Akan datang satu masa……

Assalammualikum kepada para pembaca sekalian…geng berharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera…hari nie genap 11 hari berpuasa..tak terlewat untuk geng ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada para pembaca….hari silih berganti..harga emas semakin stabil kepada USD1200/0z keatas…jika sebelum nie kemuncak emas sehingga USD1260/oz dan kemudian turun ke USD1180/oz dan sekarang kembali kepada USD 1228/oz dan harga mula stabil diparas USD1200/oz keatas inilah dia emas…satu bahan komuditi yang diniagakan..ramai orang pemain-pemain pasarana akan meramalkan emas akan mencecah USD1300/oz pada akhir tahun ini…dan ramai jugak yang akan meramalkan kejatuhan komuditi ini sehingga USD800/oz dll…macam-macam ialah ramalan..semua orang boleh meramal…tetapi bagi sesiapa yang ada pendirian teguh kepada sesuatu dia pasti tidak akan gentar dan akan terus yakin…terutama kepada sesiapa yang faham dan memiliki ilmu emas…senang cakap dia kenal sangat dengan emas ini..hehehe..bagi geng pulak..geng amat yakin kerana geng berpegang dengan hadi nabi dan dalil dari Al-quran yang mengatakan:-

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

dan geng juga yakin bahawa emas ini akan kekal nilainya kerana dari zaman dahulu orang dah mula mengunakan emas,sekarang pun orang masih mengunakan emas dalam macam-2 pengunaan dan akan datang pun masih digunakan sehingga keahirat disyurga dan dineraka

Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23

Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

“& (ingatlah) org2 yang menyimpan emas & perak serta tidak  membelanjakannya pd jln Allah, maka khabarkanlah kpd mereka  dengan (balasan)  azab  siksa  yg  tidak  terperi  sakitnya. “(At-Taubah : ayat 34) 

Allah dan rasulnya ada menyebut pasal emas dan kelebihannya…jadi geng sebagai hamba Allah dan umat nabi Muhammad wajib yakin akan emas…anda jugak wajib yakin

Pada tanggal 12hb Ogos 2010 yang lepas secara resminya kerajaan Kelantan telah melancarkan dinar dan dirham kelantan yang akan digunakan dalam bayaran zakat,mas kahwin,bayaran gaji, urusniaga jual beli dan bayaran bil utiliti di kelantan

bagi peminat-peminat emas dan pejuang-pejuang matawang syariah pelancaran dinar dan dirham ini amatlah dinanti-natikan..geng pun sama hehehe..tetapi sejurus beberapa hari dilancarkan dah mula ada cakap-2 yang tidak berapa seronok mengenai dinar dan dirham ini…terutama bagi kalangan orang-2 politik dan orang-2 yang menyokong sesuatu parti yang bertentangan dengan parti kerajaan dikelantan.. biasalah mulalah berbalas-balas statment dalam akhbar..gang bukan nak menyebelahi mana-mana pihak tetapi geng nak menyatakan pendapat geng yang apa geng tahu…

kalau dari segi undang-2 perlembagaan Malaysia memang benar dinar-dirham tidak boleh dijadikan matawang di Malaysia ini benar…tetapi kepada anda yang diluar sana kena faham 2 pekara..iaitu wang kertas adalah riba dan zakat & mas kahwin mesti dijelaskan dengan “ayn” bukan “dyn”….bermaksud ayn dalam bahasa arab adalah barang gunaan macam beras,gandum,kurma barli, emas dan perak…benda-benda ini kena faham…contohnya zakat fitrah…kena jelaskan dengan beras bukan dengan wang kertas…kenapa beras?kerana di Malaysia beras adalah barang yg menjadi makan ruji di kalangan rakyat Malaysia…seinggat geng semasa geng bayar zakat fitrah di kampung halaman geng di sungai petani dimana amil/penerima zakat akan menyediakan sekampit emas yang nilainya sama denagn harga bayaran zakat..contohnya katakanlah nilai zakat pada masa itu adalah RM7 dikedah…jadi beras yang disediakan adalah bersamaan dengan RM7…setibanya di tempat zakat geng akan membeli beras tadi dari amil/penerima zakat kemudian beras tadi digunakan sebagai medium pembayaran zakat fitrah kepada amil/penerima zakat tadi…inilah yang sebetulnya…bukan seperti sekarang…bagi zakat dalam bentuk wang kertas…pindahan akaun dan ada SMS pulak tue…adakah ini dibolehkan dalam islam?kenapa para mufti meluluskan pekara ini….tapi yang bestnya…hukumya dikatakan oleh para mufti adalah Harus…bukan Wajib…jadi lebih baik kita buat yang wajib dari Harus…kerana kebanyakkan pekara harus yang diwartakan oleh ahli fatwa adalah darurat..seperti ASB..dll.,…anda boleh rujuk kembali…

begitu jugak dengan pengunaan dinar(emas) dirham(perak) para pembaca tahu tak jika kita bayar zakat mengunakan emas dan perak..ini dapat membantu orang miskin keluar dari kepompong kemiskinan? resionalnnya

ok katakan seorang lelaki layak menerima zakat…dan katakan pada tahun itu dia telah menerma zakat sebanyak 3 dinar…bayangkan apa yang dia boleh buat dengan 3 dinar tadi. dengan 3 dinar ini sahaja dia dapat keluar dari kepompong kemiskinan…bagaimana?baik geng akan ceritakan

para pembaca mesti dah tahukan ada penternak kambing,lembu dan ayam yang menerima dinar&dirham dalam urusniaga mereka..jadi

orang miskin ini akan mengunakan 2 dinar untuk membeli sepasang ekor kambing ..kerana harga seekor kambing bersamaan dengan 1 Dinar…jadi dia boleh beli sepasang kambing dengan 2 dinar…lagi satu dinar dia akan gunakan untuk membina kandang dll keperluan..jika pembekal tidak menerima dinar dia boleh memajak dinar tadi diarrahnu untuk mendapatkan wang kertas..jadi orang miskin ini tidak akan hadapi masalah….dia juga tentu ada merima bantuan dari kebajikkan masyarakat sebanyak RM400-RM600 sebulan …bayangkan dengan panduan dari penternak lain yang sedia membantu beliau..dalam2 tahun kambung akan membiak…katakanlah dalam 4 tahun kambing dia akan bertambah kepada 8 ekor…dan jumlahnya 10 ekor…jadi katakanlah dia jual kambing-2 dengan 1 dinar…dia dah ada 10 dinar yang harganya maybe RM600x10=RM6000….jadi jika dia berterusan?selain jual kambing..mungkin dia boleh berniaga jual daging, susu, makanan berasaskan kambing, sup, satey, dll…kan semua ini boleh memberikan pulangan yang tinggi…jika dikomited berdisiplin dan dibimbing dengan baik..insyaallah dia akan keluar dari kepompong kemiskinan….jadi pada geng inilah dia rahsia untuk keluar dari kemiskinan…geng yakin akan datang satu masa kemiskinan di negeri kelantan akan hapuskan…jadi kerajaan kelantan mesti pertahankan pengunaan dinar dan dirham…dan kepada negeri-negeri lain perlu ikut cara ini…jangan ego,sombong dan bongkak kerana lain fahaman politik anda mengakatakn TIDAK kepada pekara YANG BENAR…kerana jika kerajaan tak buat…rakyat akan buat…ini saranan GENG….sekali lagi geng nak cakap..geng bukan menyebelahi ahli politik atau parti mana-mana…kerana Kebenaran adalah mengatasi kepartian…

geng berharap para pembaca akan berfikir akan pekara ini…bagi yang penternak-2 ini adalah peluang baik kepada anda untuk berdakwah dan berkongsi ilmu..mari kita keluar dari kemiskinan….

kepada sesiapa yan hendak belajar ilmu emas….nak jadi agen emas dan nak beli emas sila hubungi geng…geng sedia membantu anda…kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player