Emas Putih

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian, geng berharap anda semua barada dalam keadaan sihat sejahtera, geng dah lama nak tulis artikal tajuk diatas cuma tak kesampaian kerana ilmu belum mantop lagi..tapi kali nie geng rasa ilmu geng dah cukup dan dah layak tulis artikal pasal isu diatas, geng bukannya apa geng cuma nak buka minda para pembaca geng dan bagi sedikit idea tentang sesuatu pekara, apa yang para pembaca dapat dan berjaya atau dapat buat untung geng akan rasa gembira, geng bukan nak tuntut apa-apa, ini sekadar nak kongsi ilmu, kerana yang akan memberinya adalah Allah…kerana ilmu yang geng ada pun bukan geng yg punya, semuanya dari Allah……jadi sharing is caring

ok berbalik kepada apa yang geng nak ceritakan pada kali ini…emas putih…kenapa geng nak tulis pasal emas putih..sebabnya geng nak galakkan pembaca jangan beli emas putih..tapi kenapa?haaa…baca dulu…tapi sebelum tue pembaca semua kena tahu dahulu serba sedikit pasal emas putih

apa itu emas putih?

emas putih merujuk kepada emas yg dialloykan dgn lain-lain logam putih seperti perak,palladium atau nikel

penerangan tentang emas campur atau emas alloy (TEKNIKAL)

emas asli sendirinya adalah unsur yang aslinya kuning, ia juga lembut, terlalu lembun untuk memegang permata, oleh itu kenalah dialoykanya dengan mencampurkan dengan logam lain yang lebih keras supaya dapat memegang permata. emas tulin adalah 24karat, untuk memudahkah emas ini boleh mengikat permata, ketulinannya adalah 14karat iaitu 58.5% emas, untuk menghasilkan karat alloy  dari kuning emas, logam lain adalah perak dan copper, campuran yang mengekalkan kekuningan

untuk menghasilkan emas putih nikel dan palladium adalah bahan asas yang digunakan selain dari campuran copper dan perak. Ini menjadikan logam ini keputihan walaupun rupa emas telah tiada tetapi kandungan emas tetap ada dalam nilai kuatiti seperti yang ditandakan pada tanda karat

dalam penghasilan emas kuning dan putih, sedikit campuran zink dimasukkan untuk menambah baik kebolehankerja dan kebolehan casting

dipasaran ada 2 jenis emas putih, iaitu emas putih campauran nickel dan emas putih campuran platinum

sesetangah orang ada alahan kepada emas putih nickel, ini kerana mereka mengalamai ruam akibat dari nikel tadi. oleh yang demikian emas putih biasanya disadur dengan lapisan rhodium, ada jugak pembuat baranemas putih yang menghasilkan barang kemas dari palladium, palladium adalah logam dari kumpulan platinum. emas putih dari nickel ada sedikit kekuningan manakala emas putih palladium ada sedikit kelabu

untuk memutihkan emas putih yg campuran nickel ini, nikel akan di putihkan dalam satu proses dinamakan bleaching melalui proses kimia kemudian di sadur dengan rhodium 

Platinum

Platinum adalah jarang diperolehi, warna asalnya adalah berwarna putih. ia di alloykan dengan iridium, cobalt ataupun ruthenium untuk meningkatkan kekerasan dalam pembuatan barang kemas.berbanding dengan emas putih yang lain, ia kelihatan lebih putih tetapi ianya amat mahal atas beberapa sebab: 1) lebih berat dari emas,2) logam alloy mengandungi 90-95% ketulinan platinum dan 14k 58.5% emas, 3)dan logam itu sendiri mahal. Platinum jugak adalah diantara logam untuk dialloy dan di cast, kos pembuatan adalah 5 kali ganda dari emas, jadi harga emas putih dari platinum dipengaruhi oleh workmenship dan harganya 3 kali lebih mahal dari emas putih dari campuran nickel

Palladium

Palladium adalah logam dari kumpulan platinum yang berfungsi seperti platinum, tetapi ia lebih ringan dan lebih murah dari platinum. ia banyak digunakan dalam perang dunia kedua, ianya sesuai dijadikan barang perhiasan kerana kebolehkerja dan kecantikannya

jadi bagaimana…inilah cerita serba sedikit tentang emas putih yang dapat geng ceritakan secara teknikalnya…jadi kepada anda semua geng berharap anda tidak memilih emas putih sebagai perhiasan anda….jadi buatlah pilihan yang bijak demi masa depan…selain untuk orang yang tersayang, sebagai pelaburan…dan pembangunan ummah…

ok bagai mana hukum orang lelaki pakai emas putih?….pada pandangan geng hukumnya haram…sebab didalam nya masih ada emas…begitu jugak dengan emas suasa kerana emas didalamnya terdapat 33.7% emas..jadi orang lelaki haram pakai emas putih dan suasa…ini di sokong oleh ustaz zaharuddin (link : www.zaharuddin.net/content/view/290/99 )

kalau kita fikirkan keadaan sekarang otak masyarakat kita dah banyak dipesongkan…dah tidak boleh bezakan yang cantik dengan bernilai…kerana masyarakat sekarang menganggap semua yg cantik adalah bernilai….inilah persepsi yg silap jadi perbetulkan otak kita atau cara kita fikir…ok mari kita ambil contoh:-

berlian, mutiara, batu jed, dan emas putih….mari kita bandingkan dengan emas….ok emas jika dibahagikan kepada sama saiz.. nilai setiap saiz tetap ada….bagaimana dengan mutiara….mutiara bulat kalau mahal macammana pun jika di belah kepada 2 sama besar….dah tiada nilai, berlian pun sama….batu jed..kalau patah..habuk pun tak laku…ini terbukti dengan resit barang kemas yang geng perolehi semasa beli cincin di penang…lihat di bawah

 

haaaa…dah terang lagi bersuluh…jadi belila emas kuning….betul..memang betul emas kuning mahal….sebab ia emas bukan besi ….bukan nak rugi pun…sebab bila beli…dapat emas…jika nak duit boleh pajak dapat duit…bulan-2 tebus semula..rugi lagi ke tue?pajak bukan kita jual…kita pinjam duit dari nilai emas kita sahaja…ini pun susah sangat ke nak faham?

jadi diharap dengan coretan geng diatas dapat membantu para pembaca khasnya peminat barang perhiasan khususnya emas untuk membuat pilihan yg betul….kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

penjelasan geng kepada komen seorang pembaca blog geng916

komen dari AYU

salam geng..just nak betulkan cikit ttg artikel emas putih..diakhir artikel geng ada sebut belilah emas kuning..tapi rasanya x sesuai kerana ada juga brg kemas 916 yang di’chrome’kan putih sebahagian utk tambah seri but its still 916..kebanyakan adalah pattern baru..berkenaan pajakan yg susah nak dapat 22k utk emas 916 yang dichrome putih juga tak benar sbb klu kita beli emas 916 yg kuning pun tetapi hollow ia still x dapat 22k..problem bukan sebab penipuan pada brg kemas tersebut tetapi pada kelemahan mesin densi..klu x percaya cubalah pajak di ar rahnu yapiem kerana mereka lebih arif dan x bergantung kpd mesin densi semata-mata..just to share

terima kasih dari saudari ayu diatas perkongsian anda…

untuk makluman saudari ayu…warna putih yang disalut atau dipalitkan kepada barang kemas emas kuning bukan crome…dan ianya bukan emas 916….dan saya nak maklumkan arranu yapiem belum lagi boleh dikatakan arif dalam dalam penelitian ketulinan emas…ada banyak kaedah dalam menguji ketulinan emas…nanti saya perjelaskan..saya akan jawab satu-persatu…

untuk mengetahuan saudari kenapa saya mengatakan emas kuning yang dipalit putih bukan 916 adalah kerana saudari kena faham akan proses yang digunakannya dalam penyaduran…bukan crome tapi logam-2 yang saya sebutkan diatas…proses yg dilaluinya adalah electrolisis …jadi emas kuning harus dialloykan…jika hendak melihat bagaimana proses penyaduran electrolisis saudari boleh datang buat lawatan ketempat saya kerja di INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU…disini memiliki kursus yang mengajar kemahiran penyaduran.

kenapa susah nak dapat keputusan 916 kepada barang kemas pattern baru…ini adalah kerana mesin densimeter hanya boleh baca barang kemas yang satu bahan atau satu unit bermaksud contoh macam cincin..kebiasaan yang berlaku adalah jika anda menguji cicin yang ada palitan putih..mesin densi akan memberi bacaan yang mudah kerana penumpuan kepada satu entiti….berbanding dengan barang kemas yang lain seperti rantang tangan yang ada ikatan bola dll….rantai itu adalah campuran emas835 dan emas916….biasanya yang ada palit itu 835 dan yang tiada palit adalah 916…apabila barang kemas jenis ini diuji. mesin densi tidak dapat beri bacaan yang tepat kerana mesin telah mengesan 2 jenis ketulinan….sebab tue ada mesin yg tak dapat beri bacaan..dan ada faktor lain jugak….jika tak percaya cuba potong dan uji berasingan rantai pengikat dgn loceng yg ada palitan putih itu….

ok untuk menguji ketulinan emas ada banyak cara…cara biasa adalah melalui mesin densimeter yg biasa orang gunakan , jika tak dapat keputusan yg memuaskan biasanya pihak arrahnu akan mengunakan acid untuk menguji dengan mengasah brang kemas tadi kepada batu pengasah dan kemudian di letakkan asid..kemudian dengan penglihatan mata kasar bandingan  dengan kunci emas yang dijadikan sebagai rujukkan..ini pun belum lagi boleh memastikan ketulinan yang tepat kerana ianya bergantung kepada pengalaman dan kepakaran individu (pihak yapiem ada lesen atau ada kepakaran geologi ke untuk menguji emas?) selain itu ada satu mesin yang digunakan untuk menguji ketulinan logam iaitu dikenali dengan nama Precission Metal Tester….mesin ini sangat sensitive..lebih baik dari densimeter…dan untuk mengunakan mesin ini..suhu bilik haruslah dalam keadaan suhu makmal…begitu jugak dengan pengunaan mesin densi, kena dalam suhu bilik dan air yg digunakan adalah air suling bukan air pili yang didalam air pili ada mcm-2…selain itu mesin yang paling tepat adalah mesin yang mengunakan redioaktif untuk lihat struktur atom….kaedah yang terakhir sekali adalah dengan kaedah peleburan..dengan melihat takat lebur dan warna leburan logam tadi…inilah beberapa cara….bagi saya setakat pihak arrahnu yang menguji…belum lagi saya katakan arif kerana bukan semua orang dalam arrahnu mahir dlm pengujian ketulinan emas…dan bukan arrahnu yapiem sahaja yang tak bergantung kepada mesin densi bahkan arrahnu lain pun tak terlalu bergantung…jika saudari berminat saudari boleh belajar semua ini dan miliki ilmu ini dengan bayaran RM1000.00 jika berminat boleh hubungi saya…RM1000 adalah untuk pendaftaran bg milikan acid,penimbang & alat menguji emas….

saya harap penerangan tambahan saya ini akan membantu dan menperjelaskan lagi…jika masih kurang jelas sila hubungi saya 0134353317…saya akan terangkan dengan lebih lanjut…bukan niat saya nak mendabik dada dan meneggakkan benang yang basah jika saya salah….saya tulis artikal adalah tangungjawab saya…jika salah saya akan betulkan jika saya betul dan ada pengkomen komen yg salah saya akan perjelaskan…bukan niat nak menang…niat nak kongsi ilmu…kongsi pekara yang sebenar..w’alam…

 

You may also like...

13 Responses

  1. diamond gold says:

    assalamualaikum geng916..

    sy sokong kenyataan geng iaitu berlian dan mutiara klu dipotong nilai nye akan berbeza…
    tapi itu klu dipotong…klu x dipotong???
    emm…sbnrnye,mutiara dan berlian juga sgt bernilai (klu x dipotong,tp wat ape nk potong2 tanpa sebab kan :P)..utk pengetahuan geng,sy juga terlibat dlm bisnes menjual berlian selain bisnes jual beli emas…untung dia pun mmg berbaloi-baloi…cuba cari sedikit ilmu berkenaan berlian dan cubalah untuk menceburi dunia berlian sepertimana yg sy lakukan,insyaallah geng akan terkejut dgn hasilnye….tp sy x nafikan,emas adalah logam yg paling mulia dan byk kelebihannya (sebab itu sy juga menyimpan dlm bntuk emas) 😀

    sekian…

  2. Admin says:

    wasalam terima kasih diatas komen saudara DG…saya tak nafikan pernigaan berlian dgn emas memberikan pulangan lumayan dari aspek perniagaan … tetapi tidak dari aspek pelaburan ..saya rasa saudara sendiri tahu cara nak manipulasi harga barang kemas dari berlian dan emas…

    sebelum nie saya ada menulis artikal mengenai berlian yang dijadikan pelaburan..saudara boleh baca

    dari segi pembeli..pembeli akan rugi membeli barang kemas yg diikat berlian kerana berlian tidak boleh dipajak…setakat ini hanya arrahnu di ampang sahaja yang boleh memajak berlian kerana ianya milik habib jewel..tapi di tempat lain tiada..jadi barang kemas yang diikat berlian nilai cairannya amatlah rendah..lebih baik membeli barang kemas yang tiada batu permata..
    ini pandangan saya ..kerana saya menulis atas dasar kearah kepentingan simpanan bukan perniagaan…tapi saya tak nafikan berniaga barang kemas sangat untung…kerana saya pun peniaga barang kemas jgak…hehehe

    ini artikal yang pernah geng tulis satu masa dahulu mengenai pelaburan berlian
    http://geng916.com/2010/05/pelaburan-belian/

  3. diamond gold says:

    oooppsss…sorry..saya terlupa geng menulis di atas dasar pelaburan, bukan atas dasar perniagaan…maafkan saya sekali lagi… walaubagaimanapun,saya agak seronok membaca artikel-artikel dalam blog geng916 ni, (cuma kesuntukan masa menghalang saya untuk membaca kesemua artikel-artikel yang ada dalam blog ni)..diharapkan geng916 terus menghasilkan artikel bernas sebegini…

    assalamualaikum 😀

  4. Admin says:

    wsalam..terima kasih..benar saya menulis atas dasar pelaburan simpanan….hehehe sekarang dah mula menulis dari segi perniagaan..cuma ilmu perniagaan dalam proses pembelajaran…insyaallah saya akan teruskan menulis artikal lagi…sebagai pengkongsian ilmu…manalah tahu…salah satu artikal ini yg akan membantu saya dialam kubur nanti insyaallah…terima kasih saudara DG…diharap kita dapat berkongsi ilmu…

  5. Admin says:

    slm geng.tq kerana reply komen sy semalam..sy ada beberapa pertanyaan ttg calitan putih pada brg kemas..u kata ia bukan 916..sy bagi contoh sy beli emas 916 kuning semuanya..kemudian sy nak jadikan
    putih bhgn atas..10 minit hantar kedai emas..siap..adakah ia bukan 916..sama juga kes beli emas kuning dan ada putih sebahagian..nak jadikan kuning semuanya..hantar kedai 10 minit siap..adakah ia
    bukan 916? kilang emas takkan cop 916 sesuka hati kerana nak jaga reputasi..so bila u kata beli emas yg ada calitan pulit adalah bukan 916..sy rasa tak betul..kandungan brg kemas trsbut tetap 91.6%
    emas, ia hanya dicalitkan sedikit logam diatasnya agar lebih menarik..mereka dah biz berpuluh thn..kalau lah betul spt yg u ckp..dah lama kilang emas kena tutup kerana penipuan ini..tq

    terima kasih saudari…untuk pengetahuan saudari apa yang saya tulis diatas adalah melalui apa yang saya tahu…seperti palittan putih…bukan senang nak palit-palit macam cat..
    kalau setakat nak palit-2 mudah saja orang nak palitkan…kita boleh lihat dari segi finishing palitan..adakah palitan putih itu akan cantik hanya dengan mengunakan brus?sebab tue ada proses penyaduran yg dilakukannya…saudari pernah dengar org cakap yang kalau pakai rantai 2 jenis lain dipakai kepada 1 tangan warna satu akan terang dan satu lagi tidak? inilah proses electrolisis yg berlaku kepada tangan…dimana mediumnya adalah peluh..dan charge electo adalah dari badan kita..
    mengenai kilang ..saya bukan nak menuduh sebarangan saya ada bukti dan saya dah uji..ini kerana kalau saudari pergi kedai emas…diorang takkan guna mesin untuk menguji ketulianan kalau diorang yakin dengan brg kemas..diorang hanya tengok cop sahaja…kerana diorang mengunakan harga yang sama..diorang hanya timbang sahaja…ini berlaku semasa saya buat sisasatan di 9 buah kedai emas di penang..di satu jalan di penang ada satu kawasan di satu lorong tue dipenuhi dengan kedai emas…saudari boleh buat sendiri siasatan…tapi keputusannya saya harap saudari redha…sebab tue kedai emas berani main harga emas..mana ada orang berniaga berani bagi diskaun sampai 70%-80%?kenaikan harga emas pun takkan sampai 40% jangan kata beli emas secara borong dikilang…sebab semua orang tahu harga dikilang jauh lebih murah dari dipasaran…
    mengikut undang-2 yg ditetapkan
    PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
    Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur.(ada tak pada barang kemas yg kita miliki?)
    saya taknak menyalahkan sesiapa…kalau ikut pemikiran saya saya rasa ada sebab kenapa jadi begitu…tapi ini tiori saya sahaja…dan saya tulis nie atas pengalaman yang saya lakukan…saudari boleh buat sendiri..saya tulis diatas apa yg saya tahu…w’alam

  6. nana says:

    salam…
    ada pertanyaan sikit…
    kalau di ikutkn pasarn sekarang emas putih atau berlian mendapat permintaan yg tggi..
    soalan: blh kah emas putih dan berlian di jadikan sbg brg gadaian (ar rahnu) sbg sumber kewangan bg pemiliknye..mcm kite gadai emas untuk mendpatkan wang..?
    maaf,hny bertny…

  7. Admin says:

    terima kasih kepada saudari nana…mengikut apa yg saya tahu setakat ini barang kemas dari emas putih tidak diterima oleh pihak arrahnu…tetapi berlian mungkin diterima oleh pihak arrahnu dari habib jewell yang terletak di ampang…tapi saya tak pasti..yang saya pasti dan yakin adalah kebanyakkan arrahnu tidak terima emas putih kerana kuantiti emas kuning sedikit dan nialai ketulinan emasnya adalah dibaah 18karat

  8. nana says:

    dari segi potensi pd masa hadapan..adakh ia akn diterima…

  9. Admin says:

    kalau mengikut pada pengalaman saya yg masih baru ini…saya tak rasa arrahnu akan terima..
    tapi dari segi potensi unjuk jualan mungkin ada..tapi bergantung kepada kesedaran orang ramai…jika ramai orang sedar akan kelebihan emas..pasti emas putih tiada permintaan…maybe akan ada bila orang dah tak mampu nak beli emas sebab emas naik harga…tapi pada pandangan saya pada masa hadapan bila orang dah mula celik emas…emas putih orang tidak beli..sebab orang akan mula beli selain dari perhiasan..orang akan beli untuk pelaburan

  10. zawatie says:

    mcm mane kita nk thu buah rantai jed tu asli?
    klu asli kita jual brp harga nya?

  11. zawatie says:

    berharga kew klu kita jual buah rantai batu jed?

  12. Admin says:

    maaf saya kurang arif dalam batu jade..jadi takleh cerita apa

  13. I think one of your advertisements caused my internet browser to resize, you might want to put that on your blacklist.

Leave a Reply

Get Adobe Flash player