Ar-Rahnu salam pengenalan

Assalammualaikum kepada para pembaca semua…diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejah teran…

pilu hati geng sekarang nie…bukan kerana harga emas naik..harga emas naik geng takkan rasa pilu…tetapi geng pilu dihati dan kasihan kepada peminat-2 emas yang telah terpesong dengan emas

sedih benda baik jadi tak baik…dalam dok ingati tetapi mereka masih rasa betul…tentu anda ingin tahu..baik geng akan ceritakan sedikit

ada dua cerita..

1) ramai orang dah mula sedar pasal pelaburan emas, dan kelebihan dan kepentingan pelaburan emas..akan tetapi demi nak untung mereka sanggup melanggar  hukum…geng nie bukannya pandai agama dan geng nie bukannya ustaz akan tetapi ilmu agama geng tak le jahil sangat..ini kerana ada sesetengah dari masyarakat kita dan mungkin kawan atau saudara mara kita yang terjebak..iaitu trading emas secara online…tuan-tuan dan puan-puan….emas adalah salah satu barang ribawi..barang ribawi nie takleh main-2..ianya sangat peka dan mudah terjebak pada riba jika kita salah buat..dalam kes trading gold nie..apabila kita beli emas…kita mesti dapat emas…dalam jual beli sekal pun ada 4 benda yg terlibat…iaitu.penjual,pembeli barang dan akad…jika tiada 4 benda ini.maka ianya tak sah…dalam kes trading gold nie..penjual dah ada….pembeli dah ada…yg tak ada akad dan barang…jika tiada barang yg kita nak akad maka ianya adalah haram kerana riba..tolong le paham akan benda nie..geng bukan nak cakap benda nie sebab geng penjual emas…tapi sebagai rakan anda..jadi saya wajib cakap..jangan la makan dari hasil riba..jangan le bagi anak bini makan dari hasil riba…dan jangan la bagi duit kat mak bapak setiap bulan dari hasil riba fikir la…panduan kepada anda..sebelum nak ceburu bidang emas..yang penting pekara pertama tanya dulu atau siasat dan cari kebenaran..HARAM ke tidak dari segi hukum islam

2) yang nie pulak adalah kaedah belian emas yg dicanangkan oleh sestengah pihak…iaitu beli emas dengan mengunakan arrahnu digelar beli emas 35%:65% dimana pembeli hanya perlu bayar 35% dari harga emas dan kemudian emas itu akan dipajak kepada arrahnu atas nama pembeli…kemudia duit pajakkan 65% dari harga emas penjual akan ambil dan tinggalkan penebusan itu kepada pelangan…ini adalah riba kerana ada 2 akad dalam 1 urusniag..tolong le rujuk orang alim akan hal nie..jangna le nak untung sahaja…

terus terang geng kata..geng tak sokong akan hal ini..dulu geng pun ada cerita pasal teknik nie..tetapi alhamdulillah setelah jelas hukumnya geng tak buat..dan sekarang geng nak nasihat kepada para pembaca…hmmm ada orang tanya kan geng jugak ada pekenalkan teknik yg sama untuk rempit emas?..betul..geng ada cerita..tetapi ianya tak sama..geng hanya cdangan pajak emas yang dah menjadi milik…bukan yg belum..hehehe tak apa geng akan ceritakan dalam artikal nie kerana geng nak pahala bukan dosa….hehehe sharing is caring….ilmu didahulukan..pahala diutamakan..geng916 rakan emas anda..

ok kali nie geng nak post pasal arrahnu..sebenarnya geng dah banyak post pasal teknik-2 arrahnu..akan tetapi ada yang kurang paham..jadi pada kali nie geng nak post sekali lagi ..geng nak cuba cerita agar pembaca paham..kalau tak faham jugak..pembaca bawa emas pergi pajak..hehehe

ok geng tak nak cerita apa itu arrahnu kenapa ditubuhkan dll…yg geng nak cerita beberapa benda yg patut-patut pemajak tahu…

ok arrahnu yang ada di malaysia ada 2 pihak yg buat..

1) dikendalikan oleh pihak bank macam bank islam, bank rakyat dan agro bank

2) dikendalikan oleh bukan bank macam koperasi dan syarikat

ok pada arrahnu ada beberapa istilah yg patut kita tahu

1)nilai gadaian

2)nilai marhun

3)pinjaman

4)tempoh pinjaman

5)upah simpan

6) had pinjaman

1) nilai gadaian

-nilai gadaian adalah nilai emas dalam RM mengikut ketulinan macam nie

 

ok ini adalah list nilai gadaian yg dikeluarkan oleh koperasi permodalan melayu negeri johor di JB..harga ini mereka rujuk dengan bank rakyat…bagi arrahnu yg dikendalikan oleh pihak bank..mereka pun ada jugak cuma geng tak tahu mereka ambil dari mana harga gadaian..maybe BNM jugak kot…harga KPMNJ berubah setiap hari kecuali sabtu dimana harga jumaat menjadi rujukan..

cuba para pembaca tengok..ketulinan emas ditulis mengikut karat…24k tue emas 999 le…hehehe lihat artikal sebelum nie..mengenai ketulinan emas…ok..24k =RM169/gram

2)nilai marhun

-nilai marhun pulak adalah nilai emas yang kita pajak setelah emas kita itu ditimbang dan disahkan ketulinanya…ok contohnya..

katakan geng nak pajak gold bar 100gram yang ketulinannya 999.9…jadi di arrahnu mereka akan mengambil emas 100gram itu lalu dimasukkan dalam satu mesin pengujian, dinamakan densimeter.mesin tue kecik saja macam video dibawah

hehe maaf lah ye..video nie saja yg geng ada..janji anda semua faham

ok formula kiraannya…

nilai gadaian mengikut ketulinana x berat emas

RM169 x 100gram = RM16900

> nilai marhun adalah RM16900 (biasa nilai marhun nie akan lebih tinggi dari harga emas public gold)

3) pinjaman.

arrahnu bagi pinjam 65% sahaja dari nilai marhun…walaupun ada jugak yg bagi 70% dan ada jugak yg bagi 50%..tapi kebanyakkan bagi 65%

formularnya adalah

nilai marhun x 65% = nilai pinjaman

jadi RM16900 x 65% = RM10985 ( inilah pinjaman yg pengadai dapat)

4)tempoh pinjaman

-tempoh sesuatu pinjaman dari gadaian diarrahnu adalah 6bulan kemudian ditambah 3 dan 2…(sia rujuk arrahnu)

keadah pembayaran diarrahnu sangat best…kerana sangat flaxible…suka hati bila-2 nak bayar..tak macam buat loan-2 di bank…boleh bayar bila-2 dalam tempoh 6 bulan…contohnya

RM10985 kita bahagikan kepada 6 bulan…jadinya..setiap bulan adalah RM1830.83 setiap bulan…mana mustahil nak jelaskan bulanan begini jika buat personal loan…jadi..arrahnu mengenakan kaedah yg flaxible..

boleh bayar bulanan,mingguan harian tak kisah…dan nilai bayaran pun suka hati..rm10 ke..20ke..100ke…tak kisah..ini yg best..tak tension….dan yang paling best apabila kita nak sambung bayaran setelah tamat tempoh…

katakanlah selama 6 bulan anda bayar..dan baki masih ada RM600 lagi…jadi anda boleh sambung bayar lagi 6 bulan tanpa pajak semula atau sesetengah orang panggil overlap pajak…hanya perlu bayar upah simpan selama 6 bulan…pastu sambung….sampai habis..bila habis bayar..emas pun dapat semula..best-best

5) Upah Simpan

upah simpan adalah upah yang dikenakan oleh arrahnu kepada pengadai emas….jadi emas yang digadai akan dikenakan upah simpan setiap bulan….boleh dibayar bulan-2, bayar sekaligus pada bulan pertama ataupun pada masa akhir bulan 6….ada banyak rate upah simpan nie…ada yg 0.5%, 0.65%,0.7% dan ada 1%  biasanya yg geng pajakka..upah simpan yg dikenakan adalah 0.7%…0.7% ini diambil dari nlai marhun…

formulanya…

nilai marhun x rate upah simpan

RM16900 x 0.7% =RM118.3 (sebulan)

arrahnu ambil untung dari upah simpan ini

6)Had pinjaman

had pinjaman adalah had yang ada pada sesuatu akaun pengadai…ada setengah arrrahnu hanya boleh pajak max RM20,000 sahaja…ada RM150,000 dan ada yang boleh cecah RM1 juta…jadi berhati-2lah ketika buat pajakkan…kena ada strategi untuk memeajak…dan apa kena buat bila dah max pajakkan…kalau tak emas akan kena lelong..jika anda nak minta orang selesaikan pajakkan anda…jual saja surat pajak anda kepada orang-2 yg berminat..macam geng..hehehe

ok..itu adalah serba sedikit pasal platform arrahnu nie…ohh apa akan jadi jika takleh tebus?tentu ini ada para pembaca fikirkan….jika pengadai itu tak dapat tebus emas nya…dan tempoh masa diberi dah tamat..dan taknak sambung…maka arrahnu akan melelong emas kita itu…dapat duit..duit itulah yg akan digunakan untuk menjelaskan baki hutang dari pajakkan kita tadi.jika ada baki..baki itu akan dipulangkan kepada pemajak

arrahnu nie jika kita bijak mengunakannya…ia akan banyak membantu kita…macam geng pun geng ada gunakan arrahnu ini untuk simpan emas dan perniagaan…macam beberapa teknik yg geng dah ajar kepada orang ramai atau pelangan yg membeli emas dari geng,,lihat bawah

 

ini adalah salah satu teknik untuk menyimpan emas guna arrahnu.. dengan modal 20gram…anda boleh dapatkan 6 keping 1 dinar dengan tampa keluar duit dari poket anda…kemudian jelaskan secara ansuran di arrahnu.

manakala dibawah nie pulak adalah untuk orang-2 yang hanya memiliki duit  sedikit setiap bulan

 

teknik ini lambat akan tetapi dengan teknik nie anda mampu simpan emas setiap bulan..dengan syarat anda disiplin dan jujur pada diri anda….jika anda ada duit banyak…teknik dibawah adalah yg terbaik

hah..teknik nie untuk orang-2 yang benar-2 nak melabur dan duit ada banyak..pajakkan nya maybe setahun…pajak sehari maybe pada awal tahun pastu lepak selama setahun…tebus emas sikit-2… selama setahun…terus hujung tahun dapat untung…

kepada para pembaca 3 teknik ini adalah diantara beberapa teknik yang ada yang mengunakan arrahnu…ada banyak teknik lain…apa-apa pun mesti dimulakan dengan emas….gunalah emas…tak kira emas jenis apa…macam geng geng guna gold bar sebab masa nak beli goldbar geng tiada kos upah…hehehe

kalau anda guna barang kemas..anda boleh pajak barang kemas anda dan kemudian beli barang kemas lagi…boleh..tiada masalah…tapi pada pendapat geng…lebih baik bila pajak barang kemas…beli saja gold bar atau dinar dari public gold..kerana kita nie akan jual emas satu hari nanti…ye la…kan ini dinamakan pelaburan….bila kita beli pada harga murah..mesti kita jual pada satu hari nanti bila nak ambil untung…sebab nak rasa untungnya..kena cairkan kepada wang kertas…

jadi tuan-2 masa tue tuan-2 akan menyesal jika tak beli dengan public gold..sebab public gold beli balik dengan harga yg tinggi…maksudnya kita jual kepada pg..pg potong 5%-8% sahaja tengok emas apa kita nak jual…kalau jual kepada kedai-2 emas mahu 11%-35% nie…jadi fikir-fikirlah…anda beli emas murah tapi belum tentu anda akan untung bila anda jual..baik anda beli emas dari pg…nak jual senang sebab hampir semua negeri di Malaysia dah ada cawangan PG dan dijamin beli balik dalam apa keadaan sekali pun..kan best

ok ada jugak orang pajak emas beli kemudia beli silver…dan macam-2 lagi…

nak tahu dengan lebih detail…hadir-hadirlahkan diri anda diseminar-2 anjuran Public Gold…kalau anda berada di JB insyaallah anda akan jumpa geng…jadi boleh tanya geng secara detail…biasa geng akan ada di JB atau sunway…maybe lepas nie di alor setar pada hujung bulan nie…insyaallah…

ataupun mini seminar atau seminar jelajah negeri..hehehe tapi jangan risau..insyaallah seminar geng adalah pecuma…itupun jika ada orang nak sponser..tapi setakat nie geng nak fokus di Johor sunway dan sungai petani dulu…insyaallah

ingatlah wahai tuan-2 teknik diatas memerlukan kesabaran, disiplin dan kejujuran pada diri sendiri…..JANGAN TAMAK!!!!

dan untuk pengetahuan pembaca..jika pembaca memajak emas di bank…nama pembaca akan disenaraikan dalam ccris…macam berhutang le…lepas tebus..rekod bersih…jadi jika ada masalah…emas tak ditebus atau lain…pembaca akan menghadapi masalah nanti semasa buat pinjaman bank…walaupun pembaca hanya meminjam duit dari emas…tetapi pihak arrahnu bank menyatakan anda pinjam dari mereka..

OK… ohh lupa pulak geng….para pembaca jangan hairan dan terkejut..kenapa murah sangat harga emas yg geng guna sebagai contoh diatas…harga diatas adalah pada 1/4/2010 jadi pada masa tue murah lagi….berbanding dengan sekarang hehehe…kan geng dah kata, selalu jugak geng pesan…”HARGA EMAS TAHUN INI LEBIH MAHAL DARI TAHUN LEPAS DAN HARGA TAHUN INI LEBIH MURAH DARI TAHUN HADAPAN” …renung-renungkanlah…

ok kepada anda nak beli emas hanya perlu hubungi geng

kepada anda nak belajar lagi dan ingin tahu pasal emas dan pelaburan emas…hubungi gang jugak

kepada anda nak berniaga nak tambah income bulanan pun boleh call geng…insyaallah geng sedia membantu..ada modal…semua boleh…tak ada modal..simpan duit sikit-2

jangan lupa hubungi geng 0134353317

update:-  oleh kerana ada komen mengenai artikal saya ini yg tak setuju bahawa belian 35%:65% salah dan tidak riba…jadi geng nak tunjukkan kenapa ianya haram…sila lihat gambar dibawah

ini link dari blog ustaz zaharuddin

http://www.zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html#comment-28775

saya harap ini dapat menjelaskan lagi..terutama kepada pengkomen kita saudari lin…terima kasih diatas komen anda

 

update 18/5/2011

Alhamdulillah…dapat hubungi Jakim bahagian fatwa….di maklumkan…belian emas secara ansuran adalah RIBA

(jakim akan semak semula fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri kedah pada tahun 1970 mengenai belian barang kemas dgn ansuran, jika ada bukti yg diterima, maka ianya sah bukan riba, sila rujuk jakim)


Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )
(kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)
HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak

(kaedah kedua belian emas 35% 65%)
HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad

alhamdulillah sekarang telah sah dan benar kaedah belian emas 35%:65% adalah HARAM berunsur RIBA

pihak Jakim mengiktiraf pendapat ustaz zaharruddin kerana beliau memiliki ilmu dalam muamalad jika tak puas hati sila hubungi

Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000

minta disambungkan ke bahagian fatwa…

alhamdulillah…rasa ringgan sikit otak aku..tenang rasanya dihati
khas kepada anda…dari saya

jadi jika anda masih tak puas hati…silalah berhubung dgn pihak JAKIM sendiri

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

32 Responses

  1. Anak Emas says:

    Arrahnu itu pajak gadai islam kan, tp bagaimana pula dgn pembelian kereta & rumah? Pun bayar deposit 10%, 5% atau kkdg xdeposit pun… belum milik sempurna (dua akad gak kan).. So boleh tuan jelaskan secara keseluruhannya?? Tksh

  2. Anak Emas says:

    Oh ya… mtk tuan jelaskan jugak ttg “EASY PYMT” yg di offer oleh sesetengah syarikat tu??? Apa pula pandangan tuan, log harga dulu tp pembayaran x dijelaskan sepenuhnya tp byr bulan2 pulak….. tq

  3. Admin says:

    easy payment adalah bayaran ansuran bulanan tanpa faedah
    manakala lock harga adalah kaedah akad harga bukan akad jual beli…bayar full kemudian slip bank digunakan sebagai penganti wang kertas, emas dah ada hanya perlu bawa slip bank sahaja untuk datang ambil
    syarat jual beli
    1)mesti ada penjual
    2)mesti ada pembeli
    3)mesti ada barang
    4)mesti ada akad

  4. Admin says:

    benar arrahnu pajak gadai islam
    deposite adalah untuk bayaran komitment supaya tiada berlaku penganayaan kepada pembeli dan penjual…
    jadi jika buat loan..buatlah loan dgn bank yg menjalankan urusan secara islam…dah banayak dah

  5. Anak Emas says:

    Tuan… EASY PAYMENT = akad harga & akad jual beli mcm tuan ckp PUN DA KIRA 2 AKAD… brg simpan dulu byr full baru dpt… Apa maksud tuan ni?? Easy payment byr bulan2 kira BERHUTANG lar tu kan walau xde interest… Beli emas mana boleh hutang2 tuan…..

    Bagi pendapat saya kalo teknik membeli emas dgn 35/65 arrahnu tu jauh lbh baik dr easy payment… Sbb pembayaran nya dijelaskan dlm hari yg sama bukan berbulan2 mcm easy payment…. CUKUP SEMPURNA DGN 4 SYARAT NYA – PENJUAL, PEMBELI, BARANG & AKAD……

    Kesimpulan nya disini, PENJELASAN TUAN TIDAK TEPAT & BERAT SEBELAH… ADALAH Lbh baik tuan buat kajian lebih terperinci dlm hukum2 agama khususnya sebelum membuat ANDAIAN & JAWAPAN sendiri berdasarkan 1 pihak… Statement tuan ni kelak membuat org PENING2 LALAT atau BINGUNG.. Harap maklum… tksh..

  6. Admin says:

    lah…siapa kata easy payment tue baik?…saya tak pun suruh buat easy payment..easy payment ada riba…jangan buat..kalau nak buat…buatlah..saya tak halang

    sebab emas takleh berhutang..guna kredit card dan buat loan boleh..sila rujuk udzar..hubungi beliau…

    kaedah belian arrahnu itu x sama macam easy payment..tapi tetap takleh …cara lain tapi tetap takleh…jangan samakan emas dgn barang-2 lain…sila rujuk ..saya dah hubungi dgn udzar..dan bertanyakan hal ini..emas tidak boleh beli ansuran…kecuali…
    emas yg dipajak itu sudah selesai bayarannya…kemudia duit itu digunakan untuk beli emas lagi…

    jangan lihat bila ramai orang buat kaedah itu dianggap benar…saya tak kaji tapi ustaz yang saya rujuk itu yg kaji..jadi saya berpegang kepadanya…tak apalah..jika anda rasa benar..anda buat..saya tahu takleh buat jadi terpulanglah..
    ingatlah..kita nie orang islam…kalau saya tipu saya berdosa…tapi kalau kita tipu hukum semata-2 nak kaut untung…kita akan tangung bukan sahaja dosa riba..bahkan dosa pelangan kita yg jahil…fikir-fikirlah

  7. Admin says:

    ini link saya nak share dgn anda…ada orang tanya udzar…

    http://www.zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html#comment-28775

    saya tolong copy disini untuk bacaan anda..sila baca pastu FIKIR sendiri

    Ada teknik baru jual beli emas tapi saya tak dapat detect hukumnya adakah secara ansuran atau bagaimana.

    Penjual memiliki 100gm emas. Harga semasa RM11k.Pembeli boleh dapatkan emas tersebut dengan hanya membayar kepada penjual RM 4000. Bakinya RM 7000, penjual akan dapat dengan menggadaikan di al-rahn (65% dari harga emas 100gm). Gadaian tersebut atas nama pembeli.

    Adakah ini termasuk membeli secara ansuran?

    UZAR : Ia adalah haram dan riba. kerana rahn itu sebanrnya berfungsi sebagai collateral untuk baki bayaran RM 7K yang tertangguh.

  8. Anak Emas says:

    Terima kasih atas info tuan..Alhamdullilah bagus lar kalo tuan pun x buat easy payment….

    Org yg bodoh aje wat biz fikir utk untung sendiri x fikir & kaji halal haram, pakai hantam koromo aje….. Kita ada akal kena byk tanya dgn ORG2 yg arif… Dan bila nk bertanya ttg sesuatu kenalah “BENAR2 FAHAM apakah teknik/cara biz yg mrk nk lakukan”…
    X baik tuduh org lain makan riba sdgkan kita sendiri dikelilingi “riba”………. masyaallah..
    Apapun tuan terima kasih atas perkongsian tuan….

    Sy cadangkan kpd tuan utk merujuk juga kepada mrk2 yg arif yg bergerak secara “BEBAS” maksud sy ustaz yg tidak terikat dgn mana2 syarikat… tkasih byk2.. semoga apa saja yg kita lakukan dgn nawaitu yg betul pd ALLAH dan di redhai olehNYA…

  9. Admin says:

    saya dah buat rujukan sila lihat artikal saya semula…saya dah update…

    kenapa saya kata 35%:65% riba…
    saya tak hentam keromo…saya tanya orang-2 arif..

    uzar adalah pakar arif dalam fiq muamalat…jadi memang sesuai rujuk dia

    kalau rujuk ustaz lain mereka akan kata sila rujuk ustaz yg pakar dalam muamalat, saya sekadar umum…ini yg saya dapat dari soalan saya

    jadi kalau kita nak tanya pendapat orang alim berilmu…kenalah kepada orang yg betul yakni pakar fiq muamalat…

    jadi saudari…anda dah tahu kenapa ianya haram..saya tak berat sebelah saudari..saya tidak pun mengsyurkan orang buat epp…

    oh ya saya tak tuduh orang guna makan riba..saya tak sebut pun siapa…saya cakap umum….jadi saya harap saudari nampak benda nie..lain lah saya sebut sipolan-sipolan…dan tak betul…tapi yg saya sebut ianya betul..HARAM makan RIBA

  10. shamsul says:

    Menurut ulamak nusantara tn guru syeikh nuruddin marbu albanjari almakki, tidak menjadi riba pembelian emas secara tangguh atau menggunakan pinjaman arrahnu dgn menggunakan org ketiga.

  11. Admin says:

    harap dapat diberikan hujah-2 dan rujukkan..supaya dapat dipastikan kesahihannya..

  12. shamsul says:

    Tuan boleh bertemu sendiri dgn tn guru. Beliau sering dtg ke malaysia. Adalah lebih afdhal mendengar sendiri dari mulut tn guru. Insyaallah.

  13. Satu Malaysia says:

    Perniagaan Ar-rahnu itu sendiri sudah ada unsur2 riba.. Wang modalnya adalah dari FRR.. Kalau anda pergi ke arrahnu untuk tambah stok, anda sudah dikira terlibat dengan riba’ walaupun tanpa kaedah 65:35..

    Allahu ‘alam..

  14. Admin says:

    insyaallah…tapi setakat nie saya akan pegang dahulu dari ustaz zaharuddin bahawa belian emas secara 35%:65% adalah riba mengikut hujah-2nya selagi tiada pendapat lain yg boleh mendakwa pandangan ustaz zaharudin lemah atau salah..saya akan teruskan..jika ada walaupun dari majlis fatwa kebangasaan Malaysia pun dah cukup sebab kita ikut ulamak-2 di m’sia..

  15. Admin says:

    mengikut uzar belian emas dan dipersetujui oleh 4 mazhab bahawa belian emas secara tangguh adalah riba

  16. Anak Emas says:

    Tksh tuan… Betul nk merujuk pd yg PRO PAKAR FIQ MUAMALAT.. utk pengetahuan tuan ada ramai ustaz yg Pakar Fiq Muamalat kini bergerak bebas KRN mrk tidak bersetuju dgn “perubahan & ketentuan” syarikat.. sy juga sudah di beritahu oleh pakar yg bebas yg mengutarakan mcm2 hal yg ada dlm dunia perbankan kita…..

    Samada ia secara umum atau tidak, tuan saja yg tau…. Samada ia berat sebelah atau tidak tuan juga tau….

    Apapun mmg benar HARAM makan RIBA, HARAM jua mencuri masa dlm waktu kerja yg diamanahkan oleh kita…

    Semoga biz tuan sukses & segala usaha tuan diberkati… Apa saja yg kita lakukan lakukan krn ALLAH bukan utk kepentingan sendiri.. Insyaallah di berkati & diredhai.. Dan tanda org yg di redhai allah dia akan tenang dlm kehidupan dia.. wassalam…

  17. shamsul says:

    Untuk menjatuhkan hukum ni bukan sebarang org boleh buat. Adalah lebih baik tuan dapat bertemu dgn ulamak2 ini dan dgr sendiri penjelasan dari beliau. Jika hanya copy paste dari penulisan adalah kurang bijak. Ini kerana sesuatu sesuatu perkara yg haram boleh jadi harus dan yg harus boleh jadi haram. Sebab tu kena berguru secara berdepan utk lebih faham konteks sesuatu hukum dan bukan berguru secara copy paste.

  18. Admin says:

    kita merujuk kepada soalan-2 yang ditanya sebab tue soalan..bukan kita buat-buat sendiri…
    tak ada faedahnya jika saya suka-2 mengeluarkan hukum..saya bukan penghukum..saya merujuk kepada orang yg arif akan hal nie..pegangla satu…saya pegang apa yg dikatakan oleh beliau…sebab dia adalah seorang yg arif dalam bidang nie…macam satu kes saya tanya pasal ASB…dia kata haram..tapi majlis fatwa kata harus..jadi saya rujuk ustaz yg ketiga..lalu menyatakan ikut fatwa

    samalah dgn yg ini selagi tiada hujah-2 atau tulisan yg boleh dijadikan bukti…saya akan gunakan apa yg ada dan boleh dirujuk…saya sendiri pernah bertanya kepada uzar dalam rancagan tanyalah ustaz..jadi saya memang dah rujuk..cumanya kalaulah saya ada rakam rancangan tue..lebih kukuh…

    jadi sekali lagi saya katakan jika tiada rujukkan yg bertulis atau penulisan atau rujukkan mana-2 kitab atau tafsir akan hal ini..maka saya akan pegang apa yg nyata..

  19. shamsul says:

    Diharap perbezaan pendapat ini tidak jadi perbalahan. InsyaAllah

  20. MAT TUNGAU says:

    Betol tu klu nak berguru jgn berguru online atau pasang cd aje…jgn bila meniaga emas main dgr cakap satu ulamak aje pulak…dan ulamak tu pulak…bukan ulamak yg benar2 bebas…dan di byr oleh sykt atau bank tertentu senang cerita bersengkongkol dgn riba gak…al maklum le…skg nie nama aje berserban…tapi pandai putar belit…

  21. Admin says:

    subhanallah…

  22. Anak Emas says:

    Syabas, Tuan krn tuan telah merujuk kpd pihak lain yg arif jua spt dlm page ‘kpmj’… lagi lagi lagi cari lagi jawapan utk persoalan kita…. nty tuan update dlm blog ni gak ok sekadar utk perkongsian kita bersama…. tksh…

  23. Admin says:

    terima kasih…demi kebaikan kita bersama yg memanafaat dari sistem ini,
    demi mencari keberkatan dan keredhaan Allah..dah menjadi tangung jawab kita semua

  24. isme says:

    AGRO BANK DAH TAK TERIMA BAR PG? TERIMA BARANG KEMAS SHAJA MCM BANK RAKYAT.. BETUI KE?

  25. Admin says:

    dengar cerita macam tue lah…tunggu saya akan inform dalam artikal saya lepas nie

  26. Admin says:

    Alhamdulillah…dapat hubungi Jakim bahagian fatwa….di maklumkan…belian emas secara ansuran adalah RIBA
    Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )
    (kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)
    HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak

    (kaedah kedua belian emas 35% 65%)
    HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
    hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad

    alhamdulillah sekarang telah sah dan benar kaedah belian emas 35%:65% adalah HARAM berunsur RIBA

    pihak Jakim mengiktiraf pendapat ustaz zaharruddin kerana beliau memiliki ilmu dalam muamalad jika tak puas hati sila hubungi

    Bahagian Pengurusan Fatwa
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    W.P Putrajaya
    No. Tel : 03-8886 4000

    minta disambungkan ke bahagian fatwa…

    alhamdulillah…rasa ringgan sikit otak aku..tenang rasanya dihati
    khas kepada anda…dari saya

  27. shamsul says:

    JAKIM Kata boleh beli emas dgn gunakan 35% duit sendiri dan 65% gunakan duit pinjaman arrahnu. Dgn syarat kita pinjam 65% duit kawan kemudian beli emas, emas tu masukkan dalam arrahnu dan pinjaman arrahnu tersebut kita bayar balik duit kawan yg kita pinjam tadi.
    (contoh kajian kes: kita bagi duit kat hasfa 35% dan pinjam sebanyak 65% duit hasfa, pastu hasfa belikan emas kat PG. Emas PG tu kita arrahnukan dan pinjaman arrahnu tu kita bayar balik hutang Hasfa tadi)

    Utk lebih pasti tanya sendiri;
    Bahagian Pengurusan Fatwa
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    W.P Putrajaya
    No. Tel : 03-8886 4000

    minta disambungkan ke bahagian fatwa

  28. Admin says:

    itu pinjam duit dari kawan…ini berkaitan jual beli diantara pembeli dan penjual…umpama saya minta duit dari ayah saya untuk beli emas lah…

    isu yg saya maksudkan adalah berbeza dgn apa yg tuan katakan.. senario yg tak sama…

  29. luvgold says:

    Saya jd susah ati jgk dgr agro bank dh xterima gold bar atau dinar dr public gold nie..bkn bank jer YaPEIM pn xterima jgk..ada masalah dgn ketulenan ke dgn gold bar ni..kan ada sijil..sya bru first time nk try ber’arrahnu’ nie..dh xbleh plak..tlg geng..

  30. Admin says:

    dari segi ketulinan tiada masalh…saya difahamkan ini disebabkan ada pihak yang mengambil untung dgn arrahnu..amat berbeza pajak barang kemas dengan gold bar…
    jadi buat masa nie dicadangkan guna barang kemas…macam saya dah lama guna barang kemas untuk pajak beli gold bar…

  31. luvgold says:

    Betul jgk 2 guna brg kemas jer…nk tya lg nie..gold bar dgn dinar PG nie boleh ke dijual ditmpat lain selain PG..tlg geng

  32. Admin says:

    boleh…semua kedai-2 emas terima..tapi harga yg mereka ambil semula adalah jauh lebih rendah dari PG…baik jual semula dgn pg…

Leave a Reply

Get Adobe Flash player