Gold Bar dan Gold Coin dianak tirikan…..

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…bersyukur kita kepada Allah yang harga emas telah turun-naik-turun-naik…. bergembiralah kepada mereka-mereka yang baru nak mulakan pelaburan emas syiling dan jongkong emas ini..alhamdulillah…

kebanyakkan orang ramai tertarik dengan pelaburan emas fizikal adalah disebabkan emas ini boleh dicairka dengan mudah kepada nilai wang kertas, hingga menjadikan orang ghairah untuk memilikinya…ada yang sangup buat loan dan ada yg sangup buat loan beramai-ramai untuk beli emas bukan 10gram, 20gram atau 250gram….tetapi 1 kilogram dan ada sampai 4 kilogram ke 40 kilogram!!!!….memang ghairah gila…

kenapa mereka sanggup buat begitu? ini adalah kerana emas boleh dipajak….yup emas tak kira bentuk apa pun boleh dipajak…lokasi tempat pajakkan yg ramai sangat orang pergi adalah di agrobank…macam geng..geng ke kpmnj sahaja ..geng tak pernah pajak diagro…tebus emas orang ada la…maklum la..agro nie mengamalkan sistem bank..

akan tetapi baru-2 nie pihak agrobank telah menyekat atau menghentikan penerimaan pajakkan emas wafer dan syiling…ramai orang terkedu…resah hati…terutama orang-2 yang kaki pajak dan mengunakan platform arrahnu sebagai biz mereka…

ramai jugak orang call geng dan bertanya kenapa arrahnu tak terima emas jongkong dan syiling…geng tak dapat bagi jawapan …sebab geng tak terlibat dgn arrahnu…cumanya geng hanya jawab atas cerita-2 khabar angin sahaja…pada mulanya geng fikir mungkin sama macam kes bank rakyat dulu…zaman etika emas….jadi mungkin agrobank pun dah kena…entahlah…geng tak pasti nak cerita lebih-2 takut salah…

geng ada baca pada wall facebook agrobank yang berkata

Selamat pagi!! Untuk makluman, mulai dari 16 Mei 2011 (Isnin) atas arahan Pihak Pengurusan, Bank tidak lagi menerima gold bar dan coin sebagai barang gadaian bagi PINJAMAN BARU sahaja. Kepada mereka yang telah ada gadaian sebelum ini hanya boleh memperbaharui gadaian tersebut sahaja. Walaubagaimanapun, kami kini dalam proses untuk mengkaji semula arahan tersebut. Sekian, terima kasih.”

anda boleh baca di sini http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=223006721044596&id=100000058082691#!/Agrobank/posts/202411733128609

jadi ramailah orang mula mencari silap siapa?siapa yg buat onar sehingga terjadinaya pekara ini…pihak agro sendiri tidak menjawab apabila soalan-2 yg diajukan kepada pihak mereka dalam fb…

jadi geng mula-lah servey dalam web-2, forum-2 dan blog-2 emas..mencari artikal-2 pasal hal ini…yang geng jumpa, tue pun bila ramai orang pastekan dalam fb…

ini link nya http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=234918┬átapi ingat..ini jangan dijadikan sandaran atau bukti untuk menjatuhkan atau mengatakan geng cuba nak mengaikan dengan mana-2 pihak… anda study, anda kaji dan anda siasatlah sendiri…geng takka teruskan atau panjangkan artikal ini…ini sekadar nak kongsi apa yg geng jumpa..

PUNCA Ar-Rahnu Agrobank tak terima pajakan Emas ‘Wafer’ & Syiling Emas

Seperti yang kita maklum, Agrobank telah menghentikan pajakan emas ‘wafer’ buat sementara waktu. Soal berapa lama tu tak kita ketahui dengan jelas. Aku ada bertanya kat staf Ar-Rahnu HQ tentang bila bank nak buka balik semula. Jawapan yang dia kasi ialah dalam tahun 2011 ni bank akan benarkan semula pajakan emas ‘wafer’. Tapi aku kurang yakin dengan jawapan staf pompuan yang cun tu. Biasanya pihak bank tak akan bagi jawapan hampa kat pelanggan mereka. Tak percaya, pergilah mana-mana bank pun pasti cakap berlapik punya.

Aku rasa bersyukur kepada Allah S.W.T sebab kebetulan bini aku adalah pegawai Agrobankbahagian maklumat kredit. Kelebihan jawatan yang disandang ini ialah boleh tengok rekod hutang peminjam. Aku tak bagitau tingkat berapa department dia. Tapi bini aku lebih tahu cerita dalaman pasal Ar-Rahnu ni.

Ceritanya bermula selepas Manager Bank (MB) ternampak seorang pelanggan agen/dealer yang aku taknak sebutkan nama syarikat ni yang perkenalkan skim pembiayaan 30/70. Agen/dealer kat depan bank sedang asyik main campak mencampak wang tunai yang agak banyak jugak ke dalam boot kereta. Mungkin pelanggan atau agen/dealer tu tak perasaan MB ni tengah sibuk dok perhatikan gelagat dia. Kat situlah timbul rasa tak puas hati MB tadi yang menyebabkan pihak bank bekukan sementara pajakan emas ‘wafer’. Pada pendapat aku memang tak elok pelanggan tu buat perangai macam tu sebab rezeki yang Allah S.W.T berikan dibuat main-main.

Sebenarnya, banyak isu dalaman Ar-Rahnu yang bini aku cerita. Tapi sangat teknikal. Apa yang aku nak ceritakan ialah dari sudut pelanggan sahaja. Satu lagi punca ialah keghairahan orang ramai menyertai skim pajakan emas 30/70. Bukan setakat 100gram yang diorang pajak. Rupanya pajakan melebihi sekilo lagi ramai! Memang sah, ramai yang dah terjerat dalam skim ni. Bukan semua yang mampu beli emas secara tunai. Yang kesiannya, bagaimana si peminjam ni akan menebus balik emasnya secara mutlak nanti? Lebih-lebih lagi yang buat personal loan. Kalau si peminjam tadi gagal, maka dealer jugaklah akhirnya yang beli emas tu. Peminjam dapat apa? Dapat 30% wang tunai dan untung atas kenaikan emas jelah! Kalau nak tebus kena buat networking serampang 2 mata iaitu MLM + Program Pemilikan Emas 30/70. Persoalannya berapa ramai yang ada 3S iaitu sanggup, sabar dan sacrifice?

Selain itu, yang menjadi masalah ialah pelanggan yang memajak emas wafer & syiling/dinar yang tak melebihi 100gram. Apabila bank dah terlalu banyak beri pinjaman bagi pajakan melebihi 100gram hingga 1kg. Tuan cuba bayangkan sendiri bagaimana pihak Ar-Rahnu nak buat pusingan tunai kalau dah berpuluh ribu malah ratusan ribu hingga jutaan RM diberi pinjam. Nak tunggu pulangan, kenalah cukup edah 6 bulan. Paling tidak pun pelanggan buat lanjutan tempoh 3 bulan lagi. Pastu buat overlapping dan lagi dan lagi dan lagi.

Kesimpulannya, bukan Agrobank yang menghentikan pajakan emas wafer ni, tapi Allah S.W.T yang tarik balik nikmat rezeki emas ni. Punca ialah sikap kita sendiri yang bersifat takabur dan riak dengan rezeki yang Allah bagi. Ketahuilah bahawa nikmat yang Allah berikan atas dunia ni hanya sedikit sahaja.. Wallahualam. Yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik itu datang daripada saya.

nasihat buat diri aku dan warga CG semua ialah kena faham tujuan sebenar Ar-Rahnu diwujudkan

jadi kepada pembaca semua geng sendiri tidak boleh mengsahihkan kebenaran apa yg ditulis dalam forum ini… cuma geng nak pesan sahaja..jika kita mendapat peluang yg baik..kita berkongsi dgn orang , kita bantu orang..dan jangan salah guna dan ambil kesempatan…kesian kepada yg lain…begitu jugak dengan geng…geng jugak rasa terjejas sedikit kerana macam orang jb mereka masih ada kpmnj…tapi tidak ditempat lain…jadi teknik yg geng ajar takleh nakdigunakan….tapi percayalah wahai pembaca…ada cara lain untuk menyimpan emas…seperti yang geng katakan…”SIMPANLAH EMAS…TAK KIRA APA BENTUK SEKALI PUN,..JANJI EMAS”

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

2 Responses

  1. isme says:

    agrobank dah nak gabung, org umah awk x cite?

  2. Admin says:

    entah saya tak tahu…orang rumah saya bukan kerja dengan agro…orang lain…kan saya dah kata saya jumpa artikal nie di satu laman forum…saya cuma paste di sini untuk bacaan umum saja

Leave a Reply

Get Adobe Flash player