Semua orang tahu, emas adalah logam berharga,
Semua orang tahu, Barang kemas sangat mahal,
Semua orang tahu, Harga emas sentiasa naik,
tetapi tak semua orang tahu bagaimana nak mangambil kesempatan dari kelebihan emas ini.
Jadi blog ini adalah bertujuan untuk saya kongsi ilmu dan pengalaman saya dalam emas kepada para pembaca.
jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, saya sedia membantu anda
Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian….geng harap anda berada didalam keadaan sihat sejahtera. semenjak Arrahnu Agrobank menghentikan sementara penerimaan wafer dan coin dalam pajakkan ramai yg mula semak kepala, serabut dijiwa dll…ini kerana sejak akhir-2 ini ramai orang yang melabur dalam emas fizikal mengunakan arrahnu sebagai medium biz dan simpanan mereka…dan emas yg mereka guna adalah dalam berbentuk wafer dan coin..
disebabkan ini ramai yang mula jual jongkong-2 mereka dan syiling -2 dinar mereka miliki baik di tangan mahupun didalam arrahnu…kaki-kaki pajak dan PANIK!!!!….jadi geng pun mendapat banyak pangilan-2 dan sms memohon bantuan dan buah idea bagaimana nak lepas dari masalah ini…dan bagaimana nak teruskan teknik menyimpan emas mengunakan arrahnu… dulu geng dah pernah cerita pasal hal nie…adakah anda dah lupa? geng pernah satu ketika dulu post satu artikal pasal barang kemas…hmmm anda dah lupa ke?hehehe tak apa nanti geng refresh semula…
ok sebelum geng nak meneruskan cerita-2 atau gebang-2 geng dalam artikal terbaru ini…geng nak minta maaflah kepada pembaca-2 yg terasa atau tak senang dnegan apa yg geng tulis dari mula geng buka blog nie dan sehingga sekarang…terus terang geng cakap artikal yg geng tulis adalah hak geng dan ada jugak yg bukan..jangan cakap geng ciplak teknik-2 orang pulak….kalau benda tue bukan geng punya geng pasti akan maklumkan dalam artikal itu..ini adalah tangungjawab…kena amanah…kerana ada orang marah-2 dan mengatakan geng ambil idea orang dan kata geng punya…hellooooo….pergi la cari blog-2 yg ajar pasal arrahnu yg sama dgn geng..tak banyak…kerana apa?sebab kedekut…tak nak share….ilmu kenala kongsi …apa yg kedekut sangat…ilmu yg geng bagi freeeeeeeee…kalau ada orang minta bayaran itu hak dia..geng bagi free sahaja…jadi kalau anda nak free…baca blog geng dan rakan-2 geng yg bagi ilmu free…harap maklum…ok
artikal ini geng tulis semasa pada masa tue ramai orang tengah berbelah bagi pasal nak guna yg mana barang kemas atau jongkong….jadi anda bacalah sendiri……
baik setelah anda baca tentu anda faham…jadi kepada kaki-2 pajak..sekarang inilah masanya nak mengabungkan barang kemas dengan wafer@syiling….. FUSION TIME!!!!
barang kemas untuk wafer dan coin
untuk mengunakan teknik ini anda boleh guna mana-2 barang kemas…barang kemas digunakan sebagai modal arrahnu…macam geng…dulu geng buat geng akan pajak barang kemas….barang kemas yg geng guna banyak jenis..tapi ketulianan yg geng guna adalah 835,916,950 dan 999 kenapa banyak?sebenarnya geng guna 999 dan 916 sahaja…akan tetapi kadang kala semasa di arrahnukan…ianya tidak mendapat ketepatan seperti mana tetera..biasanya 999 akan dapat 950 manakala 916 akan dapat 835 atau 750…kenapa begini?
ada banyak faktor-2 yang menyebabkan ketulinan semasa diuji tak sama macam dicop pada barang kemas…geng ada ceritakan kepada anda dalam artikal-2 yg lepas…baik disini geng nak bagi tips bagaimana nak memilih barang kemas yg sesuai untuk di arrahunukan
1) beli barang kemas yg berketulinan 916 hingga 999 sahaja….macam geng ..geng guna jenis nie..(lihat dibawah)
ini adalah rantai tangan 999 jenis gajah
2)pastikan barang kemas itu beratnya mestilah 10gram keatas….yg geng guna tue adalah 30gram, 50gram dan 100gram
3)kalau nak guna lain-2 barang kemas…pastikan beratnya 6gram macam loket yg pernah geng guna…(lihat dibawah)
ini adalah contoh yg geng pernah guna…tapi geng juga pernah guna loket desig lain…dan mendapat keputusan yg berbeza…untuk loket geng dapat tepat 22k 916….tetapi tidak kepada rantai…hanya dapat 835 kerana ada rongga-2 udara …sebab tue kena pastikan barang kemas yg rongga besar…
3) elakkan barang kemas yg ada crome…macam dibawah
elakkan yg ada palid crome…kerana geng jamin mesin densimeter akan baca 835 atau 750…bukan 916…sebab crome tue manganggu bacaan desimeter…dan arrahnu guna densimeter…tapi kalau nak guna gunalah..tak salah pun
4) faham kenapa tak dapat ketulinan semasa diuji…ok geng nak share satu video yg geng buat tahun lepas…hehehe selamat berhibur
video nie geng buat pada 1/4/2010…masa tue ada kes pasal emas yg tidak tepat ketulinannya…
ok…bagaimana nak buat teknik nie…alahai…mudah saja…jika anda selama ini biasa dengan teknik yg geng tunjukkan maka tukarlah teknik dari bar ke barang kemas
ok..guna barang kemas..pajakkan ….dapat duit pinjaman…pastu dengan duit tue beli emas lagi…..beli la wafer atau coin anda…haaa…kan best…senang kan…ohhh jgn ke lupa nak tebus emas yg dipajk tue..,,
jadi gunaklah barang kemas yg berat-2 dan ketulinan yg geng katakan 916-999 sebab lebih berat…boleh beli emas ringat…yg besar boleh beli yg kecil…hehehe mudah kan….
tapi kenapa beli wafer…kan rugi…takleh pajak…lahhh….ikut suka le nak beli emas masa..janji emas…geng nak melabur dalam emas wafer dan coin..jadi pajak beli wafer le…sebab spread wafer dan coin kecik…PG 5%-8% saja…jadi nak untung invest…kenalah beli wafer dan coin….tapi platformnya barang kemas…
ok…hmmm apa lagi nak cerita?tak ada dah kot…jadi kepada pembaca jika ada sebarang soalan hanya perlu hallo gang 0134353317
nak beli emas call geng
nak jadi dealer call geng
nak belajar atau nak tahu pasal emas…ilmu free..call geng
update:- 23/5/2011 9:36am
Ar-Rahnu X-change terima dinar kelantan!!!
sedang geng belek-2 ruang fb…ini yg geng jumpa…ok ler
Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…bersyukur kita kepada Allah yang harga emas telah turun-naik-turun-naik…. bergembiralah kepada mereka-mereka yang baru nak mulakan pelaburan emas syiling dan jongkong emas ini..alhamdulillah…
kebanyakkan orang ramai tertarik dengan pelaburan emas fizikal adalah disebabkan emas ini boleh dicairka dengan mudah kepada nilai wang kertas, hingga menjadikan orang ghairah untuk memilikinya…ada yang sangup buat loan dan ada yg sangup buat loan beramai-ramai untuk beli emas bukan 10gram, 20gram atau 250gram….tetapi 1 kilogram dan ada sampai 4 kilogram ke 40 kilogram!!!!….memang ghairah gila…
kenapa mereka sanggup buat begitu? ini adalah kerana emas boleh dipajak….yup emas tak kira bentuk apa pun boleh dipajak…lokasi tempat pajakkan yg ramai sangat orang pergi adalah di agrobank…macam geng..geng ke kpmnj sahaja ..geng tak pernah pajak diagro…tebus emas orang ada la…maklum la..agro nie mengamalkan sistem bank..
akan tetapi baru-2 nie pihak agrobank telah menyekat atau menghentikan penerimaan pajakkan emas wafer dan syiling…ramai orang terkedu…resah hati…terutama orang-2 yang kaki pajak dan mengunakan platform arrahnu sebagai biz mereka…
ramai jugak orang call geng dan bertanya kenapa arrahnu tak terima emas jongkong dan syiling…geng tak dapat bagi jawapan …sebab geng tak terlibat dgn arrahnu…cumanya geng hanya jawab atas cerita-2 khabar angin sahaja…pada mulanya geng fikir mungkin sama macam kes bank rakyat dulu…zaman etika emas….jadi mungkin agrobank pun dah kena…entahlah…geng tak pasti nak cerita lebih-2 takut salah…
geng ada baca pada wall facebook agrobank yang berkata
“Selamat pagi!! Untuk makluman, mulai dari 16 Mei 2011 (Isnin) atas arahan Pihak Pengurusan, Bank tidak lagi menerima gold bar dan coin sebagai barang gadaian bagi PINJAMAN BARU sahaja. Kepada mereka yang telah ada gadaian sebelum ini hanya boleh memperbaharui gadaian tersebut sahaja. Walaubagaimanapun, kami kini dalam proses untuk mengkaji semula arahan tersebut. Sekian, terima kasih.”
jadi ramailah orang mula mencari silap siapa?siapa yg buat onar sehingga terjadinaya pekara ini…pihak agro sendiri tidak menjawab apabila soalan-2 yg diajukan kepada pihak mereka dalam fb…
jadi geng mula-lah servey dalam web-2, forum-2 dan blog-2 emas..mencari artikal-2 pasal hal ini…yang geng jumpa, tue pun bila ramai orang pastekan dalam fb…
ini link nya http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=234918 tapi ingat..ini jangan dijadikan sandaran atau bukti untuk menjatuhkan atau mengatakan geng cuba nak mengaikan dengan mana-2 pihak… anda study, anda kaji dan anda siasatlah sendiri…geng takka teruskan atau panjangkan artikal ini…ini sekadar nak kongsi apa yg geng jumpa..
PUNCA Ar-Rahnu Agrobank tak terima pajakan Emas ‘Wafer’ & Syiling Emas
Seperti yang kita maklum, Agrobank telah menghentikan pajakan emas ‘wafer’ buat sementara waktu. Soal berapa lama tu tak kita ketahui dengan jelas. Aku ada bertanya kat staf Ar-Rahnu HQ tentang bila bank nak buka balik semula. Jawapan yang dia kasi ialah dalam tahun 2011 ni bank akan benarkan semula pajakan emas ‘wafer’. Tapi aku kurang yakin dengan jawapan staf pompuan yang cun tu. Biasanya pihak bank tak akan bagi jawapan hampa kat pelanggan mereka. Tak percaya, pergilah mana-mana bank pun pasti cakap berlapik punya.
Aku rasa bersyukur kepada Allah S.W.T sebab kebetulan bini aku adalah pegawai Agrobankbahagian maklumat kredit. Kelebihan jawatan yang disandang ini ialah boleh tengok rekod hutang peminjam. Aku tak bagitau tingkat berapa department dia. Tapi bini aku lebih tahu cerita dalaman pasal Ar-Rahnu ni.
Ceritanya bermula selepas Manager Bank (MB) ternampak seorang pelanggan agen/dealer yang aku taknak sebutkan nama syarikat ni yang perkenalkan skim pembiayaan 30/70. Agen/dealer kat depan bank sedang asyik main campak mencampak wang tunai yang agak banyak jugak ke dalam boot kereta. Mungkin pelanggan atau agen/dealer tu tak perasaan MB ni tengah sibuk dok perhatikan gelagat dia. Kat situlah timbul rasa tak puas hati MB tadi yang menyebabkan pihak bank bekukan sementara pajakan emas ‘wafer’. Pada pendapat aku memang tak elok pelanggan tu buat perangai macam tu sebab rezeki yang Allah S.W.T berikan dibuat main-main.
Sebenarnya, banyak isu dalaman Ar-Rahnu yang bini aku cerita. Tapi sangat teknikal. Apa yang aku nak ceritakan ialah dari sudut pelanggan sahaja. Satu lagi punca ialah keghairahan orang ramai menyertai skim pajakan emas 30/70. Bukan setakat 100gram yang diorang pajak. Rupanya pajakan melebihi sekilo lagi ramai! Memang sah, ramai yang dah terjerat dalam skim ni. Bukan semua yang mampu beli emas secara tunai. Yang kesiannya, bagaimana si peminjam ni akan menebus balik emasnya secara mutlak nanti? Lebih-lebih lagi yang buat personal loan. Kalau si peminjam tadi gagal, maka dealer jugaklah akhirnya yang beli emas tu. Peminjam dapat apa? Dapat 30% wang tunai dan untung atas kenaikan emas jelah! Kalau nak tebus kena buat networking serampang 2 mata iaitu MLM + Program Pemilikan Emas 30/70. Persoalannya berapa ramai yang ada 3S iaitu sanggup, sabar dan sacrifice?
Selain itu, yang menjadi masalah ialah pelanggan yang memajak emas wafer & syiling/dinar yang tak melebihi 100gram. Apabila bank dah terlalu banyak beri pinjaman bagi pajakan melebihi 100gram hingga 1kg. Tuan cuba bayangkan sendiri bagaimana pihak Ar-Rahnu nak buat pusingan tunai kalau dah berpuluh ribu malah ratusan ribu hingga jutaan RM diberi pinjam. Nak tunggu pulangan, kenalah cukup edah 6 bulan. Paling tidak pun pelanggan buat lanjutan tempoh 3 bulan lagi. Pastu buat overlapping dan lagi dan lagi dan lagi.
Kesimpulannya, bukan Agrobank yang menghentikan pajakan emas wafer ni, tapi Allah S.W.T yang tarik balik nikmat rezeki emas ni. Punca ialah sikap kita sendiri yang bersifat takabur dan riak dengan rezeki yang Allah bagi. Ketahuilah bahawa nikmat yang Allah berikan atas dunia ni hanya sedikit sahaja.. Wallahualam. Yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik itu datang daripada saya.
nasihat buat diri aku dan warga CG semua ialah kena faham tujuan sebenar Ar-Rahnu diwujudkan
jadi kepada pembaca semua geng sendiri tidak boleh mengsahihkan kebenaran apa yg ditulis dalam forum ini… cuma geng nak pesan sahaja..jika kita mendapat peluang yg baik..kita berkongsi dgn orang , kita bantu orang..dan jangan salah guna dan ambil kesempatan…kesian kepada yg lain…begitu jugak dengan geng…geng jugak rasa terjejas sedikit kerana macam orang jb mereka masih ada kpmnj…tapi tidak ditempat lain…jadi teknik yg geng ajar takleh nakdigunakan….tapi percayalah wahai pembaca…ada cara lain untuk menyimpan emas…seperti yang geng katakan…”SIMPANLAH EMAS…TAK KIRA APA BENTUK SEKALI PUN,..JANJI EMAS”
Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng 916….alhamdulillah harga emas dah kembali turun…lega rasanya…
tentu anda fikir kenapa lega pulak?kan rugi….hehehe…jangan la begitu…kesian kat orang lain.. kita kena kasihankan orang yg baru tahu mengenai keuntungn pelaburan emas ini, jadi bagi la ruang untuk harga emas turun…hehehe..ok harga emas sekarang ini dah turun..jadi amat sesuailah kepada anda nak tambah emas dan bagi yg baru nak mula..sekarang adalah masa yg sesuai..
ok kali nie geng nak ceritakan sedikit pasal riba..hmmm riba dalam belian emas…hah kan geng dah maklumkan pada artikal geng yg lepas… walaupun ada jugak orang nak mengatakan cara belian emas guna arrahnu dgn 35% dari pembeli dan 65% dari arrahnu itu halal…jadi geng pun siasatlah…hah sah dah ianya memang haram…ok geng akan post kembali sebahagian artikal itu terutama yg geng update..
yang geng letakkan adalah salinan crop yang geng ambil dari blog uzar…ustaz zaharuddin…siapa mamat nie? beliau adalah ustaz yg pakar dalam fiq muamalad…
update:- oleh kerana ada komen mengenai artikal saya ini yg tak setuju bahawa belian 35%:65% salah dan tidak riba…jadi geng nak tunjukkan kenapa ianya haram…sila lihat gambar dibawah
dalam dok post artikal ada jugak orang yg mengutuk-2 uzar…jangan la.. tak bak kita kutuk-2 orang-2 alim, ulamak, ustaz….terutama yg mengamalkan alquran… ibadah kita tak akan diterima
kemudian semalam geng sendiri menghubungi pejabat jakim bagi mengesahkan hal ini dan wallahhhhh….sudah pastinya…HARAM
update 18/5/2011
Alhamdulillah…dapat hubungi Jakim bahagian fatwa….di maklumkan…belian emas secara ansuran adalah RIBA
(jakim akan semak semula fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri kedah pada tahun 1970 mengenai belian barang kemas dgn ansuran, jika ada bukti yg diterima, maka ianya sah bukan riba, sila rujuk jakim)
Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )
(kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)
HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak
(kaedah kedua belian emas 35% 65%)
HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad alhamdulillah sekarang telah sah dan benar kaedah belian emas 35%:65% adalah HARAM berunsur RIBA
pihak Jakim mengiktiraf pendapat ustaz zaharruddin kerana beliau memiliki ilmu dalam muamalad jika tak puas hati sila hubungi
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000
minta disambungkan ke bahagian fatwa…
alhamdulillah…rasa ringgan sikit otak aku..tenang rasanya dihati
khas kepada anda…dari saya
jadi jika anda masih tak puas hati…silalah berhubung dgn pihak JAKIM sendiri
geng senang saja..sapa tak puas hati pada geng dan artikal yg geng tulis nie…dan mengatakan geng nie cuba-2 rosakkan biz mereka…hehehe geng peduli apa.geng cuma akan kata
“AKU PEDULI APA KAT HANG!!!, HANG NAK UGUT AKU?UGUTLAH…HANG NAK TAKUT-TAKUTKAN AKU, BUATLA…AKU LEBIH TAKUTKAN ALLAH DARI HANG, APA HANG INGAT HANG BOLEH HIDUP AMAN DIDUNIA NIE…INGAT JIKA HANG ROSAKKAN DUNIA AKU DENGAN TOMAHAN, MEHNAHAN, FITNAH DLL….AKU AKAN ROSAKKAN AKHIRAT HANG DENGAN IZIN ALLAH, ALLAH MAHA KUASA, REZEKI ALLAH BAGI, NYAWA YG ADA INI MILIK ALLAH…SEMUANYA HAK ALLAH…JANGAN SOMBONG DAN BONGKAK DI BUMI INI”
macam nielah yg geng akan katakan..kita buat apa saja kerana Allah…cari la rezeki yang halal jadi jauhilah riba..sayangilah hidup dan amalan kita
ok sedar tak sedar keluar pulak dalam paper utusan pasal riba emas nie…mari kita baca
AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.
Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.
Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah’: 278-279)
Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.
Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)
Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.
Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.
Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).
Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.
Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)
jadi geng harap para pembaca faham kenapa emas nie lain sikit dari benda lain…jadi berhati-2lah jika ada individu-2 atau syarikat-2 tertentu mengatakan kaedah mereka adalah halal…tapi kalau pembaca nak beli jugak silakan…geng tak halang duit anda…bagi pihak geng..tangung jawab geng dah selesai..Alhamdulillah..
jadi jika anda nak beli emas call geng
nak jadi pengedar…call geng
jika nak tau pasal emas..sms geng…insyaallah geng sedia melayan anda….
Assalammualaikum kepada para pembaca semua…diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejah teran…
pilu hati geng sekarang nie…bukan kerana harga emas naik..harga emas naik geng takkan rasa pilu…tetapi geng pilu dihati dan kasihan kepada peminat-2 emas yang telah terpesong dengan emas
sedih benda baik jadi tak baik…dalam dok ingati tetapi mereka masih rasa betul…tentu anda ingin tahu..baik geng akan ceritakan sedikit
ada dua cerita..
1) ramai orang dah mula sedar pasal pelaburan emas, dan kelebihan dan kepentingan pelaburan emas..akan tetapi demi nak untung mereka sanggup melanggar hukum…geng nie bukannya pandai agama dan geng nie bukannya ustaz akan tetapi ilmu agama geng tak le jahil sangat..ini kerana ada sesetengah dari masyarakat kita dan mungkin kawan atau saudara mara kita yang terjebak..iaitu trading emas secara online…tuan-tuan dan puan-puan….emas adalah salah satu barang ribawi..barang ribawi nie takleh main-2..ianya sangat peka dan mudah terjebak pada riba jika kita salah buat..dalam kes trading gold nie..apabila kita beli emas…kita mesti dapat emas…dalam jual beli sekal pun ada 4 benda yg terlibat…iaitu.penjual,pembeli barang dan akad…jika tiada 4 benda ini.maka ianya tak sah…dalam kes trading gold nie..penjual dah ada….pembeli dah ada…yg tak ada akad dan barang…jika tiada barang yg kita nak akad maka ianya adalah haram kerana riba..tolong le paham akan benda nie..geng bukan nak cakap benda nie sebab geng penjual emas…tapi sebagai rakan anda..jadi saya wajib cakap..jangan la makan dari hasil riba..jangan le bagi anak bini makan dari hasil riba…dan jangan la bagi duit kat mak bapak setiap bulan dari hasil riba fikir la…panduan kepada anda..sebelum nak ceburu bidang emas..yang penting pekara pertama tanya dulu atau siasat dan cari kebenaran..HARAM ke tidak dari segi hukum islam
2) yang nie pulak adalah kaedah belian emas yg dicanangkan oleh sestengah pihak…iaitu beli emas dengan mengunakan arrahnu digelar beli emas 35%:65% dimana pembeli hanya perlu bayar 35% dari harga emas dan kemudian emas itu akan dipajak kepada arrahnu atas nama pembeli…kemudia duit pajakkan 65% dari harga emas penjual akan ambil dan tinggalkan penebusan itu kepada pelangan…ini adalah riba kerana ada 2 akad dalam 1 urusniag..tolong le rujuk orang alim akan hal nie..jangna le nak untung sahaja…
terus terang geng kata..geng tak sokong akan hal ini..dulu geng pun ada cerita pasal teknik nie..tetapi alhamdulillah setelah jelas hukumnya geng tak buat..dan sekarang geng nak nasihat kepada para pembaca…hmmm ada orang tanya kan geng jugak ada pekenalkan teknik yg sama untuk rempit emas?..betul..geng ada cerita..tetapi ianya tak sama..geng hanya cdangan pajak emas yang dah menjadi milik…bukan yg belum..hehehe tak apa geng akan ceritakan dalam artikal nie kerana geng nak pahala bukan dosa….hehehe sharing is caring….ilmu didahulukan..pahala diutamakan..geng916 rakan emas anda..
ok kali nie geng nak post pasal arrahnu..sebenarnya geng dah banyak post pasal teknik-2 arrahnu..akan tetapi ada yang kurang paham..jadi pada kali nie geng nak post sekali lagi ..geng nak cuba cerita agar pembaca paham..kalau tak faham jugak..pembaca bawa emas pergi pajak..hehehe
ok geng tak nak cerita apa itu arrahnu kenapa ditubuhkan dll…yg geng nak cerita beberapa benda yg patut-patut pemajak tahu…
ok arrahnu yang ada di malaysia ada 2 pihak yg buat..
1) dikendalikan oleh pihak bank macam bank islam, bank rakyat dan agro bank
2) dikendalikan oleh bukan bank macam koperasi dan syarikat
ok pada arrahnu ada beberapa istilah yg patut kita tahu
1)nilai gadaian
2)nilai marhun
3)pinjaman
4)tempoh pinjaman
5)upah simpan
6) had pinjaman
1) nilai gadaian
-nilai gadaian adalah nilai emas dalam RM mengikut ketulinan macam nie
ok ini adalah list nilai gadaian yg dikeluarkan oleh koperasi permodalan melayu negeri johor di JB..harga ini mereka rujuk dengan bank rakyat…bagi arrahnu yg dikendalikan oleh pihak bank..mereka pun ada jugak cuma geng tak tahu mereka ambil dari mana harga gadaian..maybe BNM jugak kot…harga KPMNJ berubah setiap hari kecuali sabtu dimana harga jumaat menjadi rujukan..
cuba para pembaca tengok..ketulinan emas ditulis mengikut karat…24k tue emas 999 le…hehehe lihat artikal sebelum nie..mengenai ketulinan emas…ok..24k =RM169/gram
2)nilai marhun
-nilai marhun pulak adalah nilai emas yang kita pajak setelah emas kita itu ditimbang dan disahkan ketulinanya…ok contohnya..
katakan geng nak pajak gold bar 100gram yang ketulinannya 999.9…jadi di arrahnu mereka akan mengambil emas 100gram itu lalu dimasukkan dalam satu mesin pengujian, dinamakan densimeter.mesin tue kecik saja macam video dibawah
hehe maaf lah ye..video nie saja yg geng ada..janji anda semua faham
ok formula kiraannya…
nilai gadaian mengikut ketulinana x berat emas
RM169 x 100gram = RM16900
> nilai marhun adalah RM16900 (biasa nilai marhun nie akan lebih tinggi dari harga emas public gold)
3) pinjaman.
arrahnu bagi pinjam 65% sahaja dari nilai marhun…walaupun ada jugak yg bagi 70% dan ada jugak yg bagi 50%..tapi kebanyakkan bagi 65%
formularnya adalah
nilai marhun x 65% = nilai pinjaman
jadi RM16900 x 65% = RM10985 ( inilah pinjaman yg pengadai dapat)
4)tempoh pinjaman
-tempoh sesuatu pinjaman dari gadaian diarrahnu adalah 6bulan kemudian ditambah 3 dan 2…(sia rujuk arrahnu)
keadah pembayaran diarrahnu sangat best…kerana sangat flaxible…suka hati bila-2 nak bayar..tak macam buat loan-2 di bank…boleh bayar bila-2 dalam tempoh 6 bulan…contohnya
RM10985 kita bahagikan kepada 6 bulan…jadinya..setiap bulan adalah RM1830.83 setiap bulan…mana mustahil nak jelaskan bulanan begini jika buat personal loan…jadi..arrahnu mengenakan kaedah yg flaxible..
boleh bayar bulanan,mingguan harian tak kisah…dan nilai bayaran pun suka hati..rm10 ke..20ke..100ke…tak kisah..ini yg best..tak tension….dan yang paling best apabila kita nak sambung bayaran setelah tamat tempoh…
katakanlah selama 6 bulan anda bayar..dan baki masih ada RM600 lagi…jadi anda boleh sambung bayar lagi 6 bulan tanpa pajak semula atau sesetengah orang panggil overlap pajak…hanya perlu bayar upah simpan selama 6 bulan…pastu sambung….sampai habis..bila habis bayar..emas pun dapat semula..best-best
5) Upah Simpan
upah simpan adalah upah yang dikenakan oleh arrahnu kepada pengadai emas….jadi emas yang digadai akan dikenakan upah simpan setiap bulan….boleh dibayar bulan-2, bayar sekaligus pada bulan pertama ataupun pada masa akhir bulan 6….ada banyak rate upah simpan nie…ada yg 0.5%, 0.65%,0.7% dan ada 1% biasanya yg geng pajakka..upah simpan yg dikenakan adalah 0.7%…0.7% ini diambil dari nlai marhun…
formulanya…
nilai marhun x rate upah simpan
RM16900 x 0.7% =RM118.3 (sebulan)
arrahnu ambil untung dari upah simpan ini
6)Had pinjaman
had pinjaman adalah had yang ada pada sesuatu akaun pengadai…ada setengah arrrahnu hanya boleh pajak max RM20,000 sahaja…ada RM150,000 dan ada yang boleh cecah RM1 juta…jadi berhati-2lah ketika buat pajakkan…kena ada strategi untuk memeajak…dan apa kena buat bila dah max pajakkan…kalau tak emas akan kena lelong..jika anda nak minta orang selesaikan pajakkan anda…jual saja surat pajak anda kepada orang-2 yg berminat..macam geng..hehehe
ok..itu adalah serba sedikit pasal platform arrahnu nie…ohh apa akan jadi jika takleh tebus?tentu ini ada para pembaca fikirkan….jika pengadai itu tak dapat tebus emas nya…dan tempoh masa diberi dah tamat..dan taknak sambung…maka arrahnu akan melelong emas kita itu…dapat duit..duit itulah yg akan digunakan untuk menjelaskan baki hutang dari pajakkan kita tadi.jika ada baki..baki itu akan dipulangkan kepada pemajak
arrahnu nie jika kita bijak mengunakannya…ia akan banyak membantu kita…macam geng pun geng ada gunakan arrahnu ini untuk simpan emas dan perniagaan…macam beberapa teknik yg geng dah ajar kepada orang ramai atau pelangan yg membeli emas dari geng,,lihat bawah
ini adalah salah satu teknik untuk menyimpan emas guna arrahnu.. dengan modal 20gram…anda boleh dapatkan 6 keping 1 dinar dengan tampa keluar duit dari poket anda…kemudian jelaskan secara ansuran di arrahnu.
manakala dibawah nie pulak adalah untuk orang-2 yang hanya memiliki duit sedikit setiap bulan
teknik ini lambat akan tetapi dengan teknik nie anda mampu simpan emas setiap bulan..dengan syarat anda disiplin dan jujur pada diri anda….jika anda ada duit banyak…teknik dibawah adalah yg terbaik
hah..teknik nie untuk orang-2 yang benar-2 nak melabur dan duit ada banyak..pajakkan nya maybe setahun…pajak sehari maybe pada awal tahun pastu lepak selama setahun…tebus emas sikit-2… selama setahun…terus hujung tahun dapat untung…
kepada para pembaca 3 teknik ini adalah diantara beberapa teknik yang ada yang mengunakan arrahnu…ada banyak teknik lain…apa-apa pun mesti dimulakan dengan emas….gunalah emas…tak kira emas jenis apa…macam geng geng guna gold bar sebab masa nak beli goldbar geng tiada kos upah…hehehe
kalau anda guna barang kemas..anda boleh pajak barang kemas anda dan kemudian beli barang kemas lagi…boleh..tiada masalah…tapi pada pendapat geng…lebih baik bila pajak barang kemas…beli saja gold bar atau dinar dari public gold..kerana kita nie akan jual emas satu hari nanti…ye la…kan ini dinamakan pelaburan….bila kita beli pada harga murah..mesti kita jual pada satu hari nanti bila nak ambil untung…sebab nak rasa untungnya..kena cairkan kepada wang kertas…
jadi tuan-2 masa tue tuan-2 akan menyesal jika tak beli dengan public gold..sebab public gold beli balik dengan harga yg tinggi…maksudnya kita jual kepada pg..pg potong 5%-8% sahaja tengok emas apa kita nak jual…kalau jual kepada kedai-2 emas mahu 11%-35% nie…jadi fikir-fikirlah…anda beli emas murah tapi belum tentu anda akan untung bila anda jual..baik anda beli emas dari pg…nak jual senang sebab hampir semua negeri di Malaysia dah ada cawangan PG dan dijamin beli balik dalam apa keadaan sekali pun..kan best
ok ada jugak orang pajak emas beli kemudia beli silver…dan macam-2 lagi…
nak tahu dengan lebih detail…hadir-hadirlahkan diri anda diseminar-2 anjuran Public Gold…kalau anda berada di JB insyaallah anda akan jumpa geng…jadi boleh tanya geng secara detail…biasa geng akan ada di JB atau sunway…maybe lepas nie di alor setar pada hujung bulan nie…insyaallah…
ataupun mini seminar atau seminar jelajah negeri..hehehe tapi jangan risau..insyaallah seminar geng adalah pecuma…itupun jika ada orang nak sponser..tapi setakat nie geng nak fokus di Johor sunway dan sungai petani dulu…insyaallah
ingatlah wahai tuan-2 teknik diatas memerlukan kesabaran, disiplin dan kejujuran pada diri sendiri…..JANGAN TAMAK!!!!
dan untuk pengetahuan pembaca..jika pembaca memajak emas di bank…nama pembaca akan disenaraikan dalam ccris…macam berhutang le…lepas tebus..rekod bersih…jadi jika ada masalah…emas tak ditebus atau lain…pembaca akan menghadapi masalah nanti semasa buat pinjaman bank…walaupun pembaca hanya meminjam duit dari emas…tetapi pihak arrahnu bank menyatakan anda pinjam dari mereka..
OK… ohh lupa pulak geng….para pembaca jangan hairan dan terkejut..kenapa murah sangat harga emas yg geng guna sebagai contoh diatas…harga diatas adalah pada 1/4/2010 jadi pada masa tue murah lagi….berbanding dengan sekarang hehehe…kan geng dah kata, selalu jugak geng pesan…”HARGA EMAS TAHUN INI LEBIH MAHAL DARI TAHUN LEPAS DAN HARGA TAHUN INI LEBIH MURAH DARI TAHUN HADAPAN” …renung-renungkanlah…
ok kepada anda nak beli emas hanya perlu hubungi geng
kepada anda nak belajar lagi dan ingin tahu pasal emas dan pelaburan emas…hubungi gang jugak
kepada anda nak berniaga nak tambah income bulanan pun boleh call geng…insyaallah geng sedia membantu..ada modal…semua boleh…tak ada modal..simpan duit sikit-2
jangan lupa hubungi geng 0134353317
update:- oleh kerana ada komen mengenai artikal saya ini yg tak setuju bahawa belian 35%:65% salah dan tidak riba…jadi geng nak tunjukkan kenapa ianya haram…sila lihat gambar dibawah
saya harap ini dapat menjelaskan lagi..terutama kepada pengkomen kita saudari lin…terima kasih diatas komen anda
update 18/5/2011
Alhamdulillah…dapat hubungi Jakim bahagian fatwa….di maklumkan…belian emas secara ansuran adalah RIBA
(jakim akan semak semula fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri kedah pada tahun 1970 mengenai belian barang kemas dgn ansuran, jika ada bukti yg diterima, maka ianya sah bukan riba, sila rujuk jakim)
Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )
(kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)
HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak
(kaedah kedua belian emas 35% 65%)
HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad alhamdulillah sekarang telah sah dan benar kaedah belian emas 35%:65% adalah HARAM berunsur RIBA
pihak Jakim mengiktiraf pendapat ustaz zaharruddin kerana beliau memiliki ilmu dalam muamalad jika tak puas hati sila hubungi
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000
minta disambungkan ke bahagian fatwa…
alhamdulillah…rasa ringgan sikit otak aku..tenang rasanya dihati
khas kepada anda…dari saya
jadi jika anda masih tak puas hati…silalah berhubung dgn pihak JAKIM sendiri