Pelaburan dalam jongkong emas merugikan?….yer ke?

salam sejahtera kepada para pembaca sekalian…maaflah geng lambat respon akan satu isu yg timbul dalam akhbar utusan semalam…heheh ingat nak tulis artikal semalam berkenaan akan isu itu…tetapi brukban tiggal diopis pulak…jadi terpaksa tangguh jap…dan kebetulan hari nie pulak ada satu cadangan bernas dari profesor dari university….dan beberapa orang call geng dan bertanya…perggg macam best isu nie..jadi geng nak pulas dan ulas sedikit lah…walaupun geng nie bukan Pro..atau Prof….tetapi sekadar cikgu tukang boleh kot geng jawab dgn sertakan beberapa fakta yg jelas…bukan geng nak menegakkan benang yg basah…tetapi nak perbetulkan pekara yang tak betul…kerana ramai yg akan terkesan akan isu ini…terutama pelabur-2 emas fizikal

baik…mari kita lihat kembali keratan akhbar mengenai isu ini

 

ok..tak apa jika pembaca tak nampak…geng crop dari internate

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0130&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

 

ULASAN GENG916

macam bagus yer geng nie nak ulas-ulas….hehehe tak apalah geng cuma nak ceritakan dari pandangan geng..ok kalau kita baca …saudara kita ini telah jadi mangsa kejahilan dirinya sendiri……ehhh pandai-pandai pulak geng kata orang jahil…..sabar…sabar…jahil nie sama saja macam bodoh…cumanaya bersopan sikit…bukannya apa…geng bukan nak hina saudara kita ini..tetapi nak cerita pekara yg betul…inilah akibatnya kalau kita buat sesuatu tanpa ilmu…..senang cakap..”lu tarak BACA ka?” …..

tuan-tuan dan puan-puan…kita sebelum nak buat sesuatu mesti ada ilmu….kenalah study dulu sesuatu..apa sahaja yg kita nak buat…tak kiralah…melabur ka…berniaga ka..apa sahaja kena ada ilmu…cari tanya baca dll akan pekara demikian….

baik..masalah kepada saudara kita ini adalah dia beli emas pada harga tertentu…dan bila harga emas naik…dia jual dan emas itu dipotong harganya…inilah yg dinamakan spread @ susut nialai @ harga potong…..pekara seperti ini…BIASA BRO..apa nak marah-2…. kenapa pekara macam nie boleh berlaku

1) emas adalah barangan komuditi yg diniagakan

2)memang dah menjadi kelaziman…emas akan ada harga BUY dan SELL dimana harga BUY adalah harga yg diambil apabila sesorang jual kembali emas kepada penjual dan harga SELL adalah harga yang digunakan oleh peniaga untuk menjual emas kepada orang lain…kaedah ini digunakan pakai untuk semua urusan jual beli yang dikenali TRADING

3)jangan ingat pelaburan emas sentiasa memberikan pulangan dalam jangka masa pendek…TIDAK SEMESTINYA….kerana bergantung kepada ….dimana anda nak jual semula emas anda…kenapa?sebab harga BUY takkan sama, sebab?Harga emas di MALAYSIA tiada KAWALAN

jadi inilah beberapa faktor…sebab tue saudara kita nie rasa rugi sebab dia jual kepada syarikat atau kedai emas yg mengenakan harga BUY yang rendah yakni spread yang tinggi…macam syarikat emas Public Gold….spread yang dikenakan adalah diantara 4.5% sehingga 8% bergantung kepada jenis-2 emas yang anda beli…lihat dibawah

 jika anda lihat diatas…inilah harga yg Public Gold gunakan….jadi anda boleh pikir….inilah kita kena ambil berat…dan bonus…lokasi cawangan…PG cawangan diseluruh malaysia…tiada masalah nak jual semula emas anda..jadi kos dan dikurangkan…barulah dapat memaksimakan keuntungan

ok jadi geng merayu TOLONG LAH TANYA @ CARI ILMU dahulu sebelum buat keputusan…nak senang hubungi geng 0134353317 tak kira anda siapa…saya akan layan pertanyaan anda mengikut apa yg saya tahu sahaja

ok ini isu pertama….isu kedua…hari ini punya paper…

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Garis panduan pelaburan emas perlu dikeluarkan

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Kerajaan digesa mengeluarkan satu garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.

Garis panduan yang dikeluarkan itu juga perlu disusuli dengan penubuhan sebuah badan penyelia yang memantau perjalanan pelaburan tersebut seperti dilakukan Suruhanjaya Sekuriti terhadap institusi pasaran saham.

Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, garis panduan tersebut penting memandangkan jumlah orang ramai yang terpancing dengan tarikan keuntungan lumayan pelaburan itu kian meningkat.

“Turut perlu ditekankan pada garis panduan tersebut adalah jenis kualiti emas yang sesuai dijadikan pelaburan berbanding emas bagi tujuan pengeluaran barang kemas dan kosmetik.

“Meskipun pelaburan sebegini dikatakan menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram, namun terdapat juga pihak yang akan menangguk di air keruh.

“Tabiat masyarakat kita yang hanya mahu keuntungan jangka masa pendek juga menjadi faktor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rintihan seorang pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan forum Utusan Malaysia hari ini yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai, namun ia hanya bernilai RM15,400 untuk 100 gram berbanding harga pasaran semasa iaitu RM19,800.

Abdul Rahim menjelaskan, pelaburan jongkong emas bukan sebuah pelaburan jangka masa singkat dan pelabur perlu menunggu sehingga satu masa sesuai bagi menikmati keuntungannya.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata, buat masa ini, undang-undang sedia ada sudah memadai untuk mengawal pelaburan jongkong emas.

Katanya, kewujudan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sebagai badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 sudah memadai untuk tujuan tersebut.

“Saya bersetuju pelaburan jenis ini terdedah dengan kes penipuan dan kekeliruan, namun tidak perlulah menubuhkan sebuah badan pemantau mahupun satu set garis panduan lain.

“Cuma pelabur emas perlu berusaha mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar pihak berpengalaman dan profesional dari dalam atau luar lingkaran sosial mereka bagi mengelakkan kesilapan atau kekeliruan,” katanya.

 

 

ULASAN GENG916

geng tak setuju dgn pandangan Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman kerana kurang jelas pelaburan bagaimana yang beliau maksudkan sebab pelaburan emas ada macam-2…dan bukan masalah pada emas atau jual beli yakni sistem….kerana sistem yg ada dah ok..masalahnya terletak pada pelabur yakni individu-2 yg membeli emas…betul seperti kata Prof. Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafakita dah ada law

punca berlakunya keadaan yg diterima oleh saudara kita adalah tak cukup ILMU…..maybe malas nak baca.. atau malas nak kaji dan tanya orang…

apa-apa pelaburan..apa-apa pekara kita kenalah berilmu….nak makan nasi pun kena ada ilmu…kalau tak ada ilmu..mesti tiada tertib…

jadi janganlah terlalu kut nafsu…bila tengok harga emas naik tinggi terus meleleh air liur nak beli…sabar..cari sedikit ilmu

jadi diakhir ulasan geng…..ingat ilmu mau ada…bagaimana nak ada ilmu…silalah bertanya…bukannya susah pun…biar kita rugi sepuluh atau lima puluh sebab kita call orang-2 nak tanya pasal sesuatu ilmu dari kita rugi beribu-2….

jadi sekali lagi geng nak menawarkan diri…

nak beli emas , nak tanya pasal emas…atau apa saja pasal emas..boleh hubungi geng di nombor ini 0134353317

insyaallah geng akan susuli…jika tak…sila sms sekali lagi ..maybe geng lupa..harap maaf…

diharap anda mendapat manafaat dari penulisan geng pada kali ini..sekian wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Pemulaan yang baik!!!! 2012

salam sejahtera kepada pembaca blog geng 916…..

sebulan hampir berlalu….bagaimanakah dengan prestasi harga emas? mari kita lihat graft harga emas dalam masa sebulan…hujung bulan 12 2011 hingga ke hari ini

 

hmmmm 8.31% dalam masa SEBULAN!!!!! …alhamdulillah….dah mengatasi pelaburan ASB..hehehe..jangan marah yek…..geng nak ucapkan tahniah kepada pembaca-2 blog geng yg telah ambil action semasa geng suruh beli emas semasa geng menulis artikal ini http://geng916.com/2011/12/sekarang-masa-untuk-emas/…alhamdulillah….syukur….mungkin kebetulan harga emas naik..

dan geng memberi ingatan berkali-2 sila Alert pada pekara-2 yg akan mempengaruhi kenaikkan harga emas…jadi pada kali ini punca-punca kenaikkan harg emas adalah disebabkan oleh krisis matawang Euro….anda boleh lihat sendiri atau baca sendiri krisis yang dihadapi oleh Euro…

jadi bila Euro dan ada masalah…pelabur-2 akan mencari pelaburan yg selamat…jadi kembali kepada emas…mari kita lihat servey harga emas pada minggu hadapan…(isnin 30/1/2012)

sumber :-http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_january27.2012.html

wow mejoriti mengundi harga emas akan naik….betul ker?mari kita lihat artikal dari pakar teknikal analisi (sumber:-http://www.kitco.com/reports/KitcoNewsMarketNuggets20120127.html)

Market Nuggets: Triland: Gold Rally Continues; Fibonacci Resistance Near $1,771/Oz

27 January 2012, 1:43 p.m.
By Kitco News
http://www.kitco.com/

(Kitco News) -Gold continues to rally as investors add new positions, says Triland Metals. The Federal Open Market Committee’s pledge this week to keep interest rates low for longer than the market previously expected has caused a “feeding frenzy in the gold market,” Triland says. Triland puts support around $1,715 to $1,720 an ounce. The next major resistance around $1,771, based on the 61.8% Fibonacci retracement from the all-time high to the December low. “Gold has now rallied $85 in three days with virtually no correction, but there will be one in the near future,” Triland says. Triland says silver continues to “eat away” at $33.75 to $34 resistance.  Around the time the Comex gold pit was closing, April gold was $6 higher at $1,735.90 an ounce and spot metal was up $12.70 to $1,732.30. March silver futures were nearly flat—down 0.18 cent to $33.725—while spot metal was up 30.9 cents to $33.70.

By Allen Sykora of Kitco News; asykora@kitco.com

wahhhh…..boleh cecah usd1771/oz….sekarang usd1737/oz….ini mungkin berita baik… dimana letak nya usd1771/oz? mari kita tengok

klik gambar untuk besarkan

wahhh dah dekat…jadi kita lihat adakah minggu depan ..harga emas boleh cecah ke tak…tapi mesti tembus usd1750/oz dulu…hehehe

ok ini perihal emas….sebenarnya tuan-2 dan puan-2…selain emas…anda juga boleh melabur dalam perak….mari kita lihat berapa kenaikkan harga perak pulak….hehehe (AWAS!!! TAK SUSAI DITONTON OLEH ORANG-2 YG ADA SAKIT JANTUNG DAN DARAH TINGGI!!…)

 

TUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUDIA!!!!!!!!!!!!!!!! 17.58%…..2xganda lebih tinggi dari emas…..GILA-2…..kenapa silver boleh lebih tinggi profit dari emas?….senang sahaja sebab harga silver adalah under value dari emas…dan secara biasanya…bila harga emas mahal…orang tak mampu beli..jadi beralih kepada perak..bila dah ramai beli perak…permintaan kepada perak akan tinggi…dan dijangkakan akan naik sampai usd34/oz….jadi bagaimana? jangan lepaskan peluang ini….melaburlah dalam emas fizikal..selamat..kerana emas ditangan anda

jadi sebarang soalan boleh hubungi saya…

anda nak beli emas pun boleh hubungi saya…tak kira dimana anda berada..selagi di Malaysia…insyaallah anda boleh beli emas di syarikat saya wakili…

jangan lupa…sms ke 0134353317….insyaallah saya akan hubungi anda

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Carilah yang mudah jika mampu

kepada para pembaca sekalian….diharap berada didalam keadaan sihat sejahtera….mari geng nak kongsi satu cerita…jom baca

sumber:-http://www.hmetro.com.my/articles/Impianduniabaru/Article/artikelMA#.TxL1YzguyTw.facebook

Impian dunia baru

 

ASAS EKONOMI... jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu.

ASAS EKONOMI… jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu

 

KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu.

Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.
Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu

Foto

YAKIN HIDUP BERUBAH… Kirk mencuba nasib mencari emas di antara kerikil sungai di kawasan Tyndrum menggunakan hanya peralatan asas.

Foto

HASIL LOMBONG… produk akhir yang hanya mengandungi kira-kira 37.5 peratus emas dan bernilai hampir RM575,000

 

Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong.
Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah.
Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar

Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini.
Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.

 

 

Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.
Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.
“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah £184 juta (RM882 juta),” katanya.
Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.
Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).
Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.
Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina.
Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.
Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.
Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.
Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong.
Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.
Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.
“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya.
Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.
“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.
“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.
Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina – Chile.
Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa.
Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.
Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.
Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan.
Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas – biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.
Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini.
Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.
Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini.
Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.
Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama.
“Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih.
“Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.
Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib.
Peralatan mereka sangat sederhana – satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.
Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan.
Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.
“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya.
Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar.
Ia disokong Souter.
Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.
“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza.
“Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.
Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu.
Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira £5 (RM25).
Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza.
Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.
Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ.
Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.
“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.
Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti.
Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ.
“Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.
Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang.
Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia.
Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.
Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).
Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.
“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya.
Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.

 

komen geng:-

geng nak komen …..jika mampu beli sahaja yg dah siap…tak perlulah bersusah payah…kadang kala buat letih saja..sedangkan kita mampu…tapi jika nak pie melombong jugak silakan….cumanya pastikan disitu ada emas…jangan jadi macam berita minggu lepas

sumber akhbar :-http://www.hmetro.com.my/articles/Semuatertipu/Article/

dan menyebabkan kerajaan terpaksa baikki pulak….

kan membasir duit kerajaan negeri…..apa susah cukup duit beli saja yg siap..kalau tak cukup duit…simpan sikit-2 sampai cukup beli sahaja..beli dengan geng…geng ada sediakan semuanya

cuba lihat http://geng916.com/about/ semuanya ada…

ok..jangan pening-2….hubungi geng di 0134353317 sms pun tak apa

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized. No Comments »

Tiada siapa tahu

diharap para pembaca blog geng 916 berada dalam keadaan sihat sejahtera….13 hari dah belalu…kita dapat melihat peningkatan harga emas yg memberangsangkan, maaflah sepatutnya geng updatekan blog geng untuk maklumkan kepada pembaca semua bahawa harga emas dah naik…tapi geng sengaja tak mahu maklum kerana geng nak mengajar anda bahawa jangan suka bersikap tunggu dan lihat

kenapa?sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari, jika nak tahu clue-2 atau petanda-2nya adalah sentiasa berwaspada pada pekara-2 yang mempengaruhi kenaikkan harga emas…contohnya…faktor apakah yg mendorong harga emas naik sekarang ini?

ramai orang tak sedar akan pekara ini…kerana ramai orang tak baca ruangan ekonomi…jadi nasihat geng…jika anda nak tahu petanda-2 harga emas akan naik…lihatlah pada berita-2 ekonomi dan dunia…tiada siapa yg tahu sebenarnya apa akan jadi pada masa hadapan walaupun guna TA….jadi kenalah sentiasa peka pada keadaan atau berita semasa

jadi jika anda masih bertanyakan kepada geng…adakah harga emas sedang menurun….atau adakah sekarang masa sesuai nak beli emas…gang akan kata..ya…sekarang masa sesuai…ada duit beli sahaja…ikut kemampuan…jangan tunggu…jangan risau jika masa anda beli esok turun atau naik…kerana yang anda beli dan ada ditangan anda adalah emas…selagi ditangan anda adalah fizikal emas…anda tidak akan rugi…insyaallah….

jadi jika anda dah cukup modal…nak beli emas..hubungi geng 0134353317

jika anda berhajat nak berniaga emas dibawah syarikat public gold…hubungi geng atau anda lantik geng sebagai introducer..

MOHD HASFARIZAN MD HASHIM

PG000706

mari kita sama-2 mengambil manafaat dari emas…..beribu-ribu tahun dahulu emas telah dianggap bernilai dan sehingga ke hari ini …emas masih bernilai….harganya tetap naik…dan masa akan datang pun akan naik dan berterusan

sekian

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes