Saranan Dato Salleh Majid

 

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta…kali nie geng nak kongsi video dari seminar pada awal tahun 2010 lepas di tabung haji kelana Jaya

tapi sebelum itu beliau pernah menjadi jemputan dalam bijak wang, dikatakan selepas dia ditemuramah dalam program bijak wang..orang dah mula sebut-2 pasal emas

betul ke?apa betulke pulangan ASB tak sehebat emas?mari kita lihat perbandingan emas dengan ASB

TUeeeeDIA!!!!! kata orang utara…awat jadi lagu nie….pasai pa harga emas graftnya naik…ASB kuei turun taktau….bila nak untung nie….ishh la jauh beza aiii…

inilah yang mungkin anda akan katakan jika pertama kali anda lihat gambar bandingan ini, baik sambung cerita lagi…kalau kita lihat pada video diatas dato Salleh Majid ada baca dari satu slide powerpoint..kebetulan geng ada…lihat dibawah

 

ok selepas Dato Salleh ditemuramah…dia juga telah menulis satu artikal dalam Akhbar utusan..geng ada jumpa di arkib utusan dan geng juga ada gambar keratan dari akhbar terima kasih kepada faisal yang post dalam fb, lihat bawah

 

Geng tahu tentu para pembaca susah nak baca keratan akhbar ini…tapi jangan risau geng ada salinannya tapi dalam bahasa English la…hehehe kalau tak faham…belajar ler bahasa ke-2..hehehe ok baca dibawah

ARKIB : 14/11/2009 (utusan malaysia)

Saranan Salleh

It’s better to invest in gold

Last week, I was invited by TV3 to explain through a programme “Bijak Wang” about gold being an alternative investment. Interest in gold as a form of investment is getting popular. Even during the programme there were a number of calls received from the public asking various questions on gold.

I was asked to give justification for investing in gold. Gold is actually a commodity which is impervious to the ravage of time. Despite being buried for thousands of years, gold still sparkle.

There are no countries whose currencies are not tied to the ups and downs of the price of gold. This includes our country during the 97/98 financial crisis when our currency was subjected to the peril of speculators. The ringgit went down to as low as RM4.50 per one U.S. dollar.

World currency is no longer supported by gold and countries like the United States of America can produce money as it like.

It has been for too long where the U.S. dollar has been used for everything from the national reserve to the world trade.

It can be said that no business can be made without the dollar until the European Union came up with its own currency, the Euro, which is the competitor to the U.S. dollar.

When the 2008 economic crisis started in America, the dollar has been under pressure as the main currency. This is made worst by countries like China which bought huge U.S. treasury bills, getting worried at the devaluation of the U.S. dollar and suggested that alternative currency be used in trade.

At the same time, China also invited countries in West Asia to change their directions to use other currencies besides the U.S. dollar.

The situation, coupled with the large American deficit amounting to trillions of dollars, forced many to buy gold as a refuge or insurance.

Those who take the measure are not only individuals but also country.

Last Tuesday, Indian National Bank had bought 200 tonnes of gold from the International Monetary Fund (IMF) and it had pushed up the price of gold for that day. It is reported the IMF will sell another 200 tonnes of gold. The increase in demand will cause the price of gold to go up further.

Last week until yesterday (Friday) the price of gold increase from US$1091 (RM3,815) an ounce to the US$1106 (RM3,871).

However those who wish to buy gold should see that its purchase is to be deposited for 365 days. It is not for sale next week or next month in order to avoid volatility in the price of the commodity.

For example, since the last one year, the price of gold increase to as much as 52 percent from US$734.90 (RM2,572) an ounce to US$1116.80 (RM3,908).

If gold is not important why the Indian government bought 200 tonnes of gold last week?

The fall of the US currency and the possibility that economic recovery will take longer than expected, unemployment rate in the US reaching 10 percent and the unsettling problem that beset its housing sector, has sent shivers down the spine of many countries.

The Chinese government has advised its citizen to take five percent from their savings to be invested in the form of gold and this will push up the price of gold. If we are to recall the time when many people left their country like in the Vietnam war, they brought along with them gold. When they arrived in this country, they used their gold to start business and began a new life.

This can be seen in the area of Kota Tinggi, Johor. A lot of Kampucheans operate their business in jewelries and textiles. Gold is accepted everywhere in any countries. Gold is always gold.

As I have mentioned before, gold can be bought in the form of pass book and shilling or wafer from commercial banks. Besides, jewelry is also an investment in the form of gold although the purity of gold in jewelry is low compared with gold bar that is 91.6 percent for jewelry and 99.9 percent for shilling and gold bar.

For Bursa Malaysia, Gold Exchange Trade Fund (ETF) probably can be offered in our bourse.

The creation of Gold ETF, will enable more people to invest in gold with lower capital.

DATO SALLE MAJID, former President of Kuala Lumpur Stock Exchange (now Bursan Malaysia)

ok ini dalam bahasa melayu

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1114&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

Tarikh: 14/11/2009

Elok melabur dalam bentuk emas

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

 

ok bagaimana.?ini mungkin bertentangan dengan penulisan Azizi Ali..dalam bukunya GET IN TO GOLD

 

jadi terpulanglah kepada anda nak dengar kata Bekas Pengarah Bursa Malaysia yang memang pakar dalam saham…atau Seorang invester hartanah…hehehe jangan salah faham bukang geng nak bandingkan kedua-2nya..masing-2 ada pendapat..kita kena respek mereka berdua..hehehe

ok sampai disini sahaja coretan geng pada kali ini geng berharap para pembaca memdapat manafaat dari perkongsiaan kali nie..ok sesiapa yang berminat nak ke seminar di tabung haji pada 4/12/2010 ini boleh hubungi geng lihat tentatif dibawah

 

kalau nak beli emas sebagai simpanan call geng, nak jadi dealer pun call geng..

ok semoga rezeki para pembaca blog geng akan sentiasa bertambah dilimpahi oleh rezeki dari Allah…

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

 

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player