Kemukakan Dalil!!!!

Assalammualaikum kepada para pembaca, semoga berada didalam sihat sejahtera….setelah geng post kisah artikal yg terdapat dalam Harian Metro dalam FB dan kemudian geng ulas dalam blog geng nie.terdapat pihak-2 yang masih tak berpuas hati…seperti geng kata kalau tak suka dan takleh terima pendapat orang, jangan la marah-2…

setiap orang ada pendapat masing-2 dan pendapatnya mesti disokong oleh beberapa fakta…begitu juga dengan pendapat geng….isu sebenar artikal itu adalah pembelian emas melalui arrahnu dengan kaedah pajakkan…

geng bagi pendapat yang kaedah itu salah dan tak boleh dilakukan…kerana bersebab…dan geng ada sebabnya..bila geng kata riba dan bidaah..mereka kata kemukakan dalil….baik…geng akan berikannya

sebelum tue geng nak cerita bagaimana amalan gadaian ini boleh berlaku dan bagaimana arrahnu boleh wujud…

sebenarnya arrahnu sekarang ini digunapakai setelah mengikut amalan yang dilakukan oleh rasulullah iaitu sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah r.a. yang berkata:

Rasulullah SAW pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dan baginda menggadaikan kepadanya baju besi baginda. (riwayat Bukhari).

ini dalil gadaian yg geng pegang….baik mari kita lihat apa kaitan dengan isu artikal

isu diatas adalah pembelian emas mengunakan arrahnu yg digelar skim 30:70 atau 35:65 nisbah ini adalah merujuk kepada wang pembeli : wang arrahnu, dan nak diterangkannya adalah melalui senario ini.

senarionya

Ali hendak membeli emas 100gram , lalu dia berjumpa dengan penjual emas bernama Abu. harga emas sekarang ini jika dibeli adalah RM190/gram jadi 100gram emas harganya RM19,000.00 jika dibeli ditangan. Ali tidak cukup duit nak beli emas 100gram itu lalu abu berkata, yang Ali tak perlu bayar penuh hanya perlu bayar 30% sahaja, lagi 70% arrahnu akan bayarkan melalui pinjaman pajakkan tapi harganya adalah mengikut nilai gadaian di Arrahnu, lalu Ali pun bersetuju. mereka berdua ke arrahnu. Abu memberikan Ali emas 100gram untuk Ali pajakkan diatas nama Ali sebab Ali nak beli emas itu.

Ali menyerahkan emas 100gram kepada pegawai Arrahnu. emas yg dipajakkan oleh Ali tadi harganya adalah mengikut nilai gadaian yg terdapat pada arrahnu iaitu RM205/gram dan nilai marhun emas 100gram itu adalah RM20,500.00 dan pihak arrahnu menyerahkan wang 70% drpd nilai marhun tadi kepad Ali..iaitu berjumlah RM14350…..Ali berjumpa semula dengan Abu…lalu Ali menyerahkan wang itu kepada Abu….dan menyerahkan baki lagi 30% kepada Abu yang berjumlah RM6165…selesai

Abu pulang dengan keuntungan jualan emas 100gram dan Ali pulang dengan sekeping kertas yang menyatakan beliau berhutang RM14350 dengan pihak arrahnu dan perlu bayar upah simpan untuk emasnya didalam arrahnu selama mana disimpan didalamnya….upah simpan di dalam arrahnu adalah RM0.75 bagi setiap RM100 dari nilai marhun

ok jika kita lihat disini…bolehlah kita dapati perbuatan mereka berdua adalah melanggar amalan yang dilakukan oleh rasulullah…

dimana Ali memajak emas yang bukan miliknya sedangkan rasulullah memajak baju besi milik baginda sendiri…maka ini adalah pelanggaran amalam Rasulullah yang digelar Bidaah

selain dari itu urusniaga jual beli diantara Ali dan Abu telah melanggar peraturan jual beli yg disyariatkan oleh syarak dimana urusniaga mereka berdua ada 2 akad didalamnya iaitu akad jual beli dan akad pajakkan. ini salah

dan jual beli emas secara Ali bayar 30% dan hutang 70% adalah pembelian emas secara tertanguh dan ianya berunsur RIba seperti yg geng dah terangkan dalam artikal yg lepas

jadi kepada para pembaca diharap dapat memahami dan faham kenapa geng tak setuju akan pembelian emas secara ini….kecualilah ada FATWA jelas menyatakan boleh beli emas secara tertanguh, dan boleh beli emas dengan bayarah separuh-separuh …selagi tak ada yg jelas terang lagu bersuluh….jangan buat pasal…jangan main-main hukum Allah

geng tak suruh pembaca percaya apa yg geng tulis…tapi geng minta pembaca kaji betul-2 apa yg geng tulis…buatlah penilaian sendiri…takguna kita kaya, kita mewah dan banyak emas bertan-tan tapi semua akan jadi bahan pembakar kita di hari kiamat….iangatlah firman Allah :Allah dan rasulnya akan memerangi riba besar-besaran…..iangatlah wahai rakan-2

Tak guna kita ada emas berkilo-2 keuntungan berjuta-2 jika hasilnya dari RIBA

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player