Pemulaan yang baik!!!! 2012

salam sejahtera kepada pembaca blog geng 916…..

sebulan hampir berlalu….bagaimanakah dengan prestasi harga emas? mari kita lihat graft harga emas dalam masa sebulan…hujung bulan 12 2011 hingga ke hari ini

 

hmmmm 8.31% dalam masa SEBULAN!!!!! …alhamdulillah….dah mengatasi pelaburan ASB..hehehe..jangan marah yek…..geng nak ucapkan tahniah kepada pembaca-2 blog geng yg telah ambil action semasa geng suruh beli emas semasa geng menulis artikal ini http://geng916.com/2011/12/sekarang-masa-untuk-emas/…alhamdulillah….syukur….mungkin kebetulan harga emas naik..

dan geng memberi ingatan berkali-2 sila Alert pada pekara-2 yg akan mempengaruhi kenaikkan harga emas…jadi pada kali ini punca-punca kenaikkan harg emas adalah disebabkan oleh krisis matawang Euro….anda boleh lihat sendiri atau baca sendiri krisis yang dihadapi oleh Euro…

jadi bila Euro dan ada masalah…pelabur-2 akan mencari pelaburan yg selamat…jadi kembali kepada emas…mari kita lihat servey harga emas pada minggu hadapan…(isnin 30/1/2012)

sumber :-http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_january27.2012.html

wow mejoriti mengundi harga emas akan naik….betul ker?mari kita lihat artikal dari pakar teknikal analisi (sumber:-http://www.kitco.com/reports/KitcoNewsMarketNuggets20120127.html)

Market Nuggets: Triland: Gold Rally Continues; Fibonacci Resistance Near $1,771/Oz

27 January 2012, 1:43 p.m.
By Kitco News
http://www.kitco.com/

(Kitco News) -Gold continues to rally as investors add new positions, says Triland Metals. The Federal Open Market Committee’s pledge this week to keep interest rates low for longer than the market previously expected has caused a “feeding frenzy in the gold market,” Triland says. Triland puts support around $1,715 to $1,720 an ounce. The next major resistance around $1,771, based on the 61.8% Fibonacci retracement from the all-time high to the December low. “Gold has now rallied $85 in three days with virtually no correction, but there will be one in the near future,” Triland says. Triland says silver continues to “eat away” at $33.75 to $34 resistance.  Around the time the Comex gold pit was closing, April gold was $6 higher at $1,735.90 an ounce and spot metal was up $12.70 to $1,732.30. March silver futures were nearly flat—down 0.18 cent to $33.725—while spot metal was up 30.9 cents to $33.70.

By Allen Sykora of Kitco News; asykora@kitco.com

wahhhh…..boleh cecah usd1771/oz….sekarang usd1737/oz….ini mungkin berita baik… dimana letak nya usd1771/oz? mari kita tengok

klik gambar untuk besarkan

wahhh dah dekat…jadi kita lihat adakah minggu depan ..harga emas boleh cecah ke tak…tapi mesti tembus usd1750/oz dulu…hehehe

ok ini perihal emas….sebenarnya tuan-2 dan puan-2…selain emas…anda juga boleh melabur dalam perak….mari kita lihat berapa kenaikkan harga perak pulak….hehehe (AWAS!!! TAK SUSAI DITONTON OLEH ORANG-2 YG ADA SAKIT JANTUNG DAN DARAH TINGGI!!…)

 

TUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUDIA!!!!!!!!!!!!!!!! 17.58%…..2xganda lebih tinggi dari emas…..GILA-2…..kenapa silver boleh lebih tinggi profit dari emas?….senang sahaja sebab harga silver adalah under value dari emas…dan secara biasanya…bila harga emas mahal…orang tak mampu beli..jadi beralih kepada perak..bila dah ramai beli perak…permintaan kepada perak akan tinggi…dan dijangkakan akan naik sampai usd34/oz….jadi bagaimana? jangan lepaskan peluang ini….melaburlah dalam emas fizikal..selamat..kerana emas ditangan anda

jadi sebarang soalan boleh hubungi saya…

anda nak beli emas pun boleh hubungi saya…tak kira dimana anda berada..selagi di Malaysia…insyaallah anda boleh beli emas di syarikat saya wakili…

jangan lupa…sms ke 0134353317….insyaallah saya akan hubungi anda

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Carilah yang mudah jika mampu

kepada para pembaca sekalian….diharap berada didalam keadaan sihat sejahtera….mari geng nak kongsi satu cerita…jom baca

sumber:-http://www.hmetro.com.my/articles/Impianduniabaru/Article/artikelMA#.TxL1YzguyTw.facebook

Impian dunia baru

 

ASAS EKONOMI... jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu.

ASAS EKONOMI… jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu

 

KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu.

Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.
Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu

Foto

YAKIN HIDUP BERUBAH… Kirk mencuba nasib mencari emas di antara kerikil sungai di kawasan Tyndrum menggunakan hanya peralatan asas.

Foto

HASIL LOMBONG… produk akhir yang hanya mengandungi kira-kira 37.5 peratus emas dan bernilai hampir RM575,000

 

Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong.
Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah.
Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar

Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini.
Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.

 

 

Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.
Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.
“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah £184 juta (RM882 juta),” katanya.
Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.
Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).
Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.
Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina.
Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.
Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.
Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.
Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong.
Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.
Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.
“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya.
Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.
“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.
“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.
Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina – Chile.
Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa.
Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.
Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.
Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan.
Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas – biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.
Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini.
Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.
Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini.
Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.
Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama.
“Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih.
“Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.
Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib.
Peralatan mereka sangat sederhana – satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.
Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan.
Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.
“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya.
Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar.
Ia disokong Souter.
Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.
“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza.
“Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.
Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu.
Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira £5 (RM25).
Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza.
Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.
Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ.
Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.
“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.
Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti.
Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ.
“Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.
Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang.
Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia.
Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.
Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).
Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.
“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya.
Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.

 

komen geng:-

geng nak komen …..jika mampu beli sahaja yg dah siap…tak perlulah bersusah payah…kadang kala buat letih saja..sedangkan kita mampu…tapi jika nak pie melombong jugak silakan….cumanya pastikan disitu ada emas…jangan jadi macam berita minggu lepas

sumber akhbar :-http://www.hmetro.com.my/articles/Semuatertipu/Article/

dan menyebabkan kerajaan terpaksa baikki pulak….

kan membasir duit kerajaan negeri…..apa susah cukup duit beli saja yg siap..kalau tak cukup duit…simpan sikit-2 sampai cukup beli sahaja..beli dengan geng…geng ada sediakan semuanya

cuba lihat http://geng916.com/about/ semuanya ada…

ok..jangan pening-2….hubungi geng di 0134353317 sms pun tak apa

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Tiada siapa tahu

diharap para pembaca blog geng 916 berada dalam keadaan sihat sejahtera….13 hari dah belalu…kita dapat melihat peningkatan harga emas yg memberangsangkan, maaflah sepatutnya geng updatekan blog geng untuk maklumkan kepada pembaca semua bahawa harga emas dah naik…tapi geng sengaja tak mahu maklum kerana geng nak mengajar anda bahawa jangan suka bersikap tunggu dan lihat

kenapa?sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari, jika nak tahu clue-2 atau petanda-2nya adalah sentiasa berwaspada pada pekara-2 yang mempengaruhi kenaikkan harga emas…contohnya…faktor apakah yg mendorong harga emas naik sekarang ini?

ramai orang tak sedar akan pekara ini…kerana ramai orang tak baca ruangan ekonomi…jadi nasihat geng…jika anda nak tahu petanda-2 harga emas akan naik…lihatlah pada berita-2 ekonomi dan dunia…tiada siapa yg tahu sebenarnya apa akan jadi pada masa hadapan walaupun guna TA….jadi kenalah sentiasa peka pada keadaan atau berita semasa

jadi jika anda masih bertanyakan kepada geng…adakah harga emas sedang menurun….atau adakah sekarang masa sesuai nak beli emas…gang akan kata..ya…sekarang masa sesuai…ada duit beli sahaja…ikut kemampuan…jangan tunggu…jangan risau jika masa anda beli esok turun atau naik…kerana yang anda beli dan ada ditangan anda adalah emas…selagi ditangan anda adalah fizikal emas…anda tidak akan rugi…insyaallah….

jadi jika anda dah cukup modal…nak beli emas..hubungi geng 0134353317

jika anda berhajat nak berniaga emas dibawah syarikat public gold…hubungi geng atau anda lantik geng sebagai introducer..

MOHD HASFARIZAN MD HASHIM

PG000706

mari kita sama-2 mengambil manafaat dari emas…..beribu-ribu tahun dahulu emas telah dianggap bernilai dan sehingga ke hari ini …emas masih bernilai….harganya tetap naik…dan masa akan datang pun akan naik dan berterusan

sekian

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

2012

Ditujukhas kepada para pembaca blog geng 916…..lagi beberapa jam sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 dan akan melangkah ke tahun 2012….hmmm macam-2 yang telah kita lalui dalam tahun 2011…paling tak dapat dilupakan apabila kita melihat harga emas naik sehingga usd1900/oz…tetapi disebalik kegembiraan ada kisah disebaliknya..keadaan ekonomi..keadaan ekonomi yang meruncing….krisis kewangan dunia yang dialami oleh USD dan EURO telah memberi kesan kepada pasaran saham dunia…

ini menandakan keadaan ekonomi dunia kian teruk….apabila euro dah teruk..pelabur-2 kembali ke dollar…dan dolar kukuh membuatkan harga emas kembali jatuh kerana emas dan wang fiat dollar bertentangan diantara satu sama lain

tetapi ini tidak menunjukkan bahawa emas akan terus jatuh….kerana jangan lupa emas adalah pengukur pada keadaan ekonomi dunia…hutang US telah mencecah 43trillion…jadi dengan hutang yg banyak…US merupakan satu negara yg berkuasa tetapi muflis…

bagaimana pula dengan emas?

dijangkakan emas akan cemerlang pada tahun 2012….ini setelah pihak Kitco melakukan servey

 

 

jadi pada 2jan 2012..kita akan lihat harga emas cuba mendaki kepada usd1600/oz apa-apa pun kita lihat pada fundamental….

oklah….disini geng nak ucapkan

 semoga tahun 2012 akan menjadi titik permulaan kepada anda dengan emas dan perak atau sebarang lapangan yg anda ceburi…

apa pandangan atau pendapat geng pada tahun 2012?

geng merasakan atau membayangkan akan ada beberapa kejutan pada 2012…

1)tahun 2012 akan ramai orang berniaga terutama perniagaan online yg dimanopoli oleh kaum wanita

2)orang mula beralih kepada pelaburan berasaskan komuditi

3)pasaran hartanah terutama rumah akan turun….hehehe marah orang hartanah….ye la..rumah dah terlalu mahal…harga rumah siap lebih mahal dari harga asal…mana ada bila beli rumah…jual semula jadi murah macam beli kereta?di penang…rumah palaing murah sekitar RM300k…di kelantan harga tanah disekitar KB dah cecah RM1juta….dan banyak lagi petunjuk-2 dan petanda….cuba banyangkan jika orang takleh beli rumah?ini kerana…perbandingan orang kaya dengan orang yg berpendapatan sederhana…sangat jauh…orang kaya sedikit dari orang miskin…jadi pikir-2lah… jangan bagi alasan dekat dgn kawasan komersial atau kos bahan dah naik…dipenang…buat rumah di balik pulau dah cecah 300k….dan semua rumah banglo….kenapa tak buat rumah teres?..entahlah maybe geng nie tak faham…tapi pikir-2lah

4)defisit akan berlaku bagi sesetengah negara dan inflasi akan melanda juga disebahagian negara

5)dan maybe…..harga emas akan melonjak ke usd2000/oz-usd2500/oz

6)semua rakyat Malaysia diwajibkan memiliki insuran nyawa kerana kos rawatan dah mula tinggi

7) keadaan ekonomi semakin meruncing

8)para pembaca akan melihat…graft harga emas melantun naik dan turun

apa-apa pun kita kenalah bersedia dalam apa jua keadaan…jangan rasa selesa dengan apa yang ada.

 

azam geng?

1)biasalah nak jadi seorang manusia yg beriman, anak yg soleh, suami dan ayah yg bertangungjawab

2)nak buat NDO setiap bulan …tak kira dimana geng berada…

3)nak buat seminar

4)nak jana income/ cash flow tambahan…

5)nak try pekara baru dalam jana income

 

apa-apa pun emas takkan geng lupa…jadi kepada anda ingatlah kata-2 rasulullah semasa baginda beri ucapan di Madinah

1)WAHAI MANUSIA, SEBARKAN SALAM

2)BERILAH MAKAN

3)SAMBUNG SILATURAHIM

4MENGERJAKAN SOLAT MALAM

sekian

wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

sekarang masa untuk EMAS

Assalammualaikum

 

Kenapa geng suruh beli emas sekarang?kerana sekarang adalah harga yang rendah…..berapa rendah?entah tapi rendah….tapi betul ker?

sebenarnya jika kita ambil perbandingan harga emas pada awal 2011 dan akhir 2011…waktu sekarang adalah tinggi dari awal tahun….jadi masa bila dikatakan rendah…ianya dikatakan rendah setelah dibandingkan harga emas hujung tahun dengan harga emas pada pertengahan tahun 2011..lihat gambar dibawah

Pada awal tahun 2011 harga emas paling rendah adalah USD1325/oz itu pada bulan jan….pada bulan sept harga emas melonjak kepada usd1925/oz ini harga emas paling tinggi pada 2011……dan sekarang harga emas berada di usd1550/oz…..jadi boleh dikatakan harga emas sekarang ini adalah lebih murah dari harga emas tengah tahun tapi lebih mahal dari awal tahun….maka sesuai waktu dibeli…kerana jika kita lihat pegerakan harga emas….bila harga emas jatuh…ia pasti naik…maka sekarang nie jatuh…dan kalau kita lihat design bentuk antara jatuh dan naik….jatuh kecil dan naik besar….maka bila jatuh besar…naik akan lebih besar…

jadi geng nasihatkan kepada pembaca…jika nak melabur emas..sekarang adalah masanya….lagi fakta yg geng nak tunjuk…kalau tak faham anda boleh tanya geng

cuba tuan-2 dan puan-2 tengok graf ini……ok kita tengok 1 per 1

pada tahun 2007….harga emas awal thn lebih kurang usd600/oz dan akhir tahun usd 850/oz

pada tahun 2008..harga emas awal thn adalah usd850/oz dan akhir tahun adalah usd900/oz

pada tahun 2009..harga emas pada awal tahunya adalah usd872/oz dan akhir tahun adalah usd1100/oz

pada tahun 2010 pula….harga emas pada awal tahun adalah usd1125/oz dan akhir tahun pulak adalah usd1375/oz

dan pada tahun ini 2011…..harga emas bermula…..lihat gambar bawah..

 

 

bermula dengan usd1375/oz dan sekarang pada waktu artikal ini ditulis adalah usd1556/oz….jadi soalan yg akan anda fikir

dan geng pasti anda semua pembaca dah ada jawapannya….ini adalah trend pelaburan atau trend kenaikkan harga emas….tapi semua ini boleh berubah apabila ada effect dari fundamental…iaitu pekara-2 yang mempengaruhi harga emas….jadi kena sentiasa Alert akan hal ini…ingat peluang yang ada tak semestinya akan ulang kembali…ambil peluang…fast action fast result….

ada juga orang tanya betul ke emas harganya dah turun….hmmmm lihat graft ini….

jadi anda lihat sendiri…adakah menurun?tak ada pun…naik lagi adalah lah….

ok akhir kata rebutlah peluang ini…..jika anda berminat nak beli emas fizikal anda boleh hubungi geng…..nak melabur emas tak perlu modal besar..tak perlu buat loan jika tak mampu bayar bulan-2…buat pun tak rugi sebab anda beli emas…..jadi beli ikut kemampuan….cuba lihat dibawah…produk dan harga.

 

tuan-tuan dan puan-puan buatlah pilihan…beli emas atau perak mengikut kemampuan anda semua…mampu beli sikit..beli sikit..mampu beli banyak ..beli saja banyak….sebab anda beli emas….beli emas tak ada istilah rugi…kerana emas sentiasa bernilai

dan anda jangan risau jika anda berada berjauhan dari geng…kerana insyaallah selagi anda di malaysia anda boleh beli emas dengan geng…

jadi hubungi geng di 0134353317 atau sms pun boleh…jika kredit tak cukup sms sahaja…geng pasti akan hubungi anda…

nak ketahui lebih lanjut..sms geng…insyaallah kita kongsi bersama…sharing is caring….ilmu yg geng bagi adalah free…sebab bukan geng yg punya..tetapi Allah….jadi ilmu ini untuk semua umat manusia…jadi jangan risau…geng tak minta banyaran untuk ilmu yg geng kongsikan..semuanya Allah akan bagi

jadi jangan lupa….sms/hubungi geng 0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Spekulasi….

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian….harga emas dah turun….nak beli ke?atau tak nak beli nie?…adakah nak tunggu lagi?kalau beli sekarang takut turun lagi nanti…rugi pulak…

maybe inilah soalan-2 yang timbul dalam fikiran anda semua…bagi geng senang saja…tengok duit cukup ke tak…kalau cukup beli…tak cukup relax…tengok aja…tapi ada juga orang tanya geng…geng tak tahu berapa harga emas akan turun dan berapa akan naik..tapi geng nak share gambar nie..

 

geng dah letakkan ini…spekulasi geng….sekarang dah down 7%…..katakan harga emas naik sampai usd1860/oz….berapa agaknya kenaikkan itu…kenapa geng rasa harga emas akan naik sampai begitu?sebab geng rujuk trend harga emas yg lepas…lihat bawah

 

 

diatas anda boleh lihat sendiri….geng letakkan graft harga dari 2008-2010…boleh ambil di http://www.kitco.com/scripts/hist_charts/yearly_graphs.plx ok sebelum krismas naik…..jadi maybe naik….

ini graft 2011…..menanti sebelum krismas…jadi terpulang kepada anda semua…tapi geng harap harga emas akan jadi begini…hehehe

mustahil?tiada yang mustahil..insyaallah…just apa yg penting…kawal nafsu anda….

nak beli emas hubungi geng 0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-2 GENG916.COM- dari meja admin

Assalammuallaikum!!!!!..ALHAMDULILLAH….YAHOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah….
pejam celik- pejam celik dah 2 tahun geng berkecimpung dalam emas nie…terutama biz emas secara part time nie dan kecil-lan….Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, diatas kurniaanya

2 dahun dah berlalu….bermula pada 9/12/2009 sehingga 9/12/2011…banyak benda atau pengalaman ilmu yg geng dapat…..tahun pertama geng nak kenal market niaga emas…..tahun kedua. geng nak bila nama, pengaruh, dan steady income….alhamdulillah hampir semua berjaya capai…cuma 2 benda sahaja geng belum capai tahun lepas 1) daftar syarikat 2)bayar zakat….sedih rasanya sebab takleh byr..tak layak :(

mari kita flash back….permulaan geng… mari kita tengok harga emas masa mula-2 geng beli

 

dulu modal RM39++…..berapa agaknya harga sekarang…

berapa agaknya kenaikkan?

 

jauh beza tuan-2 dan puan-2 harga dulu masa beli dan harga sekarang….. 2tahun sahaja…

 dalam masa tahun 2011 geng terpilih oleh public gold untuk pergi ke Pert Autralia….Allahmdulillah rezeki

 dan ini penyerahan rasmi tiket semasa Gala Dinner pada 11/11/11 tempoh hari

 alhamdulillah setahun lagi pencapaian geng….rezeki dari Allah…ini menandakan geng boleh lakukan…bagaimana pula dengan anda?geng sedia berkongsi maklumat yg geng ada…dan ianya free…

tahun 2012 geng akan buat perancangan baru…perancangan untuk mengukuhkan lagi perniagaan geng…walaupun geng hanya berniaga partime..tapi alhamdulillah pendapatan dapat membantu dalam kehidupan geng….dan lepas ini geng916 akan meneruskan usaha-2 yg selama ini geng lakukan…semoaga akan memberikan manafaat kepada semua ummah..insyallah

sekian kita akan berbicara lagi selepas ini

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Beruang dan Kerbau

Assalammualaikum…..
harga emas dah turun…hehehe apa tunggu lagi masa nielah yg ditunggu-2
ok geng nak ceritakan mengenai beruang dan kerbau….ini adalah istilah yg mereka gunakan dalam trading…tapi mereka akan kata bearish dan bullish……bearish adalah semasa harga turun….bullish adalah harga emas naik

sebelum mengakhiri penulisan kali ini..geng nak kongsi sesuatu….dibawah adalah graft kenaikan dan penurunan harga emas yg digunakan oleh trader-2 terutama yg kaki forex….geng gunakan untuk menjadikan panduan untuk beli dan jual…dgn graft ini geng boleh letakkan panduan kepada geng masa bila geng nak beli emas dan masa bila nak jual emas….tetapi ingat ini bukan alat yg boleh tentukan bila harga emas nak naik…atau turun…ini bukan mesin masa…nak tahu harga emas nai atau turun para pembaca kena tahu apakah penyebab harga emas naik dan turun…orang panggil fundamental…ok jadi semoga dapat memberi inspirasi kepada pembaca sekalian…

 

akhir kata semoga anda ambil peluang yang datang ini

jika anda nak beli emas dan perak boleh hubungi geng

jika anda nak tahu pasal emas dan perak sebagai pelaburan boleh hubungi geng

dan jika anda nak niaga emas dan perak boleh hubungi geng juga

nombor untuk hubungi geng adalah 0134353317…anda boleh sms geng…insyaallah geng akan hubungi anda

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

BERTUKAR!!!….HENSHIN!!!…KEPADA EMAS PUBLIC GOLD

Assalammualaikum kepada para pembaca semua…geng berharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera….dan selama menyambut tahun baru Hijrah 1433….marilah kita berhijrah ..baik dari ibadat kita, perangai kita atau pelaburan kita..hehehe

topik kali nie geng nak kongsi adalah bertukar….yup..HENSHIN!!! kata orang jepun…hehehe kalau sesiapa yg lahir atau ada zaman kanak-2 di era 80an..anda tentu sinonim dengan perkataan bertukar….anda dah lupa?baik mari geng refresh kembali ingatan para pembaca…lihat gambar dibawah nie…

 

anda dah ingatkan?hehehe rancagan katun yang buatkan kita semua sangup ponteng kelas ngaji….hahahaha….hmmm kenangan yg terindah..

ok berbalik kepada cerita utama kita…hehehe…kali nie geng nak ceritakan satu peluang yg diberikan oleh pihak PUBLIC GOLD kepada anda..semua….mari lihat poster dulu

 

ok…diatas iklan kempen dari Public Gold…..dibawah pulak…Iklan yg geng buat…untuk anda paham sedikit

 

 

 

ok..ok..ok anda semua mesti dah tahu dan mesti anda juga tertanya-2….ini adalah kempen yg public gold sedang jalankan sekarang….menukar emas yg kita ada kepada emas public gold…yup….jika anda para pembaca sekalian memeliki sebarang emas yg berkualiti 999.9, 999, 950 dan 915 tak kira dalam bentuk rupa apa pun…kepingan, jongkong, syiling atau barang kemas anda boleh tukar atau TRADE-IN kepada produk-2 public gold….haaaa….best kan …ini adalah lebih baik dari anda jual kepada pembeli-2 yg potong sampai 35%……

mari baca lagi

Apa kelebihan program atau kampen X-PLAN ini

  1. Jika total nilai emas anda melebihi 20K , secara automatik anda akan bergelar dealer sah Public Gold dan akan menikmati kelebihan sebagai dealer (komisen dan sebagainya).Best kan?tak perlu keluarkan duit untuk beli emas PG lagi…hanya TRADE-IN sahaja…
  2. Spread harga product Public Gold yang rendah cuba bandingkan dengan penjual emas anda yg lain…berapa harga belian bali emas bila dijual kembali kepada mereka.
  3. Mudah untuk dijual beli ( 13 cawangan seluruh negara dan hampir 16000 orang dealer diseluruh negara ).
  4. Public Gold menjamin emas yg dijual kepadan anda akan membeli kembali product tersebut walaupun calar dan bengkok, janji emas
  5. Harga sentiasa diupdate mengikut harga emas semasa dunia ( update setiap 20 minit ) dan boleh dilihat secara langsung di http://www.publicdinar.com.my/v1/ 
  6. Produk Public Gold semuanya adalah dihasilkan dalam negara senang cakap buatan tempatan atau made in Malaysia yang sudah ada nama di pasaran & memiliki sijil ketulenan yang sah ( tidak perlu ada keraguan tentang ketulenan ) .

harga TRADE-IN yang ditawarkan oleh Public Gold adalah merujuk kepada harga PGbuy dalam web Public Gold dan kaedah yang digunapakai untuk TRADE-IN adalah berlandaskan syariah

contohnya

katakan Ali ada emas jongkong seberat 100gram emas 999 berjenama X lalu ali nak tukar kepada emas PG…lalu ali datang ke PG dan berkata dia nak tukar dengan produk PG…Ali nak tukar kepada 100gram emas PG berketulinan 999.9 lalu ditunjukkan harga terkini

 

harga yang digunakan oleh PG dalam X-PLAN ini…adalah seperti di atas…jadi harga emas Ali untuk 100gram adalah mengikut harga yg geng tunjukkan…bukan ikut harga 100g PGbuy…..tetapi harga dari 10gram PGbuy…maka harga emas Ali adalah RM176/gram maka untuk 100gram adalah RM17600. maka Ali dikehendaki menjual dahulu emas 100gram dalam progam ini…pihak PG akan berikan CASH VAUCHER bernilai RM17600 dan dengan cash vaucher ini Ali boleh gunakan untuk beli emas lain atau produk-2 lain PG…ok katakanlah Ali pilih produk PG yang seberat 100gram jugak..jadi harga untuk beli adalah RM18812 jadi kena tambah lagi RM1212…..untuk makluman anda bagi yg beragama islam…dalam islam kaedah TRADE-IN emas mestilah emas itu di jual dahulu kerana emas tidak boleh disamakan dengan wang kertas..jadi Ali takleh hanya serahkan emas100gram+RM1212 kepada public gold untuk dapatkan emas100gram public gold…ini tak dibenarkan dalam islam…jadi sebab itu public gold menukarkan kepada CASH VAUCHER dahulu….dengan mengunakan cash vaucher (RM17600)+RM1212 barulah Ali boleh beli emas 100gram itu dari public gold..

dan Ali bukan sahaja boleh mengunakan cash vaucher itu untuk beli emas yg sama yg Ali tukar…bahkan Ali boleh mengunakan untuk beli emas lain seperti syiling dinar atau I-series….tetapi mestilah bernilai melebihi nilai vaucher..jadi jika Ali membeli 1Dinar…ali mesti beli 1Dinar dengan kuantiti yang banyak melebihi harga pada vaucer..maknanya mesti melebihi RM17600

jika Ali ada barang kemas…Ali juga boleh tukarkan kepada barangan PG….PG terima selagi barang kemas itu 916 walaupun ada batu permata….tapi emas putih tidak diterima..hehehe…harga yg digunakan adalah harga i-series..proses yg sama

jadi geng berharap anda semua faham….jika tak faham bleh saja hubungi geng di 0134353317…sms pun boleh..geng pasti akan hubungi anda…ok sebelum geng lupa…PG juga ada buat GOLD PARTY….gold party ini adalah hari khas dimana jika anda membeli emas Public Gold pada tarikh ini dan dilokasi yg kendalikan gold party….anda akan mendapat pengecualian kos pengangkutan…wow best kan…jadual ada dibawah

 

ok jom bertukar…HENSHIN!!!!! TO PUBLIC GOLD PRODUCT……HENSHIN!!! TO A BETTER AN EASY TO INVEST METAL IN MALAYSIA…EASY TO BUY, EASY TO SELL, ….anda pasti takkan menyesal….

ohhh sebelum geng lupa…sebab ramai sangat tanya kepada geng apa ramalan geng mengenai kenaikkan harga emas bagi tahun nie…..gang hanya boleh kata berpandukan indicator…iaitu harga emas akan cecah usd1800 hingg usd 1860/oz menjelang krismas….ini merujuk kepada indicator yg geng buat..tetapi kebarangkalian tepat hanya 70%…tetapi siapa tahu….sentiasalah Alert pada berita ekonomi dunia…Euro dan Dollar…

ok jadi jgn lepaskan peluang…sekarang harga emas usd1720/oz ..jgn lepaskan peluang ini

jika ada apa-2 persoalan…nak beli emas ke jadi dealer ke…hubungi geng 0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Penasihat 20%

Assalammualaikum kepada para pembaca blog sekalian, semoga berada didalam keadaan sihat sejahtera….Alhamdulillah kita diberi rezeki kesihatan dan umur yang panjang untuk hidup didunia ini. bagaimana dengan pelaburan emas anda…menguntungkankah?mengecewakankah?atau pun boleh la?hehehe mesti ramai diantara pembaca-2 blog geng ada dalam kelompok ketiga-2 ini…

kali ini geng nak tulis pasal penasihat 20% pulak….hehehe kenapa tajuk geng kali nie begini?geng nak minta bayaran ke keatas keuntungan yg pembaca perolehi dari pembacaan blog geng ini?tidak sama sekali..jangan la pikir begitu…apa yg geng cerita didalam ini adalah wakaf untuk para pembaca semua semoga dapat menjadi panduan atau motivasi dikala sempit..

sebenarnya geng baru lepas mendengar ceramah agama yg disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias,

http://www.albarakah.org/sejarah-albarakah

dalam ceramah beliau ustaz menceritakan kisah Nabi Musa yang Allah ceritakan kepada Nabi Muhammad didalam Al-Quran surah Taha. seronok jika para pembaca membaca ayat ini http://quran.com/20 surah yang telah melembutkan hati Omar sahabat Rasulullah untuk memeluk islam dan banyak khasiat-2 dan kisah teladan yang kita peroleh dari surah ini.. ringkas yang geng nak ceritakan disni adalah , Nabi musa Allah kurniakan beberapa mukjizat untuk berdepan dengan Firaun yakni tongkat bertukar menjadi ular, tangan Nabi Musa bercahaya dan membelah laut semua ini adalah dengan izin Allah nabi musa dapat lakukan untuk melawan dgn ahli-2 sihir Firaun. diulas oleh ustaz kazim, firaun telah mengaku dirinya tuhan disebabkan ini Allah telah memerintahkan Nabi Musa berdepan dengan firaun dan menasihati firaun agar kembali menyembah Allah. dibuktikan kepadanya mengenai kekuasaan Allah tapi firaun masih berdegil, firaun pun ada akal, dia pun tahu membezakan yang mana satu sihir dan yang mana satu rialiti akan tetapi disebabkan oleh sifat bongkak dan menerima pendapat dari penasihat-2 berkepentingan maka firaun masih menolak akan dakwah Nabi Musa, dan peristiwa ini Allah rakam kan didalam Al-Quran untuk kita mengambil iktibar

bila geng mendengar ceramah ini, geng mendapat satu ilham, betul jugak, kadang kala kita nie bila dah bersimpang jauh jika tersalah minta pendapat atau nasihat dari orang yg salah, silap-silap kita akan terpesong terus. terutama jika kita berjumpa dengan orang-2 yang ada kepentingan atau agenda tersendiri. setelah difikirkan akan hal ini, geng pun terfikir adakah para pembaca membaca blog geng ini terus menerima bulat-2 apa yang geng ceritakan atau pun para pembaca ambil tindakan terus mengkaji apa yg geng hujahkan disini?

para pemabaca sekali, ada kalanya kita ini dikaburi oleh nafsu kita tersendiri, dan adakalanya bila kita dalam terdesak akan ada orang yg ambil kesempatan dan jika kita tak berhati-2 tengelamlah hidup kita, seperti yg berlaku pada Ahmad Nisfu dalam filem 3 Abdul arahan P.Ramli

dalam filem ini sadiq sigaragar (ahmad nisfu) merupakan seorang hartawan yang membuka kedai-2 antik…orang kayalah, tetapi akibat sikap perasaan sayangkan harta dunia, risau akan kekurangan harta dan rezeki yang tak jelas dia mula mencari jalan bagaimana nak banyakkan harta dan dia meminta bantuan seorang pakar iaitu Kassim Patalon (salleh kamil).

akibat mendengar nasihat putar alam nak tmbah kekayaan, sadiq sigaragar pun menjadi tamak dan ingin membolot semua kekayaan yang ditinggalkan oleh Ismit Ulam Raja kepada anak-anaknya, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. dengan mengunakan anaknya sendiri mereka telah berjaya menipu 2 dari 3 anak Ismit Ulam Raja dan berusaha nak menipu anak bongsu Ismit Ulam Raja tetapi gagal, usha diteruskan untuk menipu , berbagai helah digunakan tetapi gagal yg akhirnya balik kepada mereka menjadi papa kedana

dalam kisah ini kita dapat lihat asalnya seorang yg baik, rakan karib kepada ismit tetapi akibat tamak dan diambil kesempatan oleh penasihat yang nak untung atas angin, makan % lalu terpesong dan menjadi hamba

Sidiq takkan dengar nasihat dari orang biasa…sidiq takkan dengar nasihat ulamak tetapi sidiq mendengar dari penasihat yg hanya datang membawa beg, berpakaian kemas dan berkot dan sidiq tak fikir apa akibatnya dikemudian hari kerana sudah tamak…

inilah kisah teladan yg boleh kita ambil untuk dijadikan pengajaran dalam hidup kita,

para pembaca sekalian setiap kita ada berbagai masalah-2, dan masalah itu insyaallah boleh diselesaikan jika kita bersabar dan berfikir secara waras dan berilmiah. kita sekarang dah malas berfikir kerana kita nak sesuatu keputusan itu cepat, contoh

jika kita nak tambah income, apa patut kita buat? jawapannya buat lah biz,

biz apa?terpulanglah, asalkan halal dan memberi pulangan

setiap perniagaan keuntungan bukan dapat dijana dalam masa sebulan atau setahun tetapi paling sikit 5 tahun ini adalah untuk kekalkan perniagaan kita untuk menjadi Finacial Fredom bukan dalam masa yg singkat, Tan Sri Syed Bukhari pun perlukan 36 tahun untuk mencapai apa yg dia capi sekarang, kenalah bersabar dan buat sesuatu mestilah berterusan dan FOKUS!!!

jangan lari dari fokus, fokus kepada satu, contoh jika anda nak ternak lembu, ternak lah lembu sahaja, timba pengalaman dll

semuanya perlu kesabaran. dan jangan ikut nafsu, jangan bertukar-2 perniagaan jika satu perniagaan gagal. kena ada hikmah dalam buat biz.

apa yang penting study sesuatu bidang dgn betul, kumpul ilmu, dan cari mentor yg betul, jangan hanya bila kita lihat iklan dimedia-2 kita dah caya , sabar study dulu, Allah ciptakan Akal untuk kita berfikir, gunakan sepenuhnya

contoh lagi macam pembaca baca blog geng nie lah, dalam blog geng geng banyak ceritakan mengenai pelaburan emas, beli emas fizikal terutama dari syarikat Public Gold, dan jika nak jadi dealer jadilah dealer Public Gold, tapi kenapa bukan syarikat lain? terpulanglah kepada pembaca, geng hanya menulis dan menceritakan dalam blog geng, selebihnya para pembaca kena buat kajian sendiri, fikir sendiri, buat siasatan betulkah apa yg geng ceritakan, macam sekarang harga emas turun, orang mula risau akan kejatuhan harga emas, mereka risau akan harga sekarang kerana mereka beli sekarang tapi mereka dah lupa harga emas dah naik 530% selama 10 tahun, tak ada sesiapa pun yg ambil kisah atau ikhtibar…betul ke?lah cuba lihat graf dibawah

naik kan?jadi nak bagaimana lagi? ok satu lagi cuba kita fikir….kenapa Nisab ZAKAT dikira dengan merujuk kepada berat emas semasa?85gam? kenapa tidak dinilai dengan benda lain? geng ada koleksi nilai zakat yg geng peroleh dari pejabat zakat negeri kedah, boleh download

http://www.zakatkedah.com/portalimages/Doc/Nisab.pdf

pembaca boleh lihat, untuk bulan 11 tahun ini nilai nisab zakat adalah RM14,446.66 untuk 85gram jadi untuk 1 gram adalah RM169.96. bagaimana pulak pada 5 tahun lepas pada tahun 2007 nisab zakatnya adalah RM6966.30 untuk 85gram dan 1 gram jatuh pada harga RM81.96 kalau tak percaya tuan-2 boleh kira sendiri. dan adakah nilai emas akan susut?dan adakah emas satu hari tidak akan bernilai?jawapan ini hendaklah anda cari sendiri, jika anda seorang islam anda pasti akan dapat jawapanya

tapi ingat jangan terima bulat-2 apa yg geng ceritakan , fikir baik-2 buat kajian, jika anda didekati oleh individu yang mahu anda melabur dalam emas, dengar dulu dan balik fikir sebelum buat keputusan, sabar dalam buat keputusan insyaallah anda takk salah melabur

semoga anda diberikan jalan yg benar dan tidak didekati oleh orang-2 yg cuba mengambil kesempatan keatas anda semua

sekian wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes