Email dari Bank Negara Malaysia

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng916…diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera….bagaimana dengan simpanan emas anda?dan bagaimana dengan perak?mesti dah senyum lebarkan..hehehe.

ok pada kali nie geng nak kongsi satu email yang geng dapat dari Bank Negara Malaysia….jangan risau..bukan geng kena siasat atau mendapat warning letter dari BNM pun..cuma geng dapat email diatas pemohonan geng …

hari tue geng ada email pada BNM dan bertanyakan kepada mereka mengenai satu syarikat nie ..sebab ada seorang pembaca blog geng bertanyakan pasal satu syarikat nie yang buat pelaburan emas…jadi geng tak dapat bagi jawapan lalu geng rujuk BNM…dan baru tadi pihak BNM membalas emas geng…baik mari kita baca email dari BNM

Encik Mohd Hasfarizan,

Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 12 April 2011.

Kami ingin memaklumkan bahawa urus niaga emas atau perak bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan itu, Bank tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau lesen kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti urus niaga emas atau perak.  

Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank Dan Institusi Kewangan (ABIK) 1989.   

Kami telah menjalankan beberapa penyiasatan ke atas syarikat yang disyaki terlibat dalam menjalankan pengambilan deposit wang tanpa lesen yang berlandaskan produk urus niaga emas seperti seperti Genneva Sdn Bhd, Bestino Group Sdn Bhd dan Gold Label Sdn Bhd yang berkemungkinan menyalahi Seksyen 25(1), ABIK.  

Untuk pengetahuan tuan, kami juga sentiasa memantau  aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan tidak teragak-agak untuk menjalankan penyiasatan sekiranya sesebuah syarikat itu disyaki terlibat dalam pengambilan deposit tanpa lesen dengan berselindung di sebalik urus niaga emas untuk mengaburi aktiviti syarikat tersebut.  

Orang ramai adalah dingatkan agar lebih berhati-hati dan meneliti risiko-risiko terbabit dalam pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.  

Setiap pelabur diingatkan supaya memeriksa latar belakang sesebuah syarikat dengah pihak berkuasa dalam memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang. Sebagai panduan, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan kepastian aktiviti -aktiviti perniagaan yang didaftarkan. Pelabur-pelabur juga mungkin mahu mendapatkan maklumat kewangan syarikat termasuklah keupayaan  syarikat memberi pulangan atas pelaburan yang dibuat. Maklumat-maklumat kewangan dan latarbelakang syarikat boleh diperolehi melalui dokumen-dokumen berikut:  

 (i)                 Laporan Tahunan Berodit

(ii)               Memorandum dan Artikel Pertubuhan

(iii)             Borang 49 – Senarai pengarah syarikat  

Sebagai pelabur emas, tuan adalah juga dinasihatkan untuk memastikan isu-isu penting seperti:  

(i)                 Sumber emas itu tersebut

(ii)               Badan yang mengeluarkan sijil ketulenan emas tersebut

(iii)             Memastikan keaslian sijil tersebut dengan menghubungi pihak yang mengeluarkan sijil tersebut

(iv)             Mengesahkan ketulenan emas daripada kedai emas

(v)               Mempersoalkan harga emas dijual pada harga premium

(vi)             Sebarang pulangan yang dijanjikan kepada pelabur

(vii)           Kaedah syarikat mendapatkan keuntungan daripada urus niaga emas tersebut  

Pelabur mungkin mahu menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya pelabur meragui akan ketulenan atau kualiti emas yang dibeli.

Kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan.   Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

 Ketahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my    Terima kasih.  

Suriyati Hussin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel:
bnmtelelink@bnm.gov.my
————————————————————————————————————————————————————————————————
DISCLAIMER: Any e-mail messages from Bank Negara Malaysia (Bank) are sent in good faith, but shall not be binding nor construed as constituting any obligation on the part of the Bank. CONFIDENTIALITY NOTICE: This e-mail contains confidential information, which is intended only for the use of the recipient(s) named above. If you have received this communication in error, please notify the sender immediately via e-mail and return the entire message. Thank you for your assistance.

inilah salinanya..jadi geng kena tanya KPDNNK pulak…hehehe..tak apa lepas nie geng akan updatekan dalam artikal baru pasal hal ini..

jadi kepada anda jangan risau..kalau diikutkan…apa yang dikatakan oleh BNM melalui email ini….syarikat yang geng sertai adalah selamat…syarikat mana lagi PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD….PUBLIC GOLD le…jadi kepada anda yang dah menjadi pengedar sah, pelangan atau bakal pelangan dan bakal dealer…tak perlu risau…

jadi kepada anda yg nak beli emas, nak tambah emas, hanya perlu hubungi geng di 0134353317

nak jadi dealer atau nak tambah pangkat (cukup syarat) hubungi geng jugak

nak belajar ilmu emas secara percuma..hehehe call saya geng…gerenti ilmu yg akan geng bagi free saja…

ok sehingga kita ketemu kembali di lain waktu…

wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player