Emas sebenarnya tidak bernilai

Assalammualaikum kepada para pembaca…geng berharap anda semua berada didalam sihat sejahtera bersama keluarga yg tercinta..

hmmmmm emas sebenarnya tidak bernilai…hmmm inilah tajuk yang geng pilh khas untuk artikal ini…kenapa geng piih?yelah sebab ada orang yang katakan jika emas tue tiada cop nie.ianya tak international..dll…jadi mesti dia anggap jika emas itu tiada cop ianya tak bernilai…hehehe…cop apa yang geng maksudkan? ye lah cop macam-macam le…hehhe contohnya

  1. cop syarikat pengeluar
  2. cop pengiktirafan badan-2 atau lembaga tertentu
  3. cop assayer
  4. cop nombor siri
  5. dll cop yang di iktiraf sebagai cop

hehehe kepada para pembaca yang lama mesti dah tahu…dimana letaknya nilai emas….bagi yang baru nak tahu pasal emas…ok geng nak ceritakan ..dimana letaknya nilai sesuatu emas

“EMAS DI NILAI DARI BERAT DAN KETULINANNYA SAHAJA”

FAHAM!!!!!

hehehe..baik sekarang mari kita belajar…tentang ketulinan emas..hmmm rasanya banyak dah blog-2 emas ceritakan pasal ketulinan emas nie..tak apalah geng pun nak cerita gak..hehehe

baik, ketulinan emas namakan dgn “karat” jangn salah faham ini bukan karat macam besi karat yg terkena oksida tue..ini cuma macam unit bagi emas,perak dan berlian kalau tak silap geng le..

mari kita lihat tangga-2 karat emas nie…dimulakan dgn

STANDARD KETULENAN EMAS

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud payah dah nak cari..geng ada satu hehehe

ok itulah hirakki ketulinan emas…hmmm tak ada pun cop?memangle tak ada..sebab emas nie dinilai dari ketulinan diatas sahaja..kalau nak tahu harganya kenalah kira mengikut harga emas semasa…contohnya

di kedai emas sekarang harga emas berketulinan 99.9% adalah RM172/gram….jadi jika kita beli gold bar beratnya 10gram..jadi harga beliannya adalah harga ketulinan x berat…….172×10 =RM1720…jadi harga emas 10gram berketulinan 999 (24k) adalah RM1720 sahaja (belum masuk kos upah yang dikenakan oleh sesetengah peniaga) ada faham?

ok bagaimana nak tahu ketulinan emas ini…haaa ini yang best..sebab ada banyak cara nak tahu ketulinan emas..mari geng cerita..dari mudah hingga susah…(kata orang lagi susah..lagi tepat)..ehh macam dah pernah geng cerita sebelum nie?ohh bukan…itu di ruang lain…rupanya belum lagi…hmm cantik..sekarang peluang geng nak cerita…ok…kaedah-2 nak tahu ketulinan…tapi sebelum tue baca nie dulu

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )

Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN

Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm. Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI

Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.

hah jadi mencari ketulinan nie penting…bukan cop yek..baik sekarang mari kita lihat kaedah-2 yg biasa orang guna untuk tengok ketulinan emas

  1.  ok paling cikai teknik adalah dengan ,melihat kepada sijil assayer..biasanya emas pelaburan ada disertakan sekali dengan sijil ketulinan dari assayer…diMalaysia kalau tak silap ada 4 syarikat assayer..kalau tak silap geng..fedmus dan ada juga yang swasta macam penang assayer yang pg ada guna…selain tue ada jugak emas-2 yang diluar negara yg ada cop sesetangah pertubuhan..macam LBMA dll…jadi sijil-2 dari cop-2 assayer nie menjadi jaminan bahawa emas itu tulin, kebanyakkan golbar sekarang memiliki sijil ketulinan dan nombor siri tetapi tidak pada syiling.pergi lah mana-2 pun…anda takkan jumpa syiling emas yang ada no siri dan sijil ketulinan…akan tetapi ada satu jenama yg mengeluarkan syiling emas yg ada sijil ketulinan…iaitu public dinar anak syarikat public gold…demi membuktikan dan meyakinkan pelangan syarikat Public Gold melakukan pekara yg tak dibuat oleh orang lain..iaitu mengeluarkan syiling emas bersijil..akan tetapi sijil-2 ini boleh ditiru…maka kita terus ke keadah kedua
  2.  kaedah yang kedua yg biasa digunakan oleh tokey-2 emas..adalah dengan mengunakan asid..kikis pada batu pengasah..kemudian diletakkan asid pada batu pengasah..kemudian lihat dan bandingkan dengan templet ketulinan emas..teknik nie..kena ada pengalaman buat dan mata yg bagus..
  3. teknik seterusnya banyak menjurus kepada pengunaan barangan elektronik…macam densimeter yg mengukur ketulinan melalui ketumpatan, dan spectrometer dengan melihat molekul kandungan
  4. teknik keempat nie..biasa orang kelantan dan terenganu guna…dengan meleburkan emas tunggu sehingga emas cair dan lihat pada warna dan suhu…ini perlukan kemahiran dan pengalaman yg banyak

Tukang emas sedang menguji ketulinan emas dengan membakar barang kemas untuk melihat kekuningan emas

inilah seberapa teknik-2 yang digunakan untuk menentukan ketulinan emas…jadi cop jenama dan persatuan bukan penentu ketulinan dah kesahihan emas itu

dalam dunia emas nie wahai tuan-2 ada banyak faktor-2 yang kena kita ambil berat ..sebenarnya bukan harga beli yg kita utamakan …akan tetapi adalah semasa nak jual semula…hebat mana emas tue, murah mana pun emas tue masa kita beli…jika susah nak jual, bila jual harganya dipotong oleh tokey emas…dan susah nak berurusan..tak guna juga…kerana kita kena faham…walaupun simpan emas berkilo-2 jika tak ditukarkan kepada wang kertas macam mana nak kecapi pengunaanya…betul emas adalah pelindung kekayaan…dan emas kalis inflasi…akan tetapi…sebagai medium petukaran barang (jual-beli) emas tak digunakan…hanya wang kertas sahaja…jadi emas mesti dijual balik…jadi kepada siapa?nak untung jual kepada syarikat yg anda beli….tengok berapa kedai tue ambil..macam PG…pg akan tolak 5%-6% sahaja…jadi fikir-2lah

baik kesimpulan yang dapat geng katakan…emas hanya dinilai oleh berat dan ketulinan sahaja…yg lain-2 tue adalah assesory sahaja…tak ada pun tak apa…cuba kita fikirkan…barang kemas…adakah barang kemas bukan emas?ye barang kemas adalah emas…jadi tuan-2 dan puan-2..cuba fikir kenapa barang kemas tak ada sijil ketulinan?jika hanya ada cop tertentu sahaja..bagaimana nak eksport barang kemas?semua orang akan terima emas..tak kira cop apa..selagi ianya emas..ia tetap bernilai melepasi sempadan

sekian dari geng…jika ada sebarang soalan boleh bertanya,

jika nak belajar pelaburan,simapanan dan peniaga emas hubungi geng

jika nak beli emas pun hubungi geng…insyaallah….0134353317

GENG916

RAKAN EMAS ANDA 

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player