Apabila tokey emas di tegur oleh tokey perhiasan wanita

Assalammualaikum kepada para pembaca…semoga semua berada didalam keadaan sihat sejahtera…bulan seminar emas dah bermula…di sunway PJ dah berakhir….minggu nie 27/7 selasa akan diadakan di JA Residental Hotel di bandar JB….jadi jangan lepaskan peluang menghadiri seminar emas ini..ajak kawan ramai-ramai

oklah hari nie geng bukan nak menulis pasal hal seminar ataupun nak post artikal yg geng tengah draft sekarang tetapi satu kisah yang baru sebentar tadi di alami oleh geng…jika lihat tajuk pun pasti para pembaca dah boleh agak…hehehe…kisahnya begini…..

oleh kerana hari nie geng tiada kelas…kerja hakiki 1/10 dah selesai maka geng pun buatla kerja 9/10…iaitu mengemas kini katalog yang geng biasa buat..update pun bukan banyak sangat..cuma kepada diana siries sahaja…setelah selesai geng bercadang nak ke kedai printing kerana memang geng berhajat nak kesana…ada buku nak di cetak…jadi geng pergilah ke kedai cetak di bandar uda….

sampai di sana lepasa parking..port pulak bagus betul-2 depan kedai…jadi geng terus masuk dan jumpa bos kedai tue…akak tue sedang menyipakan satu tempahan flyer ditemani oleh tuan punya flayers berkenaan….lalu geng pun menegur….”salam akak…saya nak print digital….2 kertas A4 biasa ….6 kertas Art paper saiz A4 jugak…”…lalu akak tue pun ambil usb drive geng dan mulalah operasi mencetak….kertas pertama yg dicetaknya adalah poster iklan yg geng buat untuk seminar pada 27/7 nie…kemudian semasa nak print seterusnya..kertas pulak tak ada…lalu disuruhnya pekerja dia potong kertas…lalu geng pun dipelawa duduk sebentar….kemudian tuan punya flayer itu pun beralih ke printer dia tertarik dengan iklan yg geng buat..tak tahulah apa yg buat dia minat nak tengok…adakah disebabkan muka en.syukor, muka geng, isi kandungan iklan tue ataupun gambar emas-emas yg geng letak…entahlah…tetapi kemudian terkeluar satu ayat yg best…”semua orang boleh menjadi jutawan dengan emas” ayat ini dia baca dari iklan geng…lalu dia berkata..”iyer ke?”….”betul ke?” dia tanya kepada akak printing tadi…lalu akak pinting tadi pun berkata”nak tahu tanyalah tuan dia”…”siapa?” tanya akan flayer tadi….”tue…”..sambil menunjuk kepada geng yg sedang sedap membesarkan diri duduk diatas sofa….lalu geng hanya senyum….”kenapa tak percaya ke?..tanya la dia”…”nasib baik aku tak mengumpat tadi”…inilah antara perbualan yang sempat geng curi-2 pasang telingga…sekali lagi geng senyum…walupun dalam hati Allah sahaja yang tahu….

“kamu nie buat biz pelaburan macam mana?” akak tue tanya…lalu geng pun ceritakan yang geng jual emas….kemudian dia tanya “nak kena cari berapa orang baru nak jadi jutawan?”..geng terkedu sekejap…dalam otak geng, geng berfikir….dalam beberapa second geng jawab….saya tak buat biz macam tue cari-cari downline nie…saya jual emas sahaja…berniaga emas…macam biasa jual beli…tapi kalau ada orang nak jadi agen barang kemas saya dibawah saya saya akan tolong usahakan…

banyak ke untung berniaga emas ini? dengan mata mengiring macam menyindir….lalu geng kata..”boleh la akak”…berapa keuntungan tahunan? dia tanya lagi…lalu geng pun tanya semula…untung tahunan harga emas ke atau untung dari berniaga emas?…lalu dia kata…ada beza ke?geng jawab…ada…ada banyak…aka tahu tak macam mana tokey emas buat untung?akak tahu tak tokey emas boleh untung atas angin 11%-45%?akak tahu tak tokey emas boleh untung 27%-38% setahun tanpa berniaga emas?..inilah soalan-2 yang geng ajukan kepada dia…..lalu dia tanya..betul ke?macam mana tue? cerita sikit?…hmmmm geng mengeluh kejap..ambil nafas…sebab geng tahu..geng sebentar lagi akan buat mini seminar segera…

lalu geng pun cerita sedikit mengenai MO tokey emas….sambil tue geng minta kertas kosong nak buat kiraan……tokey emas ambil untung dari trade-in emas 11%-45% iaitu jika kita jual emas kita kepada tokey emas…tokey emas akan potong mengikut peratusan yg dia buat…kataknlah dia potong 30%….kemudia barang kemas itu jika tiada sebarang kerosakkan ..masih sempurna, tiada cacat…emas tadi service semula…kemudian akan diletakkan pada display…tokey emas takkan tulis yang dia jual barang kemas 2nd hand..lain la jual hendset…ada new set dan 2nd hand set…..katakanlah nilai emas yg dia tolek kepada kita berharga RM500 dia potong 30%…kita akan dapat RM350….kemudian katanlah ada orang datang nak beli…dia berkenan dgn brg kemas yg kita jual tadi…tokey emas akan kenakan harga semasa…katakanlah harga masih lagi RM500…kemudian dia akan tambah upah tukang…katakanlah RM90..jadi harga barang kemas dah mencecah RM590…jadi tokey emas dah untung atas angin sahaja….RM590-RM350=RM240 untuk satu urus niaga..kalau satu hari 10 urusniaga macam nak dekat raya ke hujung tahun ke?…kemudian…terkeluar satu perkataan dari mulut akak tue…”ohhhhh!!!”lalu geng pun meneruskan lagi penerangan geng….”itu baru hasil jualan…kalau hasil kenaikan harga emas..katakanlah kenaiikan harga emas semasa sehingga 20%….jadi keuntunganya adalah RM50%…kan banyak tue…”eh betul ke tidak wak nie…” akak tue kata..dia tak percaya..dia ambil kertas yang geng buat kiraan…dia mula buat pengiraan…

kemudia dia mula kata….tapi barang kemas pun akan turun harga kan….lalu geng berkata…betul harga akan turun..tapi adakah ianya akan turun macam barang lusuh?..lalu geng meneruskan lagi…geng berkata….”saya ambil contoh lagi…katakanlah saya ada kerongsang kristal bertakhtakan mutiara….harga RM2000″ …”kalau saya pijak-pijak kerongsang itu lalu saya jual..ada harga tak?”..lalu dia berkata dah takleh buat apa..buang sahaja”…kemudian geng berkata…”emas bagaimana?” kalau saya pijak-pijak..kemudian saya bagi kat akak, akak nak tak?…lalu dia jawab..”akak ambil”….kemudian dia diam sebentar….geng pun senyum…minda dia dah bukak….kemudia geng terangkan lagi…yang seminar ini adalah pecuma…nak buka minda mengenai emas, pelaburan, simpanan dan perniagaan emas….akak tue pun berminat nak datang…lalu geng bagi biz card kepada dia…..insyaallah dia kata dia akan datang…

untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca…akak tadi adalah seorang penjual aksesori wanita, kristas, mutiara dan silver….dia tenggah buat flayer untuk setkan sistem biz cara MLM…tengah cari agen-2..alhamdulillah satu minda dah buka…akak printing tadi pun senyum…dulu akak tue tak pakai barang kemas..semenjak geng menjadi pelangan dia..dah banyak barang kemas yg dia pakai…heheheh..aura emas….selepas siap cetak semua ..geng pun bayar..perhh RM8.90…hmmm tak apalah berbaloi..hehehe..

itulah kisah yang geng alami sebentar lagi…jika ada para pembaca berminat nak berniaga emas..ada modal mari sertai di bawah rangkaian geng916..jika modal tak cukup beli sahaja emas..boleh jadi agen dengan cara kumpul sikit-sikit…jangan risau geng akan memberi panduan kepada anda..ini kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

WASALAM

You may also like...

4 Responses

  1. ASAR says:

    seronok baca cerita geng ni. hang mmg pandai cerita geng.

  2. Admin says:

    terimakasih..kebetulan masa akupergi printing tadi tengah hari…balik opis terus taip…takut lupa..hehehe

  3. jafar says:

    pelik skit citer nie…tlalu sempurna. cm citer fantasi plak. herm????

  4. Admin says:

    Cerita benar memang sempurna..sebab dilalui sendiri oleh penulis…cerita fantasi adalah cerita rekaan, cerita cedokkan orang dll….tapi terpulanglah….yang tahu hanya Allah sahaja..

    kalau nak yakinkan orang kenalah bercerita dari pengalaman sendiri..jadikan diri sebagai ujian dan ujikaji…insyaallah

    ini kerana dosa dan pahala ditangung diri sendiri..dah lebih 16ribu orang baca artikal ini..buat apa tipu orang..nak ke minta maaf kepada 16ribu orang nanti…hehehe

Leave a Reply

Get Adobe Flash player