Awas kepada penipuan serbuk emas!!!

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…harga emas mula naik dan akan naik meninggi…mungkin akan ada orang yg akan mula mencari-2 peluang untuk beli emas secara murah jika ada orang nak jual tapi sebelum itu geng nak berkongsi satu artikal mengenai penipuan emas,

AWANG HITAM JUAL EMAS PALSU

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

ABDUL JALIL (kiri) menunjukkan serbuk emas palsu yang dibeli oleh seorang peniaga pada sidang akhbar di Ampang semalam

AMPANG – Seorang peniaga kini hidup dalam keadaan tertekan apabila bukan sahaja ditipu sebanyak RM80,000 oleh satu sindiket warga Afrika yang menjual serbuk emas tiruan malah, turut diburu rakan kongsi yang menuduhnya menipu.

 Kejadian berlaku 29 Julai lalu di kawasan tempat letak kereta Waterfront, Ampang di sini apabila peniaga berusia 41 tahun dari Mantin, Negeri Sembilan membayar harga tersebut kepada dua lelaki Afrika terbabit untuk membeli serbuk emas yang disangka tulen.

Difahamkan, mangsa telah terpengaruh apabila ditawarkan oleh sindiket untuk menjual satu kilogram emas tulen berharga RM80,000 yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM125,000 sebulan sebelum itu.

Pada pertemuan pada 29 Jun di lokasi yang sama, suspek telah menguji ketulenan sampel serbuk emas tersebut di hadapan mangsa bagi meyakinkan peniaga itu.

Ketika itu, suspek dipercayai membawa serbuk emas tulen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa hanya menyedari telah diperdaya selepas melihat serbuk yang diberi sebaik tiba di rumahnya.

“Mangsa terkejut apabila mendapati serbuk tersebut rapuh berbeza ketika ditunjukkan. Dia kemudian baru teringat mengapa suspek terus melarikan diri dan membuang bungkusan yang mengandungi serbuk itu sebaik mendapat wang ketika bertemu di Ampang Waterfront,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

geng berharap para pembaca tidak tertipu…kerana tiada orang nak jual harga emas dibawah harga pasaran…bagaimana nak tahu harga harga emas semasa?boleh lihat pada graft harga emas dunia dan malaysia

Harga emas dunia:- http://www.kitco.com/

Harga emas di Malaysia:- http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

atau pembaca boleh hubungi geng untuk bertanya

sekian dahulu dari geng…geng akan sambung artikal yg geng nak tulis wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player