Pelaburan dalam jongkong emas merugikan?….yer ke?

salam sejahtera kepada para pembaca sekalian…maaflah geng lambat respon akan satu isu yg timbul dalam akhbar utusan semalam…heheh ingat nak tulis artikal semalam berkenaan akan isu itu…tetapi brukban tiggal diopis pulak…jadi terpaksa tangguh jap…dan kebetulan hari nie pulak ada satu cadangan bernas dari profesor dari university….dan beberapa orang call geng dan bertanya…perggg macam best isu nie..jadi geng nak pulas dan ulas sedikit lah…walaupun geng nie bukan Pro..atau Prof….tetapi sekadar cikgu tukang boleh kot geng jawab dgn sertakan beberapa fakta yg jelas…bukan geng nak menegakkan benang yg basah…tetapi nak perbetulkan pekara yang tak betul…kerana ramai yg akan terkesan akan isu ini…terutama pelabur-2 emas fizikal

baik…mari kita lihat kembali keratan akhbar mengenai isu ini

 

ok..tak apa jika pembaca tak nampak…geng crop dari internate

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0130&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

 

ULASAN GENG916

macam bagus yer geng nie nak ulas-ulas….hehehe tak apalah geng cuma nak ceritakan dari pandangan geng..ok kalau kita baca …saudara kita ini telah jadi mangsa kejahilan dirinya sendiri……ehhh pandai-pandai pulak geng kata orang jahil…..sabar…sabar…jahil nie sama saja macam bodoh…cumanaya bersopan sikit…bukannya apa…geng bukan nak hina saudara kita ini..tetapi nak cerita pekara yg betul…inilah akibatnya kalau kita buat sesuatu tanpa ilmu…..senang cakap..”lu tarak BACA ka?” …..

tuan-tuan dan puan-puan…kita sebelum nak buat sesuatu mesti ada ilmu….kenalah study dulu sesuatu..apa sahaja yg kita nak buat…tak kiralah…melabur ka…berniaga ka..apa sahaja kena ada ilmu…cari tanya baca dll akan pekara demikian….

baik..masalah kepada saudara kita ini adalah dia beli emas pada harga tertentu…dan bila harga emas naik…dia jual dan emas itu dipotong harganya…inilah yg dinamakan spread @ susut nialai @ harga potong…..pekara seperti ini…BIASA BRO..apa nak marah-2…. kenapa pekara macam nie boleh berlaku

1) emas adalah barangan komuditi yg diniagakan

2)memang dah menjadi kelaziman…emas akan ada harga BUY dan SELL dimana harga BUY adalah harga yg diambil apabila sesorang jual kembali emas kepada penjual dan harga SELL adalah harga yang digunakan oleh peniaga untuk menjual emas kepada orang lain…kaedah ini digunakan pakai untuk semua urusan jual beli yang dikenali TRADING

3)jangan ingat pelaburan emas sentiasa memberikan pulangan dalam jangka masa pendek…TIDAK SEMESTINYA….kerana bergantung kepada ….dimana anda nak jual semula emas anda…kenapa?sebab harga BUY takkan sama, sebab?Harga emas di MALAYSIA tiada KAWALAN

jadi inilah beberapa faktor…sebab tue saudara kita nie rasa rugi sebab dia jual kepada syarikat atau kedai emas yg mengenakan harga BUY yang rendah yakni spread yang tinggi…macam syarikat emas Public Gold….spread yang dikenakan adalah diantara 4.5% sehingga 8% bergantung kepada jenis-2 emas yang anda beli…lihat dibawah

¬†jika anda lihat diatas…inilah harga yg Public Gold gunakan….jadi anda boleh pikir….inilah kita kena ambil berat…dan bonus…lokasi cawangan…PG cawangan diseluruh malaysia…tiada masalah nak jual semula emas anda..jadi kos dan dikurangkan…barulah dapat memaksimakan keuntungan

ok jadi geng merayu TOLONG LAH TANYA @ CARI ILMU dahulu sebelum buat keputusan…nak senang hubungi geng 0134353317 tak kira anda siapa…saya akan layan pertanyaan anda mengikut apa yg saya tahu sahaja

ok ini isu pertama….isu kedua…hari ini punya paper…

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Garis panduan pelaburan emas perlu dikeluarkan

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Kerajaan digesa mengeluarkan satu garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.

Garis panduan yang dikeluarkan itu juga perlu disusuli dengan penubuhan sebuah badan penyelia yang memantau perjalanan pelaburan tersebut seperti dilakukan Suruhanjaya Sekuriti terhadap institusi pasaran saham.

Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, garis panduan tersebut penting memandangkan jumlah orang ramai yang terpancing dengan tarikan keuntungan lumayan pelaburan itu kian meningkat.

“Turut perlu ditekankan pada garis panduan tersebut adalah jenis kualiti emas yang sesuai dijadikan pelaburan berbanding emas bagi tujuan pengeluaran barang kemas dan kosmetik.

“Meskipun pelaburan sebegini dikatakan menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram, namun terdapat juga pihak yang akan menangguk di air keruh.

“Tabiat masyarakat kita yang hanya mahu keuntungan jangka masa pendek juga menjadi faktor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rintihan seorang pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan forum Utusan Malaysia hari ini yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai, namun ia hanya bernilai RM15,400 untuk 100 gram berbanding harga pasaran semasa iaitu RM19,800.

Abdul Rahim menjelaskan, pelaburan jongkong emas bukan sebuah pelaburan jangka masa singkat dan pelabur perlu menunggu sehingga satu masa sesuai bagi menikmati keuntungannya.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata, buat masa ini, undang-undang sedia ada sudah memadai untuk mengawal pelaburan jongkong emas.

Katanya, kewujudan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 sudah memadai untuk tujuan tersebut.

“Saya bersetuju pelaburan jenis ini terdedah dengan kes penipuan dan kekeliruan, namun tidak perlulah menubuhkan sebuah badan pemantau mahupun satu set garis panduan lain.

“Cuma pelabur emas perlu berusaha mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar pihak berpengalaman dan profesional dari dalam atau luar lingkaran sosial mereka bagi mengelakkan kesilapan atau kekeliruan,” katanya.

 

 

ULASAN GENG916

geng tak setuju dgn pandangan Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman kerana kurang jelas pelaburan bagaimana yang beliau maksudkan¬†sebab pelaburan emas ada macam-2…dan bukan masalah pada emas atau jual beli yakni sistem….kerana sistem yg ada dah ok..masalahnya terletak pada pelabur yakni individu-2 yg membeli emas…betul seperti kata Prof. Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafakita dah ada law

punca berlakunya keadaan yg diterima oleh saudara kita adalah tak cukup ILMU…..maybe malas nak baca.. atau malas nak kaji dan tanya orang…

apa-apa pelaburan..apa-apa pekara kita kenalah berilmu….nak makan nasi pun kena ada ilmu…kalau tak ada ilmu..mesti tiada tertib…

jadi janganlah terlalu kut nafsu…bila tengok harga emas naik tinggi terus meleleh air liur nak beli…sabar..cari sedikit ilmu

jadi diakhir ulasan geng…..ingat ilmu mau ada…bagaimana nak ada ilmu…silalah bertanya…bukannya susah pun…biar kita rugi sepuluh atau lima puluh sebab kita call orang-2 nak tanya pasal sesuatu ilmu dari kita rugi beribu-2….

jadi sekali lagi geng nak menawarkan diri…

nak beli emas , nak tanya pasal emas…atau apa saja pasal emas..boleh hubungi geng di nombor ini 0134353317

insyaallah geng akan susuli…jika tak…sila sms sekali lagi ..maybe geng lupa..harap maaf…

diharap anda mendapat manafaat dari penulisan geng pada kali ini..sekian wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player