Didik wanita melabur emas???

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian….

hmmmm …sedappppp…..hampir sebulan harga emas berada diparas rendah….hmmm rendah ke?betul ke rendah?hmmmm geng rasa tidak…tinggi dari awal tahun…betul geng tak tipu…tak caya ke?ok lihat graft dibawah….

 

untuk tahun nie..masih naik lagi….cumanya ye la bila kita mulakan pelaburan¬† tue….tapi jangan risau…insyaallah…anda masih tak rugi sebab emas yang anda beli itu adalah emas fizikal….bukan emas maya….kalau anda invest dalam maya….sorry la…hehehe geng tak dapat tolong..sebab bagi geng…tak best bila invest maya..walaupun untung…tapi bagi geng tak best…selain tue..tak patuh syariah….jadi buat apa…hehehe

kenapa best labur dalam emas fizikal? hehehe kerana kita akan sentiasa ada modal jika kita labur dalam emas fizikal….apa itu emas fizikal?…

emas fizikal adalah macam dibawah nie

ini lah contoh emas fizikal….emas yang boleh kita pegang…gengam…cium…gigit….raba..usap-2 dan lain-lain…..

dan apa pula emas maya…..haaa….emas maya adalah emas yg kita beli tapi tak dapat emas…dapat kertas atau buku…atau data….terutama macam orang main gold trading..macam nie

anda beli emas tapi dapat kertas apa hal.?hehehe

bila labur emas maya…anda hanya ada data dan kertas….tapi bukan fizikal emas…jadi jika harga rendah anda nak tambah modal….atau nak tambah pelaburan anda…soalan saya…mana nak cari duit?nak buat loan lagi ke?hehehehe…kalau buat berapa lama?3 hari?kalau anda ada emas fizikal ditangan…hanya perlu cairkan dengan dipajak diarrahnu…apa susah…beli lagi emas…hehehe….harga emas akan naik..insyaallah…yakin saja….sekarang pun dah naik sikit…lihat bawah

 

harga pada pukul 11.15pg tadi waktu malaysia 7/10/11

tapi masih rendah….relax la..ada 2 bulan lagi untuk habis setahun….pelaburan emas bukan pelaburan jangka pendek…bukan beli hari nie jual esok….untuk untung besar kena simpan lama sikit…lagi lama…lagi mahal…insyaallah…jadi jangan risau…

ok…sebenarnya geng nak kongsi satu laporan akhbar…hehehe..geng rasa ramai yg tak tahu pasal laporan akhbar nie..maklum la..keluar paper utusan…hehehe jai orang tak baca sangat..kenapa?hehehe malas geng nak ulas..bila libatkan politik…baik cerita bab emas..sedap sikit…ok..

ini adalah dari laporan akhbar utusan di sisipan MEGA…..hari ini..7/10/11

dan sumber dari tenet…http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1007&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive

 

 

Didik wanita melabur emas

 

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar ASWAD YAHYA

 

 

 

 
Selain untuk perhiasan memilik barangan kemas juga satu pelaburan jangka panjang.

 

 

 

Biarpun sehalus janggut udang barang hiasan emas tetap menjadi idaman golongan wanita sejak dari dulu lagi.

 

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa emas menjadi sahabat baik wanita yang melambangkan kemewahan dan status seseorang.

 

Bagi yang lebih bijak menjadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai harta yang boleh membawa keuntungan lumayan pada waktu diperlukan.

 

Malangnya, amalan itu tidak menjadi ikutan wanita generasi muda hari ini yang lebih suka kepada barangan berjenama lain bagi melambangkan kemewahan dan prestij.

 

Menurut Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul Kadir, seharusnya generasi muda hari ini mencontohi ‘orang lama’ untuk membeli barangan kemas sebagai hiasan dan pelaburan.

 

“Membeli emas hari ini sangat menguntungkan, ia bukan sekadar barang perhiasan yang boleh digunakan untuk bergaya tetapi juga aset penting memandangkan harganya semakin meningkat dari hari ke sehari,” tegasnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

 

Katanya, nilai emas yang sentiasa meningkat dengan konsisten mengikut harga pasaran emas dunia menjadikan ia komoditi terbaik untuk pelaburan jangka panjang.

 

“Sambil berhias dengan barangan kemas berkualiti pada masa sama wanita juga sebenarnya telah membuat pelaburan jangka panjang,” katanya.

 

Menurut Abdul Razak, sudah tiba masanya untuk golongan wanita mengubah cara hidup sekarang dengan menjadikan emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

 

“Sebagai contoh setiap tahun kita belikan emas kepada diri sendiri, atau pada anak-nak bagi menggantikan hadiah-hadiah lain.

 

“Biarpun nampak kecil namun nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa. Keadaan ini jika dibiarkan untuk tempoh tertentu pastinya mendatangkan keuntungan,” kata Abdul Razak.

 

Katanya lagi, emas boleh dijual semula mahupun digadaikan ketika masa sesak tanpa perlu menanggung susut nilai.

 

Bagaimanapun beliau menyeru supaya membeli emas di tempat atau di kedai yang mempunyai nama.

 

“Keadaan itu penting memandangkan ia mengelakkan daripada pelanggan di tipu serta memastikan kualiti emas itu terjamin,” katanya lagi.

 

Di Habib katanya, pelanggan yang membeli barangan kemas akan diberikan sijil dan keadaan itu memberikan jaminan kepada pelanggan untuk terus membeli di premis tersebut.

 

Lagi pun pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.

 

Menurutnya lagi, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.

 

Malah terbaru, Habib juga menawarkan pajak gadai yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menggadai barangan perhiasan tersebut.

 

Terangnya lagi, pihaknya kini mempunyai sebuah premis pajak gadai yang terletak di Ampang. Bagaimanapun pihaknya kini dalam persiapan terakhir untuk membuka lima lagi premis pajak gadai di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

 

“Uniknya pajak gadai di sini ialah turut menerima berlian dan batu-batu berlian untuk di gadaikan,” katanya lagi.

 

 

komen geng:

kenapa dia kata didik wanita melabur emas?bukan ke emas sinonim dgn emas…sebabnya perempuan sekarang dah tak minat emas sebagai hiasan…minat benda lain..kristal la..besi magnet la..silver la…dll….emas putih suka sangat…sepatutnya emas kuning la…haiya…nak ulas panjang-2 geng dah malas sebab artikal diatas dah ceritakankan…artikal sebelum nie pun belambak dah..jadi kalau nak tahu lebih lanjut..senang saja…call la geng 0134353317…

ok geng sedia menanti anda…budayaan penyimpanan emas, pelaburan emas…dan cari income dngn biz emas…hehehe

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player