Kertas Dinar Iraq

Assallammualaikum kepada para pembaca semua….jom kita baca pasal dinar selain dinar emas…hehehe dinar iraq…

(sumber:- http://hasbullah.pit.my/2010/12/kertas-dinar-iraq.html)

 

Ramai yang bertanya saya tentang dinar iraq. Saya tidak begitu layan “pelaburan” wang kertas, kerana wang kertas ringgit juga mempunyai risiko.

Risiko cukai inflasi, risiko kebergantungan kepada Bank Negara.

Jadi, menyimpan dinar iraq, juga satu risiko, apatah “legal tender”nya dikeluarkan oleh satu kerajaan boneka penjajah.

Antara “selling point” penjual kertas dinar iraq adalah dengan menunjukkan carta perbezaan tukaran dinar iraq sebelum perang dengan selepas perang. Kononnya, dinar iraq sekarang terlalu dibawah nilai, dan akan naik.

Namun, dinar iraq Saddam, adalah bergantung pada Bank pusat Saddam, manakala Dinar iraq yang baru, dalaah bergantung kepada bank pusat kerajaan boneka penjajah Amerika.

Ramai yang sedia maklum, bahawa wang kertas adalah alat penjajahan. Rakyat boleh ditarik hidung untuk bekerja demi kertas. Begitu juga situasinya di Malaysia, ramai jadi hamba bank.

Situasi yang berlaku di Iraq, boleh di samakan dengan penjajahan Jepun terhadap Tanah Melayu.

Bila Jepun jajah, kertas Inggeris tak laku. Hanya duit daun pisang yang laku, itupun dicetak sesuka hati sehingga tiada nilai. Kemudian Jepun kalah dan datang pula Inggeris dengan kertas yang baru.

Jadi untuk mengelakkan risiko kehilangan nilai apabila berlakunya penjajahan, maka simpan nilai dalam emas.
Bukan suruh melabur dan merempit tamak untuk kaya.

Pembeli dinar iraq, harus faham bahawa, kertas Dinar Iraq dan Kertas Dinar Kerajaan Boneka Penjajah Amerika adalah berbeza. Cuma namanya sama.
Mereka tidak guna nama yang berbeza, seperti “Iraqi Ringgit atau Iraqi Dollar”

Namun ianya berbeza.
.
Saya telah membaca sepintas lalu Laporan Bank Pusat Iraq, menunjukkan rizab emas adalh terlalu sedikit, ianya dipetik dalam IQD, jadi saya tak berapa nampak berapa banyakkan emas yang ada.
Atau pungkin emas sudah dibawa lari oleh penjajah Amerika.

Jadi mana mungkin ianya boleh “naik” seperti sebelum perang. Kerana ianya berbeza. Bekalan Matawang juga berbeza.

Jadi andaikata, ianya “diapungkan” sekalipun, ianya memang boleh naik, tapi tidaklah banyak, mungkin pada kadar 10-20% setahun berbanding kertas lain.

Jika anda merisikokan diri anda untuk mendapatkan keuntungan, maka lakukanlah dengan bijak.

Kadar tukaran semasa RM dgn IQD adalah  IQD 1000= RM 2.60
 Maka, IQD 10k, sepatutnya RM 26
dan IQD 25k, sepatutnya RM 65

Jika anda beli IQD 25k pada harga RM 80, ianya sudah umpama membeli emas pada 23% above spot.
Jika ianya dibeli pada harga RM 170,00 , ianya sudah 160% terlebih nilai.

Tak perlu ada risiko tambahan 160% untuk kertas yang legal tendernya dikeluarkan oleh kerajaan boneka Amerika.
Potensi kenaikkannya, sekiranya ada (berbanding kertas ringgit), mungkin hanya 20% dalam 2 tahun.

amacam…anda fikirlah sendiri…pernah dengar kisah duit jepun?alah….duit daun pisang tue…pernah tengok?macam nie bentuknya

nak tahu kisah pasal duit nie..kenalah cari orang lama yang hidup pada zaman jepun…mereka ada kisah yang best pasal musibah duit ini…

anda pilihlah sendiri…bagi geng baik melabur benda yang pasti dari benda yang tak pasti…dan geng jugak tak suka invest duit iraq ..sebab geng tak mahu rosakkan ekonomi negara dengan mengalirkan keluar ringgit dari malaysia…kang tak pasal-2 didakwa mengubah wang haram nanti atau tak istihar keluar wang….hehehe

ok…sekian dahulu…

oppp hampir lupa…harga emas naik tinggi gila….nie snap harga terkini….

Harga Emas Setahun dalam Ringgit Malaysia dari April 2010 hingga April 2011

20.59%

 

Harga Silver Setahun dalam Ringgit Malaysia dari April 2010 hingga April 2011

124.11%

 

perrrggggg naik gila….

ok jika anda berminat hubungi saja GENG…..0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

 

 

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player