Penasihat 20%

Assalammualaikum kepada para pembaca blog sekalian, semoga berada didalam keadaan sihat sejahtera….Alhamdulillah kita diberi rezeki kesihatan dan umur yang panjang untuk hidup didunia ini. bagaimana dengan pelaburan emas anda…menguntungkankah?mengecewakankah?atau pun boleh la?hehehe mesti ramai diantara pembaca-2 blog geng ada dalam kelompok ketiga-2 ini…

kali ini geng nak tulis pasal penasihat 20% pulak….hehehe kenapa tajuk geng kali nie begini?geng nak minta bayaran ke keatas keuntungan yg pembaca perolehi dari pembacaan blog geng ini?tidak sama sekali..jangan la pikir begitu…apa yg geng cerita didalam ini adalah wakaf untuk para pembaca semua semoga dapat menjadi panduan atau motivasi dikala sempit..

sebenarnya geng baru lepas mendengar ceramah agama yg disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias,

http://www.albarakah.org/sejarah-albarakah

dalam ceramah beliau ustaz menceritakan kisah Nabi Musa yang Allah ceritakan kepada Nabi Muhammad didalam Al-Quran surah Taha. seronok jika para pembaca membaca ayat ini http://quran.com/20 surah yang telah melembutkan hati Omar sahabat Rasulullah untuk memeluk islam dan banyak khasiat-2 dan kisah teladan yang kita peroleh dari surah ini.. ringkas yang geng nak ceritakan disni adalah , Nabi musa Allah kurniakan beberapa mukjizat untuk berdepan dengan Firaun yakni tongkat bertukar menjadi ular, tangan Nabi Musa bercahaya dan membelah laut semua ini adalah dengan izin Allah nabi musa dapat lakukan untuk melawan dgn ahli-2 sihir Firaun. diulas oleh ustaz kazim, firaun telah mengaku dirinya tuhan disebabkan ini Allah telah memerintahkan Nabi Musa berdepan dengan firaun dan menasihati firaun agar kembali menyembah Allah. dibuktikan kepadanya mengenai kekuasaan Allah tapi firaun masih berdegil, firaun pun ada akal, dia pun tahu membezakan yang mana satu sihir dan yang mana satu rialiti akan tetapi disebabkan oleh sifat bongkak dan menerima pendapat dari penasihat-2 berkepentingan maka firaun masih menolak akan dakwah Nabi Musa, dan peristiwa ini Allah rakam kan didalam Al-Quran untuk kita mengambil iktibar

bila geng mendengar ceramah ini, geng mendapat satu ilham, betul jugak, kadang kala kita nie bila dah bersimpang jauh jika tersalah minta pendapat atau nasihat dari orang yg salah, silap-silap kita akan terpesong terus. terutama jika kita berjumpa dengan orang-2 yang ada kepentingan atau agenda tersendiri. setelah difikirkan akan hal ini, geng pun terfikir adakah para pembaca membaca blog geng ini terus menerima bulat-2 apa yang geng ceritakan atau pun para pembaca ambil tindakan terus mengkaji apa yg geng hujahkan disini?

para pemabaca sekali, ada kalanya kita ini dikaburi oleh nafsu kita tersendiri, dan adakalanya bila kita dalam terdesak akan ada orang yg ambil kesempatan dan jika kita tak berhati-2 tengelamlah hidup kita, seperti yg berlaku pada Ahmad Nisfu dalam filem 3 Abdul arahan P.Ramli

dalam filem ini sadiq sigaragar (ahmad nisfu) merupakan seorang hartawan yang membuka kedai-2 antik…orang kayalah, tetapi akibat sikap perasaan sayangkan harta dunia, risau akan kekurangan harta dan rezeki yang tak jelas dia mula mencari jalan bagaimana nak banyakkan harta dan dia meminta bantuan seorang pakar iaitu Kassim Patalon (salleh kamil).

akibat mendengar nasihat putar alam nak tmbah kekayaan, sadiq sigaragar pun menjadi tamak dan ingin membolot semua kekayaan yang ditinggalkan oleh Ismit Ulam Raja kepada anak-anaknya, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. dengan mengunakan anaknya sendiri mereka telah berjaya menipu 2 dari 3 anak Ismit Ulam Raja dan berusaha nak menipu anak bongsu Ismit Ulam Raja tetapi gagal, usha diteruskan untuk menipu , berbagai helah digunakan tetapi gagal yg akhirnya balik kepada mereka menjadi papa kedana

dalam kisah ini kita dapat lihat asalnya seorang yg baik, rakan karib kepada ismit tetapi akibat tamak dan diambil kesempatan oleh penasihat yang nak untung atas angin, makan % lalu terpesong dan menjadi hamba

Sidiq takkan dengar nasihat dari orang biasa…sidiq takkan dengar nasihat ulamak tetapi sidiq mendengar dari penasihat yg hanya datang membawa beg, berpakaian kemas dan berkot dan sidiq tak fikir apa akibatnya dikemudian hari kerana sudah tamak…

inilah kisah teladan yg boleh kita ambil untuk dijadikan pengajaran dalam hidup kita,

para pembaca sekalian setiap kita ada berbagai masalah-2, dan masalah itu insyaallah boleh diselesaikan jika kita bersabar dan berfikir secara waras dan berilmiah. kita sekarang dah malas berfikir kerana kita nak sesuatu keputusan itu cepat, contoh

jika kita nak tambah income, apa patut kita buat? jawapannya buat lah biz,

biz apa?terpulanglah, asalkan halal dan memberi pulangan

setiap perniagaan keuntungan bukan dapat dijana dalam masa sebulan atau setahun tetapi paling sikit 5 tahun ini adalah untuk kekalkan perniagaan kita untuk menjadi Finacial Fredom bukan dalam masa yg singkat, Tan Sri Syed Bukhari pun perlukan 36 tahun untuk mencapai apa yg dia capi sekarang, kenalah bersabar dan buat sesuatu mestilah berterusan dan FOKUS!!!

jangan lari dari fokus, fokus kepada satu, contoh jika anda nak ternak lembu, ternak lah lembu sahaja, timba pengalaman dll

semuanya perlu kesabaran. dan jangan ikut nafsu, jangan bertukar-2 perniagaan jika satu perniagaan gagal. kena ada hikmah dalam buat biz.

apa yang penting study sesuatu bidang dgn betul, kumpul ilmu, dan cari mentor yg betul, jangan hanya bila kita lihat iklan dimedia-2 kita dah caya , sabar study dulu, Allah ciptakan Akal untuk kita berfikir, gunakan sepenuhnya

contoh lagi macam pembaca baca blog geng nie lah, dalam blog geng geng banyak ceritakan mengenai pelaburan emas, beli emas fizikal terutama dari syarikat Public Gold, dan jika nak jadi dealer jadilah dealer Public Gold, tapi kenapa bukan syarikat lain? terpulanglah kepada pembaca, geng hanya menulis dan menceritakan dalam blog geng, selebihnya para pembaca kena buat kajian sendiri, fikir sendiri, buat siasatan betulkah apa yg geng ceritakan, macam sekarang harga emas turun, orang mula risau akan kejatuhan harga emas, mereka risau akan harga sekarang kerana mereka beli sekarang tapi mereka dah lupa harga emas dah naik 530% selama 10 tahun, tak ada sesiapa pun yg ambil kisah atau ikhtibar…betul ke?lah cuba lihat graf dibawah

naik kan?jadi nak bagaimana lagi? ok satu lagi cuba kita fikir….kenapa Nisab ZAKAT dikira dengan merujuk kepada berat emas semasa?85gam? kenapa tidak dinilai dengan benda lain? geng ada koleksi nilai zakat yg geng peroleh dari pejabat zakat negeri kedah, boleh download

http://www.zakatkedah.com/portalimages/Doc/Nisab.pdf

pembaca boleh lihat, untuk bulan 11 tahun ini nilai nisab zakat adalah RM14,446.66 untuk 85gram jadi untuk 1 gram adalah RM169.96. bagaimana pulak pada 5 tahun lepas pada tahun 2007 nisab zakatnya adalah RM6966.30 untuk 85gram dan 1 gram jatuh pada harga RM81.96 kalau tak percaya tuan-2 boleh kira sendiri. dan adakah nilai emas akan susut?dan adakah emas satu hari tidak akan bernilai?jawapan ini hendaklah anda cari sendiri, jika anda seorang islam anda pasti akan dapat jawapanya

tapi ingat jangan terima bulat-2 apa yg geng ceritakan , fikir baik-2 buat kajian, jika anda didekati oleh individu yang mahu anda melabur dalam emas, dengar dulu dan balik fikir sebelum buat keputusan, sabar dalam buat keputusan insyaallah anda takk salah melabur

semoga anda diberikan jalan yg benar dan tidak didekati oleh orang-2 yg cuba mengambil kesempatan keatas anda semua

sekian wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player