Public Cautioned Against Joining Internet Gold Investment Schemes

salam sejahtera….saja geng nak kongsi…jemput baca

sumber:-http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=648118

ULASAN GENG916

nak cerita bab skim-2 nie geng dah cerita banyak dah…sampai orang dah maki-2 geng…tapi yelah…kita cerita mengikut fakta yg kita peroleh..bukan buat fitnah…selebihnya terpulang kepada pembaca yg nak mulakan pelaburan…

jika anda ada sebarang soalan untuk mulakan pelaburan  emas yg betul dan selamat sila sms ke 0134353317 saya sedia bantu anda

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Beli emas guna duit kutu

salam sejahtera kepada semua pembaca-2 blog geng 916, geng berharap anda semua berada dalam keadaan sihat berbahgia disamping keluarga tercinta….yey harga emas dah mula menunjukkan pegerakkan menaik dan ada kalanya mencecah usd1800/oz….hmmm macam pernah rasa kan harga emas pada usd1800/oz….bila tue?tahun lepas le…hehehe….lega sedikit kepada pelabur-2 yg telah membeli pada harga emas usd1800/oz dan ini berita gembira pada individu yg beli emas pada usd1900/oz pada tahun lepas jugak….apa!!!! usd1900/oz ?????…yup betul…tahun 2011 harga emas pernah mencecah pada usd1900/oz dan kemudian jatuh semula pada usd1600/oz pergggg….jadi sekarang harga emas dah nak naik le kan?…yup betul tue…mari kita lihat graft harga emas setahun…yakni pada tarikh hari ini hingga tahun lepas…

jika kita lihat harga emas meroket pada bulan 8 dan bulan 9….kemudian jatuh pada bulan 10….lihat detail dibawah

klik gambar untuk besarkan

dalam gambar diatas geng nak tunjukkan kepada anda pegerakkan harga emas, supanya denga kaedah ini anda semua dapat merancang atau anda boleh nampak apa yg berlaku pada harga emas sebelum ini dan bleh merancang untuk masa depan dan membuat keputusan yg bijak. geng sengaja letakkan color code supaya senang geng nak ulas…ok..

anak panah kuning menunjukkan harga emas pada puncaknya usd1924/oz iaitu pada 6/9/2011 tahun lepas dan anak panah merah menunjukkan harga terendah usd1529/oz pada 23/2/2012..jadi penurunan sebanyak usd395/oz yakni sebanyak 20.5% kalau geng tak silap…..

pada anak panah warna hijau pulak menunjukkan harga emas paling tinggi pada minggu lepas usd1787/oz dan dikatakan harga emas dalam satu hari itu iaitu pada 23/2/2012 telah cuba memecahkan garisan usd1800/oz….

anak panah yg berwarna putih pulak menunjukkan harga emas pada wartu dagangan/pasaran tutup iaitu di usd1771/oz

baik dari graf dan pengalaman harga emas tahun lepas…kita dapat katakan harga emas telah naik sebanyak usd242/oz iaitu bersamaan 15.8%. dan jika dilihat harga emas cuba memecahkan usd1800/oz..maka kita akan lihat harga emas akan memcecah usd 1800/oz pada minggu hadapan…dan ini disokong oleh servey yg dilakukan oleh kitco…lihat gambar dibawah

 

merujuk kepada servey diatas….pelabur-2 mengatakan kebarangkalian minggu hadapan harga emas akan naik sumber:-http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_february24.2012.html

jadi apa tunggu lagi…kita masih ada masa lagi sebelum harga kembali kepada usd1900/oz kerana pada masa itu harga emas dah tinggi…kerana jika anda RM20,000.00 sekarang dan beli emas pada harga sekarang….takkan sama dengan harga emas pada masa akan datang kerana bila harga emas tinggi emas yg boleh dibeli akan kurang….sebab kita beli emas guna wang kertas….harga emas naik…harga duit kertas takkan naik…turun lagi ada le…jadi pikir-2 la…

ok kita kembali kepada perbincangan awal…hehehe dah terlari tajuk….geng nak kongsi satu cerita dari akhbar…salah satu teknik membeli emas yg diamalkan oleh orang-2 kelantan khususnya wanita…cerdik betul…hehehehe….kita tahu tapi kita tak buat…bila tak buat…kita rugi!!!…selamat membaca

Beli emas guna duit kutu

sumber:-http://www.hmetro.com.my/articles/Beliemasgunaduitkutu/Article/artikelMA

BANGGA...Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu.

BANGGA…Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu.

“KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu dibeli, termasuk saya yang sentiasa terfikir untuk membeli emas. Disebabkan mahal, saya terpaksa bermain kutu dengan rakan untuk memiliki emas,” kata peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kamariah Md Hanafi, 50.

Kamariah menganggap membeli emas sebagai pelaburan menguntungkan kerana ia boleh dijadikan aset berikutan harganya sentiasa meningkat.

Katanya, bermain kutu cara paling praktikal bagi mereka yang tidak mampu atau tidak memiliki banyak wang.

“Saya menempah barang kemas sebulan sebelum menerima duit kutu. Sebaik menerima wang, saya terus ke kedai emas dan mengambil tempahan.

 

 
“Sebagai contoh, setiap seorang daripada 25 pemain kutu membayar RM50 sehari. Kami membuat cabutan 10 hari sekali dan setiap penerima mendapat RM12,500.

 

“Kaedah ini dilakukan sejak bertahun-tahun lalu dan ia membantu kami mengumpul banyak wang pada satu-satu masa,” katanya.

Dia yang berniaga ayam segar sejak 24 tahun lalu mengakui perniagaannya banyak membantunya memberi pendapatan tetap, sekali gus membolehkannya menyertai rakan lain bermain kutu.

Katanya, permainan kutu tidak tamat selepas masing-masing mendapat habuan, sebaliknya diteruskan supaya setiap pemain mempunyai sumber kewangan sampingan.

“Jika mahu lebih banyak wang kutu, saya akan memasukkan tiga nama iaitu anak dan adik sebagai penama.

“Itupun terpulang kepada sasaran yang hendak dibeli dan memang satu kepuasan apabila mendapat duit kutu kerana ia juga boleh digunakan untuk melangsaikan hutang lama dan menanggung anak yang masih belajar,” katanya.

Wanita gigih itu menegaskan, hasil duit kutu bukan saja membolehkannya membeli barang kemas, malah digunakan untuk membeli sebuah rumah berharga hampir RM200,000.

Kamariah berkata, minatnya terhadap barangan kemas sebenarnya diwarisi daripada arwah bapanya, Hanafi Ibrahim yang menjadi tukang emas.

Katanya, kehebatan ukiran arwah bapanya yang terkenal dengan panggilan ‘Napi tukang emas’ memberi laluan mudah kepadanya untuk membeli barang kemas di kebanyakan kedai di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Arwah bapa bersahabat baik dengan seorang perintis emas tersohor di negeri ini. Namun, disebabkan ayah hanya pandai bertukang tapi kekurangan modal untuk membuka kedai emas, saya memanfaatkan kepakarannya dan kini saya pula menjadi ‘ketua kutu’ kepada rakan peniaga lain,” katanya.

Sambil menunjukkan sebahagian barangan kemas miliknya, Kamariah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Yah mendakwa dengan hasil pelaburan itu, dia mampu membesar dan menanggung pelajaran anak hingga ke universiti.

Bagaimanapun, katanya, membentuk pasukan kutu tidak semudah disangka kerana bakal berdepan risiko seperti ahli yang tidak jujur.

“Bermain kutu memerlukan ahli yang boleh dipercayai. Saya sebagai ketua akan memilih ahli daripada rakan peniaga di sekeliling kami.

“Lagipun, kami sudah lama saling mengenali dan kebanyakan mereka ialah peniaga keropok, barangan runcit, buah-buahan dan peniaga kain.

“Kami kenal lebih 20 tahun kerana sama-sama berniaga di pasar sama. Ia juga memudahkan ‘urusan’ me­ngutip duit kutu setiap hari,” katanya yang berasal dari Tumpat, 10 kilometer dari Kota Bharu.

Hias diri, pelaburan paling utama

SEPASANG suami isteri berpakat membuka kedai emas di Kota Bharu, Kelantan tiga tahun lalu berikutan minat mendalam terhadap perniagaan itu.

Kini Tengku Nor Alani Tengku Alang, 37, dan suami, Muhamad Faris Abdul Rashid, 37, boleh tersenyum puas apabila Putri Jewels semakin mendapat tempat di hati penggemar emas dengan lima cawangan sendiri, selain dua cawangan francais.

Menurut Tengku Nor Alani, kebanyakan masyarakat tempatan gemar menjadikan barangan kemas bukan hanya sebagai perhiasan tetapi turut menjual atau melabur saat harga melonjak di pasaran.

“Boleh dikatakan dalam sehari, kita memperoleh 10 orang atau lebih pembeli emas yang rata-rata menjadikan ia sebagai perhiasan diri atau untuk pelaburan.

“Jangan terkejut jika ada lelaki datang membeli jongkong emas melebihi dua kilogram. Bayangkan harga satu kilogram jongkong emas kira-kira RM170,000 ke atas, jika jongkong yang ada lakaran atau ‘paten’ harganya mencecah RM181,000 sekilogram.

“Kebanyakan pembeli membuat belian bukan hanya untuk satu kilogram. Kalau dilihat gaya pakaian yang sederhana, anda tidak akan percaya mereka mampu membeli emas dalam jumlah sedemikian.

“Kebanyakan mereka adalah golongan peniaga, pesara, guru atau yang tahu selok-belok emas dan mereka akan menjualnya semula apabila harga mencapai sasaran keuntungan.

“Mungkin ketika menjualnya, harga melonjak dan mereka mendapat pulangan maksimum. Itu tidak termasuk mereka yang gemar menjadikan syiling emas (dinar) atau wang perak (dirham) atau pelbagai bentuk koleksi lain untuk tujuan sama.

“Tepuk dada tanya selera dan terpulang kepada individu untuk menyimpan emas mengikut cara masing-masing,” katanya.

Jika Putri Jewels milik pasangan suami isteri, Kedai Emas & Permata Mohd Said, iaitu kedai emas paling lama di Kelantan, adalah legasi perniagaan keluarga.

Seorang anak Allahyarham, Razali Mohd, 59, adalah generasi kedua mengusahakan perniagaan yang dirintis bapanya sejak 1960-an.

Menurut menantunya, Rohani Mohamad, 53, kebanyakan orang di negeri Cik Siti Wan Kembang gemar membeli barangan kemas untuk tujuan perhiasan dan pelaburan.

“Tidak dinafikan, sambutan terhadap jualan emas setiap hari sentiasa ada pembelinya antara 10 hingga 20 orang memandangkan kebanyakan mereka berfikiran jauh.

“Rata-rata masyarakat di sini gemar memiliki emas dan budaya itu tertanam dalam masyarakat sejak dulu sebab ia sungguh berguna kepada pemiliknya.

“Yang menarik, sepanjang berniaga sejak berpuluh tahun dulu, persaingan sesama peniaga sangat positif. Lebih membanggakan, tahun lalu kedai kami mendapat Anugerah Harga Patut disampaikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Sambutan hangat masyarakat Kelantan terhadap emas juga mendorong
syarikat tersohor, Habib Jewels Sdn Bhd, membuka cawangan ke-22 di negeri itu.

Menurut pengurus cawangannya, Rosmayati Harun, ketika pembukaan cawangan itu pada 14 Oktober 2010, jualan melebihi RM200,000 dengan jumlah pelanggan lebih 500 orang.

“Sebenarnya, dalam usia lebih 50 tahun syarikat ini, walaupun ia bermula di Pulau Pinang, kebanyakan ejennya dari Kelantan.

“Untuk itu, inisiatif pembukaan cawangan ini adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang gemarkan koleksi Habib yang sentiasa mengikut aliran terkini.

“Pemerhatian terhadap trend pasaran di sini mendapati, mereka membeli emas kerana pelaburan yang dianggap berbaloi dan ramai orang tempatan suka emas 916.

“Namun ada juga yang sukakan permata dan untuk itu promosi terhadap emas mahupun permata sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, terutama musim
cuti sekolah atau perayaan tertentu,” katanya.

Harga emas jarang menjunam

MEMBELI emas sebagai pelaburan sudah lama menjadi amalan wanita di pantai timur, terutama di Kelantan. Jika tidak memiliki walau seurat emas, dia seolah-olah tidak sempurna pada pandangan masyarakat, budaya atau cara hidup golongan Hawa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Jika dulu hanya wanita membeli barang kemas sebagai perhiasan, trend hari ini makin berubah apabila lelaki turut membeli logam berharga itu sebagai pelaburan atau mengekalkan reputasi.

Perkara itu diakui pemilik Dyana Jewels, Datuk Suhaimi Hashim yang berpengalaman lebih 12 tahun di bidang berkaitan dengan meneruskan legasi perniagaan ibunya di Kuala Terengganu dan kini memiliki beberapa cawangan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, gagasan menguasai ekonomi baru dunia memperlihatkan China dan India sebagai negara paling ramai rakyatnya memiliki emas, diikuti Vietnam.

“Kebanyakan rakyat di negara berkenaan menjadikan emas sebagai aset untuk dilaburkan di kala kehidupan susah. Ini kerana mereka percaya emas tidak pernah susut nilai atau menurun.

“Hakikatnya, harga emas jarang menjunam berbanding komoditi lain. Tidak hairan jongkong emas kini menjadi pilihan ramai lelaki yang didorong sifat ingin mengekalkan kekayaan kerana harganya sentiasa stabil di pasaran. Kalau jatuh pun, ia hanya sementara.

“Disebabkan ia pelaburan menguntungkan, emas kini bukan sekadar lambang status diri semata-mata,” katanya.

Suhaimi turut membuat perbandingan antara kereta dengan emas. Sebagai contoh, kebanyakan kereta yang dibeli dengan harga RM100,000 akan susut nilai sehingga RM50,000 apabila digunakan selama lima tahun berbanding emas yang dibeli dengan harga RM20,000 mungkin bernilai RM200,000 dalam tempoh lima tahun lagi.

“Ini menyebabkan permintaan terhadap emas sentiasa tinggi berbanding barangan lain,” katanya.

Sebagai perbandingannya, katanya, harga satu aun emas cuma RM30 ketika beliau mula menceburi bidang itu 12 tahun lalu tetapi kini meningkat tujuh kali ganda.

Mengenai jenis emas, Suhaimi berkata, ‘emas 10’ atau 999 iaitu bersamaan 24k (karat iaitu 99.9 peratus kandungan emasnya (tulen) paling mahal di Malaysia.

Ini diikuti ‘emas 95’ (950) yang juga dikenali sebagai emas pound (23k iaitu 95.4 peratus kandungan emas tulen) dan ‘emas 916’ (22k iaitu 91.6 peratus kandungan emas tulen).

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pembeli memilih emas 916 kerana ia dianggap ‘standard’ sama ada di segi harga atau piawaiannya.

Bagi mengelak ditipu, Suhaimi menasihati bakal pembeli meneliti tanda ‘karat’ pada perhiasan emas dijual, selain tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya.

Menurutnya, di kebanyakan negara, setiap pengeluar barang kemas diwajibkan mengecop simbol karat pada perhiasan emas dan dikawal melalui sistem ‘hallmark’ (cap kempa) yang berasal daripada Goldsmiths’ Hall, London sejak abad ke-14. Peraturan itu diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Perancis dan Bahrain.

“Di Malaysia, kebiasaannya cop diletakkan di kancu emas sama ada jenis 999, 950, 916. Selain itu, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k. Ada juga dicop bersama tempat pengeluaran barang kemas itu.

“Ia penting kerana jika tiada undang-undang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop perusahaan mereka, termasuk karat dan ketulenan, tanpa pengawasan. Oleh itu, pengguna mesti bijak dan perlu mengambil resit yang mencatatkan jenis emas dibeli. Jika bercanggah dengan apa yang tercatat pada resit, pembeli boleh membuat aduan,” katanya.

Bagaimanapun, bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam, Suhaimi mengakui hanya segelintir orang dapat mengenal pasti sama ada emas dibelinya tulen atau palsu.

“Macam saya yang sudah lama di bidang ini, melihat pada jarak tiga meter pun saya dapat agak ia palsu atau tulen.

“Kita boleh lihat di segi warna dan beratnya serta pelbagai cara lain. Yang penting, beli barang kemas di kedai emas, bukan daripada orang sembarangan.

“Ada segelintir individu menawar untuk menjual barang kemasnya kepada orang ramai dengan harga terlalu murah dengan alasan terdesak dan perlukan duit segera. Perbuatan ini sungguh mencurigakan kerana kalau benar-benar perlukan wang, dia boleh menjualnya di kedai emas yang membeli dengan harga tinggi. Ia tentunya menimbulkan syak kerana kemungkinan emas itu palsu,” katanya.

Suhaimi juga menjelaskan, emas perlu dicampur dengan logam lain kerana ia terlalu lembut hingga tidak sesuai dipakai seharian.

“Emas perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran ‘metallurgists’ membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga ditambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

“Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dalam bentuk emas salutan.

“Istilah mencuci emas atau mengilatkan barang kemas setahun sekali menggambarkan lapisan emas yang disadur sangat tipis,” katanya.

 

ULASAN GENG:-

berkali-2 geng katakan….tiada masalah jika anda semua nak memulakan melabur emas…tak perlu keluarkan modal berpuluh-2 ribu…kerana emas masih lagi mampu anda miliki dalam nilai rastusan sahaja…

untuk pengetahuan anda semua…harga emas 1gram paling tinggi dijual dikedai emas adalah RM205/gram sekarang ini….jadi insyaallah anda boleh beli…emas terendah beratnya yg dijual oleh geng melalui syarikat Public Gold adalah 1dinar (emas 916 beratnya 4.25gram) harga 1 dinar ini adalah RM794 lebih kurang RM800….masih murah….jika anda berkeluarga boleh kongsi-2 suami + isteri…bekerja sama..wanderpetz…..berat sama dipikul ringan sama dijinjing….angapkan ianya pelaburan untuk keluarga…kan senang…elakkan berhutang dgn emas….jika nak berhutang atau buat loan beli emas…pastikan 100% loan anda itu beli emas…

jadi jangan bagi seribu alasan…lambat laun anda ketinggalan…

ok jika anda ada sebarang pertanyaan pasal emas…nak labur emas…nak beli emas…dan nak niaga emas…atau apa-2 pasa emas…sms kepada saya sahaja….0134353317….anda boleh call juga..tapi baik anda sms sahaja geng…sebab geng akan hubungi anda…..mari rebut peluang keuntungan 10% dan setahun 20%-40% dengan emas

jadi jangan lupa hubungi geng 0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Yang tinggal hanya……….

 

salam sejahtera kepada semua pembaca-2 blog geng916……disini geng nak ucapkan takziah kepada 53 penghuni rumah setinggan di kampung sri inai diatas musibah yang melanda..

para pembaca sekian kisah yang akan geng kongsikan disini geng rasa amat bermakna kepada kita…mari kita lihat dan baca

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0109&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive

53 rumah setinggan musnah

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Sebuah kampung berusia lebih 20 tahun yang menempatkan 53 buah rumah setinggan hangus dalam kebakaran di Hulu Kelang, petang tadi.

Kampung Sri Inai yang terletak bersebelahan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR 2) itu terbakar kira-kira pukul 4 petang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, berikutan kebakaran itu, 32 keluarga yang mendiami kampung tersebut hilang tempat tinggal.

Beliau berkata, siasatan kebakaran berpunca daripada lintar pintas berkemungkinan dari salah sebuah rumah di situ.

Katanya, perkampungan itu kebanyakannya didiami orang Melayu serta warga asing Indonesia, hangus dalam tempoh kurang 15 minit sahaja meskipun Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran dari terus merebak ke kawasan perumahan lain.

“Bomba mendapat maklumat pada pukul 4.14 petang dan tiba di tempat kejadian 10 minit sebelum berjaya mengawal api yang marak 15 minit selepas itu.

“Kawasan terbabit kebanyakannya adalah rumah kayu dan berdekatan antara satu sama lain hingga menyebabkan api merebak pantas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mangsa Maria Awang, 50, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, semasa kejadian dia sedang bekerja di restoran makanan segera berhampiran.

“Saya berada di dapur restoran sebelum rakan sekerja yang tinggal di situ menjerit memberitahu rumah kami terbakar.

“Ketika sampai di lokasi api masih marak dan saya sendiri melihat rumah yang telah saya duduki sejak empat tahun itu terbakar. Tiada apa yang selamat kecuali dua daripada tiga gelang pusaka ibu ditemui selepas itu,” jelasnya.

Suaminya Abdul Talib Seman, 42, pula memberitahu, dia sedang membasuh baju ketika menyedari kebakaran itu dan segera menyelamatkan anak lelakinya yang tidur di dalam bilik.

“Api berpunca dari rumah bersebelahan dan ia merebak kurang 15 minit sahaja. Saya juga tidak sempat menyelamatkan harta benda kecuali membawa gumpalan kain terbakar kerana merasakan gelang isteri di simpan di situ.

“Anak saya juga sempat dikejutkan biarpun bumbung dan dinding rumah ketika itu mula jatuh,” katanya.

 

ULASAN GENG916

tuan-tuan lihatlah…inilah musibah yang melanda mereka…ini ujian kepada mereka…tetapi salah sorang dari 53 mangsa kebakaran…masih boleh menafas lega kerana dia tidak tinggal sehelai sepingang…walaupun rumahnya habis terbakal…tapi dia masih ada benda ini…lihat dibawah

 

Salah seorang mangsa kebakaran, Mariam Awang menunjukkan gelang tangan yang ditemuinya dalam kebakaran di Kampung Seri Inai, Ulu Klang, semalam. – UTUSAN/WAHIDIN SALIM

alhamdulillah…akak mariam kita masih memiliki emas..boleh la gadai esok untuk buat modal untuk mulakan hidup baru…tuan lihatlah…jika ada cash banyak pun akan hangus…ada insuran pun takleh buat apa…memang boleh claim..tapi rasa-2 berapa lama boleh dapat?esok?minggu depan…bulan depan? bila…time nak suruh ambil insuran cepat aja…nak claim lambat gila dapat duit…tapi dengan emas…tiada masalah..inilah kelebihan emas..sebab tue emas dikatakan PERLINDUNG KEKAYAAN….jadi pikir-2 lah

lebih baik kekayaan anda..wang simpanan ditukar kepada emas…jika difikir takut kena rompak….ada wang kertas pun kena rompak…jadi tak perlu pikir sampai begitu..kalau kita berhati-2 dan sentiasa berdoa kepada Allah..insyaallah Allah hindarkan dari musibah….bagus aka mariam kita sebab ada simpan emas..tapi lagi 52 buah keluarga lagi macam mana?jadi fikir-fikirlah

oh ya untuk makluman anda semua harga emas di kedai emas dah naik..lihat dibawah

cuba check pada diri pembaca…bilakah kali terakhir anda beli emas?berapa harga 1gram semasa anda beli….dan kepada yg dah kahwin…cincin kahwin masa beli berapa 1gram?sekali lagi…pikir-2lah

jika berminat nak lindungi kekayaan anda dengan emas…hubungi saya di 0134353317..nak tahu pun boleh bertanya….

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Labur emas mengikut syariah

salam sejahtera….kepada para pembaca..geng nak kongsikan satu artikal yang geng rasa anda sendiri tertanya-2….iaitu adakah kita melabur emas mengikut syariah….jadi mari kita baca bersama

sumber:- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-’Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:

n Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

n Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan ‘kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

l Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

l Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

l Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

l Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

 

 

ULASAN GENG916

tiada apa yang nak diulas…hanya geng memanjatkan seribu kesyukuran kepada ALLAH kerana apa ynag geng buat selama ini tidak terlibat dengan riba….dan geng bersyukur kepada Allah segala untung dan rezeki yang geng perolehi dari emas…tidak riba…Ya Allah….aku bersyukur dan berterima kasih diatas segala pemberian mu…..

berlinangan air mata geng bila baca artikal ini… maaf…geng emosional sikit..sebab geng takut…takut pada Allah…

akhir kata…jika anda dah baca…dan dah yakin ..jangan toleh belakang lagi…Allah telah memberi ruang kepada kita…jangan sia-siakannya…

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Pencarian MENTOR

salam sejahtera kepada semua pembaca….diharap anda semua berbahgia disamping keluarga…

kali ini geng nak bercerita mengenai mentor,sifu,mahaguru dan paling mudah….guru

kita perlukan mereka…ini bukan sempena hari guru ye…hehehe lambat lagi nak sambut hari guru nie..hehehe tetapi kita wajib berguru…cumanya tak tahu nak cari guru yang macam mana….geng sendiri pun nak ulas panjang-2 tak pandai…..sebab geng pun tercari-2 guru….tapi geng hanya boleh tinggalkan sesuatu kepada anda semua….

kata orang….nak berjaya kena cari mentor yang berjaya…tetapi tak semua orang yang dikatakan berjaya bermula dari bawah…oleh yang demikian kita kena cari mentor yang bermula dari bawah..”zero” …..kerana kita sendiri pun bermula dari bawah..”zero”….menjadi HERO adalah satu kejayaan dan kepastian..tetapi cara nak jadi HERO itu kita kena tahu dan ambil ikhtibar dan timba pengalaman…naik jatuh, sepak terajang sebelum anda boleh digelar “HERO”
From ZERO…. TO…. HERO”….known the “ZERO”….target for “HERO”…anda perfected the “TO”….then you complet the mission
:-from admin GENG916.COM
GENG916 RAKAN EMAS ANDA

carilah mentor atau guru yang anda selesa dgnnya..tak kiralah dimana sahaja dia berada…nak berguru…kena cari dia…

akhir kata…cari ilmu dari mana sahaja….life long lerning

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Hati-hati pilih ejen pelaburan emas…diri sendiri kena ada ilmu juga!!!

 

salam sejahtera kepada pembaca sekali…perggg sehari geng dah nak post 3 artikal….pergg…bukannya apa… sebab bila sesuatu isu timbul dan ramai bertanya…jadi lebih baik geng jawab siap-2 dalam blog..senang orang nak tahu…ok ini adalah hari ke-3 isu pelaburan emas di dada akhbar…mari kita lihat..

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

 

Hati-hati pilih ejen pelaburan emas

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih ejen sebelum membuat sebarang pelaburan melibatkan jongkong emas.

Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan pelabur menjadi mangsa penipuan ejen yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, orang ramai harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang ejen dan memastikan ejen tersebut berdaftar serta bertauliah.

“Harus diingat ada ejen yang mengambil untung atas angin, jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan sebelum bersetuju untuk membuat pelaburan.

“Jangan mudah percaya dengan kata-kata ejen yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian dan semasa.

Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya pelaburan emas itu dijadikan pelaburan jangka panjang dan bukannya untuk pelaburan jangka pendek.

Sementara itu, Profesor Kewangan dan Perbankan di Kolej Perniagaan, UUM, Prof. Dr. Norhayati Ahmad menegaskan orang ramai perlu meneliti dan mengkaji pelaburan emas yang ingin disertai.

Katanya, sebelum membuat pelaburan, orang ramai haruslah mempersiapkan diri dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan selok-belok pelaburan.

“Dengan adanya pengetahuan, ia sedikit sebanyak membantu dalam membuat keputusan dan mengelakkan diri daripada ditipu

 

ULASAN GENG916

 

geng setuju dengan pandangan pakar-2 diatas…kita kena ada ilmu..jangan percakan agen 100%..sebab semua manusia rambut sama hitam…dalam hati Allah sahaja yang tahu…jadi diri kita kena ada ilmu…tak salah kita buat servey dahulu tanya pandangan beberapa agen…jika 10 orang tanya 8 orang cakap yg sama…ambil la yang sama….jika hanya 6 orang cakap yg sama…cari la lagi

sebab itulah geng buat blog GENG916.COM adalah khas untuk elakkan pekara macam nie berlaku….ilmu dan info dalam blog geng nie..semuanya free…tak kena bayar pun…walaupun geng tak ada tauliah dari university..tetapi geng hanya mampu kongsi pengalaman..yg baik geng cakap baik…yang tak baik geng cakap tak baik…buat apa nak tipu…nak mampus.!!!…tak takut dosa dan hukuman dari Allah ke…geng takut semua tue…

dan syarikat geng pun Public Gold ada membuat seminar percuma disemua lokasi cawangan …jadi datang lah…FREE sahaja…anda boleh lihat disini http://geng916.com/seminar-training/

dan walaupun geng tiada sijil dalam finacial…tetapi geng ada bukti-2 yg diberikan oleh Public Gold yang geng adalah dealer mereka dan mewakili Public Gold…dan status GENG916 adalah MASTER DEALER….bukan nak riak..tetapi ini pencapaian geng…jadi pada geng geng rasa geng boleh bagi pandangan dan pendapat dari sudut pelaburan, manipulasi dan perniagaan emas bagi Public Gold…ini lagi link untuk menunjukkan pentauliah geng sebagai agen Public Gold…lihat disini http://geng916.com/pengesahan/

diharap dengan penulisan ini dapat menjawab beberapa soalan yg terdetik dalam minta para pembaca sekalian…

sekian…ohhhh tahukah anda harga emas sebulan dah cecah 10%…lihat bawah

dan ini pulak dari tahun lepas…30%

untuk 5 tahun pulak 168%

jadi kepada anda semua lihatlah…emas adalah pelaburan jangka panjang….jangka pendek boleh tetapi kena ada ilmu lebih…

jika anda berminat pada emas…nak beli emas..nak simpan emas…nak labur emas atau nak niaga emas…hubungi geng di 0134353317…sekian dahulu

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

X-PLAN kembali!!!!!!!

salam sejahtera kepada para pembaca blog geng916….yaaaa….seperti tajuk di atas…X-PLAN kembali lagi..jom lihat iklan

yes….untuk bulan feb…terbaik….jadi mari tukar emas anda kepada emas public gold…maybe T&C adalah sama dengan promosi sebelum ini… http://geng916.com/2011/12/bertukar-henshin-kepada-emas-public-gold/

jadi siapakah yg paling ideal untuk rebut peluang ini?

1)kpada anda yang ada barang kemas lama, yang dah rosak dan tak pakai lagi…jadi tukar dgn produk pg…

2)sesiapa yang miliki emas jongkong atau syiling susah nak jual semula atau nak cari buyer

3)sesiapa sahaja yang miliki emas yang nilai jualannya rendah…@ spread tinggi…jadi bertukarlah kepada emas public gold..kerana spread emas pablic gold rendah diantara 4.5% sehingga 8% sahaja

4)kepada anda yg tiada cash nak jadi dealer…tetapi ada emas yg banyak..jadi tukar kepada emas pg…

jadi jangan lepaskan peluang ini…hubungi geng916 untuk info lanjut 0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Promosi Terbaru sempena Pelancaran Produk Baru Public Gold

salam sejah tera semua pembaca-2 blog geng 916…..diumumkan….produk baru public gold dalam keluarga i-Series dah dilancarkan ..siap ada promosi lagi…jom kita tengok iklan

dan harga nya kita boleh tengok di http://www.publicgold.com.my/v1/

produk asal

lain-lain produk public gold layari http://geng916.com/about/

ini dah terbaik kerana sekarang orang dah boleh beli emas 916…jika sebelum nie orang kena simpan RM2000 untuk beli emas 916 yg beratnya 10gram….tapi sekarang dengan RM1000 orang dah boleh beliemas 916 5ram dan boleh tambah emas dgn teknik arrahnu….alhamdulillah dan yang bestnya…jika kita beli i-series 100gram….kita dapat baucer tunai RM100 dan ini lagi best …kerana dapat beli produk public gold yang lain rebet @ diskaun RM100 kerana dah ada baucer RM100…alhamdulillah sekali lagi….best kan…apa tunggu lagi

jika anda berminat nak miliki loket ini…anda boleh hubungi geng untuk lock harga atau buking harga emas anda..0134353317

jangan lepaskan peluang ini

Kenaikkan harga emas…30hari……dari 2jan2012 hingga 31Jan 2012……10.91% SAHAJA!!!!!

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

Posted in Uncategorized. No Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes