Awasi riba dalam pembelian emas

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng 916….alhamdulillah harga emas dah kembali turun…lega rasanya… 

tentu anda fikir kenapa lega pulak?kan rugi….hehehe…jangan la begitu…kesian kat orang lain.. kita kena kasihankan orang yg baru tahu mengenai keuntungn pelaburan emas ini, jadi bagi la ruang untuk harga emas turun…hehehe..ok harga emas sekarang ini dah turun..jadi amat sesuailah kepada anda nak tambah emas dan bagi yg baru nak mula..sekarang adalah masa yg sesuai.. 

ok kali nie geng nak ceritakan sedikit pasal riba..hmmm riba dalam belian emas…hah kan geng dah maklumkan pada artikal geng yg lepas… walaupun ada jugak orang nak mengatakan cara belian emas guna arrahnu dgn 35% dari pembeli dan 65% dari arrahnu itu halal…jadi geng pun siasatlah…hah sah dah ianya memang haram…ok geng akan post kembali sebahagian artikal itu terutama yg geng update.. 

yang geng letakkan adalah salinan crop yang geng ambil dari blog uzar…ustaz zaharuddin…siapa mamat nie? beliau adalah ustaz yg pakar dalam fiq muamalad… 

update:-  oleh kerana ada komen mengenai artikal saya ini yg tak setuju bahawa belian 35%:65% salah dan tidak riba…jadi geng nak tunjukkan kenapa ianya haram…sila lihat gambar dibawah 

 

ini link dari blog ustaz zaharuddin 

http://www.zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html#comment-28775 

dalam dok post artikal ada jugak orang yg mengutuk-2 uzar…jangan la.. tak bak kita kutuk-2 orang-2 alim, ulamak, ustaz….terutama yg mengamalkan alquran… ibadah kita tak akan diterima 

kemudian semalam geng sendiri menghubungi pejabat jakim bagi mengesahkan hal ini dan wallahhhhh….sudah pastinya…HARAM 

update 18/5/2011 

Alhamdulillah…dapat hubungi Jakim bahagian fatwa….di maklumkan…belian emas secara ansuran adalah RIBA 

(jakim akan semak semula fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri kedah pada tahun 1970 mengenai belian barang kemas dgn ansuran, jika ada bukti yg diterima, maka ianya sah bukan riba, sila rujuk jakim) 


Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )
(kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)
HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak
 

(kaedah kedua belian emas 35% 65%)
HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad

alhamdulillah sekarang telah sah dan benar kaedah belian emas 35%:65% adalah HARAM berunsur RIBA
 

pihak Jakim mengiktiraf pendapat ustaz zaharruddin kerana beliau memiliki ilmu dalam muamalad jika tak puas hati sila hubungi 

Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000
 

minta disambungkan ke bahagian fatwa… 

alhamdulillah…rasa ringgan sikit otak aku..tenang rasanya dihati
khas kepada anda…dari saya
 

jadi jika anda masih tak puas hati…silalah berhubung dgn pihak JAKIM sendiri 

geng senang saja..sapa tak puas hati pada geng dan artikal yg geng tulis nie…dan mengatakan geng nie cuba-2 rosakkan biz mereka…hehehe geng peduli apa.geng cuma akan kata 

“AKU PEDULI APA KAT HANG!!!, HANG NAK UGUT AKU?UGUTLAH…HANG NAK TAKUT-TAKUTKAN AKU, BUATLA…AKU LEBIH TAKUTKAN ALLAH DARI HANG, APA HANG INGAT HANG BOLEH HIDUP AMAN DIDUNIA NIE…INGAT JIKA HANG ROSAKKAN DUNIA AKU DENGAN TOMAHAN, MEHNAHAN, FITNAH DLL….AKU AKAN ROSAKKAN AKHIRAT HANG DENGAN IZIN ALLAH, ALLAH MAHA KUASA, REZEKI ALLAH BAGI, NYAWA YG ADA INI MILIK ALLAH…SEMUANYA HAK ALLAH…JANGAN SOMBONG DAN BONGKAK DI BUMI INI” 

macam nielah yg geng akan katakan..kita buat apa saja kerana Allah…cari la rezeki yang halal jadi jauhilah riba..sayangilah hidup dan amalan kita 

ok sedar tak sedar keluar pulak dalam paper utusan pasal riba emas nie…mari kita baca 

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive 

UTUSAN MALAYSIA 

19/05/2011 

   

Oleh NAJAHUDIN LATEH
 

 

 

AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.

Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.

Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah’: 278-279)

Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.

Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)

Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.

Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.

Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).

Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.

Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)

 

jadi geng harap para pembaca faham kenapa emas nie lain sikit dari benda lain…jadi berhati-2lah jika ada individu-2 atau syarikat-2 tertentu mengatakan kaedah mereka adalah halal…tapi kalau pembaca nak beli jugak silakan…geng tak halang duit anda…bagi pihak geng..tangung jawab geng dah selesai..Alhamdulillah..

jadi jika anda nak beli emas call geng

nak jadi pengedar…call geng

jika nak tau pasal emas..sms geng…insyaallah geng sedia melayan anda….

hubungi 0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA  

  

   

   

 

You may also like...

4 Responses

  1. isme says:

    Oleh itu public gold pun haram, terlibat riba, beli barang, bank in duit dlm bank (maybank dan Public Bank) terlibat riba.. xde interes, tapi menolong bank yg menjalankan aktiviti ribawi. Beli emas PG hai ini bank in.. 2, ke 3 minggu baru dapat barang.. tak ke tertangguh? Beli emas mesti beri terus, jangan ada tertanguh (riba anasiah).. betul ke?

  2. Admin says:

    jadi jika hendak berurusan dengan penjual emas tak kiralah wakil dari mana,baik public gold atau mana-2 syarikat lain..pastikan emas atau stock mereka ada dulu…macam saya saya banyak cadangkan kepada pelangan saya, bila ada stock baru bayar…sebab tue public gold memberi jaminan tempoh kelewatan penghantaran stock emas di cawangan-2 PG adalah 3hari-5 hari, dan tempoh untuk pelangan menjelaskan bayaran adalah 15 hari…jadi dengan kaedah ini pelangan boleh beli dan dapat emas pada hari tue jugak…dan kebanyakkan cawangan-2 baru pg terletak berhampiran dengan bank-2 seperti maybank dan public bank…isu mereka mengunakan bank-2 bukan islamik itu adalah bahagian mereka…macam kita kita kena buka akaun islamic..mereka bukan islam lantak le..kita kena buka akaun islamic

  3. ana says:

    Umat Islam terutamanya peminat, pembeli dan pelabur emas hendaklah mengawasi transaksi mereka supaya selari syarat tersebut dan terhindar daripada riba. Perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian dalam urusniaga mereka :

    (i) Pembelian emas adalah bermaksud mempunyai pemilikan terhadap emas yang dibelinya. Oleh itu, haram kita membeli emas jika tidak mempunyai kebebasan dan kuasa untuk melakukan transaksi lain seperti tidak boleh menjualnya semula dalam tempoh-tempoh tertentu.

    (ii) Haram membeli emas secara hutang atau secara tangguh dengan membayarnya secara ansuran walaupun terdapat pendangan minoriti yang memberi pengecualian pada emas yang telah diubah menjadi barangan seperti cincin dan gelang.

    (iii) Menjauhi pembelian emas dengan menggunakan kad kredit kerana terdapat unsur syubhat lebih-lebih lagi dengan kewujudan resolusi terbaru Kesatuan Fiqh Islam Sedunia yang mengharamkannya. Begitu juga, haram secara mutlak jika tidak membuat bayaran kad kredit atas pembelian tersebut hingga dikenakan riba oleh pihak pengeluar kad kredit.

    (iv) Tidak melakukan trade-in emas lama yang dimiliki dengan emas baru. Ini boleh membawa kepada riba kerana hukum tukaran emas dengan emas mensyaratkan timbangan kedua-dua tukaran tersebut adalah sama dan diserahkan serta-merta semasa pertukaran tersebut tanpa sebarang tangguhan masa. Untuk mengelakkan riba ini berlaku, orang yang ingin trade-in hendaklah menjualkan emas lamanya terlebih dahulu. Setelah mendapat wang jualan, barulah ia membeli emas baru tersebut.

    artikel penuh di http://blog.najahudin.com/?p=887

  4. shamsul says:

    Hukum membeli emas secara ansuran.

    Kitab Al Muwatta’ :

    Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, ” Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang… sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu.” Rama ialah riba.

    Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu’z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum.”

    Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Menyembunyikan emas dan perak daripada pengedaran adalah sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan diatas muka bumi.”

    Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

    Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

    i)Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

    ii)Mesti ‘Taqabud fil hal au majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

    Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

    Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum – hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

    Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

    Wallahu’ alam.

    Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
    21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
    Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah

Leave a Reply

Get Adobe Flash player