Beli emas lindungi ekonomi negara

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian..diharapkan para pembaca blog geng 916 gembira disaat harga turun ini…hehehe ehhh betul apa….kenalah seronok masa harga turun ..sebab boleh beli lagi…kan harga emas sedang mendaki sedikit-sedikit sekarang nie…cuba tengok dalam website kitco.com atau instal MT4 atau FxPro….hehehe..oklah…geng tak nak celoteh panjang sebab geng ada kerja sedikit nak buat..ini pun curi-2 nak update satu artikal best….

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

sumber:- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm&arc=hive

Utusan Malaysia bertarikh 03/08/2011

SEOUL 2 Ogos – Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.

Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).

Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.

Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.

Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.

Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.

Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia – dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.

”Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,” kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.

Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.

Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. – Reuters

 

 

komen geng916:-

kenapa korea pilih emas untuk lindungi ekonomi mereka?

kan geng dah cerita pada artikal-2 lepas…iaitu….EMAS ADALAH PELINDUNG KEKAYAAN, KALIS INFLASI, TIDAK BOLEH DIMANIPULASI, NILAINYA TIDAK AKAN HILANG DAN SENTIASA BERNILAI TAK KIRA DALAM BENTUK APA SEKALIPUN…..anda faham ini…anda akan tahu kenapa korea sangup beli banyak emas untuk lindungi kekayaan mereka…..ok

jadi kepada anda diluar sana…macam biasa…nak tahu pasal emas…kelebihan emas…nak untung dgn emas…anda hanya perlu hubungi geng…0134353317….ilmu free jgn risau…nak minta geng bagi seminar pun boleh…sila lihat jadual geng…mana yg free…ok la…biasa diJB untuk hari biasa…sabtu hanya boleh di Pulau Pinang dan Kedah sahaja

sekian…renung-renungkan dan selamat beramal…(macam dr izy la pulak)

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player