Pelaburan Akhirat

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng916, dalam pejalanan ke pejabat tadi layan ceramah agama, pengajian kitab….dalam huraian itu geng tertarik pada ungkapan dari kitab itu yang mengatakan , umat islam akhir zaman akan mudah ditipu oleh ibadat dan umat akhir zaman tak bersungguh dalam mengumpul pahala, terutama pahala sunat yang banyak, bersepah, senang didapat dan tak perlu belanja banyak, jadi dalam duduk fikir-2….betul jugak…jadi timbullah idea nak tulis artikal pasal pelaburan akhirat….

ok apa yang dimaksudkan dengan pelaburan akhirat? ok mari kita pahami apa itu pelaburan dahulu…..pelaburan adalah sesuatu benda yg kita beri lalu digunakan untuk bertujuan mendapat hasil pada jangka masa tertentu….contohnya kita melabur dalam ASB…bagi RM20,000 setahun dapat dividen…dividen itulah habuanya….tapi ini adalah dunia…bagaimana pulak dengan akhirat?…pelaburan akhirat adalah pelaburan yang kita buat sekarang ini , yang hasilnya akan kita nikmati berpanjangan sehingga kiamat, kalau pelaburan dunia…selagi hidup sahaja…tapi pelaburan akhirat mencakupi hidup, mati dan sehingga kiamat….dalam bentuk pulangan amal yakni pahala…

apa dalil dari Quran dan hadis Rasulullah yang menceritakan pelaburan ini berkekalan hingga akhirat?

Surah Al-Baqarah ayat 261

dan ini hadis yang porpular dibaca

‘Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.’

(Hadis Riwayat Muslim)

jadi jangan rasa rugi bila anda buat pelaburan akhirat ini, ok mari kita tengok jenis-2 pelaburan akhirat…dalam hadis nabi, nabi menyatakan ada 3 pekara, mari kita lihat satu persatu

1)sedekah Jariah

-sedekah nie Allah..paling mudah dan paling berat nak buat…maklum la nak kena keluarkan duit, ada orang fikir 5x nak derma kepada anak-2 yatim sedangkan menderma kepada anak yatim pahalanya banyak dan ada yang mengatakan boleh suci dosa, kalau usap kepala andak-2 yatim pun dosa-2 boleh gugur sebanyak mana rambut anak yatim itu inikan pulak kalau bag makan,

begitu jugak kalau kita buat wakaf, wakaf bina rumah anak yatim, wakaf bina rumah-2 budak tahfiz, ataupun buat jambatan untuk orang lintas nak ke masjid…pahala tue…sepanjang orang guna apa yg kita wakaf untuk beribadah dan untuk jalan Allah, selagi tue lah pahala..

geng ambil contoh, baru-2 nie geng ada buat kutipan derma wakaf untuk pembelian PA sistem untuk surau di tempat geng bekerja, biasanya surau ini digunakan oleh pelajar-2 geng untuk solat berjemaah di asrama mereka. PA sistem ada banyak alat, jadi geng pilih satu alat untuk digunakan sebagai wakaf…iaitu mixxer, harganya RM3++ ….jadi geng lancarkan kutipan derma wakaf untuk 1 kepala RM5…banyangkan dalam masa 2 hari..geng berjaya kutip dari 75 orang, ramai orang nak berwakaf nie bila mereka faham, lebihan duit itu geng cadang nak beli mic untuk imam dan penceramah, jenis wireles, senang sikit imam nak gerak semasa solat,

tuan-2 cuba lihat pada dalil diatas, Allah berfirman….”Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tangkai dan tiap-tiap tangkai ini mendapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiny dan Allah Maha Kuasa (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui”… ini bermakna….jika bilal azan sahaja…sesiapa yang dengar azan dan melalui azan itu orang beribadah kepada Allah….semua pahala dari bilal ke makmum atau orang ramai yang solat akan sampai kepada orang yang wakaf…. banyak tue…kalau 100 orang solat?kalau 1000 orang?kalau satu kariah?banyak gile!!!!, ini baru wakaf beli mixxer…kalau wakaf jalan raya, jambatan dll ishh banyak-2…….kalau wakaf duit untuk pengajian selama sebulan..kuliah magrib pun cukuplah…tuan-2…pahala orang datang belajar dikuliah, dan kelebihannya malaikat seramai 70,000 datang memohon keampunan dan pahalanya bersamaan dgn solat 1000 waktu….hanya kuliah 1 jam….cuba tuan-2 buat solat 1000 rakaat dalam masa sejam, boleh ke?tercabut lutut…….

kalau buat sekolah agama, mahat tahfiz dll….fuhhhhhh!!!!! pahala….subhanallah…senang betul nak masuk syurga dgn syarat niat kerana Allah

2) ilmu yang manafaat

alhamdulillah…ini yg best..terbaik bagi guru-2 dengan niat nak sampaikan ilmu kerana Allah….sebab tue kalau kita perhatikan ustaz-2 bila mai ceramah tak menetapkan harga…mereka niat dan yakin kepada Allah…bayaran Allah yang akan beri, kalau kita bukan guru macam mana?jadilah Tabliq…..Hah!!! takkan nak kena pakai serban baju putih jalan rumah ke rumah beramai-2 atau nak kena ikut tabliq keluar 3 hari 4 hari dan tidur di masjid-2?…bukan….bukan macam tue..kalau boleh buat lagi bagus….tabliq nie bukan macam sebenarnya….faham dak apa itu tabliq?…Tabliq nie adalah salah satu sifat rasulullah, Nabi Muhammad….iaitu menyampaikan…..jadi jika anda ada ilmu yg boleh memanafaatkan orang lain…anda sampaikanlah kepadanya….contoh..anda tahu satu benda yg baik lalu anda ceritakan kepada rakan anda dia dapat ilmu tue…dia amalkan…kamu dapat pahala….lalau disampaikan kepada orang lain…kamu dapat dan dia juga dapat…….selagi mana ilmu itu disampaikan dipanjang-2kan…pahalanya sampai..

macam-macam geng niela…geng tulis artikal pasal pelaburan emas…nak ajar orang jalan yg betul pasal pelaburan emas..jauhi riba dalam emas, teknik-2 lain….tuan-2 baca..faham…praktis…berjaya..amalkan…kemudian ajar orang lain pulak…dan orang lain itu ajar orang lain….pahala dapat pada saya…kan best…sebab tue saya tak buat buku…atau kenakan bayaran-2 terhadap sesiapa yg nak ambil artikal saya…ambillah…free..cuma saya minta…creditkan pada blog saya…masa anda repost artikal dalam blog anda..letakla sumber dari mana…itu saja….ambil free..wakaf…saya tak mau duit anda semua…Allah akan bagi rezeki kepada saya..tapi beli emas kenalah bayar..hehehe

3)dan doa dari anak-2 yang solah

ini beruntunglah sesiapa yg ada anak….lagi ramai anak lagi bagus….tapi bagaimana nak tahu anak kita akan doakan kepada kita nanti?senang saja…jika kita pun doakan kepada arwah emak dan ayah kita…kepimpinan melalui teladan…..ok..kenapa cara ini berda di no 3…sebab bukan semua akan ada anak…ada yg kahwin tak ada anak…ada yang tak kahwan-2….jadi jangan lah risau peluang banyak….pilihlah…

jadi para pembaca semua…ambillah kesempatan ini…kalau lelaki senang saja masa solat jumaat tabung masjid jalan..hah masukkan duit…kalau berat RM50….2 kupang boleh…janji niat sedekah derma kerana Allah…

oh jangan lupa raya korban dah dekat…marilah berkorban…banyak manfaatnya…

ok selain itu simpan emas pun boleh buat pelaburan akhirat….biar betu?betul….pelaburannya adalah semasa kita bayar zakat….zakat-2kita dimanafaatkan untuk islam….jadi jangan takut nak simpan emas semata-2 takut nak bayar zakat…zakat itu ibadat…pahala…jadi takkan rugi…Allah akan gantikannya kembali…seperti sahabat rasulullah bernama Abu bakar….

Abu bakar adalah seorang yg suka bersedekah..dia kalau sedekah sahabat lain terkejut…..ada satu kisah dimana suatu hari Rasulullah meminta sumbangan untuk peperanga…jadi para sahabat pun pulang membawa barang-2 sumbangannya….abu bakar datang dan membawa seluruh hartanya dan diwakafkan kejalan islam, lalu Rasulullah bertanya, kamu derma semua nie apa yang kamu tinggalkan kepada anak dan isteri kamu?lalu Abu bakar berkata, saya tinggalkan Allah kepada mereka ya Rasulullah…..lalu rasulullah berkata kalau nak ditimbang amalan abu bakar dengan isi dunia…berat lagi amalan Abu bakar….walaupun dia wakaf semua harta Allah kembalikan semuala hartanya lebih banyak …mana ada kita dergar kisah sahabat rasulullah miskin daif dan minta sedekah?tak ada kan…

jangan takut pada zakat..takut pada Allah diatas hukuman yg akan diberi kepada orang-2 yg tak mahu zakat….

jihat utama adalah jihat harta tampanya bagaimana nak bagunkan islam terutama ekonomi,..sebab tue dalam azan diucap marilah bersolat kemudian marilah menuju kejayaan……

inilah dia palaburan akhirat….mesti kita rebut..

sekian dahulu dari geng, semoga artikal kali ini akan memberikan manfaat kepada anda…

geng akan meletakkan senarai-2 wakaf yg boleh anda buat jika berminat insyaallah…ini linknya..

http://geng916.com/wakaf-derma/

sekian…wasalam

jangan lupa beli emas dan jadikan emas sebagai asset dan simpanan

 GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player