DINAR X DINAR

Assalammualaikum kepada para pembaca sekali….geng berharap para pembaca  sihat sejahtera….bersyukur kepada Allah kerana tidak lama lagi Kelantan akan mengunakan Dinar dan Dirham dalam urusniaga harian mereka…

geng amat sokong akan usaha pihak kelantan untuk mengunakan dinar dan dirham… selepas ianya heboh didalam facebook…ramai soalan-soalan yang diajukan kepada geng kerana ada beberapa statement yang dikeluarkan oleh pihak KGT…jadi melalui blog ini geng nak jawab semua soalan yang diajukan kepada geng….tapi sebelum itu…para pembaca kena faham dahulu beberapa pekara…

1) mengapa?

mengikut apa yang geng dengar dari penerangan prof Umar Vadillo semasa beliau menyampaikan kuliah di jabatan islam selangar (http://alawiyahabdulrahmanvadillo.blogspot.com/2010/05/dinar-emas-islam-islamic-gold-dinar.html) beliau menerangkan beberapa pekara yang berlaku dalam urusniaga kita iaitu 1) mengenai wang kertas:-dimana wang kertas yang selama ini kita guna adalah tidak bernilai, kerana ianya hanyalah sekeping kertas dan dicop serta diperakui nilainya oleh pemerintah, bukan nilai sebenar. ini terjadi kerana wang kertas tidak disandarkan dengan apa-apa tidak seperti dulu sebelum thn  1970’an dimana wang kertas disandarkan dengan emas, dan mengikut kajiannya wang kertas sekarang ini adalah riba, tapi kenapa kita boleh mengunakannya sehingga ke hari ini, mengikut penerangannya lagi setelah beliau berjumpa dengan ulama-ulama dan bertanyakan hal ini, jawapannya sama. hukumnya harus kerana DARURAT!!!…. disinilah timbulnya masalah..kerana dalam agama islam kita tidak boleh berada didalam keadaan darurat selamanya. contoh….jika kita berada di satu kawasan yg asing, sumber daging yang ada adalah babi, oleh itu untuk teruskan hidup kita boleh memakan daging babi berkenaan kerana darurat untuk terus hidup tapi tidak boleh lama..sehinggalah kita jumpa sumber lain, babi itu adalah haram kembali dimakan, jadi kita berusaha untuk mencari sumber lain, jadi dalam konteks ini oleh kerana kita dah ada dalam keadaan darurat sekian lama, jadi kita menti berusaha keluar dari darurat ini, maka timbullah idea-idea untuk mengunakan matawang lain. untuk makluman anda para pembaca matawang adalah merupakan medium petukaran sahaja dan boleh jadi apa-apa sahaja dan yang penting kita bebas mengunakan apa sahaja yg kita pilih seperti yang telah dinyatakan didalam Alquran surah An-nisaa ayat 29

[29] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu

dalam bahasa English nya

[29] O ye who believe! eat not up your property among yourselves in vanities: but let there be amongst you traffic and trade by mutual good-will: nor kill (or destroy) yourselves: for verily Allah hath been to you Most Merciful!

jadi kita boleh lihat yang penting adalah urusniaga 2 belah pihak yang redha diantara satu sama lain, selain dari itu kalau kita lihat pada wang kertas..ianya umpama satu benda biasa kerana jika kerajaan perlukan duit, kerajaan akan cetak, seperti yang US buat untuk Greece yang baru-baru ini mengalami kegawatan ekonomi dimana US mencetak wang kertas untuk membantu greece tetapi diatas tidakan ini dollar jatuh dengan terus dan semua negara yg mengunakan matawang dollar sebagai transaksi antarabangsanya menerima tempias yg teruk, negara jiran kita singapore dan negara kita sendiri, ramai orang terpaksa diberhentikan kerja kerana kilang mereka tidak mahu tanggung kos kerugian dll. inilah yang berlaku dan berpunca dari wang kertas, pelabur-pelabur saham banyak gulung tikar kerana saham jatuh, dan ramai pelabur-pelabur mula beralih kepada pelaburan komoditi, salah satunya adalah emas, disebabkan ini harga emas melonjak tinggi dari USD900/0z pada 2001 sehingga sekarang ini USD 1208/oz dan pernak cecah usd1260/oz pada bulan lepas. maka tercetuslah idea-idea untuk mengembalikan pengunaan matawang emas sebagai matawang altenatif

2)kenapa?

kenapa emas menjadi pilihan bukan bahan komoditi yg lain? Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas. Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai. Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda., semua manusia dimuka bumi tahu akan hal ini, bernilai dalam keadaan apa sekalipunn ianya dinilai dari berat dan ketulinan sahaja, oleh kerana satu masa dahulu wang emas pernah digunakan oleh manusia maka cadangan mengunakan emas pun diterima ramai, kebetulan pulak islam di zaman rasulullah mengunakan emas yang di keluarkan oleh Kerajaan ROM dan di zaman Khalifah Umar Al-Khattab serta terdapat beberapa lagi jenis wang emas yang digunakan sebagai petukaran dalam urusan jual beli. terdapat dua pendapat dalam menentukan pengunaan dinar dari segi ketulinan…diantara emas 999.9 dengan emas 916 disini ada pihak mendakwa dinar yang sepatutnya digunakan adalah emas 999.9 kerana digunakan dizaman rasulullah dan didakwa sebagai wang sunnah dll…tapi kebanyakkan pengeluar dinar, mengeluarkan dinar mengikut piawaian sukatan berat dan ketulinan yang telah ditetapkan oleh khalifah umar al khatab iaitu ketulinan emas 916 dan berat 4.25g

Dinar & Dirham Kelantan

menjelang OGOS 2010 ini dikhabarkan kelantan akan melancarkan pengunan dinar dan dirham sebagai matawang altenatif, dimulakan dengan pembayaran utiliti, jual beli di 600 buat kedai di kelantan terutama di Kota Bahru, pembayaran zakat dan mas kawin, difahamkan jugak pekerja-pekerja yang berkerja dengan kerajaan negeri diberi pilihan untuk memilih diantara wang kertas ataupun dinar sebagai gaji.bertuahnya orang kelantan

tetapi pada pandangan geng akan timbul beberapa isu…yakni hukum..hukum yang geng maksudkan adalah darurat yg geng nyatakan tadi diatas…adakah apabila dinar digunakan di kelantan sebagai matawang altenatif hukum darurat akan terbatal dan hukum wajib mengunakan dinar dan dirham sebagai medum petukaran?jika apa yg geng fikirkan ini adalah benar..maka jika sesiapa yg masih mengunakan wang kertas di kedai yang menerima dinar dan dirham maka hukumnya haram kerana riba  betul tak?jika pekara ini boleh berlaku, kerajaan kelantan mesti mentarbiahkan rakyatnya sejelas-jelas supaya mereka benar-2 faham akan hal ini.

buat masa ini pengeluar dinar kelantan tidak menerima dinar lain walupun berat dan ketulinannya sama, ramai orang yg telah memiliki dinar dalam simpanan mereka tidak berpuas hati termasuklah geng hehehe, bukannya apa pada pandangan geng asas yang diutamakan ialah emas dinilai dengan berat dan ketulinan, sama berat dan sama nilai dan menepati firman Allah, tiada paksaan dalam memilih urusniaga, tapi jika kerajaan kelantan masih berkeras dan menetapkan hanya boleh guna dinar kelantan sahaja yg dicetak mengikut piawaian World Islamic Mint (WIM) tidakkan ini satu paksaan?

jadi bagaimana nak mengatasi masalah ini, pada pandangan geng sepatutnya pihak kerajaan kelantan dibawah Kelantan Gold Trade KGT seharusnya menyediakan pusat dinar exchange, dan kos mintingnya harus ditangung oleh pihak KGT, baru adil, seperti kisah dizaman khalifah Abdul Malek dimana selepas kerajaan beliau menetapkan rekabentuk baru dinar dan dirham beliau telah mengarahkan semua dinar dan dirham dihantar semula untuk ditempa semula kepada piawaian yang baru

tak perlu pemilik dinar dan dirham menjual semula kepada syarikat pengeluar kerana harga belian  emas dan dirham itu akan susut, lebih baik diserahkan kepada pihak KGT dan cuma bayar sedikit upah minting sahaja,ataupun kos minting ditanggung oleh pihak KGT atau kerajaan negeri kelantan.

apa-apa pun pihak KGT kena fikirkan hal ini, kerana ramai rakyat yg ada emas dalam simpanan tak kira barang kemas, gold bar ataupun syiling emas dan dinar, jadi pemudahkanlah…demi melancarkan muamalat ini,

apa-apa pun ramai peniaga yang memilih untuk menerima dinar lain dari dinar kelantan kerana kefahaman mereka mengenai dinar adalah tinggi dimana dinar berasal dari emas, emas amat bernilai tak kira dalam apa sahaja bentuk dan rupa kerana yg penting adalah berat dan ketulinannya sahaja. jadi tak kiralah dinar itu dari mana,pengeluar mana, syarikat mana, dan cop mana-mana yang penting ketulinan dan berat sahaja dinilai..

contoh 2 peniaga kambing

Ini adalah nombor telefon En. Abdullah Ismail, jika anda berminat sila call atau sms beliau di talian 014-6666 996. beliau menerima 1 Dinar untuk seekor kambing dan 1 Dirham untuk seekor ayam kampung

Alamat ladang adalah seperti berikut:

Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

http://jutawanemas.com/v1/news/kehebatan-emas-ia-mengekalkan-kuasa-beli-di-dalam-jangkamasa-panjang/

http://aqiqahqorban.blogspot.com/

sekian dahulu coretan dari geng916, jika ada sebarang komen sila komen diruang komen, jika ada silap dan salah geng minta maaf, geng hanya nak menyatakan pandangan geng sahaja bukan sebagai penjual dinar dari pihak public gold tetapi sebagai penyimpan dinar yang bakal mengunakan dinar di kelantan, geng hanya menyatakan pendapat dan pandangan sahaja, kerana

GENG 916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

4 Responses

  1. ASAR says:

    Erm satu kupasan yg perlu difikirkan bersama2 oleh pemilik DInar2 yg lain. Semoga percambahan ilmu dan buah fikiran serta idea yg bernas dapat diutarakan hasil daripada artikel geng916 ini.

    Idea yg bernas oleh geng iaitu pihak KGT menerima Dinar yg lain utk ditempa semula utk di standardkan menjadi dinar KGT utk MEMUDAHKAN org ramai MENERIMA dan MENGGUNAKAN semasa jual beli..

  2. Admin says:

    terima kasih ..ya betul diharap kita dapat fikirkan bersama dan mencari jalan yg terbaik supaya kita semua dapat menjalankan muamalat dengan dinar dan dirham

  3. ingin tahu says:

    tahniah geng916 di atas pandangan yg bernas ni…tp pada saya, usaha kerajaan kelantan hanyalah satu langkah awal yg harus diberikan pujian…kerana bukan mudah untuk sebuah kerajaan negeri utk melaksanakan perkara ini secara smooth dan perfect…usaha ini sepatutnye menjadi tanggungjawab kerajaan pusat yg mempunyai bidang kuasa yang lebih dan menyeluruh…apapun,sama2 kite doakan agar usaha kerajaan kelantan ini akan beroleh kejayaan dan keredhaan-Nya…

    kepada geng916,teruskan usaha anda dalam menghasilkan artikel2 berilmiah sebegini…agar usaha anda mendapat ganjaran disisi-Nya..
    amin..

  4. Admin says:

    terima kasih, betul usaha kerajaan kelantan amat bagus, saya sokong 100% cuma seperti apa yg saya tulis, rakyat harus di perjelaskan tentang hal ini.

    insyaallah saya akan teruskan usaha saya, supaya ramai orang lebih celik emas..

Leave a Reply

Get Adobe Flash player