Jangan jual Gold Bar @ Coin !!!!!

Assalammualaikum kepada para pembaca…..hmmm JANGAN JUAL GOLD BAR ANDA!!!!! ini yang akan geng katakan kepada anda…maaflah jika artikal ini buatkan beberapa orang tak setuju dengan geng….

ok baik geng ceritakan dari awal….kisahnya bermula apa bila geng mendapat banyak panggilan dari orang yg miliki gold bar dan coin nak jual semula emas mereka kepada geng…Alhamdulillah seronok…geng berjaya beli balik emas seberat 160gram…senyum rezeki…geng untung 6% setiap gold bar…ada 8 biji…bayangkan banyak mana geng dapat…selang beberapa hari bila geng baca pada wall-2 group dalam FB baru geng perasan…ada benda tak sihat yang sedang melanda kepada pemilik-2 emas…iaitu PANIK!!! panik nie berpunca apabila arrahnu agro mula menghentikan penerimaan wafer dan coin emas…patutla ramai sungguh orang jual semula

kemudia geng pun mula mengkaji implikasi dan chain effect dari situasi ini…hah sahih dah…pelabur-2 mengalami kerugian….sebab mereka bukan jual stock emas mereka yg dah lama mereka laburkan…akan tetapi ada yg baru sebulan beli dah nak jual…memang rugi…

pada suatu hari geng mendapat pangilan dari seorang sahabat nie…dia nak jual emas 50gram..lalu geng pun setuju…dia kata ada di agro pontian…jadi geng kena datang sana…lalu geng maklumkan jika dalam agro geng tak ambil harga ikut web…tapi harga geng sendiri…potong 25% dia terkejut…kenapa tinggi…kata ikut web…lalu geng kata memang iku web…tapi bila dah nak kena tebus dulu…dan lokasi di pontian…ehh sapa nak tangung kos saya?selama nie pelangan yg datang nak jual kepada peniaga…ada kos….kemudian dia kata tak apalah…

selang beberapa jam dia call semula dan bersetuju….kemudian saya tanya dia..kenapa nak jual..bila beli…dia kata baru sebulan..dan ingat nak buat sistem overlap beli emas…tapi alih-2 dah kena hold …saya kata kan boleh overlap lagi…dia kata memang..tapi lebih selamat saya guna barang kemas…oic…jadi en nak jual dan beli barang kemas lah yek?dia kata ya…ok dah fikir habis-2? dia kata dah…ok..jadi geng pun pergi dan beli tebus emasnya dah bayar emas dgn harga murah 25%

apa sebab geng cakap jangan jual?

sebab rugi!!!….kebanyakkan mereka-2 ini yg nak jual adalah kerana berasakan nak pajak takleh…jadi mulalah nak jual kemudian beli barang kemas sebab barang kemas boleh pajak…inilah langkah yang paling tak bijak…kecualilah jika wafer atau coin telah dimiliki lebih dari setahun..hah nak jual pun ok sebab mungkin dah untung…kalau setakat 6 bulan pun tak sampai tapi nak jual, nasihat geng jangan…

inilah sebabnya kena ada ilmu…emas adalah penympan kekayaan yg baik, jadi kenapa nak diutamakan ke jalan arrahnu…jika berhajat nakmain arrahnu beli saja barang kemas… kerana untuk modal arrahnu di Malaysia ini barang kemas adalah yg terbaik …

ok jika anda nak main arrahnu..dah terbeli gold bar bagaimana?..senang saja…beli le barang kemas…simpan duit beli barang kemas…gold bar simpan..bila dah untung atau balik modal baru jual…

kelebihan gold bar berbanding dengan barang kemas adalah bila jual nanti biasanya susut harga amatlah ketara..nanti geng jelaskan pada artikal yg akan datang…

untuk artikal nie…geng sekadar nak nasihat..jangan jual goldbar/wafer/coin anda selagi tak untung atau balik modal…sabar…ingat SABAR!!!….

tapi jika nak jual jugak apa salahnya.. semua orang nak…hehehe termasuklah geng…kerana apa…sebab spread…hehehe

ok kita sambung lagi pada artikal yg akan datang…

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player