Steve Jobs, pengasas dan CEO Apple Computer.Dipecat dari Company sendiri..

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…diharap berada dalam keadaan sihat sejahtera bagaimana dengan kehidupan seharian anda..diharap sentiasa ceria dan gembira…geng disini sihat alhamdulillah…hmmm puasa dah dekat…raya pun bakal memjelma..diharap kita berkesempatan menyambut ramadhan pada kali ini…

harga emas sekarang dah mula menampakkan keadaan menaik…cuma sekarang tengah mencari dimana arah nak berpaut..ini kata rakan geng yg paham pasal graft forex nie…geng tak le pandai sangat..hehehe

ok kali nie geng nak berkongsi satu artikal dari facebook ..geng tak kenal pun mamat nie..tapi dia ada share kepada rakan geng..jadi geng ambillah..tak minta izin pun sebab takleh nak komen..dia pun ambil dari orang…jika mamat tue ada terbaca..geng nak cakap..halal kan lah yek …sharing is caring….

Steve menubuhkan Apple pada usia 21 tahun pada tahun 1976. Dalam masa 4 tahun,syarikat itu disenaraikan dalam bursa saham dan semasa berusia 25 tahun, Steve memilik harta sebanyak US$217 juta.

Apple berkembang pesat dan bagi menguruskan organisasi sebesar itu, mereka membuat keputusan mengambil pekerja profesional. Pada tahun 1993, Steve melantik John Scully menjadi CEO. Walau bagaimanapun, 2 tahun kemudian CEO dan pengarah syarikat mendapati yang mereka tidak dapat berkerjasama dengan Steve Jobs (beliau dikenali sebagai pengurus yang sukar difahami dan bersikap emosional) dan melucutkan segala tanggungjawabnya,memaksanya meletakkan jawatan dan meninggalkan syarikat yang dibinanya sendiri dalam keadaan yang memalukan. Bagi memburukkan lagi keadaan, Apple menyaman Steve kerana merasakan Steve tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Semua orang dalam dunia perniagaan berpendapat Steve Jobs tidak mungkin dapat bangun semula. Namun, Steve Jobs menganggap kegagalan ini sebagai satu pengajaran berguna dan mengambil langkah proaktif dengan memulakan syarikat baru yang lebih baik iaitu NeXT Computer. Beliau percaya mampu menghasilkan perkakasan dan perisian yang lebih baik daripada apa yang dihasilkan oleh Apple.

 

Malangnya, bahagian perkakasan NeXT mengalami kegagalan yang teruk. Namun beliau tidak pernah menyerah kalah, sebaliknya menganggap kegagalan itu sebagai satu maklum balas dan kemudiannya mengasaskan sebuah lagi syarikat baru iaitu Pixar Animation Studios, merupakan suatu kejayaan hebat selepas berjaya menghasilkan filem animasi berdigital penuh yang pertama, iaitu filem Toy Story.

Sementara itu, pada tahun 1995, Apple hampir muflis akibat kesilapan daripada pengurusan dalaman dan kekurangan barang berinovasi yang dihasilkan. Syarikat itu mengalami kerugian berjumlah US$800 juta hingga US$ 1 bilion setahundan harga sahamnya menurun daripada US$18 ke US$3.80. Steve Jobs bersetuju menyertai Apple semula kerana merasakan beliau mampu menyelamatkan syarikat itu. Beliau menjadi CEO dengan bayaran US$1.
Apabila Steve mengambil alih pengurusan Apple, beliau memecat semua pekerja yang tidak produktif dan mempelopori pelancaran barangan canggih seperti iMAc, iPod dan iTunes. Sistem operasi yang diciptanya di NeXT diubahsuai menjadi sistem operasi baru yang sangat popular iaitu Mac OS X. Hasil dari kejayaan barangan2 ini, Apple menukar kerugiannya berjumlah US$1 billion itu menjadi keuntungan bernilai US$1.3 billion pada tahun 2005. Harga sahamnya meningkat daripada US$3.80 kepada US$75.

Mengimbas kembali, Steve merasakan sekiranya beliau tidak dipecat dari Apple, beliau tentu tidak memulakan NeXT dan Pixar Animation. Sekiranya beliau tidak menubuhkan Pixar, beliau tentunya tidak menjadi pelopor dalm bidang animasi digital dan sekiranya beliau tidak menghasilkan perisian NeXT, Apple tentu tidak dapat menghasilkan sistem operasi Mac OS X yang menyumbang kepada kejayaan hebat Apple hari ini.

Inilah yang membuatkan ramai jutawan mempercayai ‘sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya’ dan ‘kesulitan yang dihadapi sebenarnya adalah peluang’, asalkan kita belajar daripada pengalaman dan terus bertindak dengan bijak.

-Petikan dr Adam Khoo “Bagaimana Saya Boleh Jadi Jutawan”

kesimpulan:-kepada para pembaca blog geng916 ini diharap dengan artikal ini dapat memberi sedikit motivasi dan inspirasi dalam urusan para pembaca terutama dalam perniagaan..semua perniagaan akan mengalami masalah…tak semua akan sentiasa berjaya…pengurus perniagaan akan sentiasa menghadapi rintangan sebab tue kita digalakkan muhasabah diri jika berlaku sebarang musibah. baca buku-2 tulisan ahli perniagaan yg berjaya…kenali mereka teknik yg mereka kunakan sehingga berjaya…sebab tue di negara china dahulu…panglima-2 perang mereka wajib mengetahui sejarah peperangan negara kerana ingin mengetahui strategi peperangan yg telah digunakan dahulu untuk diadaptasikan oleh mereka…begitu juga dalam perniagaan…kalau kita buka restoran..cuba fikir kenapa kedai nasik kandar sentiasa penuh?apa rahsianya…dan jugak bidang lain…insyaallah selepas ini Geng akan cuba tulis satu artikal yang berkaitan dengan perniagaan…semoga dapat membantu para pembaca sekalian…sekian

wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

1 Response

  1. Asikin says:

    Terima kasih atas perkongsian info menarik..

    Satu lagi ..dalam bis ni nama biz kena juga bersesuaian dengan bis..Steve Jobs..pasti banyak tempa kejayaan..sebab dia ada byk Jobs..(Steve Jobs)..

Leave a Reply

Get Adobe Flash player