Elak Tertipu beli emas (ulasan geng916)

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian, geng berharap anda diluar sana berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta….

rasanya belum terlambat untuk geng ucapkan selamat menyambut hari raya korban dan selamat pulang kepada jemaah-2 haji kita, terutamanya kepada pembaca-2 blog geng yang baru pulang dari menunaikan fardu haji…Alhamdulillah…seronok bila kita dengar kisah-2 dari jemaah-2 haji yg baru pulang….rindu rasanya geng nak minum air zam zam…

baiklah artikal kali ini adalah mengenai satu artikal…yang diemailkan kepada akhbar harian metro….geng pun terkejut sebab kebetulan dari johor..kalau ditulis nama kan best…hehehe oklah…disebabkan ramai bertanyakan kepada geng mengenai artikal ini…dan minta geng ulas…maka geng pun nak ulas…cumanya ulasan geng ini adalah berdasarkan pendapat geng sendirilah…jadi jangan lah marah-2 jika anda tak setuju dengan pendapat geng…pendapat masing-2…pendapat orang takleh kit kata salah….sebab pendapat….kalau nak kata salah baik jangan minta pendapat atau minta orang ulas…betul….jadi mari kita mulakan….

baik jadi geng nak repost semula artikal itu dalam blog geng

sumber:- Harian Metro m/s 22A 14Nov 2011

Elak tertipu beli emas

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
 
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
 
Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
 
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.
 
Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.
 
Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu
 
Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.
 
Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.
 
 
Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.
 
Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.
 
Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.
 
Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.
Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.
Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.
 
Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.
Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.
Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.
 
Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.
 
Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.
 
Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.
 
Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.
Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.
Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.
Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.
Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.
Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.
Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.
Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.
Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.
Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.
PELABUR EMAS SEJATI Johor Bahru

 

———————————————————-tamat artikal——————————————————-

 ulasan/komen/pendapat geng…

pada pandangan geng luahan didalam artikal diatas ada betul dan ada kurang tepat..

geng tak salahkan pengirim email ini…mungkin dia nampak sesuatu yg orang lain tak nampak iaitu implikasi berhutang dalam membeli emas

dia juga menegaskan mengenai kaedah pembelian emas secara skim 30:70 yang dilakukan oleh segelintir penjual-penjual emas ….tak kiralah penjual itu menjual emas dari syarikat mana pun…sama saja….

baik geng nak sentuh satu per satu dari artikal di atas, dan geng nak ulang sekali lagi…ini adalah pendapat geng bukan pendapat orang lain…

untuk makluman pembelian emas melalui kaedah 30:70 atau 35:65 ada geng terangkan dalam 2 artikal yang lepas…sila baca

http://geng916.com/2011/05/ar-rahnu-salam-pengenalan/ dan http://geng916.com/2011/05/awasi-riba-dalam-pembelian-emas/ 

jadi geng tak nak ulas panjang lagi bab ini..

sebenarnya jika anda buat loan untuk beli emas adalah lebih baik satu loan sahaja…..jika anda terlibat dgn skim pembelian ini anda telah terjebak dgn 2 loan…..di mana ada dua loan itu? baik mari kita lihat MO biz ini….

skim ini menawarkan pembelian emas dengan pembeli hanya perlu membayar 30% dari harga emas dan selebihnya yakni 70% diambil dari pajakkan emas…jadi katakan pembeli nak beli emas 100gram
harga di arrahnu…yakni nilai marhun adalah RM200/gram maka harga emas untuk 100gram adalah RM20,000…..maka pembeli hanya perlu membayar RM6000 dan baki lagi RM14000 akan diperoleh setelah penjual memajakkan emas itu atas nama pembeli dan arrahnu akan beri 70% kepada pemajak (pembeli) …lalu pembeli menyerahkan kepada penjual emas tadi duit yang dia dapat…..jadi habis bagi penjual….

manakala pembeli pula sekarang dia ada emas 100gram didalam arrahnu dan untuk ambil keluar emas tadi pembeli kena jelaskan pinjaman 70% yakni RM14,000.00 + upah simpan yg dikenakan oleh arrahnu kepada emas yg dipajak…

disinilah senario diatas bermula… kalau pembeli guna duit sendiri RM6000 tak apalah…dia tiada hutang lain hanya sekadar hutang dgn pihak arrahnu sahaja…..tetapi bagaimana pula jika berhutang? maka dia akan ada hutang untuk bayar 30%……..dan hutang dari arrahnu…

inilah 2 hutang yg wujud…..contoh yg geng bagi adalah sedikit…nak beli 100gram saja…..senario yg diceritakan dalam artikal diatas adalah RM30,000.00 untuk bayar 30% dari harga emas….perggg

jadi hati-2 ..jangan buat loan tak sihat….

baik pekara lain adalah sistem arrahnu….ada kesilapan sedikit geng rasa…maybe pengirim tak faham….sebenarnya kita tak perlu tebus emas kita jika sampai tempoh matang….hanya perlu tukar surat sahaja…maksud tukar surat…apabila dah sampai tempoh matang katakan 6 bulan…arrahnu akan tambah lagi 3 bulan…atau anda boleh renew surat pajak…atau digelar overlap……masalah overlap atau renew ini….jika anda buat semasa nilai pajakkan rendah dari pajakkan awal…anda kena bayar…..hehehehe…..contohnya

katakanlah anda pajak 100gram pada jan 2011 dan nilai pajakkan adalah RM189/gram…jadi nilai marhunnya adalah RM18,900.00 dan pinjaman pulak 70% jadi RM13230 …anda pun bayar bulanan RM500….cukup 6 bulan anda dah jelaskan RM3,000 maka baki adalah RM10230

upah simpan (bergantung dimana anda pajak) katakan RM0.75 dari nilai marhun setiap RM100 …maka lebih kurang RM141.75/bln kalau 6bulan RM850.5

jadi bila anda nak buat overlap….katakanlah 6 bulan selepas itu nilai gadaiana dah naik kepada RM200/gram…..maka

emas 100gram anda telah jadi RM20,000.00 dan pinjaman adalah RM14,000.00 maka arrahnu akan buat penolakkan….

pinjaman lama….RM10,230.00 + upah simpan RM850.50 = RM11080.50

pinjaman baru RM14000.00

overlap = pinjaman lama-pinjaman baru

=11080.50 – 14000.00

=RM2919.15…ini adalah baki….anda boleh ambil….tetapi pinjaman anda tidak berkurang ia semakin naik….inilah overlap….soalan akan timbul…bagaimana nak tebus emas itu? (ulasan dihentikan…hehehehe)

adapun ada juga arrahnu yang kita tak perlu renew surat pajak…hanya renew tarikh sahaja…dengan syarat kita bayar upah simpan…kaedah ini adalah lebih baik kerana kita hanya bayar RM850.50 pada bulan ke-6 dan nilai pinjaman kita masih sama seperti yg kita buat

jadi fikir dahulu…..

nasihat geng lebih baik beli ikut kemampuan…jangan menysahkan diri…nak buat…terpulanglah

sebenarnya dalam kes ini….geng tak kisah sangat….cumanya…geng kisahkan wujudnya riba dalam urusniaga emas ini….jadi terpulanglah…geng dah ulas…anda baca..tak faham boleh tanya…

ok.yang seterusnya…sekarang rugi sebab harga emas turun…seperti yg geng ceritakan pada artikal sebelum ini….mana ada harga emas turun…tak caya? baca artikal sebelum ini…insyaallah anda akan faham…

ok…geng henti dahulu setakat ini…jadi berhati-2…labur emas ini untung…cumanya jangan melebur sudah

(saja pilih gambar nie…hehehe cantik)

sebarang persoalan boleh diajukan kepada geng 0134353317

nak beli emas, nak jadi tokey emas boleh call geng…insyaallah sentiasa menanti pangilan anda

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player