Pelaburan Emas Hitam

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng916….selamat tahun baru hijrah…1431..hehehe…harap belum terlambatlah ye bagi geng nak ucapkan ….

hmmm harga emas naik sangat tinggi tempoh hari….emas 20g dah melebihi RM32++….lihat gambar bawah

hmmm nyum-nyum….dah banyak dah…hehehe…maka sesiapa yg ada beli emas pada bulan 10 masa harga emas 20g turun setelah naik kepada RM30++ dan boleh buat untung….ehh dah lupa ke beli…masa harga emas 20g turun kejap pada satu malam pada harga RM2972…dah lupa ke?hehehe…sampai website pg takleh buka sebab terlalu ramai orang lock harga emas..hehehe..sekarang harga emas turun semula..sila rujuk web Public Gold…

sepatutnya geng nak cerita pasal seminar yang geng hadir di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya dan kelas teknikal analisis di hotel cititel ….hmmm nak cerita macam mana pun tak tahu nak mula mcm mana..sebb tiada idea…

yang dapat geng ceritakan disini..siapa yg tak datang kira rugila..sebab banyak info-2 baru yg diceritakan…contohnya prihal ekonomi US yg sebenarnya…..rupa-2nya US adalah satu negara yg berkuasa tetapi bangkrub…pelik bukan? kemudian bagaimana kita merelakan makan riba….penceramah umpamakan riba ini seperti seekor babi disembelih cara islam kemudian dimasak cara islam dan dimakan macam makanan orang islam…perrrgggg, selain dari tue panel akhir jugak menerangkan bagaimana masyarakat-2 yg mengukan dinar sebagai urusniaga…alhamdulillah…contoh yg terbaik adalah di Cape Town…

idea yang di ketengahkan kepada pengunaan dinar bersamaan dengan idea geng dimana Dinar digunakan untuk zakat dahulu…kemudian maskahwin….dan apabila dinar telah dimiliki…baru urusniaga diperkenalkan…ini sama dengan pandangan geng dalam beberapa artikal yg geng tulis berkaitan pengunaan dinar…hmmm terharu dan bangga kerana pandangan geng sama dengan pandangan cerdik pandai university….

hmmm best pergi sana sempat jugak geng ambil gambar bersama dengan staff-staff public gold…satu penghargaan kepada mereka dari geng kerana telah banyak membantu geng dalam memudahkan tempahan dan urusniaga emas

hmmm best benar bila berniaga emas nie kita miliki jentera kerja yang memberikan kerjasama yg tinggi

ok kembali ke topik asal…Pelaburan Emas Hitam

mana datangnya emas hitam nie?bukan ke emas warna kuning dan putih sahaja?hehehe ada…emas hitam ini merujuk kepada MINYAK…yup petroleum la apa lagi…heheh

baik…jika kita lihat pada emas….emas harga nya sentiasa naik betul? kalau anda perhatikan pada tagline saya di atas sebelah kiri…saya tulis..

“Semua orang tahu, emas adalah logam berharga,
Semua orang tahu, Barang kemas sangat mahal,
Semua orang tahu, Harga emas sentiasa naik,
tetapi tak semua orang tahu bagaimana nak mangambil kesempatan dari kelebihan emas ini.”

hehehe..jika kita perhatikan…ada beberapa barang dinegara kita ini yang memiliki sifat yang hampir sama dengan emas…iaitu…sifat kenaikan harga….anda sedar tak?atau anda tak sedar..hehehe

baik mari kita senaraikan beberapa benda yg harga sentiasa naik…setiap tahun pasti akan naik

gula,beras,tepung,minyak masak, petrol, emas dan perak serta lain-2…dalam erti kata lain barang yg dikenakan subsidi…emas dan perak tak ada subsidi..hehehe…baik..kita buang dulu emas dan perak…kita tumpu pada barang-2 lain

baru-2 kerajaan menyusun semula subsidi..hehehe..harga barang naik…ramai orang marah..hehehe sebenarnya anda tak perlu marah-marah..anda nak marah pun tak guna sebab anda bukan boleh buat apa pun…

setakat marah dan ugut kerjaan sekarang ini pun tak guna…kerana harga minyak sebenarnya memang dah tinggi…kalau tak silap geng..perbetul kalau geng silap..1 liter harga tanpa subsidi adalah lebih kurang RM2.90 – RM3.10 kalau tak silap geng la…tapi yang geng nak cakapkan disini…harga nya kan naik kerana iannya dipasarkan dipasaran menjadi komuditi..hehehe

baik..anda kena fikir..bahawa..pemberian subsidi adalah bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan..hehehe kerjaan pun nak pakai duit jugak kan..macam-2 dia guna…kemana dia guna tak penting..yg penting subsidi pasti akan ditarik sedikit..

ok kalau difikirkan begitu..semua barang-2 ini kita boleh kaut untung..terutama minyak petrol…caranyan dengan menyimpan minyak..hehehe….adakah salah disisi undang-2?kita buka buat biz kita beli kita simpan untu kegunaan sendiri

caranya…ok

katakan kita ada RM10k …jadi kita belilah minyak RM10k..hehehe.jgn la beli sekaligus RM10k beli la satu tong 10 liter setiap hari..hehehe…sampai habis…duit tue..kemudian simpan ditempat selamat…simpan sampai tahun depan…

jadi minyak ini adalah dalam kategori pelaburan jangka panjang la…

pada tahun hadapan bila minyak dim’sia naik harga..baru gunakan minyak yg kita simpan ini…katakanlah..1 liter sekarang RON 97 RM2.30….tahun depan kerajaan kurangkan subsidi sebanyak 10sen…jadi harga nya akan naik RM2.40

jadi setiap kali anda nak isi minyak anda isi penuhkan tank…tengok berapa liter…kalau 10 liter..jadinya RM24.00 la…duit tue anda masukkan dalam satu tabung…senang cakap anda beli minyak pada diri anda sendiri…kan sama dengan anda beli minyak distensen minyak..hehehe…macam saving kan…

jangan pulak anda fikir..buat apa..sama jugak dengan aku simpan duit dalam bank….kalau anda fikir macam tue maknanya anda tak faham..anda dah lupa ke anda beli minyak pada harga RM2.30….jadi thn depan katakan RM2.40 jadi anda dah jimat RM0.10 /liter…mana untung…isi minyak kat stesen minyak dan bagi RM0.10 kepada stesen minyak atau duit tue anda masuk tabung?siapa untung?hehehe

tapi ofcouse la nak simpan minyak nie kena ada simpanan yg baik..mesti ada resiko…kan ini pelaburan…pelaburan mana yg tak ada resiko…hehehe…kalau nasib anda baik anda buka stesen minyak di kampung..jual minyak yg anda beli…tapi ingat resit kena simpan…resit anda beli dulu…sebagai bukti yg anda bukan buat spekulasi..kalau tak kantoi…anda akan didakwa cuba sembunyi barang subsidi..hehehe

ok jadi fikir-2kanlah..macam-2 boleh buat jika kita berfikir…gula pun sama…geng sekarang suka beli gula 2 kilo 2 peket…bukannya apa…manalah tahu..gula tak ada dipasaran…terutama menjelang kenduri..hehehe…

ok jika anda nak beli emas..boleh hubungi geng

nak tahu pasal emas pun hubungi geng..

nak jadi delaer Public Gold dibawah rangkaian GENG916 pun call geng….

ok nombornya 0134353317 ….email admin@geng916.com @ ryz_rizan@yahoo.com ….boleh add geng dalam FB…taip saja nama geng MOHD HASFARIZAN MD HASHIM..

ok sekian dahulu..wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player