Update Dr Mahathir galak rakyat simpan emas

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…hmmm sekali lagi berita pasal saranan Tun Mahathir pasal menyimpan emas keluar lagi dalam akhbar..kali ini dalam Utusan…jadi geng nak update berita hari tue yg dari bernama..ok selamat membaca

Sumber:- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

UTUSAN:- 18/12/2010

Dr. Mahathir Mohamad memegang replika logo Genneva Syariah bersama Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi, Ahmad Khairuddin Illias (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Genneva, Tan Liang Keat (dua dari kanan) sambil disaksikan Pengerusi The Gold Bullion Entreprenueurs Association Malaysia, Datuk Ng Poh Weng (kanan) pada majlis Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

“Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan

hmmm kali kedua artikal pasal saranan untuk menyimpan emas dikeluarkan…amacam?anda masih tak yakin?

saranan dari seorang bekas Pedana Menteri Malaysia yang kita tahu kelebihan beliau…

ok sekian dahulu dari geng

tapi sebelum itu…geng nak share gambar-2 Tun Mahathir dengan Public Gold semasa Public Gold berjumpa dengan Tun berbincang pasal Dinar pada 10 may 2009

sumber:- http://www.publicgold.com.my/content/view/408/103/lang,english/

rasa-rasa berapa banyak yek emas yang Tun Mahathir simpan?hmmmm siapa tahu…Allah lebih mengetahui

jika nak ketahui pasal simpanan dan pelaburan emas boleh sms geng di no 0134353317

nak berniaga emas pelaburan pun boleh call geng..jgn malu jangan segan..dunia sekarang dah beralih kepada emas..orang dah tak simpan duit dah…SAVER IS A LOOSER kata robert t. kyioski….jangan tungu lagi angkat talifon dail 0134353317  tanya pasal emas..tak tahu bertanya..kalau tak sesat dan kerugian…

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player