Fokus pada 1

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng916…tak terlambat untuk geng ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari geng ,isteri dan keluarga geng tak lupa juga geng nak ucapkan bagi pihak dealer-2 dibawah rangkaian geng916

dah lama geng tak update blog geng nie..hehehe hampir sebulan…sehingga dah ada orang tanya…bz ke?hehehe bukannya apa..sekarang nie geng ada banyak benda nak buat..maybe boleh dikatakan bz sedikit…ok, topik pada kali nie.adalah bertajuk Fokus pada 1….1 apa? 1 pelaburan….sebelum itu sila baca dibawah….ini teriakkan geng

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

“DENGAN NAMA ALLAH, DENGAN INI GENG NAK MEMAKLUMKAN ARTIKAL INI BUKAN BERTUJUAN NAK MEROSAKKAN ATAU NAK MENCAPAK PASIR KEDALAM PERIUK NASIK SESIAPA, IANYA SEKADAR LUAHAN PENDAPAT PERIBADI SAYA, DENGAN NIAT UTAMA UNTUK MEMBERI MOTIVASI, PANDUAN, IDEA DAN BUAH FIKIRAN KEPADA GOLONGAN-2 SASARAN GENG, MUNGKIN GENG AKAN MENYEBUT BEBERAPA NAMA ATAU PIHAK, TAPI PERCAYALAH IANYA ADALAH BERTUJUAN UNTUK KEBAIKKAN GOLONGAN-2 SASARAN GENG DAN PELANGAN-2 GENG SERTA DEALER-2 GENG. DENGAN NIAT KERANA ALLAH TAALA”

 baik jika anda dah baca teriakkan geng diatas maka bolehlah membaca artikal seterusnya,

bukannya apa geng sebenarnya tidak setuju orang mengalakkan orang ramai memperbagaikan pelaburan…pelaburan yang geng maksudkan tak kiralah ..apa saja janji pelaburan..yang bagi duit dgn harapan dapat pulangan tahunan, bagi geng bukan semua orang sesuai melakukan kaedah mempelbagaikan pelaburan atau digelar diversify…kerana lambat dan tak bagus…lainlah bagi orang yg income banyak..gaji RM3000 keatas dan boleh saving RM1500 setiap bulan. dan tak semua orang mahir akan pelaburan…orang kebanyakkan atau rakyat biasa maybe akan melabur dalam ASN/ASB…dan Tabung Rakyat , koperasi-2, deposite bank dan mungkin Public Mutual…tak ramai yg akan invest dalam hartanah, saham-2, syarikat-2 dll…kerana mereka tak faham..maklum la orang kampung…baik mari lihat gambar dibawah

 

huh..inilah tempat dimana orang kebanyakkan yang income RM2000 kebawah labur..lihatlah pulangan tahunan…tolak Tabung Haji..sebab tabung haji adalah bertujuan untuk pergi haji…dan abaikan juga KWSP..sebab ini pelaburan yg terpaksarela…jadi kita abaikan…..cuba kita lihat yg lain terutama ASB….disini geng taknak bahas pasa hukum…sebab ada banyak hujah…HARAM dan HARUS….jadi geng ambil yg harus…sebab Fatwa Kebangsaan kata HArus…jadi buat masa nie geng pegang ini..sebab ada pendapat ulamak mengatakan pendapat Fatwa kebangsaan diutamakan…pendapat lain pun boleh…ok jadi untuk artikal nie kita pegang fatwa kebangsaaan..baik

saya hairan kenapa orang pulun buat loan / pinjaman semata-2 nak invest dalam asb, kenapa tak buat loan untuk pelaburan lain?oh ya..orang tak tahu….ok jadi mari geng nak bagi tahu…asb buat loan tak bagus jika anda hanya buat loan untuk kaut dividen tahunan…tapi lain bagi orang yg buat overdarf…ok..itu cerita lain…ini bagi orang biasa…

para pembaca sekalian….tahukah anda…ASB limit RM200,000 sahaja? tentu anda tahukan….ok mari kita kaji sikit…tuan-2…..anda simpan sampai limit RM200,000 tapi anda dapat pulangan 8% setahun berbaloikah?lebih kurang RM16000….berbaloikan? ok katakan anda buat loan RM200,000…dan bulanan RM1000 dan pihak bank yg anjurkan asbloan mengatakan asb anda akan naik kepada 12% kerana penambahan dari pihak bank…jadinya 8% dari asb…4% dari bank….jadi total income anda adalah RM24000 setahun…banyakknya….tapi anda akan perit nak bayar bulan-2…mampukah anda? bujang lain la…ok…mungkin contoh buat loan nie tak sesuai…mari kita ambil contoh yg biasa-2

katakan seorang mampu saving RM800 sebulan…jadi dalam 12bulan dia dah simpan RM9600…katakanlah pastu duit ini dia masukkan dalam ASB pada jan 2011….dan pada tahun 2012…PNB umumkan asb bagi 2011 adalah 9% (nk sedap hati) jadi hasilnya dapat RM864…jadi soalan saya…sampai bila?bila nak boleh rasa RM16000 tanpa buat loan?berapa tahun agaknya nak penuhkan ASB sampai RM200,000? tempoh masa mungkin 19thn atau 20tahn baru dapat penuhkan asb…soalan saya seterusnya…berapa umur anda sekarang?nak tunggu umur 50thn ke baru nak rasa duit ini?kalau kerja gomen 58tahun….dapat la duit saguhati kerajaan….mungkin masa nie baru boleh penuhkan ASB….tapi persoalan saya seterusnya…boleh kekalkan dividen + bonus 8%? setakat nie dari mula-2 asb d perkenalkan sampai sekarang semakin rendah…kenapa tak percaya ke?ok…lihat ini

boleh beza tak naik atau turun?…dan soalan seterusnya…apa jaminan ASB ini tak jadi pada saham-2 lain ?dah lupa saham wawasan?saham 2020, saham kedah…dll..?jadi apa jaminannya?nie belum cerita bab inflasi lagi nie

tapi yelah…duit anda semua…you money….you choice…..tapi tak salah fikir sejenak…sebenarnya geng ada tulis pasal semua nie dalam artikal-2 sebelum ini…

http://geng916.com/2010/11/saranan-dato-salleh-majid/

dan

http://geng916.com/2010/12/siapa-johan-2010/

bacalah sedikit ye…ok

jadi kenapa tak pilih yang lain…jangan ikut orang…jangan terlalu percaya pada kata-2 orang…suruh pelbagai dan lain-2….geng nak share satu video…

Robert Kiyosaki why you shouldn’t diversify

ok…kita lebih baik tumpu pada 1…..

maybe anda pembaca dah mula akan kata…”alah…mula la tue…kutuk-2 pelaburan lain…lepas tue promot emas…nak racun orang suruh beli emas dengan dia la tue…” betul tak…mesti ada yg para pembaca berfikirkan….terpulanglah…seperti yg geng cakap…geng nak kongsi, buka minda anda semua…sebab geng pelik kenapa ramai yg masih taknak invest dalam emas.?tuan-2….geng bukan suruh buat pelaburan baru….tapi nak suruh anda semua tukar pelaburan anda dari melabur guna wang….melabur pada emas…senang cakap..tutup ASB dan beli emas…kenapa?ok..jawab soalan geng nie…kepada anda yg dah kahwin….geng nak tanya bila kali terakhir anda beli emas, atau suami bila kali terakhir anda beli barang kemas kepada isteri anda?berapa harga anda beli masa tue? nak tahu berapa harga emas sekarang? ok lihat bawah…ini adalah koleksi harga-2 yg digunakan oleh kedai-2 emas…mari kita lihat pada emas 916..ini jenis emas biasa yg dijual di kedai-2 emas

pening?hehehe..ok geng nak rumuskan..lihat dibawah

ok..dari dec 2009 sehingga sekarang 6 september 2011….kenaikkan emas 916 adalah RM138-RM205 = RM67/gram…jika anda beli cicin kahwin yang biasanya berat lebih kurang 8gram…..masa beli mungkin RM1104…sekarang cincin itu berharga RM1640….keuntungan hampir 48%….banyakkan….lebih banyak dari 8%?ok kita kembali kepada kiraan tadi….simpanan RM9600 dibeli emas pada 19dec2009…dan pada 6sept 2010…..9600 akan menjadi RM14208…..jadi katalah emas yang dibeli pada masa tue adalah 70gram…..jadi pada waktu sekarang…emas yang sama…masih 70gram tetapi harganya adalah 14208…kalau kita anggap kita beli emas 10gram x 7 keping…setiap 10gram adalah RM2050

katakan anda buat loan 9600+interest 5%….RM10080 yg kena bayar…jadi….anda hanya perlu emas seberat emas seberat 50gram  untuk jelaskan hutang anda dalam masa 2 tahun….tapi kalau tak slap…2 tahun interst bukan 5% kan..maybe 3%…jadi anda masih ada baki emas lebih kurang 20gram atau 30gram…jadi ini dah terjawab soalan..buat loan untuk invest untung ke tak?untung jika kena pada gayanya dan pilihan yang betul….kalau anda buat loan RM200k utk asb tapi buat beli emas ?..jom kita kira-2..saja seronok-2

katakan RM200,000 beli emas pada 25 Feb 2011…..dapatla emas seberat lebih kurang 1240gram atau 1kilo 200gram 40gram atau kalau bijak beli dalam pecahan emas 20gram sebanyak 62keping….jadi pada 6 september 2011…emas yang anda beli pada masa itu sudah berharga RM254200……jadi katakan anda punya loan jenis boleh ubah iaitu interest akan rendah jika jelaskan awal…maybe 3%…sebab setahun dah langsai (ini angaran) jadi jumlah perlu jelas adalah RM206000…emas yang perlu anda guna untuk jelaskan pinjaman anda adalah 1004gram…..atau 1kilo 5gram…..atau 50 atau 51 keping emas seberat 20gram….baki emas yg masih tinggal adalah sebanyak 11 keping emas seberat 20gram…..jadi soalan saya….INVEST ATAU MELABUR DALAM EMAS UNTUNG ATAU RUGI?

Jadi anda fikirlah….fikirlah..buatlah tindakkan yg betul…saya hanya nak buka minda kepada anda…langkah seterusnya anda lakukan…nasihat saya..fikirlah dahulu, rancang lah dahulu, buatlah kira-2…ambil masa buat kira-2 sebelum buat keputusan… jangan terima bulat-2, fikirlah

baik sebelum geng mengakhiri artikal nie…geng tinggalkan kepada pembaca beberapa panduan atau rujukan untuk anda guna dalam kiraan anda

ini harga emas dalam masa 5 tahun…anda boleh kira purata untuk setahun

ini pulak harga emas untuk 2 tahun

 

dan ini setahun punya graft…peratus kenaikkan ada diatas….

dibawah nie adalah gambar yg menceritakan kenapa harga emas naik sekarang ini dan graft harga emas 6 bulan

 

oh sebelum geng mengahiri….geng nak kongsi pengalaman geng kahwin guna dinar sebagai mahar…sebelum tue geng nak maklumkan sekali lagi….apa yg geng cerita disini bukan bertujuan nak riak atau nak menunjuk-2….tapi adalah sebagai memberi semangat kepada anda semua yg belum kahwin untuk gunakan emas sebagai mahar…

geng mula beli 16 dinar pada 9 dec 2009 masa tue mula-2 geng jadi dealer….jadi geng beli sekeping 1 dinar….sekeping 5 dinar dan sekeping 10dinar pada masa tue jumlahnya adalah RM8880…..

kemudian dinar-2 ini digunakan sebagai mahar…orang rumah saya orang kelantan…jadi tiada wang hantaran ..hanya mahar…jadi saya gunakan dinar ini sebagai mahar…hehehe emas itu milik isteri saya

masa akad nikah pada bulan 3 2011 harga keseluruhnya adalah RM10676…..

cuba teka sekarang berapa harganya?

jadi harga 16 dinar yg dimiliki oleh isteri saya adalah RM12864….hhehehehe ceria isteri saya…jadi anda pula bila lagi…masa nielah

bagi yg dah kahwin..jgn kecewa..boleh kahwin sampai 4..hehehe..jangan marah…..anak-2…duit-2 raya tukar kepada emas sekarang…mulakan sekarang…sedikit-2 lama-2 jadi bukit

 

 

 geng dah terangkan kepada anda semua semoga memberi manafaat kepada anda

 

 saya dah sediakan tangga kepada anda…pintu telah saya buka..anda hanya perlu buat keputusan untuk melakukan langkah pertama, selepas ini pilihan ditangan anda…

jika anda dah buat keputusan anda boleh hubungi saya di 0134353317, saya akan menanti anda, ingat jangan pulun buat banyak tapi sikit kerjanya…baik pulun yg sikit tapi hasilnya banyak….tak perlu diversify…hanya fokus pada yang satu….. lepas dah untung…baru boleh pelbagaikan…strategi perlu dilakukan…insyallah…anda takkan rugi bila miliki emas

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

You may also like...

2 Responses

  1. ibrahim says:

    salam…

    saya tenguk harga emas dari dec 2009 hingga ogos 2011 lebih kurang 20 bulan harganya naik 50%..ini bermakna hampir sama dgn keuntungan jika buat loan asb yg boleh dapat 30% lebih dalam setahun….
    loan asb dgn modal rm14,500 cukup utk kos setahun buat loan 200k, term 25thn…bonus&dividen 16k setahun
    jadi untung 16k – 14.5k modal = 1.5k campurkan pula prinsipal repayment 4.5k total untung bersih 6k…so dgn modal rm14.5 dapat 6k bukankah lebih 30% tu…
    jadi yg mana pilihan anda…
    bagi saya emas lagi berisiko drpd loan asb..kerana kita tak tahu bila emas akan menjunam…tetapi asb loan pun ada kekurangan kerana kemudahannya terhad maksima 200k-400k loan sorang,kalau ada ramai yg boleh dipercayai bolehlah guna byk nama contoh isteri adik dan sebagainya,ini kpd yg mempunyai ratus2 ribu le,kalau emas berapa juta pun leh labur,no limit..sekadar pendapat.

  2. Admin says:

    bagus
    ini bermakna anda tidak ambil bulat-2 apa yg saya tuliskan disini…
    semua pelaburan didalam dunia ini ada resiko masing-2…cumanya yg mana paling berisiko…
    bagi yng memahami apa sebenarnya simpanan…medium apakah yg terbaik..mereka akan katakan asset…asset nie banyak dan yg paling kurang resiko adalah emas dan perak…
    apa yg saya tulis diatas hanyalah asas sahaja anda lain yg saya tak terangkan..contohnya inflasi…kelemahan ASB atau LOAN ASB adalah ianya bercirikan kapitalis,dan tak kalis inflasi….bila saya kata bercirikan inflasi anda jgn salah faham isu yg saya nak jelaskan adalah kuasa nilai RINGGIT itu sendiri…sebab wang kertas….wang kertas bukan peranan untuk disimpan…kerana ianya tidak kalis inflasi..kuasa belinya akan susut setiap tahun…saya tak terang dalam artikal saya ini kerana saya tak mahu orang pening…inflasi ini adalah racun bagi simpanan pelaburan yg bercirikan wang kertas…dah wang kertas tidak akan selamat dari masalah ekonomi dll….tetapi tidak emas..ianya kalis inflasi dan tidak boleh jatuh nilai serta nilainya tak boleh dimanipulasi seperti wang kertas….
    jangan abaikan inflasi dan interest yg akan naik bila inflasi tinggi…setakat ini ianya sedap dianggar kerana kita tak boleh jangka apa akan jadi pada tahun-2 akan datang…dengan nilai dollar yg semakin teruk..ringgit tidak akan selamat…kerajaan tak akan tolong bila sesuatu terjadi pada ringgit…hanya boleh diinsurankan oleh PIDM….dan bukan lagi dijamin oleh kerajaan..walaupun kerajaan mengatakan wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….tiada jaminan dari kerajaan…
    sebab tue emas bukan sahaja pelaburan…dalam 6 bulan dah 30.%…ini menunjukkan matawang dalam bahaya…matawangan akan hilang kuasa belinya….emas bukan sahaja pelaburan akan tetapi sebagai pelindung kekayaan….
    tapi apa-2 pun ini saranan saya kerana saya tulis atas dasar pengalaman saya yg dah guna emas dgn loan 1% kebawah sahaja…

Leave a Reply

Get Adobe Flash player