mereka buat hilang…maklum la tak ada emas ditangan…berbeza kepada pelabur-2 emas fizikal…emas naik atau turun mana-2 pun mereka suka..

ramai orang bertanya kepada geng…berapa % boleh dapat dengan invest pada emas ini….bulanan berapa?sebenarnya para pembaca sekalian…keuntungan dalam pelaburan emas dengan mengamalkan kongsep beli masa harga rendah dan jual pada harga tinggi amatlah tak sesuai untuk pelaburan emas jangka pendek…kerana emas-2 yg dibeli ada susut harganya bila dijual semula…jadi untuk melihat sejauh mana kita untung dalam pelaburan emas fizikal…kita kena lihat beberapa pekara….

1)berapa % keuntungan yg kita dapat

2)jenis emas yg kita nak jual

3)kepada siapa kita nak jual semula emas kita

baik mari geng ulas serba sedikit….sebelum tue mari kita lihat dulu graf-2 kenaikkan harga emas dalam RM/gram

dalam gambar diatas kita dapat buat kesimpulan bahawa sesiapa yg beli emas pada 03 November 2010 keuntungan yg telah mereka kecapi adalah sebanyak 34% ini lah yg dikatakan pelaburan jangka panjang…tempoh yg kita pegang emas fizikal dalam unjuran 1 tahun atau lebih….mari kita lihat graf dibawah pulak bila emas disimpan selama 2 tahun

untuk 2 tahun sahaja harga emas dah naik sebanyak 48.31% bagaimana kalau disimpan lebih dari 2 tahun….lihat dibawah

inilah % kenaikkan harga emas setelah 5 tahun….278.34%…boleh dikatakan purata kenaikkan harga emas selama 5 tahun adalah 55% setiap tahun….perggg..separuh dari pelaburan….bayangkan jika anda beli emas dgn harga RM20,000….ini bermakna setiap tahun anda akan peroleh keuntungan dari kenaikkan emas sebanyak RM10,000 …..ada ke pelaburan setinggi ini? bagaimana jika kita labur emas fizikal secara jangka pendek…senang cakap beli emas jual dalam beberapa bulan …lihat dibawah

dalam masa 6 bula kenaikkan harga emas adalah sebanyak 20% sahaja…ohhh masih tinggi….tapi bagaimana dibawah nie pulak?

 

jika kita lihat 2 graft diatas…boleh kita simpulkan…rugi…..ehhhh kata pelaburan emas untung…kenapa boleh rugi?inilah yg kita harus bijak memikir…bila kita beli emas pada harga tinggi maka kita kena hold emas tue lama sikit…

dari pada graf harga emas diatas…boleh kita rangkumkan pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan kita jika kit hold emas lama….jika kita nak singkat ianya sekitar 6 bulan sahaja…jadi selagi dibawah 6 bulan jangan jual…tapi kita kena lihat juga dimana kita nak jual emas kita…untuk makluman anda semua emas fizikal memiliki spread jika kita jual semula…spread ini boleh dikatakan susut harga..dimana bila kita jual semula emas kita…harganya akan susut sedikit….biasanya diantara 2%-45% bergantung kepada produk yg anda beli dan dimana anda jual…

biasanya adalah lebih untung jika anda jual semula emas anda kepada syarikat atau individu yg jual emas kepada anda…macam kedai emas…harga susutnya boleh cecah 25%-45%……

manakala jika anda jual ekpada peraih emas…biasanya 8%-15%

tapi jika anda jual semula emas anda di Public Gold…ini khas kepada emas anda yg anda beli dari public gold dan jual semula kepada mereka…susut harga hanyalah sekitar 4.5%-8% bergantung kepada berat emas anda…lagi berat emas anda jual lagi rendah spreadnya…jadi jika anda beli emas seberat 250gram pada bulan November 2012…dan adan jual sekarang…susut harga emas anda adalah sebanyak 4.5%..jadi jka kenaikkan emas selama setahun adalah 34%….keuntungan yg masih diperolehi adalah sebanyak 29.5%..masih lagi tinggi…jadi anda masih untung….inilah kelebihan membeli emas di Public Gold..

tapi kenapa harga emas boleh naik begitu banyak….kebanyakkan faktor sekarang adalah apabila krisis ekonomi melanda US dan Eropah….bila mereka hendak menyelamatkan ekonomi mereka …mereka mula menyuntik dana/ modal…..suntikan ini adalah dalam bentuk pinjaman…hutang dan hutang kena bayar…semua hutang ada faedahnya….dan bayangkan jika pinjaman itu hutangnya adalah usd 14 Trillion…..tuan -2 tahu banyak mana 14trillion?tak apa…mari kita lihat dulu 1 trillion….lihat video dibawah

berapa banyak USD1 Trillion

One Trillion Dollars Visualized

mengerikan bukan? banyak gile….boleh jelas ke hutang sebanyak tue?kita hutang PTPTN pun  penat nak banyar…jadi semakin banyak dollar dicetak…inflasi akan melanda…jadinya matawang dollar akan susut…ini yg dikatakan inflasi…bila inflasi berlaku…harga barang naik..emas dan esset-2 lain akan naik harga…

masalah inflasi ini bukan sahaja berlaku di eropah dan barat…tapi juga di malaysia…kenapa?tak percaya?..soalan saya …berapa harga barang yg biasa anda beli dulu dan sekarang?ada kenaikkan kan?itulah ….bukan harga barang naik…tapi wang ringgit malaysia kehilangan kuasa membelinya…..jadi jika anda ada RM200,000 dalam bank….dalam 10 tahun akan datang…hanya mampu beli beberapa barang sahaja…sekarang pun kita dah rasa…RM100 kalau ke giant atau tesco…boleh beli apa sangat..betul tak?

jadi tuan-2 inilah yg geng duduk cerita dalam blog geng nie…dah 2 tahun dah duduk cerita…suruh simpan emas…tukar simpanan tuan puan kepada emas…emas kalis inflasi…dulu-2 6000tahun emas bernilai..sekarang masih bernilai…

ok kepada anda jika nak tahu lebih lanjut….hanya perlu sms kepada geng di 0134353317 insyaallah geng pasti akan hubungi anda

kepada and yg nak beli emas..boleh hubungi geng jugak…tiada masalah…insyaallah…

mulakan menyimpan dalam bentuk emas…jangan risau..emas boleh disimpan dalam peti besi..peti besi boleh disewa…bukan sebulan tapi setahun…jadi jangan risau ..semua ada…

hubungi geng 0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Didik wanita melabur emas???

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian….

hmmmm …sedappppp…..hampir sebulan harga emas berada diparas rendah….hmmm rendah ke?betul ke rendah?hmmmm geng rasa tidak…tinggi dari awal tahun…betul geng tak tipu…tak caya ke?ok lihat graft dibawah….

 

untuk tahun nie..masih naik lagi….cumanya ye la bila kita mulakan pelaburan  tue….tapi jangan risau…insyaallah…anda masih tak rugi sebab emas yang anda beli itu adalah emas fizikal….bukan emas maya….kalau anda invest dalam maya….sorry la…hehehe geng tak dapat tolong..sebab bagi geng…tak best bila invest maya..walaupun untung…tapi bagi geng tak best…selain tue..tak patuh syariah….jadi buat apa…hehehe

kenapa best labur dalam emas fizikal? hehehe kerana kita akan sentiasa ada modal jika kita labur dalam emas fizikal….apa itu emas fizikal?…

emas fizikal adalah macam dibawah nie

ini lah contoh emas fizikal….emas yang boleh kita pegang…gengam…cium…gigit….raba..usap-2 dan lain-lain…..

dan apa pula emas maya…..haaa….emas maya adalah emas yg kita beli tapi tak dapat emas…dapat kertas atau buku…atau data….terutama macam orang main gold trading..macam nie

anda beli emas tapi dapat kertas apa hal.?hehehe

bila labur emas maya…anda hanya ada data dan kertas….tapi bukan fizikal emas…jadi jika harga rendah anda nak tambah modal….atau nak tambah pelaburan anda…soalan saya…mana nak cari duit?nak buat loan lagi ke?hehehehe…kalau buat berapa lama?3 hari?kalau anda ada emas fizikal ditangan…hanya perlu cairkan dengan dipajak diarrahnu…apa susah…beli lagi emas…hehehe….harga emas akan naik..insyaallah…yakin saja….sekarang pun dah naik sikit…lihat bawah

 

harga pada pukul 11.15pg tadi waktu malaysia 7/10/11

tapi masih rendah….relax la..ada 2 bulan lagi untuk habis setahun….pelaburan emas bukan pelaburan jangka pendek…bukan beli hari nie jual esok….untuk untung besar kena simpan lama sikit…lagi lama…lagi mahal…insyaallah…jadi jangan risau…

ok…sebenarnya geng nak kongsi satu laporan akhbar…hehehe..geng rasa ramai yg tak tahu pasal laporan akhbar nie..maklum la..keluar paper utusan…hehehe jai orang tak baca sangat..kenapa?hehehe malas geng nak ulas..bila libatkan politik…baik cerita bab emas..sedap sikit…ok..

ini adalah dari laporan akhbar utusan di sisipan MEGA…..hari ini..7/10/11

dan sumber dari tenet…http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1007&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive

 

 

Didik wanita melabur emas

 

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar ASWAD YAHYA

 

 

 

 
Selain untuk perhiasan memilik barangan kemas juga satu pelaburan jangka panjang.

 

 

 

Biarpun sehalus janggut udang barang hiasan emas tetap menjadi idaman golongan wanita sejak dari dulu lagi.

 

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa emas menjadi sahabat baik wanita yang melambangkan kemewahan dan status seseorang.

 

Bagi yang lebih bijak menjadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai harta yang boleh membawa keuntungan lumayan pada waktu diperlukan.

 

Malangnya, amalan itu tidak menjadi ikutan wanita generasi muda hari ini yang lebih suka kepada barangan berjenama lain bagi melambangkan kemewahan dan prestij.

 

Menurut Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul Kadir, seharusnya generasi muda hari ini mencontohi ‘orang lama’ untuk membeli barangan kemas sebagai hiasan dan pelaburan.

 

“Membeli emas hari ini sangat menguntungkan, ia bukan sekadar barang perhiasan yang boleh digunakan untuk bergaya tetapi juga aset penting memandangkan harganya semakin meningkat dari hari ke sehari,” tegasnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

 

Katanya, nilai emas yang sentiasa meningkat dengan konsisten mengikut harga pasaran emas dunia menjadikan ia komoditi terbaik untuk pelaburan jangka panjang.

 

“Sambil berhias dengan barangan kemas berkualiti pada masa sama wanita juga sebenarnya telah membuat pelaburan jangka panjang,” katanya.

 

Menurut Abdul Razak, sudah tiba masanya untuk golongan wanita mengubah cara hidup sekarang dengan menjadikan emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

 

“Sebagai contoh setiap tahun kita belikan emas kepada diri sendiri, atau pada anak-nak bagi menggantikan hadiah-hadiah lain.

 

“Biarpun nampak kecil namun nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa. Keadaan ini jika dibiarkan untuk tempoh tertentu pastinya mendatangkan keuntungan,” kata Abdul Razak.

 

Katanya lagi, emas boleh dijual semula mahupun digadaikan ketika masa sesak tanpa perlu menanggung susut nilai.

 

Bagaimanapun beliau menyeru supaya membeli emas di tempat atau di kedai yang mempunyai nama.

 

“Keadaan itu penting memandangkan ia mengelakkan daripada pelanggan di tipu serta memastikan kualiti emas itu terjamin,” katanya lagi.

 

Di Habib katanya, pelanggan yang membeli barangan kemas akan diberikan sijil dan keadaan itu memberikan jaminan kepada pelanggan untuk terus membeli di premis tersebut.

 

Lagi pun pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.

 

Menurutnya lagi, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.

 

Malah terbaru, Habib juga menawarkan pajak gadai yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menggadai barangan perhiasan tersebut.

 

Terangnya lagi, pihaknya kini mempunyai sebuah premis pajak gadai yang terletak di Ampang. Bagaimanapun pihaknya kini dalam persiapan terakhir untuk membuka lima lagi premis pajak gadai di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

 

“Uniknya pajak gadai di sini ialah turut menerima berlian dan batu-batu berlian untuk di gadaikan,” katanya lagi.

 

 

komen geng:

kenapa dia kata didik wanita melabur emas?bukan ke emas sinonim dgn emas…sebabnya perempuan sekarang dah tak minat emas sebagai hiasan…minat benda lain..kristal la..besi magnet la..silver la…dll….emas putih suka sangat…sepatutnya emas kuning la…haiya…nak ulas panjang-2 geng dah malas sebab artikal diatas dah ceritakankan…artikal sebelum nie pun belambak dah..jadi kalau nak tahu lebih lanjut..senang saja…call la geng 0134353317…

ok geng sedia menanti anda…budayaan penyimpanan emas, pelaburan emas…dan cari income dngn biz emas…hehehe

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Beli emas lindungi ekonomi negara

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian..diharapkan para pembaca blog geng 916 gembira disaat harga turun ini…hehehe ehhh betul apa….kenalah seronok masa harga turun ..sebab boleh beli lagi…kan harga emas sedang mendaki sedikit-sedikit sekarang nie…cuba tengok dalam website kitco.com atau instal MT4 atau FxPro….hehehe..oklah…geng tak nak celoteh panjang sebab geng ada kerja sedikit nak buat..ini pun curi-2 nak update satu artikal best….

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

sumber:- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm&arc=hive

Utusan Malaysia bertarikh 03/08/2011

SEOUL 2 Ogos – Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.

Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).

Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.

Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.

Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.

Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.

Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia – dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.

”Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,” kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.

Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.

Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. – Reuters

 

 

komen geng916:-

kenapa korea pilih emas untuk lindungi ekonomi mereka?

kan geng dah cerita pada artikal-2 lepas…iaitu….EMAS ADALAH PELINDUNG KEKAYAAN, KALIS INFLASI, TIDAK BOLEH DIMANIPULASI, NILAINYA TIDAK AKAN HILANG DAN SENTIASA BERNILAI TAK KIRA DALAM BENTUK APA SEKALIPUN…..anda faham ini…anda akan tahu kenapa korea sangup beli banyak emas untuk lindungi kekayaan mereka…..ok

jadi kepada anda diluar sana…macam biasa…nak tahu pasal emas…kelebihan emas…nak untung dgn emas…anda hanya perlu hubungi geng…0134353317….ilmu free jgn risau…nak minta geng bagi seminar pun boleh…sila lihat jadual geng…mana yg free…ok la…biasa diJB untuk hari biasa…sabtu hanya boleh di Pulau Pinang dan Kedah sahaja

sekian…renung-renungkan dan selamat beramal…(macam dr izy la pulak)

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Gadai Emas Untuk Ilmu

Assallammualaikum kepada para pembaca sekalian…diharap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera…hmmm bestnya…harga emas dah turun…turun serendah-2nya….rezeki-2….kerana peluang dah ada untuk kita menambah stock pelaburan emas kita…leba rasanya…sebab ada peluang..kalau tak..perggg tinggi betul.mari lihat harga terkini sekarang

 

inilah peluang yang ada kepada kita… tambah stok emas…hehehe oklah..tapi yang mana yg bagus?bagi geng yg mana-2 jenis pun ok…asalkan kita faham pengunaannyanya dan tujuan apa yg kita beli emas jenis tue….disni geng nak kongsi satu artikal dari akhbar metro bertarikh 26sept2011 edisi johor

siapa sangka emas yg disimpan selama ini boleh memberi manafaat dihari kemudian….mari geng rumuskan cerita ini

kisahnya berlaku di Johor Bahru, seorang graduan UTM Azad Anugerah Ali Rasol 23, meraih keputusan cemerlang menerima Anugerah Pelajar Diraja

beliau menceritakan yang beliau berasal keluarga miskin ayahnya ali rasol pakari mohd 53 dan ibunya azimah aziz 49, bekerja sebagai buruh ladang sawit di Bekok Segamat, hasil kecemerlangannya dia mendapat tawaran bekerja sebagai jururtera petroleum dengan sebuah syarikat multinasional industri minyak dan gas SCHLUMBERGER di Demark, bermula november ini,

Sementara ibunya azimah dan suami berbangga dengan pencapaianya anak mereka kerana bagi mereka tidak sia-sia mengadaikan emas yang diwarisi turun temurun bagi membiayai pengajian azad…dan dikatakan hampir RM10,000 digunakan dalam pembelajaran azad….hmmm selepas nie mesti boleh tebus kembali barang kemas tue…maklum la…kerja dgn oil & gas nie..gaji memang tnggi…rezeki diatas pengorbanan ibu dan ayah dgn ikhlas…

kepada anda semua pembaca…inilah ia contoh kenapa kena simpan emas…seperti apa yg geng ceritakan dalam artikal-2 geng yg lepas….siapa pandai guna emas…insyaallah takkan susah dia…bila melibatkan masalah kewangan pasti ada penyelesaianya dengan emas….

jangan fikir emas nie tak untung sebab tak nampak duit kertas…tapi sebaliknya memiliki emas adalah sangat menguntungkan….orang-2 yg berduit banyak tak nampak akan benda ini..tetapi bagi orang yg tiada duit mereka tahu akan peranan emas…

sebab tue sebalum anda nak miliki emas..tanya diri anda..apa tujuan anda..nak invest..atau nak dijadikan asset….atau apa sahaja…jika tak faham boleh bertanya..tiada masalah….ilmu boleh dikongsi….dan sampai-2kan bila dah faham…

jadi kepada anda…nak beli emas boleh hubungi geng

nak jadi pengedar emas boleh hubungi geng

nak belajar ilmu emas…boleh hubungi geng jugak…

apa-2 saja pasal emas..hubungi geng di 0134353317..

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Nak mulakan pelaburan emas….SEKARANG ADALAH MASANYA!!!!

assalammualaikum kepada para pembaca….geng tak nak nak celoteh panjang-2…cuma nak cerita…jika anda sedang menanti nak melabur emas dan perak sekarang adalah masanya……..lihat harga dibawah

 

 

harga sekarang sangat cantik….kerana dijangkakan harga emas pada hujung tahun ini akan mencecah USD2000/oz bayangkan berapakah keuntungannya…kenapa?mari geng ajar anda ..hehehe ini cara nak ramal harga…tapi jangan percaya sangat kerana jika berlaku sebarang pekara-2 yg mempengaruhi harga emas….harga akan berubah dari ramalan

Klik gambar dan study betul-2 apa yang geng berikan ini..

jadi jika pembaca-2 sekalian dah bersedia nak beli emas..hanya perlu hubungi geng di nombor ini 0134353317

anda semua boleh pilih nak beli emas999.9, emas 916 ataupun perak 999

hanya perlu hubungi saya, sms saya saya akan hubungi anda…untuk ketahui harga emas semasa anda boleh lihat disebelaj kanan…

sila refresh window anda untuk update harga

hubungi saya ..saya akan menanti anda…ingatlah…MASA ITU EMAS

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh

assalammualaikum kepada para pembaca sekalian….geng berharap para pembaca berada sihat sejah tera…selamat menyambut kemerdekaan dan selamat hari Malaysia geng ucapkan kepada anda semua, dalam mengejar masa, mencari rezeki..kadang kala kita lupa..apa tujuan sebenarnya kita kumpul harta…pernah kah anda fikir…kenapa anda kerja?kenapa anda mesti kerja?maybe ada anda akan jawab nak punyai wang…ada yang akan kata nak sara keluarga dan macam-2 alasan lagi…dalam semua alasan itu…ada satu 1 benda yang sama…iaitu kita ada tujuan…jadi disebabkan tujuan itulah kita berusaha bersunguh-2 dan berusaha keras untuk capai tujuan itu…disni geng nak kongsi satu kisah teladan yang geng ambil dalam akhbar berita harian…dijemput baca

Simpan 30 sen sebulan tunai haji
2011/09/19

Sumber:-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Simpan30sensebulantunaihaji/Article

pix_gal0

 Warga emas mula menabung hasil pendapatan sebagai kelasi sejak 1950

KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.

Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.

Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.

“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.

“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.

Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.

Sementara itu, seorang tukang perahu, pembuat batu nisan dan napur, Zulkipli Madon, 64, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan, berkata beliau mula menyimpan dengan Tabung Haji pada 2004 selepas mendapat hidayah untuk menunaikan fardu haji.

Setiap bulan beliau menyimpan antara RM400 hingga RM500 hasil daripada kerja membuat perahu, batu nisan dan napur penduduk kampung.

“Pada 2005 saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri, Rosiah Bujang, 57. Namun isteri saya yang turut menjual sayur dan telur masin di kampung, bertekad untuk mengumpul wang sendiri,” katanya.

Rosiah yang turut menyimpan RM400 hingga RM500 sebulan akhirnya berjaya mencukupkan wang haji, dengan pasangan suami isteri itu akan ke Makkah, dengan hasil pendapatan masing-masing.

Pasangan yang mempunyai 12 anak itu bersyukur kerana walaupun mereka hanya bekerja sendiri di kampung, namun hasilnya berkat dan boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji

 

 komen geng916:- amacam para pembaca sekalian…lihatlah..ini adalah contoh dimana kalau bersungguh akan capai hasilnya…seperti juga emas..jika pembaca yg selama ini mengadu nak beli emas..tapi emas mahal..kenapa tak usaha untuk simpan duit…kumpul duit untuk beli emas..HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALEH jika duit tak cukup..usahakan sampai cukup…ada banyak cara…semua terpulang kepada para pembaca…insyaallah artikal selepas ini..geng akan dedahkan kepada para pembaca cara nak buat biz..walaupun ia mungkin tak sehebat kaedah pembelajaran di University ilmu yg geng akan berikan…tapi geng rasa ianya sesuai untuk orang-2 yg nak tambah income kecil-2 lan…insyaallah..

kepada anda yang nak beli emas…untuk pengetahuan…sekarang adalah masa terbaik…cuba lihat dibawah

 

Sumber :- http://www.goldprice.org/spot-gold.html 

kalau kita lihat graft emas diatas..kita dapat lihat harga sekarang adalah rendah…jadi ini peluang baik…kita jangan lupa yang emas pernah mencecah USD1900/oz dan paling rendah adalah USD1755/oz jadi pada pandangan geng pada sekarang ini dimana harga emas ashik berlegar antara USD1820/oz  dan USD 1780/oz jadi tak kiralah…berapa pun..asalkan ianya rendah dari USD1820/oz adalah peluang yang baik…itupun jika duit cukup…jangan lepaskan peluang ini..bak kata orang Fast Action Fast Result… jangan lupa…harga emas diunjur mencecah USD2000/oz ini diwar-warkan oleh pelabur-2 jangan lupa ini…jika emas boleh cecah usd1900/oz tak mustahil boleh sampai usd2000/oz

dan banyangkan anda menukarkan wang ditabung haji anda kepada emas….hmmmm boleh untung tue….tapi silalah buat kira-2 dulu seperti yang geng kata..jangan terima bulat-2…study…bila anda selesai buat kira-2 anda akan dapati satu yg luar biasa..anda pasti takkan percaya…silap-2 anda boleh menunaikan haji bukan melalui muhasasah..tetapi…pakej…ingat…purata kenaikkan emas adalah melebihi 40% dalam masa 5 tahun…jadi buatlah pekiraan …gunakan link diatas untuk anda jadikan panduan kira-2….

bila dah buat keputusan nak invest dalam emas…hanya perlu hubungi geng di nombor ini 0134353317 insyaallah geng sedia membantu anda…

sekian…wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Pelaburan Akhirat

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng916, dalam pejalanan ke pejabat tadi layan ceramah agama, pengajian kitab….dalam huraian itu geng tertarik pada ungkapan dari kitab itu yang mengatakan , umat islam akhir zaman akan mudah ditipu oleh ibadat dan umat akhir zaman tak bersungguh dalam mengumpul pahala, terutama pahala sunat yang banyak, bersepah, senang didapat dan tak perlu belanja banyak, jadi dalam duduk fikir-2….betul jugak…jadi timbullah idea nak tulis artikal pasal pelaburan akhirat….

ok apa yang dimaksudkan dengan pelaburan akhirat? ok mari kita pahami apa itu pelaburan dahulu…..pelaburan adalah sesuatu benda yg kita beri lalu digunakan untuk bertujuan mendapat hasil pada jangka masa tertentu….contohnya kita melabur dalam ASB…bagi RM20,000 setahun dapat dividen…dividen itulah habuanya….tapi ini adalah dunia…bagaimana pulak dengan akhirat?…pelaburan akhirat adalah pelaburan yang kita buat sekarang ini , yang hasilnya akan kita nikmati berpanjangan sehingga kiamat, kalau pelaburan dunia…selagi hidup sahaja…tapi pelaburan akhirat mencakupi hidup, mati dan sehingga kiamat….dalam bentuk pulangan amal yakni pahala…

apa dalil dari Quran dan hadis Rasulullah yang menceritakan pelaburan ini berkekalan hingga akhirat?

Surah Al-Baqarah ayat 261

dan ini hadis yang porpular dibaca

‘Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.’

(Hadis Riwayat Muslim)

jadi jangan rasa rugi bila anda buat pelaburan akhirat ini, ok mari kita tengok jenis-2 pelaburan akhirat…dalam hadis nabi, nabi menyatakan ada 3 pekara, mari kita lihat satu persatu

1)sedekah Jariah

-sedekah nie Allah..paling mudah dan paling berat nak buat…maklum la nak kena keluarkan duit, ada orang fikir 5x nak derma kepada anak-2 yatim sedangkan menderma kepada anak yatim pahalanya banyak dan ada yang mengatakan boleh suci dosa, kalau usap kepala andak-2 yatim pun dosa-2 boleh gugur sebanyak mana rambut anak yatim itu inikan pulak kalau bag makan,

begitu jugak kalau kita buat wakaf, wakaf bina rumah anak yatim, wakaf bina rumah-2 budak tahfiz, ataupun buat jambatan untuk orang lintas nak ke masjid…pahala tue…sepanjang orang guna apa yg kita wakaf untuk beribadah dan untuk jalan Allah, selagi tue lah pahala..

geng ambil contoh, baru-2 nie geng ada buat kutipan derma wakaf untuk pembelian PA sistem untuk surau di tempat geng bekerja, biasanya surau ini digunakan oleh pelajar-2 geng untuk solat berjemaah di asrama mereka. PA sistem ada banyak alat, jadi geng pilih satu alat untuk digunakan sebagai wakaf…iaitu mixxer, harganya RM3++ ….jadi geng lancarkan kutipan derma wakaf untuk 1 kepala RM5…banyangkan dalam masa 2 hari..geng berjaya kutip dari 75 orang, ramai orang nak berwakaf nie bila mereka faham, lebihan duit itu geng cadang nak beli mic untuk imam dan penceramah, jenis wireles, senang sikit imam nak gerak semasa solat,

tuan-2 cuba lihat pada dalil diatas, Allah berfirman….”Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tangkai dan tiap-tiap tangkai ini mendapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiny dan Allah Maha Kuasa (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui”… ini bermakna….jika bilal azan sahaja…sesiapa yang dengar azan dan melalui azan itu orang beribadah kepada Allah….semua pahala dari bilal ke makmum atau orang ramai yang solat akan sampai kepada orang yang wakaf…. banyak tue…kalau 100 orang solat?kalau 1000 orang?kalau satu kariah?banyak gile!!!!, ini baru wakaf beli mixxer…kalau wakaf jalan raya, jambatan dll ishh banyak-2…….kalau wakaf duit untuk pengajian selama sebulan..kuliah magrib pun cukuplah…tuan-2…pahala orang datang belajar dikuliah, dan kelebihannya malaikat seramai 70,000 datang memohon keampunan dan pahalanya bersamaan dgn solat 1000 waktu….hanya kuliah 1 jam….cuba tuan-2 buat solat 1000 rakaat dalam masa sejam, boleh ke?tercabut lutut…….

kalau buat sekolah agama, mahat tahfiz dll….fuhhhhhh!!!!! pahala….subhanallah…senang betul nak masuk syurga dgn syarat niat kerana Allah

2) ilmu yang manafaat

alhamdulillah…ini yg best..terbaik bagi guru-2 dengan niat nak sampaikan ilmu kerana Allah….sebab tue kalau kita perhatikan ustaz-2 bila mai ceramah tak menetapkan harga…mereka niat dan yakin kepada Allah…bayaran Allah yang akan beri, kalau kita bukan guru macam mana?jadilah Tabliq…..Hah!!! takkan nak kena pakai serban baju putih jalan rumah ke rumah beramai-2 atau nak kena ikut tabliq keluar 3 hari 4 hari dan tidur di masjid-2?…bukan….bukan macam tue..kalau boleh buat lagi bagus….tabliq nie bukan macam sebenarnya….faham dak apa itu tabliq?…Tabliq nie adalah salah satu sifat rasulullah, Nabi Muhammad….iaitu menyampaikan…..jadi jika anda ada ilmu yg boleh memanafaatkan orang lain…anda sampaikanlah kepadanya….contoh..anda tahu satu benda yg baik lalu anda ceritakan kepada rakan anda dia dapat ilmu tue…dia amalkan…kamu dapat pahala….lalau disampaikan kepada orang lain…kamu dapat dan dia juga dapat…….selagi mana ilmu itu disampaikan dipanjang-2kan…pahalanya sampai..

macam-macam geng niela…geng tulis artikal pasal pelaburan emas…nak ajar orang jalan yg betul pasal pelaburan emas..jauhi riba dalam emas, teknik-2 lain….tuan-2 baca..faham…praktis…berjaya..amalkan…kemudian ajar orang lain pulak…dan orang lain itu ajar orang lain….pahala dapat pada saya…kan best…sebab tue saya tak buat buku…atau kenakan bayaran-2 terhadap sesiapa yg nak ambil artikal saya…ambillah…free..cuma saya minta…creditkan pada blog saya…masa anda repost artikal dalam blog anda..letakla sumber dari mana…itu saja….ambil free..wakaf…saya tak mau duit anda semua…Allah akan bagi rezeki kepada saya..tapi beli emas kenalah bayar..hehehe

3)dan doa dari anak-2 yang solah

ini beruntunglah sesiapa yg ada anak….lagi ramai anak lagi bagus….tapi bagaimana nak tahu anak kita akan doakan kepada kita nanti?senang saja…jika kita pun doakan kepada arwah emak dan ayah kita…kepimpinan melalui teladan…..ok..kenapa cara ini berda di no 3…sebab bukan semua akan ada anak…ada yg kahwin tak ada anak…ada yang tak kahwan-2….jadi jangan lah risau peluang banyak….pilihlah…

jadi para pembaca semua…ambillah kesempatan ini…kalau lelaki senang saja masa solat jumaat tabung masjid jalan..hah masukkan duit…kalau berat RM50….2 kupang boleh…janji niat sedekah derma kerana Allah…

oh jangan lupa raya korban dah dekat…marilah berkorban…banyak manfaatnya…

ok selain itu simpan emas pun boleh buat pelaburan akhirat….biar betu?betul….pelaburannya adalah semasa kita bayar zakat….zakat-2kita dimanafaatkan untuk islam….jadi jangan takut nak simpan emas semata-2 takut nak bayar zakat…zakat itu ibadat…pahala…jadi takkan rugi…Allah akan gantikannya kembali…seperti sahabat rasulullah bernama Abu bakar….

Abu bakar adalah seorang yg suka bersedekah..dia kalau sedekah sahabat lain terkejut…..ada satu kisah dimana suatu hari Rasulullah meminta sumbangan untuk peperanga…jadi para sahabat pun pulang membawa barang-2 sumbangannya….abu bakar datang dan membawa seluruh hartanya dan diwakafkan kejalan islam, lalu Rasulullah bertanya, kamu derma semua nie apa yang kamu tinggalkan kepada anak dan isteri kamu?lalu Abu bakar berkata, saya tinggalkan Allah kepada mereka ya Rasulullah…..lalu rasulullah berkata kalau nak ditimbang amalan abu bakar dengan isi dunia…berat lagi amalan Abu bakar….walaupun dia wakaf semua harta Allah kembalikan semuala hartanya lebih banyak …mana ada kita dergar kisah sahabat rasulullah miskin daif dan minta sedekah?tak ada kan…

jangan takut pada zakat..takut pada Allah diatas hukuman yg akan diberi kepada orang-2 yg tak mahu zakat….

jihat utama adalah jihat harta tampanya bagaimana nak bagunkan islam terutama ekonomi,..sebab tue dalam azan diucap marilah bersolat kemudian marilah menuju kejayaan……

inilah dia palaburan akhirat….mesti kita rebut..

sekian dahulu dari geng, semoga artikal kali ini akan memberikan manfaat kepada anda…

geng akan meletakkan senarai-2 wakaf yg boleh anda buat jika berminat insyaallah…ini linknya..

http://geng916.com/wakaf-derma/

sekian…wasalam

jangan lupa beli emas dan jadikan emas sebagai asset dan simpanan

 GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes