Barang Kemas vs syiling,bullion & bar

Assallammualaikum kepada para pembaca sekalian, bagaimana dengan kehidupan seharian anda semua?geng berharap segalanya berada didalam sihat aman dan sejahtera sentiasa. harga emas semakin naik itu yang dapat geng katakan hehehe sekarang ini ramai penyimpan-penyimpan emas, peniaga-peniaga emas dan orang ramai sedang menunggukan sesuatu, iaitu menunggu harga emas mencecah USD1300/oz…kerana pada masa inilah penjual-penjual emas seperti geng akan bersyukur kepada Allah dan berdabik dada kepada mereka-meraka yang memperlekehkan apa yg di sampaikan oleh kami selama ini, kerana sudah sekian lama dari tahun lepas geng dan rakan geng menceritakan mengenai kelebihan simpanan emas ini, begitu jugak bagi mereka-2 yang dah membeli emas sebagai pelaburan, bagi yang dah lama yakin pasal emas dan dah ada ilmu emas mereka ini dah beli emas dgn banyak, paling kurang 100g, ada jugak yang masih ragu-2 dengan hanya membeli emas serendah 1 dinar…walaubagaimanapu tahniah kepada mereka ini kerana telah memiliki emas. tetapi ada jugak pihak lain yang sedang tunggu dan lihat, mereka ini masih menunggu , tidak mahu ambil tindakan dengan alasan menanti kepastian dan macam-macam. bagi pihak geng dan rakan-2 geng, kami tidak berputus asa untuk menyampaikan ilmu emas secara pecuma kepada orang ramai. ada yang mencemuh, memaki dan memperlekehkan gerakan kesedaran kami. tapi geng dan rakan-2 redha…biasalah ini pun macam dakwah, dakwah ini sentiasa ada halangan…emas adalah berlawan dengan wang kertas, jadi tak hairanlah penentang rakan geng adalah dari penyokong simpanan wang kertas seperti ASB, Unit Trust, Insuran, simpana  koperasi dan lain-lain.. tapi yang pastinya lihatlah graft harga emas dibawah…

HARGA EMAS BULAN SEPTEMBER 2010

HARGA EMAS TAHUN 2010

anda boleh lihat sendiri lah…tapi betul ke nilai emas lebih tinggi dari wang kertas? ok mari kita lihat gambar dibawah ini

jadi bagaimana?petunjuk dah ada, sekarang kita tunggu pembuktiannya sahaja…pernah tak para pembaca fikir, apa akan jadi bila garisan merah terus turun sehingga 0?senang cakap apa akan jadi apabila nilai wang kertas menjadi kosong?apa akan jadi dengan wang simpanan kita di bank?dalam ASB?dalam KWSP?duit pencen?dll adakah kita akan jadi seperti di indonesia? beli kambing dengan harga 85juta rupiah seekor????

baik kita kembali kepada tajuk asal artikal ini….mungkin akan panjang ulasan geng , jadi geng berharap para pembaca sabar dengan penulisan geng ini, geng cuba bersikap adil dan tidak berat sebelah ketika mengulas dan memberi pendapat geng, tujuan geng nak menulis artikal ini adalah disebabkan ramai orang bertanyakan soalan yg sama, bagaimana nak mula, jenis emas dll …macam-2 soalan yang ditanya, insyaallah geng akan cuba beri ulasan

 

konsep asal pelaburan emas adalah menbeli emas semasa harga murah,

tapi emas jenis apa?

jawapannya:- emas pelaburan…

emas pelaburan itu emas apa?

jawapnnya:-emas yang dihasilkan khas untuk pelaburan seperti syilling emas,jongkong wafer dll

kenapa barang kemas tidak boleh dikatakan emas pelaburan?

jawapannya:-kerana barang kemas ada kos tambahan yakni upah tukang , susut nilainya tinggi dan berat serta ketulinannya kadang kala diragui

jadi kalau barang kemas yg tiada upah tukang boleh jadi emas pelaburanlah?

jawapannya:- tidak jugak kerana barang kemas masih ada beberapa kelemahan

tapi barang kemas mudah dipajak manakala emas jongkong dan syiling tak semua arrahnu terima betulkan?

jawapannya:- betul

jadi bagaimana?emas mana yang patut saya miliki?

 

inilah soalan-soalan yang biasa diajukan kepada geng….jadi bagaimana?emas jenis apa yg harus dipilih?

baik kepada diluar sana…dengar sini, baca sini

pemilihan emas adalah bergantung kepada tujuan dan niat anda didalam dunia emas ini kerana setiap orang ada mcm-2 tujuan, seperti

  1. sebagai pelaburan tapi nak barang kemas sebab nak pakai
  2. sebagai simpanan sahaja sampai masanya nak jual
  3. nak kumpul emas banyak-2 nak jadi pelabur emas secara cash atau bulanan
  4. nak jadi tokey emas, jadikan emas sebagai sumber pendapatan

inilah antara contoh-2 niat yang ada pada kita….tak sama ke? x..sebab melalui niat inilah kita boleh pilih emas yg sesuai… mari kita lihat satu persatu

1) nak jadikan barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang…

yang nie kompom kena pilih barang kemas..sebab dia nak gunakan pelaburannya sebagai perhiasan jadi pilihannya mestilah barang kemas. jadi pilihlah barang kemas yang sesuai yg disukai yg berkenan dihati tapi pada pandangan geng semasa memilih nanti, pilihlah emas 916 dan 999 sahaja…elakkan barang kemas yg diikat dgn batu dan ada palitan putih….kerana ketulianan nya tidak mencapai 916…tapi jika dah berkenan dihati belilah duit para pembaca, ada banyak pilihan..kalau boleh carilah penjual yang tidak kenakan kos upah dan susut nilai rendah…ini lah kita pilih…kerana nak kurangkan kerugian dan tingkatkan keuntungan

2) sebagai simpanan sampai masa nak jual

jenis ini kena beli emas syiling,bar dan wafer kerana tujuan utamanya adalah untuk pelaburan, kena pastikan harganya murah, tiada upah tukang dan susut nilainya rendah…sebab kita akan jual satu hari nanti(itupun kalau nak jual) ketulinan disahkan kerana memiliki sjil ketulinan (macam surat jaminan lah)

3) nak kumpul emas banyak-2 nak jadi pelabur emas secara cash atau bulanan

niat macam nie geng biasanya cadangkan terus beli emas 999.9 baik jongkong ataupun barang kemas 999 kerana dia ini dah tahu kaedah-2 nak gandakan stok emas dgn mengukan arrahnu jadi dia akan gunakan segala cara untuk beli emas pada masa murah dan boleh bayar bulan-2

4) nak jadi tokey emas, jadikan emas sebagai sumber pendapatan

 kepada niat nak berniaga tiada masalah balun semua sebab ia menguntungkan apabila didalam posisi peniaga emas berbagai teknik digunakan untuk memanipulasi emas bagi mendapat modal untuk beli stok penjual emas akan untung tak kira dia memilih emas jongkong mahupun barang kemas

tapi yang mana paling bagus?

bagi geng kedua-dua bagus sebab kedua-dua ada gunanya . kenapa?contohnya..katakanlah geng nak beli emas dari orang.. duit tiada jadi geng akan gunakan arrahnu untuk pinjaman segera…tapi bagaimana jika arrahnu yg berdekatan tidak menerima jongkong macam arrahnu exchange milik bank rakyat…jadi kena guna barang kemas lah….tapi jika ada arrahnu agrobank yg terima semua emas…geng guna gold bar…hehehe senang cakap nak dapat duit segera dari arrahnu..barang kemas ada kalanya menjadi pilihan

geng jugak akan memilih barang kemas untuk dijual kerana pelangan geng bukan terdiri dari kaum lelaki sahaja perempuan pun ada, jadi geng akan jual barang kemas 916-999 sahaja tetapi geng juga sediakan barang kemas lain..manalah tahu sebab ada pelangan tak fikir jenis emas, yang dia fikir cantik…jadi kena ada katalog…jika dia berkenan baru geng order…guna barang kemas atau emas jongkong untuk dapat modal..

setiap jenis emas ada kegunaannya..sebab ia emas…jadi benda sama, dinilai dari segi berat dan ketulinan…boleh dijual beli, boleh dicairkan untuk dapat tunai dengan pajakkan inilah kelebihan emas…kita tak boleh kata barang kemas tak bagus, emas jongkong tak bagus, syiling dinar tak bagus…tak boleh berkata demikian hanya orang bodoh dan bangang saja yg fikir demikian ataupun sebab dia ada tujuan lain, bagi geng walaupun geng adalah penjual emas dari syarikat pengeluar emas jongkong dan syiling, geng takleh la kata penjual barang kemas bodoh sebab memilih barang kemas sebagai biz mereka…cuma geng marah sebab diorang tipu pelangan sahaja…tak apa itu cerita lain dan geng jugak tak boleh memperlekeh syarikat lain yg menjadikan barang kemas999 sebagai emas pelaburan…tak boleh…benda asas adalah emas cuma geng takleh la promo syarikat lain sebab geng tiada kena mengena dengan syarikat lain..cuma boleh bagi pandangan sahaja, geng kenalah utamakan syarikat geng iaitu Public Fine Gold International sdn bhd tapi ianya tak mehalang geng dari membeli emas dari syarikat lain….yang penting kita kurangkan kerugian dan memaksimakan keuntungan sebab geng berniaga…yang penting pelangan mendapat service yang baik…pelangan riang peniaga senang….itu saja

sebab itulah kepada para pembaca, jika hendak tahu tentang ilmu emas ataupun nak belajar bagaimana nak mulakan pelaburan dan perniagaan…hanya perhubungi sahaja kerana kadang kala dalam bacaan tidak sama dengan soalan kita, jadi jangan malu hubungilah geng 0134353317 untuk bertanya,..insyaallah geng akan cuba membantu sebaik mungkin

ok kriteria position geng dalam memilih emas

  1. senang nak dapat tunai jika geng perlu cash, jadi kena ada dua-dua
  2. kalau pilih jongkong pastikan susut nilainya rendah
  3. kalau pilih barang kemas pastikan ketulinannya benar..kalau cop 916 dinilai 916
  4. kalau pilih jongkong..pastikan susut nilai rendah dan mudah dijual

jadi akhir kata dari geng pilihlah jenis emas yang bersesuaian dengan niat dan hajat anda, jika masih ragu-ragu senang saja..call geng 0134353317, email di admin@geng916.com atau ryz_rizan@yahoo.com, add pada facebook dengan menaip nama geng Mohd Hasfarizan Md Hashim untuk pertanyaan. marilah sertai kami menyimpan emas. emas tidak rugi jika kita beli dan simpan atau bagi bini pakai..hehehe

akhir kata piliah sebarang emas, simpanlah emas, gunakan emas sebagai medium urusniaga kita kerana emas menjamin masa depan anda , insyaallah

 Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player