Bagaimana nak buat skim

assalammualaikum kepada para pembaca…apa khabar…diharap semuanya sihat..geng disini sihat sejahtera…harga emas dah naik..pergggg bestnya,,,Alhamdulillah semua dah gembira..hehhe bagi yg belum beli emas…saya cuma nak kata kasihannnnnn….

ok kali nie geng nak tunjukkan satu benda yg sempoi kepada para pembaca…yakni mengenaik SKIM…yup…skim..alah yg ramai orang masuk yg janjikan duit beribu-ribu..berjuta-juta tue…yang kononya tak payah buat apa-apa terus dapat duit…haaa…nak tahu macam mana diorang buat…mai sini geng nak ajarkan…betapa mudahnya nak buat skim..memang untung…tapi untung duniala..rugi diakhirat…

ok sistem yang diorang gunakan adalah sistem PONZI….skim ponzi nie dah lama wujud…kalau nak tahu..boleh baca http://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_scheme

skim ini adalah lebih senang melalui kaedah piramid…ok mai geng tunjukkan betapa mudahnya nak buat skim ini

biasanya pencetus projek ini adalah peniaga…kataknlah geng nak mencepatkan jualan emas geng…jadi geng perlukan pembeli…apa kata pembeli itu geng jadikan pencari pelangan dan terikat dengan sistem…hehehe ok mari kita lihat

ok sasaran geng adalah nak menjual emas 20g, 50g & 100g ..jadi macam mana geng nak buat….geng perkenalkan sistem kedai…..jadi kedai yang 1) untuk 20g …2) kedai 50g…dan kedai 100g

kemudian geng akan tetapkan….setiap kedai ada dibawahnya downline(kaki)…macam kedai 20g geng letakkan 2 kaki…….kedai 50g geng letak 4 kaki…..dan kedai 100g geng letak unlimited…maksudnya tiada had….supaya nanti sesiapa nak pilih terkena kepada orang yg tamak…jamin dia nak yg banyak…ini psyco….

jadi setiap orang yg memilih kedai geng akan bagi emas fizikal..oleh itu geng kena cari emas yg harganya murah dah boleh bagi pulangan kepada geng…hehehe…ok..contohnya geng ambil emas dari public gold…

ok..kita ambil contoh diatas..kemudia geng kena study harga emas dalam setahun…katakanlah harga emas dalam setahun maybe untuk 20g akan mencecah RM3000, 50g akan mencecah RM7500 dan100g RM14700….

untuk mengalakkan supaya mangsa-mangsa geng kelam mata…geng kena janjikan sesuatu…iaitu imbuhan…haaa…ini yg hebat nie…jadi geng pun rancang untuk upkan harga emas..jadi geng cari harga baru…geng pun gunala harga dari FGJAM…iaitu 1g emas 999 berharga RM151/g (boleh rujuk http://fgjam.org.my/)

jadi harga 20g dari angaran RM3000 akan menjadi RM3020….50g pulak dari RM7500 akan jadi RM7550 dan 100g pulak dari RM14700 kepada RM15100……jadi inilah harga setiap kedai yang harus dibeli jika nak sertai…jika geng rasa mahal…lalu geng perkenalkan pakaj permulaan kedai 1D….kedai 1 D adalah murah…iaitu geng ikut harga 1Dinar..jadi geng letakkan RM608…tapi hanya ada 1 kaki sahaja…disinilah mulanya penipuan yg terbesar abad ini

lalu geng pun maklumkanlah..kalau cari agen dibawah geng geng akan bagi RM100 untuk sesiapa sertai kedai 20g….cari downline dapat RM100 ..senang saja…..dan apa yg akan jadi…geng pun mulala lukis plan pemasaran keuntungan melalui skim ini….

setiap kaki yg beli 20g akan dapat RM100, kedai 50g RM150 dan kedai 100g RM250 (ini kena tinggi sikit untuk menarik perhatian mangsa)

ok dimana untungnya kepada geng…ok lihat harga sebenar emas PG…20g RM2881…jadi geng tetapkan untuk beli kedai 20g kena bayar RM3020…jadi geng dah dapat RM139…jadi RM100 geng bagi kepada agen yg join geng…RM39 geng ambil….dia seronok dapat seratus…geng untung RM39+dapat sale dari PG + komisyen 1.5%…= untung la….hehehehe sebab geng tak keluar modal pun RM100 itu adalah pendaftaran downline dibawah agen geng…faham?

ok kita ambil satu contoh lagi….agen A…..beli kedai 50g..ada 4kaki….dia dah bayar RM7500m kepada geng (dan dia dapat 50g berharga RM7168 )lebihan duit tue geng ambil..bernilai RM332…kemudian dia recruit kaki katakan 4 kaki tue semua beli kedai 20g..dia akan dapat RM400….jika geng nak membesarkan nya geng kena naikkan harga pendaftaran..supaya semua agen dari tingkat atas hingga ke bawah akan merasainya…

inilah yg berlaku sekarang….tujuan sipemangsa adalah nak lariskan jualan….dan bila buat skim ini…downline yg buat hal..sebab nak untung atas angin…

mungkin apa yg geng ceritakan ini anda tak faham atau pening macam serabut…tapi inilah contohnya…kerana…terlalu bergantung kepada orang…jadi nasihat geng jangan biarkan orang lain tentukan nasib kita…kita kena tentukan nasib sendiri…sebab Allah dah berfirman….Allah takkan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubah sendiri nasibnya….dalam hidup kita berkisar 3 benda sahaja…berusaha…berdoa dan bertawakal….mana ada duduk saja…tidur dan dapat untung….jangan salah faham dengan istilah pendapatan pasif….kalau nak dapatkan pendapatan pasif..kena usaha dulu…dan ingatlah.,..9/10 pendapatan datangnya dari perniagaan…

sekian..maaf jika anda baca anda tak faham…geng nak cerita dengan menaip susah..kalau cerita depan-2 senang..hehehe…fikirlah sebelum anda nak sertai sesuatu pelaburan….geng kasihankan anda kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

2 Responses

  1. Alhamdulillah,

    Emas ni ada bermacam2 teknik, dalam perniagaan emas juga tak dapat dinafikan ada orang menjadikan pelaburan emas ini sebagai skim, terpulanglah kepada kita bagaimana keuntungan yang kita nak samada secara halal ataupun haram, wajib sebagai seorang Islam mencari keberkatannya.
    Di bawah adalah link website UZAR berkenaan soaljawab berkenaan emas ini, harapan saya semoga dijadikan panduan, InsyaAllah

    Detail soal jawab di http://www.zaharuddin.net/content/view/286/93/

  2. Admin says:

    betul tue bro..carilah rezeki yg halal..jangan ambil kesempatan diatas usaha orang lain

Leave a Reply

Get Adobe Flash player