Pelaburan Emas – Ulangkaji

Assalammuallaikum kepada pembaca semua…ahhhh sedap rasanya suasana sekarang..harga emas masih lagi maintain ..boleh beli…tak mahal sangat tak murah sangat untuk tahun nie…yelah berbanding dgn tahun lepas..harga sekarang masih tinggi…banyak ramalan-ramalan pelabur-2 emas yang mengatakan harga emas akan naik gila pada tahun ini..hmm yer ke?tahu mana?betul ke?apa tanda-2nya….hehehe..macam nujum pak belalang sahaja…hehehe…ini lah yang dikatakan ramalan….sebenarnya tiada siapa akan tahu apa akan berlaku pada masa hadapan…sekadar boleh ramal….ataupun provokasi dari pelabur-2 spekulator…mereka-2 ini yg biasanya create situasi emas naik turun..hehehe..kerja depa…biasalah…

dalam 2 tahun nie geng melihat ramai orang dah mula sedar akan peranan emas sebagai penyimpan kekayaan…ramai orang berminat menjadikan emas sebagai pelaburan…ada yg sanggup jual tanah semata-2 nak beli emas…ada sanggup guna duit ptptn nak beli emas..dll…jadi macam-2 kaedah yg digunakan untuk beli emas…almaklum la emas semakin naik…naiknya tinggi..turunnya rendah…akan tetapi banyak jugak orang melabur emas secara membabi buta…ikut orang…tak mahu luangkan masa untuk study pasal pelaburan emas ini…confident sangat dengan khabar-2 gembira penjual-2 emas macam geng…hehehe ….betul…memang betul emas memberikan pulangan yang lumayan…puratan dalam 5 tahun adalah lebih 35% setiap tahun….lihat gambar bawah..

 

ini graf harga emas yg terkini semasa geng tulis artikal nie…biasanya pelabur-2 akan mengunakan graft harga emas yg lepas-2 untuk dijadikan rujukan dimasa hadapan…ok

kita lihat dari tahun 2005 sehingga sekarang ini….jumlah kenaikan harga emas adalah 220.43%….ini merujuk dalam ringgit malaysia/gram bukan usd/oz

jadi kalau kita buat kiraan matematik dengan betul…kita boleh katakan dalam masa 5 tahun..purata kenaikkan emas setiap tahun adalah

44%

 ok mari kita lihat draf yang geng buat pada graft ini

para pembaca boleh lihat sendiri….hmmmm best kan…cuba cerita kat geng …pelaburan apa yg boleh bagi macam nie?hehehe..ok mari kita lihat graft setahun dan 2 tahun…

ok..ini graft harga emas dalam setahun….17 jun 2010 hingga 17 jun 2011….14.80%….15% tue kenaikkan

yang nie pulak…2 tahun punya cerapan…41.86%…purata setahun adalah…20.93% hampir-2 21%….gila kentang….!!!!

ok..ok..ok  anda dah tahu pasal ini…tapi bagaimana nak buat pilihan yg tepat…jenis emas mana yg nak digunakan untuk pelaburan…haaa…inilah tujuan geng tulis artikal pada kali ini…sebab ada ramai orang call geng..dan banyak pulak yg tanya benda yg pelik-2…tersasar dll….jadi mari kita ulang kaji sedikit…

ok…langkah pertama..kena tahu jenis-2 pelaburan yg ada dimasa kini…

1) tahu jenis-2 pelaburan emas….. semua ada 3 jenis…. a) jenis fizikal…..b) kertas (akaun emas)….c)maya (online trading)

2)kena faham hukum jual beli emas…ingat beli emas mesti dapat emas…bukan janji, bukan kertas…atau petunjuk pada screen komputer…jadi dalam ketiga-3 jenis pelaburan…hanya emas fizikal sahaja mematuhi  hukum jadi tak perlulah geng ulas yg lain…sebab buat apa nak ulas..benda dah sahih HARAM di sisi agama,…baik jauhkan…

3)kena faham apa yang membuatkan harga emas naik turun…senang cakap pekara-2 yang membuatkan harga emas bergerak… sebenarnya ada bebarapa faktor-2 yang menyebabkan harga emas naik…

a) harga barang naik..Inflasi

b)susutnya nilai dollar….oleh kerana dollar adalah matawang antarabangsa jadi kesusutan nilai dollar akan menjejas harga emas…harga emas akan naik bila dollar jatuh

c)supply anda demand …permintaan dari pasaran terutama industri dan pembuatan barang kemas…dan penawaran yang mampu menampung pemintaan..jika tak mampu..harga emas akan naik

d)harga minyak….mestilah…mesin yg nak korek lombong kan pakai minyak…bukannya pakai air…dAAA

e)keadaan ekonomi dunia…

f)dunia tak selamat….

ok ini adalah beberapa contoh pekara-2 yang boleh mempengaruhi naik turun harga minyak…, jadi anda jangan ingat harga emas akan naikkkkkkk selalu…hehehe ada jugak dia turun…

ok sekarang kita berlaih kepada jenis-2 emas pelaburan….emas fizikal

emas fizikal terbahagi kepada beberapa bahagian atau peranan

1) emas untuk pelaburan wafer dan coin

2) emas untuk simpanan hobi biasanya dalam bentuk coin

3)emas perhiasan ..barang kemas

4) emas untuk muamalah….dinar dan dinarius

ok kita pergi satu persatu

1) emas pelaburan….biasanya emas jenis pelaburan ini adalah dalam bentuk wafer bersegi empat…geng tak pernah jumpa dalam bentuk segitiga …kalau ada geng nak satu….hehehe….ok selain segi empat…dalm bentuk coin pun ada…. banyak syarikat-2, pihak bank, kedai-2 emas dan orang perseorangan yg buat benda nie…dulu kalau nak beli jenis-2 nie kena ke kedai-2 emas dan bank macam maybank..sekarang nie..macam mudah sahaja..mampu beli acuan dan emas mentah…gerenti boleh buat..hehehe…nak letak muka sendiri pun boleh….dan macam-2 lah kaedah yg dilakukan  oleh pengeluar-2 emas wafer dan coin ini untuk  meyakinkan pembeli…salah satunya setiap emas pelaburan wafer disertakan dengan assayer yg mengesahkan ketulinan…coin orang tak buat..tapi dah mula syarikat tempatan yg keluarkan sijil assayer bagi coin…maklum la..bila benda ini mudah nak dibuat..jadi kena create satu budaya…iaitu mesti ada sijil untuk memastikan ketulinan….dan yg terbaru pulak diletakkan cop LBMA….dari landon….pembaca boleh cari dalam internate apa ini LBMA….mereka kata bila ada cop ini emas itu diterima oleh masyarakat dunia…ini adalah satu pahaman yg salah…..senang cakap..BODOH….ini cuma propaganda nak melariskan jualan emas mereka…..hehehe eh!!! jangan marah kat geng pulak…betul apa….cuba nada fikir….kita lihat barang kemas…semasa anda beli barang kemas…ada anda fikir nak pastikan ketulinan barang kemas itu?pernah ke habib jewell sertakan sijil ketulinan setiap kali kita beli barang kemas untuk orang tersayang?hehehe dan adakah emas jika dibeli di Malaysia hanya disahkan tulin diMalaysia?hallooooooooo…..cuba fikir…bahan mentah yg diperoleh untuk buat emas pelaburan dan barang kemas datang dari mana?ada cop ketulinan ke?hehehe ini yg dikatakan oleh Tun Mahathir…orang melayu mudah lupa…suka dengar cakap orang tanpa usul periksa…hehehe…sebab tue kita kena ada ilmu dan faham akan pekara ini….

2)emas untuk simpanan…buat koleksi…hobi….biasanya emas jenis ini limited…dan kita akan bayar lebih sebab ianya limited…

3)emas perhiasan….barang kemas….dijual oleh kedai-2 emas…biasanya harga lebih tinggi sebab mereka nak cover kos operasi syarikat…jadi jangan marah bila kedai emas jual barang kemas mahal…dan ada kos upah…sebab nak bayar gaji dll…macam orang yg jual emas guna sistem francais…mereka kena bayar kepada pemilik francais…jadi untuk cover kos ini…harga barang kemas dinaikkan …

4)emas untuk muamalah…..buat masa nie…yg disahkan untuk muamalah di Malaysia dinar yg dikeluarkan oleh pihak kerajaan kelantan…yg lain-2 adalah dinar tak rasmi…tapi ada yg terima jugak untuk muamalah…

ok sekarang nada dah faham sikit-2….baik sekarang kita akan lihat bulak apakah kritaria-2 yg kita kena tengok bila nak beli sesuatu emas pelaburan….jadi keputusan adalah ditangan anda….ok

1) harga terbaik…lebih rendah lagi bagus..hehehe

2) mudah diperolehi…tak perlu pergi jauh-2…senang nak beli…

3) boleh beli bila-bila masa…ada sistem yg membolehkan kita beli atau tempah bila-2 masa sahaja…sebab harga emas antarabangsa  masih berjalan walaupun di malaysia opis dah tutup…jadi kena ada sistem tempahan online 24jam

4)spead yang rendah….spread ini adalah beza antara masa beli dan masa jual…senang cakap susut harga bila kita nak jual semula…lagi kecil lagi bagus..sebab kita akan untung lebih..ramai orang tidak pikir pekara ini…tetapi bila masa nak jual baru rasa rugi…jadi jangan abaikan benda-2 ini…

5)jaminan beli balik…ini adalah penting…ye la..bila kita beli emas…yg ada ditangan adalah emas…harga naik..jadi nak rasa keuntungan kenalah jual semula emas tue…..jaminan beli balik tak kira dalam keadaan macam mana sekalipun..patah ke…bengkok ke…calar ke..dll…

ok ini adalah yg dapat geng huraikan…

kepada pembaca semua…untuk melabur emas…kena faham fungsi emas itu…emas adalah penyimpan kekayaan ..kerana kalis inflasi…kita tak sesuai mengunakan wang kertas sebagai penyimpan kekayaan kerana nilainya sentiasa susut dimamah inflasi…jadi nak selmatkan kekayaan kita…kena ubahnya keada asset…seperti emas..ok

baik setakat ini dahulu…jika ada sebarang pertanyaan boleh call atau sms geng…email pun boleh…tanya dalam fb pun boleh…boleh saja…janji pembaca sekalian kena berjanji dengan geng…..sebelum setai mana-2 pelaburan atau nak buat pelaburan…kenalah study dulu…

ok…..sekian wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Jangan jual Gold Bar @ Coin !!!!!

Assalammualaikum kepada para pembaca…..hmmm JANGAN JUAL GOLD BAR ANDA!!!!! ini yang akan geng katakan kepada anda…maaflah jika artikal ini buatkan beberapa orang tak setuju dengan geng….

ok baik geng ceritakan dari awal….kisahnya bermula apa bila geng mendapat banyak panggilan dari orang yg miliki gold bar dan coin nak jual semula emas mereka kepada geng…Alhamdulillah seronok…geng berjaya beli balik emas seberat 160gram…senyum rezeki…geng untung 6% setiap gold bar…ada 8 biji…bayangkan banyak mana geng dapat…selang beberapa hari bila geng baca pada wall-2 group dalam FB baru geng perasan…ada benda tak sihat yang sedang melanda kepada pemilik-2 emas…iaitu PANIK!!! panik nie berpunca apabila arrahnu agro mula menghentikan penerimaan wafer dan coin emas…patutla ramai sungguh orang jual semula

kemudia geng pun mula mengkaji implikasi dan chain effect dari situasi ini…hah sahih dah…pelabur-2 mengalami kerugian….sebab mereka bukan jual stock emas mereka yg dah lama mereka laburkan…akan tetapi ada yg baru sebulan beli dah nak jual…memang rugi…

pada suatu hari geng mendapat pangilan dari seorang sahabat nie…dia nak jual emas 50gram..lalu geng pun setuju…dia kata ada di agro pontian…jadi geng kena datang sana…lalu geng maklumkan jika dalam agro geng tak ambil harga ikut web…tapi harga geng sendiri…potong 25% dia terkejut…kenapa tinggi…kata ikut web…lalu geng kata memang iku web…tapi bila dah nak kena tebus dulu…dan lokasi di pontian…ehh sapa nak tangung kos saya?selama nie pelangan yg datang nak jual kepada peniaga…ada kos….kemudian dia kata tak apalah…

selang beberapa jam dia call semula dan bersetuju….kemudian saya tanya dia..kenapa nak jual..bila beli…dia kata baru sebulan..dan ingat nak buat sistem overlap beli emas…tapi alih-2 dah kena hold …saya kata kan boleh overlap lagi…dia kata memang..tapi lebih selamat saya guna barang kemas…oic…jadi en nak jual dan beli barang kemas lah yek?dia kata ya…ok dah fikir habis-2? dia kata dah…ok..jadi geng pun pergi dan beli tebus emasnya dah bayar emas dgn harga murah 25%

apa sebab geng cakap jangan jual?

sebab rugi!!!….kebanyakkan mereka-2 ini yg nak jual adalah kerana berasakan nak pajak takleh…jadi mulalah nak jual kemudian beli barang kemas sebab barang kemas boleh pajak…inilah langkah yang paling tak bijak…kecualilah jika wafer atau coin telah dimiliki lebih dari setahun..hah nak jual pun ok sebab mungkin dah untung…kalau setakat 6 bulan pun tak sampai tapi nak jual, nasihat geng jangan…

inilah sebabnya kena ada ilmu…emas adalah penympan kekayaan yg baik, jadi kenapa nak diutamakan ke jalan arrahnu…jika berhajat nakmain arrahnu beli saja barang kemas… kerana untuk modal arrahnu di Malaysia ini barang kemas adalah yg terbaik …

ok jika anda nak main arrahnu..dah terbeli gold bar bagaimana?..senang saja…beli le barang kemas…simpan duit beli barang kemas…gold bar simpan..bila dah untung atau balik modal baru jual…

kelebihan gold bar berbanding dengan barang kemas adalah bila jual nanti biasanya susut harga amatlah ketara..nanti geng jelaskan pada artikal yg akan datang…

untuk artikal nie…geng sekadar nak nasihat..jangan jual goldbar/wafer/coin anda selagi tak untung atau balik modal…sabar…ingat SABAR!!!….

tapi jika nak jual jugak apa salahnya.. semua orang nak…hehehe termasuklah geng…kerana apa…sebab spread…hehehe

ok kita sambung lagi pada artikal yg akan datang…

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Jangan Biar Diri Ditipu

Assalammualaikum kepada sekalian pembaca-2 blog geng 916…hmmm hari minggu yang indah…di JB hujan hehehe sejuKKK….ok..untuk memanaskan minggu nie..mari kita baca artikal dalam paper metro hari nie.. tajuk artikalnya Jangan Biar Diri Ditipu

sumber:-http://www.hmetro.com.my/articles/Janganbiardiriditipu/Article/artikelMA

  

  

  

SUDAH beberapa kali saya memberi penerangan mengenai skim cepat kaya melalui Internet dan ia juga difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah, skim itu juga haram menurut panduan pelaburan Islam digariskan Majlis Ulama Fiqh Sedunia dan Majlis Ulama Indonesia.

Namun masih ada yang bertanya, seolah-olah tidak berpuas hati dan inginkan penjelasan lebih lanjut. Sekali lagi saya akan memperkatakan mengenai skim pelaburan Internet. Sebagai kesimpulan mudah untuk semua tulisan saya sebelum ini, skim pelaburan itu diharamkan kerana sebab berikut:


1. Jahalah (ketidaktahuan)

Ia bermaksud skim itu tidak diketahui dengan jelas identiti pengurus dana atau syarikat, di samping tiada lesen untuk membuktikan kewujudan mereka dan tanggungjawab mereka terhadap dana yang terkumpul. Mereka juga tidak dapat dihubungi, ditemui atau dilawati.

Berjual beli dan melabur tanpa mengetahui individu yang mengurus menyebabkan satu daripada syarat sah akad tidak dipenuhi. Ini menyebabkan akad terbatal.

2. Gharar (ketidaktentuan)

Tidak diketahui tempoh kewujudan laman web pelaburan itu, juga tidak diketahui sama ada benar-benar si ‘pelabur’ boleh mendapat wang dijanjikan atau tidak pada tempoh disebutkan iaitu 100 hari. Ini kerana, jika wang dijanjikan tidak muncul, tiada sesiapa boleh dihubungi. Ini menjadikannya gharar. Kesannya, sekali lagi ia membatalkan akad.

3. Riba

Saya menerangkan secara panjang lebar dalam pelbagai artikel sebelum ini. Justeru, bagi pihak yang berdegil lalu cuba mendakwa ‘fixed deposit’ (deposit tetap) sebagai bukan riba, anda perlu tahu pelaburan ini tetap haram kerana sebab lain yang saya sebutkan di sini.

4. Penipuan

Mendakwa menggunakan wang yang terkumpul untuk pelaburan perniagaan minyak dan gas, hartanah, mata wang, komoditi dan lain-lain, sedangkan ia tidak wujud.

Ini kerana, menurut pakar pelaburan sebenar tiada satu syarikat pun yang jika benar melabur dalam industri itu, mampu menjamin pulangan 240 peratus sebagaimana ditawarkan syarikat pelaburan Internet terbabit.

Malah, bank konvensional terbesar dunia yang juga mengamalkan riba dan menggunakan kepakaran seluruh pekerja mahirnya dicampur pula dengan aset mencecah trilion ringgit, masih tidak berani dan tidak mampu memberi janji pulangan 240 peratus dalam produk riba mereka seperti deposit tetap.

Berikut pula maklumat baik untuk dikongsi daripada seorang pakar pelaburan berkenaan ciri penipuan dalam skim cepat kaya Internet. Ia seperti berikut:

  • Semua ‘skim Ponzi’ akan menggalakkan ‘pelaburnya’ merekrut ‘pelabur’ baru kerana itu cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itu yang kini cuba dilakukan beberapa pihak yang meminta saya melabur di skim ini). Tanpa ‘pelabur’ baru, skim itu akan berkubur dengan cepat.
  • Pulangan yang dijanjikan adalah 20 peratus (atau lebih) sebulan, yang bermakna 240 peratus setahun. Pelabur bertaraf dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun hanya mampu memberi pulangan riba haram 20 hingga 34 peratus setahun.Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberi pulangan sebegitu tinggi? Seandainya benar, tentu semua media di dunia, termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan menyeluruh kepada pengurus dana pelaburan Internet.Namun, mengapa tidak ada? Tidak mungkin media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan sebegitu hebat.
  • Adakah masuk akal, pelaburan yang baru dibuat dalam tempoh sebulan boleh mendapat pulangan 20 peratus untuk bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk paling menguntungkan sekalipun, memerlukan masa.Jika benar ‘pengurus’ dana melaburkan wang dalam ‘forex’, ‘hedge funds’ dan sebagainya, pelaburan itu tidak membayar hasilnya selepas satu atau dua bulan. Justeru, jika ‘pengurus’ tidak dapat hasil pulangan, macam mana dia hendak bayar orang lain? Daripada mana datangnya wang itu?
  • Pengurus dana hanya menyebut ‘forex’, ‘hedge funds’, komoditi dan lain-lain, tetapi tidak menerangkan dengan terperinci pelaburan itu. Sesiapa boleh membuat dakwaan itu kerana ia sekadar ‘cakap mulut’.
  • Hanya disebabkan pelaburan itu ada di ‘offshore’, tidak bermakna pulangannya akan menggunung. Pelaburan di ‘offshore’ sama saja dengan pelaburan di ‘onshore’ — ‘mutual funds’, ‘unit trusts’, ‘fixed deposit’ dan sebagainya.
  • Semua pelabur ‘skim Ponzi’ akan berkata “Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu.” Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu berbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? Malah ia juga diharamkan oleh Islam untuk membiarkan diri ditipu.
  • Alasan lain, anda dikatakan masih mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang yang baru masuk dalam skim itu. Duit itu dikitar semula. Sebagaimana juga duit anda digunakan untuk membayar peserta sebelum anda.Situasi itu mungkin bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi yang pasti ia akan berkubur apabila tiada ‘pelabur’ baru. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.Skim cepat kaya Internet biasanya menjanjikan 20 peratus pulangan dalam sebulan. Ini bersamaan dengan 240 peratus setahun. Justeru, ia memberi gambaran seolah-olah ‘skim pelaburan’ itu lebih hebat daripada seluruh sejarah pulangan terhebat di dunia.

    Sebagai perbandingan, lihat catatan pulangan pelaburan yang diiktiraf terhebat di dunia dan bandingkan dengan skim cepat kaya yang masih menjadi kegilaan penduduk negara ini.

    Dapat dilihat dengan jelas pengurus kewangan terhebat itu mampu menawarkan pulangan sekitar 14 hingga 34 peratus setahun. Tiba-tiba skim karut, menipu dan haram ini mendakwa memberi pulangan 240 peratus dalam 100 hari dengan perniagaan yang didakwanya. Jelas, ia satu penipuan.

    5. Syubhah dan Money Game (permainan wang)

    Inilah sebenarnya cara mereka mendapatkan wang daripada pelabur, iaitu setiap peserta yang dapat mencari ahli baru akan diberi komisen. Justeru, akad komisen atas kepala dan bukan atas barang yang dijual ini mengandungi syubhah kepada ‘money game’ yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Sedunia, termasuk Arab Saudi dan Indonesia.

    Tidak syak lagi pelaburan itu diharamkan Islam. Segera bertaubat dan jauhinya. Ketika ini, web pelaburan haram itu masih wujud.

    Hukum haram tetap haram, seperti kilang arak dan judi yang bersepah di sana
    sini, walaupun ia wujud dan masih dibuka, ia tetap haram tanpa ‘khilaf’

  •   

    jadi anda fikirlah nak yang mana….sabar dengan kesusahan dunia, senang diakhirat atau senang didunia susah diakhirat,

    ada banyak cara lain nak senang, jangan nak fikir nak cepat sahaja, jangan ambil short cut…just smart…kalau nak buat biz..kena smart…niaga air pun boleh kaya..hanya perlu fikirkan air apa yg nak jual…

    GENG916

    RAKAN EMAS ANDA

    Posted in Uncategorized. No Comments »

    DAULAT TUANKU 2011

     

    Patik admin GENG916 ingin mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan resmi tuanku 2011…semoga Allah melimpahi rahmat , kekuatan, keimanan dan memberi kerajaan yang baik adil dan saksama kepada tuanku…

    HADIS NABI

    sabda rasulullah…”barang sesiapa yang menghina sultan Allah (pemerintah) di atas muka bumi ini, Allah pasti akan menghina dia” (HQ)

     

    GENG916

    RAKAN EMAS ANDA

    Posted in Uncategorized. No Comments »
    Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes