Inflasi Membunuh Kewangan Anda

(dari sumber:- http://kencanabook.blogspot.com/2010/08/inflasi-membunuh-kewangan-anda.html

sumber: http://rancangwang.wordpress.com/inflasi-membunuh-kewangan-anda/)

INFLASI MEMBUNUH KEWANGAN ANDA, JIKA ANDA TIADA PERANCANGAN KEWANGAN DARI SEKARANG

Inflasi pada perkiraan Bank Negara berada pada tahap 3.5 – 4% setahun. Bagaimana kadar ini ditentukan tidaklah kita tahu sangat. Tetapi mengikut perkiraan Perancang Kewangan, kadar inflasi berada pada kadar 7.7%.

Apakah inflasi : Inflasi adalah suatu kadar yang ditentukan untuk mengukur kenaikan harga barang di pasaran ( ini dalam bahasa mudah ).

Mari kita lihat kesan inflasi untuk 20 tahun akan datang.

——————— ——————- ————————————————

1. Makanan
Roti canai pada 5 tahun lepas berada pada tahap RM 0.50 sekeping. Sekarang 2008, ia beharga RM 0.80. ( kenaikan 37.5% ). Harga Mee Udang Penang, 5 tahun lepas berada pada tahap RM 5.00 semangkuk. Sekarang 2008, berada pada tahap RM 12.00 semangkuk. ( kenaikan 140 % )

Sebuah keluarga pada hari ini membelanjakan RM 20 sehari untuk makan pagi, tengahari dan malam. Ini kadar yang termurah. Untuk 20 tahun lagi dengan kadar inflasi 6%, ia berada pada tahap RM 64.15 SEHARI. 20 tahun dari sekarang adalah ZAMAN PERSARAAN BAGI KEBANYAKAN ORANG SEKARANG.

SEHARI RM 64.15
SEBULAN RM 64.15 X 30 = RM 1924.5
SETAHUN = 12 X RM 1924.5 = RM 23094 ( Hanya untuk MAKANAN PAGI , TENGAHARI DAN MALAM )

Selepas bersara, orang Malaysia boleh hidup lagi 20 – 30 tahun.
Kalau anda hidup 25 tahun lagi selepas bersara, anda memerlukan RM 23 094 X 25 = RM 577 350.

INI HANYA UNTUK PERBELANJAAN MAKANAN PAGI, TENGHARI DAN MALAM.

Tak termasuk belanja perubatan, wang sara hidup yang lain, bil2, hutang2 jika masih ada, tanggungan anak universiti ( kebanyakan pesara masih mempunyai anak belajar di universiti ), hiburan dan rekreasi, percutian, umrah dan haji.

Jika nak dikirakan semua, anda mungkin memerlukan antara RM 4 000 – RM 5000 sebulan bagi menyara kehidupan selepas bersara. Ini bermakna, untuk 25 tahun selepas bersara anda memerlukan RM 5000 x 12 bulan x 25 tahun = RM 1.5 JUTA

Agak – agak KWSP anda MAMPU mencecah angka JUTA dalam masa 20 tahun dari sekarang ?

————————- —————— —————————————-
2. Pendidikan Universiti Anak

Hari ini, rata – rata student IPT Awam meminjam RM 40 000 untuk biaya pendidikan mereka. IPT Swasta meminjam RM 60 000 atau lebih.

20 tahun akan datang, dengan inflasi 5%, kos IPT Awam bakal mencecah RM 111 438. ( RM 110 000 – RM 120 000 ). Tempat IPT Awam adalah sangat terhad. Persaingan sangat sengit. Sekarang jika anak anda cemerlang dalam SPM, belum tentu mereka boleh ke IPT Awam. Tajaan Kerajaan keluar Negara hanyalah RM 2000 setahun dengan kuota bumiputra telah dikurangkan baru2 ini ke 50%.

Jika anak anda tiada pilihan dan terpaksa ke IPT Swasta, kos yang bakal ditanggung oleh anda adalah RM 159 197 ( RM 150 000 – 160 000 ).

PINJAMAN PELAJARAN
Jangan terkejut jika pada hari ini, pemberi pinjaman ( bank dan termasuk institusi kerajaan seperti PTPTN dan MARA ) mengenakan interest / bunga ke atas pinjaman. Cuba anda bayangkan pinjaman RM 100 000 – RM 150 000 jika dikenakan bunya pada kadar 3 – 6% setahun selama 10 tahun bayaran balik pinjaman, mereka akan untuk antara RM 40 000 – 60 000. Jelaslah disini pinjaman pelajaran telah menjadi suatu PRODUK YANG MENGUNTUNGKAN BANK DAN SESETENGAH INSTITUSI KERAJAAN.

BAYARAN BALIK YANG MEMBEBANKAN
Jika hari ini mereka yang meminjam RM 40 000 terpaksa membayar RM 250 / sebulan kepada pihak pemberi pinjaman, bagaimana pulak bagi anak anda yang bakal meminjam RM 120 000 utk 20 tahun akan datang ? Berapa jumlah yang terpaksa dibayar mereka ? RM 500 sebulan ? RM 700 sebulan ?

Graduate yang baru kerja bidang Engineering, akan mendapat gaji purata RM 2000 / sebulan. Dengan kadar kenaikan gaji setahun yang rendah 2% setahun, bakal jurutera 20 tahun akan datang bakal mendapat gaji permulaan sekitar RM 3000 / sebulan. Jika RM 500 terpaksa digunakan untuk membayar pinjaman pelajaran, bermakna 16% telah digunakan. Bagaimana mereka hendak merancang kewangan dengan berkesan jika 16% terpaksa digunakan untuk membayar liabiliti. Ini tak termasuk pinjaman kenderaan , rumah , pinjaman peribadi untuk kahwin dan kos sara hidup RM 2000 sebulan untuk makanan shj.

————————— ——————- ————————————-
3. Kos perubatan dan rawatan Hospital

Angka yang nak ditunjukkan kepada anda amatlah menakutkan. Yang pasti kos rawatan penyakit kritikal adalah berada di sekitar atau hampir RM 100 000 untuk 20 tahun akan datang.

Sekarang Kos rawatan kanser melebihi RM 100 000 utk stage 4..mcm apa yg menimpa pelakon Azean Irdawaty..beratus ribu habis…kalau kita isteri Perdana Menteri..tak kisah sbb boleh dapat rawatan 1st class di US.

————– ————————— —————————————————–
RANCANGLAH KEWANGAN ANDA DARI SEKARANG

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dalam financial planning seperti yang pernah dibincangkan dalam kursus FP yang pernah saya hadiri

Ada pendapat (dari FP Cina) menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun ia seperti bagaimana anda menjalani hidup anda sekarang.

Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu

1/3 untuk tidur / berehat
1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa

Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima income, pengurusan kewangan kita, terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-

1/3 untuk simpanan & pelaburan
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman (tips – bayaran kereta tak lebih dari 15% gaji anda. Bayaran rumah 20% dari gaji anda.
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa

Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansurans TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.

Of course, dalam kehidupan sebenar, anda boleh adjust sedikit nisbah di atas, untuk menyesuaikan diri seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk keperluan semasa dan 35% untuk bayaran hutang. But roughly, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan.

1/3 Gaji untuk Simpanan dan Pelaburan

Jika anda bergaji RM 4000 ( termasuk isteri dan suami ), 1/3 dari gaji = RM 1333.33 atau RM 1300. Lihat bagaimana sy membahagi RM 1300 kepada beberapa bahagian dalam merancang kewangan :

——————— ————- —————————————-
BINA DANA PERSARAAN ANDA SENDIRI – Jangan harap pada KWSP atau pencen kerajaan sahaja. Ingatlah kesan INFLASI

Melaburlah di Saham Amanah
Sama ada anda perasan atau tidak, saham amanah adalah instrumen pelaburan yang mempu memberikan pulangan antara 9 – 15% setahun untuk jangka masa panjang.

Jika anda menyimpan dari gaji anda – RM 400 / sebulan, dengan kadar pulangan purata 15% setahun, ia mampu menjana dana persaraan anda RM 380 000. JIka ada bajet lebih anda boleh tambah pelaburan RM 500 RM 600 atau RM 1000/sebulan jika mahu. lawati www.publicmutual.com.my

Jika anda mempunyai KWSP, anda boleh mengeluarkan sebahagian dana dari Akaun 1 untuk dilaburkan di Saham Amanah. Jika anda keluarkan RM 20 000 , dalam masa 20 tahun, dengan pulangan purata 12% setahun, ia mampu menjada dana persaraan anda sebanyak RM 658 379. 00. Jika anda masih kekalkan RM 200000 di KWSP dengan pulangan purata 5% setahun, ia hanya menjana 67 727 shj. sila lawati www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP

—————– ——————————- ———————————
WARISKAN GAJI ANDA PADA KELUARGA TERSAYANG

Sebelum anda sebagai PENCARI NAFKAH keluarga ditimpa musibah, binalah benteng perlindungan gaji anda. Jika musibah menimpa tanpa benteng untuk menampan kesannya, keluarga anda bakal ditimpa satu lagi musibah iaitu BENCANA KEWANGAN disebabkan kehilangan punca pendapatan keluarga.

Binalah Perlindungan ke atas Gaji anda
Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di TAKAFUL/INSURANS BERKAIT PELABURAN , ia mampu menjana benteng perlindungan pendapatan sebanyak RM 300 000 sekiranya PENCARI NAFKAH meninggal dunia / lumpuh kekal. Sy cadangkan RM 300 /sebulan.

RM 300 000 jika dilaburkan dengan pulangan purata 10% setaun , ia mampu menjana pendapatan RM 30 000 /setahun untuk waris / keluarga meneruskan kehidupan.

———————— ——————————- ————————————–
ANDA SEBAGAI SUMBER DANA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN IPT ANAK

Dalam masa 20 tahun dari sekarang, jika anak anda berumur 1 tahun, simpanlah RM 150 sebagai permulaan bagi setiap anak anda di saham amanah bagi memenuhi IMPIAN ANDA MELIHAT MEREKA KE MENARA GADING tanpa perlu bersusah payah mencari sumber untuk meminjam bagi membiayai pendidikan mereka.

——————— —————– ———————————————————

BIAR ORANG LAIN BAYAR KOS PERUBATAN DAN RAWATAN PENYAKIT BIASA/KRITIKAL DI HOSPITAL

Dengan memperuntukkan RM 150 – RM 200, anda mampu memnyediakan dana RM 60 000 dalam sekelip mata bagi setiap ahli keluarga anda jika salah seorang dari anda mahupun kesemua ahli mendapat rawatan bagi penyakit biasa atau kritikal di Hospital swasta.

Anda mungkin ditanggung insurans company tempat anda bekerja, tetapi adakah anda akan bekerja dengan mereka walaupun anda sudah berumur 56 tahun ? Jika company anda gulung tikar, adakah mereka masih menjaga kebajikan keluarga anda ? Ingat, kebanyakan penyakit akan muncul lepas anda berumur 50 tahun.

Kos rawatan yang tinggi mampu merentap poket anda sehingga KOSONG jika anda tidak mempunyai apa – apa perlindungan perubatan. Adakah anda relah menggunakan wang KWSP atau dana persaraan anda bagi membiayai kos rawatan penyakit ?

——————– ——————- ——————————————————-

KESIMPULAN

Mari kita lihat sama ada allocation gaji tadi memenuhi 1/3 dari gaji anda yang disarankan untuk simpanan dan pelaburan.

Dana Persaraan + Dana Pendidikan Anak + Plan Perlindungan Gaji + Dana Perubatan

RM 400 + RM 300 + RM 300 + RM 200 = RM 1 200 / sebulan bagi merancang kewangan anda.

RM 1 200 masih kurang RM 1300 (1/3 GAJI ). Lebihan RM 100 anda boleh manfaatkan untuk tusyen anak dan lain2.

Jika anda mampu allocate gaji untuk tujuan simpanan dan pelaburan lebih dari 1/3 gaji, ia adalah sangat digalakkan.

Allocation diatas tidak semestinya diikuti, tapi ia menjadi contoh dalam merangka plan kewangan anda. Ia bergantung kepada keadaaan kewangan anda sekarang dan matlamat kewangan anda.

Sy mempunyai kalkulator kewangan untuk lebih memudahkan, jika anda mahukan cadangan perancangan kewangan, email kepada sy dan sy akan hantar satu borang maklumat untuk anda isi. Kemudian sy akan memberikan proposal kepada anda mengenai perancangan kewangan.

——————– ————————- ——————————

PENUTUP

Bertindaklah dari sekarang dalam merancang kewangan anda. Ia memang perlu. Bagi memastikan kewangan anda tidak berada dilandasan yang salah dan membinasakan kehidupan persaraan anda.

ULASAN GENG:-

kepada para pembaca fikirkanlah….inilah kelemahan wang kertas….wang kertas akan susut nilai bila kena inflasi…jadi kalau kita menyimpan wang kertas tak kiralah banyak mana pun..kuasa membeli akan hilang…jadi jika para pembaca hendak menyimpan…simpanlah dalam bentuk emas kerana emas kalis inflasi…1 Dinar dahulu boleh beli seekor kambing dan sekarang pun masih boleh beli kambing dengan 1 dinar emas…jadi fikirlah

jika berminat hendak membeli emas,menyimpan emas, nak belajar emas, segala pasal emas…boleh hubungi geng di 0134353317

mari kita berusaha dari sekarang sebelum terlambat..harga emas semakin naik…harga wang kertas semakin surut…simpanlah emas…geng nasihat para pembaca sekalian…kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Akan datang satu masa……

Assalammualikum kepada para pembaca sekalian…geng berharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera…hari nie genap 11 hari berpuasa..tak terlewat untuk geng ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada para pembaca….hari silih berganti..harga emas semakin stabil kepada USD1200/0z keatas…jika sebelum nie kemuncak emas sehingga USD1260/oz dan kemudian turun ke USD1180/oz dan sekarang kembali kepada USD 1228/oz dan harga mula stabil diparas USD1200/oz keatas inilah dia emas…satu bahan komuditi yang diniagakan..ramai orang pemain-pemain pasarana akan meramalkan emas akan mencecah USD1300/oz pada akhir tahun ini…dan ramai jugak yang akan meramalkan kejatuhan komuditi ini sehingga USD800/oz dll…macam-macam ialah ramalan..semua orang boleh meramal…tetapi bagi sesiapa yang ada pendirian teguh kepada sesuatu dia pasti tidak akan gentar dan akan terus yakin…terutama kepada sesiapa yang faham dan memiliki ilmu emas…senang cakap dia kenal sangat dengan emas ini..hehehe..bagi geng pulak..geng amat yakin kerana geng berpegang dengan hadi nabi dan dalil dari Al-quran yang mengatakan:-

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

dan geng juga yakin bahawa emas ini akan kekal nilainya kerana dari zaman dahulu orang dah mula mengunakan emas,sekarang pun orang masih mengunakan emas dalam macam-2 pengunaan dan akan datang pun masih digunakan sehingga keahirat disyurga dan dineraka

Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23

Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

“& (ingatlah) org2 yang menyimpan emas & perak serta tidak  membelanjakannya pd jln Allah, maka khabarkanlah kpd mereka  dengan (balasan)  azab  siksa  yg  tidak  terperi  sakitnya. “(At-Taubah : ayat 34) 

Allah dan rasulnya ada menyebut pasal emas dan kelebihannya…jadi geng sebagai hamba Allah dan umat nabi Muhammad wajib yakin akan emas…anda jugak wajib yakin

Pada tanggal 12hb Ogos 2010 yang lepas secara resminya kerajaan Kelantan telah melancarkan dinar dan dirham kelantan yang akan digunakan dalam bayaran zakat,mas kahwin,bayaran gaji, urusniaga jual beli dan bayaran bil utiliti di kelantan

bagi peminat-peminat emas dan pejuang-pejuang matawang syariah pelancaran dinar dan dirham ini amatlah dinanti-natikan..geng pun sama hehehe..tetapi sejurus beberapa hari dilancarkan dah mula ada cakap-2 yang tidak berapa seronok mengenai dinar dan dirham ini…terutama bagi kalangan orang-2 politik dan orang-2 yang menyokong sesuatu parti yang bertentangan dengan parti kerajaan dikelantan.. biasalah mulalah berbalas-balas statment dalam akhbar..gang bukan nak menyebelahi mana-mana pihak tetapi geng nak menyatakan pendapat geng yang apa geng tahu…

kalau dari segi undang-2 perlembagaan Malaysia memang benar dinar-dirham tidak boleh dijadikan matawang di Malaysia ini benar…tetapi kepada anda yang diluar sana kena faham 2 pekara..iaitu wang kertas adalah riba dan zakat & mas kahwin mesti dijelaskan dengan “ayn” bukan “dyn”….bermaksud ayn dalam bahasa arab adalah barang gunaan macam beras,gandum,kurma barli, emas dan perak…benda-benda ini kena faham…contohnya zakat fitrah…kena jelaskan dengan beras bukan dengan wang kertas…kenapa beras?kerana di Malaysia beras adalah barang yg menjadi makan ruji di kalangan rakyat Malaysia…seinggat geng semasa geng bayar zakat fitrah di kampung halaman geng di sungai petani dimana amil/penerima zakat akan menyediakan sekampit emas yang nilainya sama denagn harga bayaran zakat..contohnya katakanlah nilai zakat pada masa itu adalah RM7 dikedah…jadi beras yang disediakan adalah bersamaan dengan RM7…setibanya di tempat zakat geng akan membeli beras tadi dari amil/penerima zakat kemudian beras tadi digunakan sebagai medium pembayaran zakat fitrah kepada amil/penerima zakat tadi…inilah yang sebetulnya…bukan seperti sekarang…bagi zakat dalam bentuk wang kertas…pindahan akaun dan ada SMS pulak tue…adakah ini dibolehkan dalam islam?kenapa para mufti meluluskan pekara ini….tapi yang bestnya…hukumya dikatakan oleh para mufti adalah Harus…bukan Wajib…jadi lebih baik kita buat yang wajib dari Harus…kerana kebanyakkan pekara harus yang diwartakan oleh ahli fatwa adalah darurat..seperti ASB..dll.,…anda boleh rujuk kembali…

begitu jugak dengan pengunaan dinar(emas) dirham(perak) para pembaca tahu tak jika kita bayar zakat mengunakan emas dan perak..ini dapat membantu orang miskin keluar dari kepompong kemiskinan? resionalnnya

ok katakan seorang lelaki layak menerima zakat…dan katakan pada tahun itu dia telah menerma zakat sebanyak 3 dinar…bayangkan apa yang dia boleh buat dengan 3 dinar tadi. dengan 3 dinar ini sahaja dia dapat keluar dari kepompong kemiskinan…bagaimana?baik geng akan ceritakan

para pembaca mesti dah tahukan ada penternak kambing,lembu dan ayam yang menerima dinar&dirham dalam urusniaga mereka..jadi

orang miskin ini akan mengunakan 2 dinar untuk membeli sepasang ekor kambing ..kerana harga seekor kambing bersamaan dengan 1 Dinar…jadi dia boleh beli sepasang kambing dengan 2 dinar…lagi satu dinar dia akan gunakan untuk membina kandang dll keperluan..jika pembekal tidak menerima dinar dia boleh memajak dinar tadi diarrahnu untuk mendapatkan wang kertas..jadi orang miskin ini tidak akan hadapi masalah….dia juga tentu ada merima bantuan dari kebajikkan masyarakat sebanyak RM400-RM600 sebulan …bayangkan dengan panduan dari penternak lain yang sedia membantu beliau..dalam2 tahun kambung akan membiak…katakanlah dalam 4 tahun kambing dia akan bertambah kepada 8 ekor…dan jumlahnya 10 ekor…jadi katakanlah dia jual kambing-2 dengan 1 dinar…dia dah ada 10 dinar yang harganya maybe RM600x10=RM6000….jadi jika dia berterusan?selain jual kambing..mungkin dia boleh berniaga jual daging, susu, makanan berasaskan kambing, sup, satey, dll…kan semua ini boleh memberikan pulangan yang tinggi…jika dikomited berdisiplin dan dibimbing dengan baik..insyaallah dia akan keluar dari kepompong kemiskinan….jadi pada geng inilah dia rahsia untuk keluar dari kemiskinan…geng yakin akan datang satu masa kemiskinan di negeri kelantan akan hapuskan…jadi kerajaan kelantan mesti pertahankan pengunaan dinar dan dirham…dan kepada negeri-negeri lain perlu ikut cara ini…jangan ego,sombong dan bongkak kerana lain fahaman politik anda mengakatakn TIDAK kepada pekara YANG BENAR…kerana jika kerajaan tak buat…rakyat akan buat…ini saranan GENG….sekali lagi geng nak cakap..geng bukan menyebelahi ahli politik atau parti mana-mana…kerana Kebenaran adalah mengatasi kepartian…

geng berharap para pembaca akan berfikir akan pekara ini…bagi yang penternak-2 ini adalah peluang baik kepada anda untuk berdakwah dan berkongsi ilmu..mari kita keluar dari kemiskinan….

kepada sesiapa yan hendak belajar ilmu emas….nak jadi agen emas dan nak beli emas sila hubungi geng…geng sedia membantu anda…kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Steve Jobs, pengasas dan CEO Apple Computer.Dipecat dari Company sendiri..

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…diharap berada dalam keadaan sihat sejahtera bagaimana dengan kehidupan seharian anda..diharap sentiasa ceria dan gembira…geng disini sihat alhamdulillah…hmmm puasa dah dekat…raya pun bakal memjelma..diharap kita berkesempatan menyambut ramadhan pada kali ini…

harga emas sekarang dah mula menampakkan keadaan menaik…cuma sekarang tengah mencari dimana arah nak berpaut..ini kata rakan geng yg paham pasal graft forex nie…geng tak le pandai sangat..hehehe

ok kali nie geng nak berkongsi satu artikal dari facebook ..geng tak kenal pun mamat nie..tapi dia ada share kepada rakan geng..jadi geng ambillah..tak minta izin pun sebab takleh nak komen..dia pun ambil dari orang…jika mamat tue ada terbaca..geng nak cakap..halal kan lah yek …sharing is caring….

Steve menubuhkan Apple pada usia 21 tahun pada tahun 1976. Dalam masa 4 tahun,syarikat itu disenaraikan dalam bursa saham dan semasa berusia 25 tahun, Steve memilik harta sebanyak US$217 juta.

Apple berkembang pesat dan bagi menguruskan organisasi sebesar itu, mereka membuat keputusan mengambil pekerja profesional. Pada tahun 1993, Steve melantik John Scully menjadi CEO. Walau bagaimanapun, 2 tahun kemudian CEO dan pengarah syarikat mendapati yang mereka tidak dapat berkerjasama dengan Steve Jobs (beliau dikenali sebagai pengurus yang sukar difahami dan bersikap emosional) dan melucutkan segala tanggungjawabnya,memaksanya meletakkan jawatan dan meninggalkan syarikat yang dibinanya sendiri dalam keadaan yang memalukan. Bagi memburukkan lagi keadaan, Apple menyaman Steve kerana merasakan Steve tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Semua orang dalam dunia perniagaan berpendapat Steve Jobs tidak mungkin dapat bangun semula. Namun, Steve Jobs menganggap kegagalan ini sebagai satu pengajaran berguna dan mengambil langkah proaktif dengan memulakan syarikat baru yang lebih baik iaitu NeXT Computer. Beliau percaya mampu menghasilkan perkakasan dan perisian yang lebih baik daripada apa yang dihasilkan oleh Apple.

 

Malangnya, bahagian perkakasan NeXT mengalami kegagalan yang teruk. Namun beliau tidak pernah menyerah kalah, sebaliknya menganggap kegagalan itu sebagai satu maklum balas dan kemudiannya mengasaskan sebuah lagi syarikat baru iaitu Pixar Animation Studios, merupakan suatu kejayaan hebat selepas berjaya menghasilkan filem animasi berdigital penuh yang pertama, iaitu filem Toy Story.

Sementara itu, pada tahun 1995, Apple hampir muflis akibat kesilapan daripada pengurusan dalaman dan kekurangan barang berinovasi yang dihasilkan. Syarikat itu mengalami kerugian berjumlah US$800 juta hingga US$ 1 bilion setahundan harga sahamnya menurun daripada US$18 ke US$3.80. Steve Jobs bersetuju menyertai Apple semula kerana merasakan beliau mampu menyelamatkan syarikat itu. Beliau menjadi CEO dengan bayaran US$1.
Apabila Steve mengambil alih pengurusan Apple, beliau memecat semua pekerja yang tidak produktif dan mempelopori pelancaran barangan canggih seperti iMAc, iPod dan iTunes. Sistem operasi yang diciptanya di NeXT diubahsuai menjadi sistem operasi baru yang sangat popular iaitu Mac OS X. Hasil dari kejayaan barangan2 ini, Apple menukar kerugiannya berjumlah US$1 billion itu menjadi keuntungan bernilai US$1.3 billion pada tahun 2005. Harga sahamnya meningkat daripada US$3.80 kepada US$75.

Mengimbas kembali, Steve merasakan sekiranya beliau tidak dipecat dari Apple, beliau tentu tidak memulakan NeXT dan Pixar Animation. Sekiranya beliau tidak menubuhkan Pixar, beliau tentunya tidak menjadi pelopor dalm bidang animasi digital dan sekiranya beliau tidak menghasilkan perisian NeXT, Apple tentu tidak dapat menghasilkan sistem operasi Mac OS X yang menyumbang kepada kejayaan hebat Apple hari ini.

Inilah yang membuatkan ramai jutawan mempercayai ‘sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya’ dan ‘kesulitan yang dihadapi sebenarnya adalah peluang’, asalkan kita belajar daripada pengalaman dan terus bertindak dengan bijak.

-Petikan dr Adam Khoo “Bagaimana Saya Boleh Jadi Jutawan”

kesimpulan:-kepada para pembaca blog geng916 ini diharap dengan artikal ini dapat memberi sedikit motivasi dan inspirasi dalam urusan para pembaca terutama dalam perniagaan..semua perniagaan akan mengalami masalah…tak semua akan sentiasa berjaya…pengurus perniagaan akan sentiasa menghadapi rintangan sebab tue kita digalakkan muhasabah diri jika berlaku sebarang musibah. baca buku-2 tulisan ahli perniagaan yg berjaya…kenali mereka teknik yg mereka kunakan sehingga berjaya…sebab tue di negara china dahulu…panglima-2 perang mereka wajib mengetahui sejarah peperangan negara kerana ingin mengetahui strategi peperangan yg telah digunakan dahulu untuk diadaptasikan oleh mereka…begitu juga dalam perniagaan…kalau kita buka restoran..cuba fikir kenapa kedai nasik kandar sentiasa penuh?apa rahsianya…dan jugak bidang lain…insyaallah selepas ini Geng akan cuba tulis satu artikal yang berkaitan dengan perniagaan…semoga dapat membantu para pembaca sekalian…sekian

wasalam

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. 1 Comment »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes