Golongan yang digalakkan melakukan ibadat korban

Assalammualaikum kepada para pembaca semua….hmmmm best hari nie harga emas dah naik…hehehe….alhamdulillah….dalam keseronokkan kenaikan harga emas kita jangan lupa…raya haji dah dekat..hehehe raya lagi..bestnya..tapi kalinya bestnya sebab ada korban….geng pun teringgin nak buat korban tahun nie…insyaallah…baik mari kita tengok siapa yg dianjurkan berkorban..

sumber dari:-http://ibadatkorban.blogspot.com/2008/09/golongan-yang-digalakkan-melakukan.html

Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah:

  • Orang Islam
  • Merdeka
  • Baligh (Dewasa)
  • Berakal – berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
  • Mampu – apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah

Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan hidup diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu.”

Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

Sunat hukumnya berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya, seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.

Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya.”

Hukum berkorban

Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah atau sunat yang dituntut.

Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

 
mari kita baca lagi apa itu ibadat korban

Ibadat Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”
Al-Kautsar:

2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Keistimewaan orang yang berkorban

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat

• Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

• Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim.”

• Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:

“Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban.”

• Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat.

Kadar Haiwan Korban

Seekor kambing atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah korban yang cukup untuk satu keluarga. Pendapat ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan Ibnu Majah dari ‘Athaa ibn Yasar, ujarnya:

” Aku telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary: Berapakah korban yang tuan-tuan lakukan pada masa Rasulullah? Abu Aiyub menjawab: Ada seorang lelaki pada masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing untuk dirinya dan ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu dan sebahagian diberikannya kepada orang lain, hingga manusia telah termengah-mengahan dengan udhiyah itu, dan terjadilah seperti engkau persaksikan sekarang ini.”
Seekor lembu atau unta boleh dikongsi 7 orang, kerana menurut hadis Muslim dari Jabir:

Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Al-Barqani menyatakan:

“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu dengan seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”

Di samping itu, pernah para sahabat berkongsi 10 orang untuk satu unta yang dijadikan korban tanpa dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

ibadat korban adalah ibadat sunat yang dituntut atau sunat muakkad

MENURUT Dr Yusuf Al-Qaradhawi ibadat korban ialah sunat muakkad (dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqh.

Dalam mazhab Imam Abu Hanifah, ia dipandang sebagai ibadat wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan tuntutannya daripada fardu dan lebih berat daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara fardu dan wajib, tidak sebagaimana imam lain).

Hukum wajib ini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dikira berdosa sekiranya mereka daripada golongan berkemampuan dan berkedudukan.

Diriwayatkan satu hadis marfu’ daripada Abu Hurairah, maksudnya : “Sesiapa yang mempunyai kelapangan, namun tidak mengerjakan ibadat korban, maka jangan sesekali mendekati musalla kami.” (Hadis riwayat Al-Hakim)

Juga diriwayatkan bahawa apabila beliau ditanya mengenai ibadat korban, beliau menjawab: “Itulah sunnah daripada bapamu, Ibrahim.” (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Al-Hakim)

Oleh itu, ibadat korban dikira sama ada sunnah muakkad atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan makruh jika seseorang yang mempunyai kelapangan tidak mengerjakan ibadat korban.

Menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.

Bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat korban hanya sunat.

Seseorang tidak dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah berkorban seumur hidupnya. Jika tidak berkorban kerana tidak berkemampuan, anggaplah bahawa Nabi berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan amalan korban yang dilakukan oleh Rasulullah yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak diri, keluarga dan umatnya, maka ulama berpendapat memadai jika seorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Rasulullah setiap kali berkorban memilih ternakan yang baik, sihat dan gemuk.

Muslim meriwayatkan daripada Anas mengatakan Rasulullah saw menyembelih korban dengan dua kibas yang terbaik dengan tangannya sendiri dengan membaca Bismillahi Allah dan bertakbir dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibasnya itu.

Ada syarat ditetapkan iaitu ternakan yang hendak dikorbankan mesti cukup umur, sihat dan sempurna sifatnya yakni tidak mengalami kecacatan.

Haiwan ternakan betina pula perlu dipastikan tidak mengandung ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap sah jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang mengandung.

Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.

Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.

Ada masyarakat beberapa golongan yang silap faham, lalu melakukan ibadat korban pada malam hari raya. Ini ialah satu amalan yang tidak menepati sunnah dan jika dilakukan juga, sembelihan itu tidak dikira sebagai ibadat korban.

Begitu juga dalam permasalahan pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging korban dibahagi tujuh, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala) diperuntukkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Ini sama sekali tidak dibenarkan. Setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh menjadi upah.

Untuk tujuan upah, sepatutnya pihak yang berkongsi korban boleh membayar lebih sedikit daripada harga asal haiwan itu

Jenis-jenis haiwan korban

enis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta

Haiwan-haiwan tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:

1. Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun.

Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:

“Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)

Haiwan yang patah tanduknya tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.

Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri.”

Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i berkata:

Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik.”

jadi mari kita berkorban…jika boleh semasa nak beli haiwan korban ..gunalah dinar sebagai urusniaga…jika sesiapa yang mengusahakan penternakan haiwan untuk di jual bagi korban boleh hubungi geng…dapat geng promosi…

geng berharap kepada anda yg mengunakan dinar dan dirham sebagai urusniaga jual beli dapat teruskan pengunaan dinar..geng ucapkan terima kasih

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player