Tun Dr. Mahathir pun berniaga

Assalammualaikum kepada para pembaca semua dan salam sejahtera….geng berharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga anda, geng nak kongsi 2 benda dalam artikal kali nie..

dalam dok belek-2 artikal-2 akhbar..geng terjumpa satu artikal akhbar mengenai biz yang di jalankan oleh Bekas pedana menteri kita Tun Dr. Mahathir ….mari kita baca salinan artikal ini..

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam%5FNegeri&pg=dn_05.htm

Dr. Mahathir kongsi rahsia kejayaan kendali kedai roti The Loaf

SHAH ALAM 6 Julai – Meskipun mempunyai pengalaman selama 22 tahun menerajui pentadbiran negara ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah untuk memastikan sesuatu perniagaan itu dapat berjaya.

Ini kerana, beliau sendiri mengharungi pengalaman itu apabila mengendalikan perniagaan kedai roti premium, The Loaf selepas beliau mengambil keputusan berundur daripada pentadbiran negara sejak 2003.

Bekas Perdana Menteri mencuri tumpuan kira-kira 200 hadirin yang hadir pada Kongres Industri Kecil dan Sederhana (SME) 2011 di sini apabila menceritakan rahsia kejayaannya mengendalikan kedai rotinya itu.

“Antara kunci utama untuk berjaya dalam bidang perniagaan, pemimpin (bos) sesebuah syarikat perlu kerap keluar dari bilik mereka yang berhawa dingin.

“Mereka perlu selalu keluar meninjau keadaan tempat kerja serta menjamin kualiti produk yang dihasilkan oleh pekerja sentiasa terjaga,” katanya ketika berucap pada kongres tersebut di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi SME Corporation Malaysia (SMECorp), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Datuk Zulkifli Mohamad.

Dr. Mahathir berkata, sebagai Pengerusi The Loaf, sekali-sekala beliau memilih untuk bersarapan di salah sebuah cawangan kedainya itu bagi meninjau keadaan di situ supaya ia sentiasa dapat menghasilkan produk berkualiti kepada pelanggan.

“Apabila pekerja melihat kehadiran bos mereka di tempat kerja, mereka akan lebih teliti dalam menghasilkan sesuatu produk,” katanya.

The Loaf mula dibuka sejak 2006 dan memilih Langkawi sebagai destinasi untuk cawangan pertamanya dan kini ia mempunyai lima cawangan dengan empat daripadanya terletak di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menasihati setiap individu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan supaya menyediakan wang melebihi jumlah modal yang diperlukan.

“Jika modal perniagaan itu berjumlah RM1 juta, ini bermakna anda perlu menyediakan wang sebanyak RM3 juta.

“Ini kerana, anda perlu berbelanja untuk perniagaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah beliau, ahli perniagaan yang mendapat pembiayaan daripada bank perlu menguruskan kewangan mereka dengan baik dan memastikan hutang tersebut dapat dibayar balik.

“Ada segelintir pihak mempunyai tabiat tidak gemar membayar semula pinjaman dan ini adalah satu masalah yang perlu dibendung kerana ia boleh membuatkan peminjam diisytiharkan muflis.

“Ia juga boleh membuatkan kredibiliti syarikat anda terjejas dan apa yang saya ceritakan pada anda hari ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri,” katanya

 

lihatlah…Tun pun berniaga…kerana tun pun tahu dengan menceburi biz dapat menjana keuntungan…tapi jangan lupa resikonya tetap ada..jadi jangan putus asa

ok untuk pekara kedua adalah mengenai pelancaran produk baru oleh public gold….i-series..

anda boleh lihat di link ini http://www.publicdinar.com/content/view/146/174/

nanti geng akan ulas dengan lebih lanjut lagi pasal produk ini

sekian buat masa ini..wasalam

 GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player