Ar-Rahnu = Loan Paling Menguntungkan

Assalammualaikum kepada para pembaca..geng berharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera…geng ingat nak tulis satu artikal..tapi bila dah terbaca satu artikal dari sahabat emas geng…geng ingat nak publish semula artikalnya dalam blog geng…ok 

Salam sejahtera, 

( sumber:-http://www.publicgoldsarawak.com/wordpress/2010/06/20/ar-rahnu-loan-paling-menguntungkan/

Pertama sekali kaedah ini hanya utk mereka yang mempunyai emas jongkong sahaja sebab Ar-Rahnu hanya terima emas fizikal, bukan emas dalam buku akaun seperti GIA atau Maybank Gold Investment.  

Ok, alkisah saya memerlukan wang untuk membiayai perbelanjaan membuat grill tingkap, pintu dan sebagainya yang memerlukan belanja kira-kira RM3,500. Since saya tidak mempunyai cash, saya menggunakan emas 50 gram yang ada utk dipajak gadai supaya memperolehi cash di tangan.  

So saya pergi ke Agrobank, setelah bersetuju dengan nilai pajakan sebanyak 60% daripada nilai marhum emas tersebut maka saya pun memperoleh cash di tangan sebanyak RM3,780.  

Setelah itu saya pun menyelesaikan urusan bayaran grill rumah. Settle part bayaran grill rumah.  

Persoalannya, kenapa saya nak pakai teknik pajak gadai, kenapa tidak apply loan sebanyak RM5,000 dengan bank yang menyediakan pinjaman peribadi.  

Untuk persoalan ini saya mempunyai beberapa jawapan:  

  1. Saya nak cash cepat, so bawa emas fizikal ke Agrobank tak sampai setengah jam dah dapat pinjaman. Tak perlu sign boss/ketua jabatan, tak perlu cop or bawa slip gaji. Hanya bawa ketul emas & sijil ketulenan.
  2. Nilai pinjaman saya kecil, kalau loan bank kemungkinan interest tinggi atau tak di approve.. (fuh masalah ni)..
  3. Tak nak mengamalkan Riba

Biasanya kalau kita buat personal loan, yang untung adalah semestinya pihak bank disebabkan caj interest mereka kita bayar lebih dari pinjaman kita.. At the end of contract kita sendiri boleh kira (12 bulan x RM*** x ** Tahun)..  

Berikut adalah kiraan menggunakan rate emas 999.9 Agrobank.. Bukak kalkulator anda:  

 Berdasarkan rate daripada Agrobank  

So daripada kiraan ini, untuk tempoh 11 bulan (Agrobank 6+3+2 bulan), saya hanya perlu membayar RM381.44 termasuk dengan upah simpan untuk menebus balik emas 50 gram saya tadi. (RM4,195.80 bahagi 11 bulan)  

So, mana untungnya Hafizul???  

Untungnya adalah, takkan dah lupa kot setahun emas naik secara purata dalam 30% setahun..  

Kalau berdasarkan kiraan nilai marhum RM6,300 x 30%… Nilai Marhum emas akan meningkat kepada RM8,190.00!!!~  

Pelik bukan, walaupun dlm keadaan berhutang pun nilai emas kita tetap naik.. Setelah menebus balik emas, kita dapat emas yang nilainya dah bertambah sebanyak 30% !!! Best tak simpan emas?? Bestttttt…….  

p/s: kita bandingkan kalau kita loan RM4,000 daripada bank A… Dengan kadar caj 5-6% setahun maybe total yang kita perlu bayar adalah RM4,200 sahaja.. Tapi setelah itu, kita tak dapat apa pun.. Sekadar berjaya membayar hutang.. =)  

Tapi dengan emas, setelah membayar sepenuhnya tebus balik emas.. Kita dapat balik emas yang nilainya 30% lebih daripada asalnya…   

Dah decide nak beli emas sekarang? Sila hubungi saya segera..  saya sedia membantu anda kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. 3 Comments »

Bagaimana nak buat skim

assalammualaikum kepada para pembaca…apa khabar…diharap semuanya sihat..geng disini sihat sejahtera…harga emas dah naik..pergggg bestnya,,,Alhamdulillah semua dah gembira..hehhe bagi yg belum beli emas…saya cuma nak kata kasihannnnnn….

ok kali nie geng nak tunjukkan satu benda yg sempoi kepada para pembaca…yakni mengenaik SKIM…yup…skim..alah yg ramai orang masuk yg janjikan duit beribu-ribu..berjuta-juta tue…yang kononya tak payah buat apa-apa terus dapat duit…haaa…nak tahu macam mana diorang buat…mai sini geng nak ajarkan…betapa mudahnya nak buat skim..memang untung…tapi untung duniala..rugi diakhirat…

ok sistem yang diorang gunakan adalah sistem PONZI….skim ponzi nie dah lama wujud…kalau nak tahu..boleh baca http://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_scheme

skim ini adalah lebih senang melalui kaedah piramid…ok mai geng tunjukkan betapa mudahnya nak buat skim ini

biasanya pencetus projek ini adalah peniaga…kataknlah geng nak mencepatkan jualan emas geng…jadi geng perlukan pembeli…apa kata pembeli itu geng jadikan pencari pelangan dan terikat dengan sistem…hehehe ok mari kita lihat

ok sasaran geng adalah nak menjual emas 20g, 50g & 100g ..jadi macam mana geng nak buat….geng perkenalkan sistem kedai…..jadi kedai yang 1) untuk 20g …2) kedai 50g…dan kedai 100g

kemudian geng akan tetapkan….setiap kedai ada dibawahnya downline(kaki)…macam kedai 20g geng letakkan 2 kaki…….kedai 50g geng letak 4 kaki…..dan kedai 100g geng letak unlimited…maksudnya tiada had….supaya nanti sesiapa nak pilih terkena kepada orang yg tamak…jamin dia nak yg banyak…ini psyco….

jadi setiap orang yg memilih kedai geng akan bagi emas fizikal..oleh itu geng kena cari emas yg harganya murah dah boleh bagi pulangan kepada geng…hehehe…ok..contohnya geng ambil emas dari public gold…

ok..kita ambil contoh diatas..kemudia geng kena study harga emas dalam setahun…katakanlah harga emas dalam setahun maybe untuk 20g akan mencecah RM3000, 50g akan mencecah RM7500 dan100g RM14700….

untuk mengalakkan supaya mangsa-mangsa geng kelam mata…geng kena janjikan sesuatu…iaitu imbuhan…haaa…ini yg hebat nie…jadi geng pun rancang untuk upkan harga emas..jadi geng cari harga baru…geng pun gunala harga dari FGJAM…iaitu 1g emas 999 berharga RM151/g (boleh rujuk http://fgjam.org.my/)

jadi harga 20g dari angaran RM3000 akan menjadi RM3020….50g pulak dari RM7500 akan jadi RM7550 dan 100g pulak dari RM14700 kepada RM15100……jadi inilah harga setiap kedai yang harus dibeli jika nak sertai…jika geng rasa mahal…lalu geng perkenalkan pakaj permulaan kedai 1D….kedai 1 D adalah murah…iaitu geng ikut harga 1Dinar..jadi geng letakkan RM608…tapi hanya ada 1 kaki sahaja…disinilah mulanya penipuan yg terbesar abad ini

lalu geng pun maklumkanlah..kalau cari agen dibawah geng geng akan bagi RM100 untuk sesiapa sertai kedai 20g….cari downline dapat RM100 ..senang saja…..dan apa yg akan jadi…geng pun mulala lukis plan pemasaran keuntungan melalui skim ini….

setiap kaki yg beli 20g akan dapat RM100, kedai 50g RM150 dan kedai 100g RM250 (ini kena tinggi sikit untuk menarik perhatian mangsa)

ok dimana untungnya kepada geng…ok lihat harga sebenar emas PG…20g RM2881…jadi geng tetapkan untuk beli kedai 20g kena bayar RM3020…jadi geng dah dapat RM139…jadi RM100 geng bagi kepada agen yg join geng…RM39 geng ambil….dia seronok dapat seratus…geng untung RM39+dapat sale dari PG + komisyen 1.5%…= untung la….hehehehe sebab geng tak keluar modal pun RM100 itu adalah pendaftaran downline dibawah agen geng…faham?

ok kita ambil satu contoh lagi….agen A…..beli kedai 50g..ada 4kaki….dia dah bayar RM7500m kepada geng (dan dia dapat 50g berharga RM7168 )lebihan duit tue geng ambil..bernilai RM332…kemudian dia recruit kaki katakan 4 kaki tue semua beli kedai 20g..dia akan dapat RM400….jika geng nak membesarkan nya geng kena naikkan harga pendaftaran..supaya semua agen dari tingkat atas hingga ke bawah akan merasainya…

inilah yg berlaku sekarang….tujuan sipemangsa adalah nak lariskan jualan….dan bila buat skim ini…downline yg buat hal..sebab nak untung atas angin…

mungkin apa yg geng ceritakan ini anda tak faham atau pening macam serabut…tapi inilah contohnya…kerana…terlalu bergantung kepada orang…jadi nasihat geng jangan biarkan orang lain tentukan nasib kita…kita kena tentukan nasib sendiri…sebab Allah dah berfirman….Allah takkan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubah sendiri nasibnya….dalam hidup kita berkisar 3 benda sahaja…berusaha…berdoa dan bertawakal….mana ada duduk saja…tidur dan dapat untung….jangan salah faham dengan istilah pendapatan pasif….kalau nak dapatkan pendapatan pasif..kena usaha dulu…dan ingatlah.,..9/10 pendapatan datangnya dari perniagaan…

sekian..maaf jika anda baca anda tak faham…geng nak cerita dengan menaip susah..kalau cerita depan-2 senang..hehehe…fikirlah sebelum anda nak sertai sesuatu pelaburan….geng kasihankan anda kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. 2 Comments »

DINAR EMAS:- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia)

Assalammualikum kepada para pembaca..disini geng nak kongsikan dengan para pembaca nukilan dari Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir pada November 2008

sumber :-http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/11/dinar-emas.html#comments

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Usha-usha Kedai Emas di JB dan Skudai

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…hmmm sudah setengah tahun geng berkecimpung dalam emas nie..dan geng tak sangka dalam banyak-2 bidang lapangan yang geng sertai, emas yang paling menonjol…hebat betul elemen ciptaan Allah ini…ini kerana seperti yg geng cerita, geng nie dah banyak kali gagal dalam sesuatu usaha untuk menambahbaik kehidupan..MLM bungkus 2 x pulak tue…jual Laptop takleh blah…repair PC ashik rugi sebab tak sampai hati nak ambil upah mahal..hmmm jadi lepangan-2 ini tak bertahan lama dan tak nampak hasil…tapi dengan biz emas nie..luar biasa..hehehe bayangkanlah hanya beberapa bulan sahaja geng dah jadi master dealer…hmmm terima kasih geng ucapkan kepada pihak Public Gold yng diterajui oleh Mr Louis Ng kerana menyediakan peluang-peluang seperti ini, geng berharap akan ada pihak yang akan mengambil contoh dari syarikat public gold ini.

dalam masa berkecimpung dalam arus emas banyak pengalaman-pengalaman yang geng perolehi terutama tentang emas la..tentu sekali…ilmunya, produknya dan pengunaannya…senang cakap..macam-macam ada..terima kasih kepada En syukor admin Jutawan Emas  dan Mohd Fazli (pokli) dengan bimbingan mereka geng berada di tahap ini dan tak lupa kepada rakan-rakan agen Public Gold, dengan perkongsian dari pengalaman mereka , geng berevolusi, tak lupa kepada pelangan-2 geng dan yang paling penting kepada Staff Public Gold sendiri dengan bantuan ada kerja geng menjadi mudah

dalam tempoh ini geng jugak dapat kenal kedai-kedai emas dengan lebih mendalam…geng dah kenal dengan Habib Jewel, Poh Kong, Wah Chan, D’Gem dan Puteri Jewellery yang semuanya terletak di sekitar JB dan Skudai, alhamdulillah dengan ilmu emas yg ada geng dapat masuk kedunia mereka, 

seperti baru-baru ini geng ada berjumpa 2 orang pelangan di jusco Tman U skudai…lepak sekejap di Sedap corner dalam jusco…sedap betul ice lemon tea disitu…boleh lepak lagi…dalam jusco ada Kedai Emas Poh Kong..bawa client ke situ saja nak servey…Poh Kong jual Gold Bar Bunga Raya dan gold bar tue diaorag leminate tebal…mengikut maklumat yg diberi oleh juru jual..kalau jual semula gold bar itu dipotong 20%….lagi murah dari habib jewel angsana sebab potong 30%….kalau emas bar lain pun Poh Kong akan potong 20% tapi tidak untuk jewellery…tapi kalau plastik laminate itu di buka…dikenakan bayaran tambahan extra untuk leminate semula…Poh Kong juga ada jual 1gram…harga ikut FGJAM…sekarang RM151/g..tapi hanya untuk 50g keatas sahaja..dibawah berat 50g ada kos tambahan…contohnya gold bar 1g..dijual dengan harga RM161/g..dia cakap ada kos upah…hmmmm mcm-mcm…emas Public Glod jugak best…

kenapa best?

1)perbezaan harga diantara emas yang di jual di PohKong dan Public Gold jauh berbeza, Poh Kong ikut harga FGJAM RM151/g dan manakala Public Gold kut harga antarabangsa yang pada masa tue RM143/g..hmmm jauh beza tue RM8/g..kalau 100g…mahu beza RM800 boleh beli dinar tue…rugi——

2)susut nilai…susut nilai Public Gold adalah diantara 5%~6% sahaja….tapi di pohkong RM20% dah la tue kalau laminate terbuka kena bayar untu laminate pulak..dan kena kapak lagi..rugi-rugi

hmmm amacam..tak percaya..anda pembaca boleh pie servey sendiri..jadi kesimpulan yg dapat geng katakan kesemua kedai emas diatas mengunakan rujukan harga dari FGJAM dan susut nilai mereka adalah diantara 18%~30% ..ok selamat beramal..hehehe…kalau ada apa-apa jangan malu-malu untuk hubungi geng kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. 3 Comments »

Jurus Emas Geng916:- Kaedah simpanan emas 3 kali pajak

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian..diharap para pembaca berada didalam sihat sejahtera…geng berasa sangat gembira setelah mendapat tawaran sebagai MASTER DEALER Public Gold…ini merupakan satu pencapaian dalam hidup geng ..yelah setelah beberapa kali melalui kegagalan, tak sangka pulak kejayaan didalam bidang emas ini sebagai pengajar emas,penasihat, pemudah cara, penjual, dan pembeli emas memberi satu peluang kepada geng untuk meningkatkan ekonomi geng…alhamdulillah syukur kepada Allah…

kali ini geng nak mengajar sesuatu kepada para pembaca dan peminat emas…geng tahu walupun para pembaca teringin nak jadi dealer Public Gold tetapi tidak cukup modal..tapi jangan jadikan ini alasan untuk tidak menyimpan emas…kali nie geng nak ajar satu teknik dalam jurus emas geng..hehehe macam cerita pendekar pulak..hehehe

ok jurus ini hanya untuk individu atau keluarga ataupun kumpulan untuk menyimpan emas sahaja…dan mesti ada emas fizikal..hehehe emas maya…sorry tak layan…sebab kena guna arrahnu jadi sebelum nak guna kaedah ini silalah belajar ilmu arrahnu dulu ataupun fahami konsep dan kenal ar-rahnu yg anda nak lakukan ..dulu geng dah ceritakan mengenai kaedah ini (SILA RUJUK:- Dapat RM6000 dalam 20 minit…..Modal 20g..dapat 6 Dinar)…ini umpama ulangkaji dan keputusan hasil ujian yang geng lakukan kepada geng dan seorang pelangan geng..

dahulu semasa geng perkenalkan kaedah ini…ramai orang bagi komen dan kritik…ada yang membina dan ada yang menghina sindir…biarlah geng malas nak layan..sebab geng tahu kaedah ini adalah yg terbaik..sebab kalau kita ada fakta dan terbukti kita boleh yakin..berbanding dengan orang yg suka mengkritik sedangkan beliau tidak alaminya sendiri…hehehe biarlah…banyak complaint tapi kerja tak jalan tak guna jugak…ok

mari kita lihat gambar dibawah ini:-

baik apa yang kita lihat di atas adalah satu gambar flow pejalanan proses pajakkan yang dilakukan oleh salah seorang pelangan geng dan dia adalah sub-agen geng

proses ni dilakukan pada 1 hb April 2010 dan mari kirakan serba sedikit

saudara yazid telah memajak 20g milik beliau setalah dia beli emas dengan geng….jadi nilai pinjamannya adalah RM1800 dengan upah simpan sebulan RM19.40….dengan duit ini en yazid membeli lagi emas dengan geng tapi bukan gold bar tapi dinar..dia membeli 1 dinar 3keping…yang berjumlah RM1638…kemudia en yazid pajak semula 3 keping 1 dinar tadi dan mendapat RM1050 dengan upah simpan RM11.30/bulan…

dengan duit tadi beliau membeli lagi 2 keping 1 dinar berjumlah RM1092 …kemudian dia pajak 2 keping 1 dinar tadi dan medapat pinjaman RM700 dan dengan duit ini en yazid membeli emas 1 dinar dari geng juga…

jadi jumlah pajakkan yang beliau buat adalah 3 kali….dan dengan 20g beliau ada 6 keping 1 dinar…5 dinar dipajak 1 dinar disimpannya…buat ibu emas hehehe

jadi rumusannya

jumlah tempoh matang adalah 6 bulan dan bayaran bulanan (geng suka amalkan bayaran bulanan agar mendisiplinkan diri)

Emas 999.9 20g

jumlah pinjaman RM1800 …. bulanan 1800/6 = RM300/bulan

upah simpan RM19.40/b …. jadi selama 6 bulan ..19.40 x6 = RM116.40 (untuk 6 bulan)

Emas 1 dinar 3 keping

jumlah pinjaman RM1050….bulanan 1050/6=RM175/bulan

upah simpan RM11.30/b …. jadi selama 6 bulan…11.30×6= RM67.80 (untuk 6 bulan)

Emas 1 dinar 2 keping

jumlah pinjaman RM700….bulanan 700/6=RM116.70/bulan

upah simpan RM7.53/b …. jadi selama 6 bulan…7.53×6 = RM45.18 (untuk 6 bulan)

 

jadi jumlah bulanan yang perlu dibayar oleh en yazid:-

RM300+RM175+RM116.70 = RM591.70 sebulan (selama 6 bulan)

pada akhir penebusan saudara yazid kena bayar upah simpan sebanyak:-

RM116.40+RM67.80+RM45.18 = RM229.38 (dibayar semasa menebus emas)

En Yazid mula pajak pada 1hb april 2010 dan dijangkakan akan tabus pada bulan September nanti

jumlah emas permulaan beliau:-

Emas 999.9 20g = RM2639

Emas 916 1 Dinar = RM546 sekeping….6 keping = RM3276

jadi jumlah semua emasnya = RM2639+RM3276 = RM5915

sekarang 13 june…2 bulan selepas pajakkan berapa nilainya sekarang?

Emas 999.9 20g = RM2881

Emas 916 1Dinar = RM595…x6 =RM3570

jumlah nilai emas beliau terkini= RM2881+RM3570 = RM6451

keuntungan beliau adalah RM 5915 – RM 6451 = RM536…perggg baru 2 bulan…tak untung ke?

hmmmm bagaimana dengan geng yang mula simpan pada bulan 3…

geng biarkan kepada anda untuk kirakan sendiri..harga emas semakin naik…jangan tunggu lagi…jangan bagi alasan untuk tunggu harga turun…lebih baik beli jika ada duit…kalau takleh buat cara ini ada banyak cara lain..hanya perlu tanya saja…tanya siapa? tanyalah geng…geng sedia membantu anda kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

0134353317

Posted in Uncategorized. 7 Comments »

Panduan nak jadi Dealer Public Gold cara GENG916 RAKAN EMAS ANDA

Assalammualaikum kepada para pembaca dan peminat emas…semenjak public gold mengumumkan promosi diskaun untuk jadi dealer…ramai orang yang menghubungi geng nak jadi agen tapi modal tak cukup..macam-macam rungutan ada…jadi disini geng nak bagi beberapa tips/panduan/cara/kaedah bagaimana nak ada modal untuk jadi dealer public gold…sebelum tue geng nak perjelaskan sesuatu

AMARAN KAEDAH YANG AKAN GENG TUNJUKKAN INI BUKAN SEMUA ORANG BOLEH IKUT..BERGANTUNG KEPADA KEADAAN MASING-MASING..FAHAM!!!!!

ok jika dah faham dan jelas jadi geng akan mulakan…tapi sebelum itu mari kita baca dulu syarat-syarat untuk jadi agen

syaratnya adalah untuk jadi dealer…seseorang itu mesti membeli mana-mana produk-produk dari PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN.BHD a.k.a Public Gold yang bernilai RM20000.00 termasuk kos pengangkutan

diantara produk itu adalah bullion gold 999.9, gold coin 999.9, dinar coin, silver bar999.9 dan barang kemas 916….boleh campur…tiada masalah janji mencukupi atau melebihi RM20,ooo.00, boleh bayar terus/dengan mengunakan easy payment dengan membayar 4 kali

ok sekarang dah faham syaratnya..jadi mana nak cari RM20K tue?

baik disini geng nak cerita sikit…hanya orang yg betul-2 nak jadi dealer saja iaitu nak berniaga emas sahaja yg boleh guna kaedah ini….

dalam malaysia ada 3 jenis golongan pekerja…1)kerja gomen..2)kerja swasta…3)kerja sendiri

macam kerja gomen..diorang sangat senang sebab boleh buat loan bank…sebab bank sayang dengan orang gomen…berlumba-lumba bank nak bagi..ceria saja jika orang gomen ke bank nak buat loan…selain guna duit sendiri orang gomen boleh buat loan…jadi tiada masalah…yg masalah jika dah takleh buat loan..mcm mana tue…ok nanti geng cerita

orang swasta pulak kalau nak buat loan pulak agak sukar sebab tak semua bank nak bagi..kecuali bank tue dah ada MOU dengan syarikat..kalau dapat buat pun kena ada penjamin dan jumlah hanya 5 bulan gaji sahaja…jadi harapan kepada KWSP…tue pun bukan boleh keluar untuk beli emas…beli ASB boleh la…hmmm kesian orang swasta..

bagi orang kerja sendiri pulak lagi susah tapi bergantung la..kalau income sehari seribu…masyuk tue..lagi masyuk dari org gomen dan swasta kerana berniaga….jual cucur udang pun kaya…jadi setiap orang ada masalah masing-masing…cuma jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk berjaya…

sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita buat untuk membolehkan diri kita jadi Dealer Public Gold…tapi geng hanya akan menerangkan kaedah yg geng rasa sesuai sahaja…antaranya

1)OPM

-buat OD bagi yg ada simpanan ASB yg bukan jenis pinjaman

-kredit card…daftar credit card banyak-2..5 keping yg limit RM4K..beli guna credit card…dapat emas…pajak..bayar credit card dgn duit pajak td…atau jual emas tadi walupun emas dah tak ada…janji dah jadi  dealer

-buat loan ah long…jangan cari pasal

-Loan dari bank/koperasi jika layak

2)melalui Rangkaian GENG916 (maaf geng tak sediakan pinjaman wang…aku bukan ahlong/ceti  hehehe)

melalui geng, geng sediakan peluang…caranya mudah…jadi saja sub -agen geng916..bagaimana nak buat?

jika anda ingin menjadi dealer PG..geng yakin anda dah ada ilmu pasal emas…jadi anda hanya perlu mencari pelangan untuk membeli produk PG melalui geng916…

contohnya…jika anda dapat cari pelangan katakan 5 orang setiap orang nak beli emas ..barang kemas ke, dinar ke, ataupun gold bar…janji sudah kumpul sampai 20K…jadi bila geng order kepada PG…geng akan daftarkan atas nama anda…cuma geng yg beli…jadi rekod pada PG adalah anda yg beli…FAHAM? mudah saja… ini caranya..jadi ceritalah, sampaikanlah ilmu emas…tapi pastikan anda ada emas dulu…baru boleh yakinkan orang

3)pakat la dengan isteri, saudara mara atau rakan taulan untuk jadi agen…

ok ini 3 cara yang geng perkenalkan kepada anda para pembaca…ingat fikir cara yang terbaik untuk jadi terbaik…geng sedia membantu anda kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. 13 Comments »

Tawaran memenuhi kekosongan jawatan

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian, geng berharap para pembaca sihat sejahtera…amacam masih ragu-ragu mengenai emas?hmmm terpulanglah ..siapa yang simpan emas dia akan rasa dan tahu kelebihan emas..siapa yang tidak menyimpan emas lagi tiadak akan faham apa yang dirasai oleh penyimpan emas…

ok disini geng nak iklankan satu tawaran (lihat gambar)

 yup ini peluang yang geng sediakan kepada para pembaca…bagi yang mampu boleh jadi agen terus bagi yang tak mampu boleh jadi sub agen…silap-2 jadi agen hehehe…ada caranya…nanti geng ceritakan dalam artikal yag akan datang artikal ini gang cuma nak bagi tawaran dan peluang kepada para pembaca.

ya geng akan bagi komisyen kepada agen dan sub agen…inilah cara geng…buat apa geng nak makan sorang-2 baik berkongsi kebetulan geng telah dilantik menjadi master agen jadi bagi geng ini adalah tangungjawab yang geng harus pikul…kongsep GENG916 RAKAN EMAS ANDA adalah mudah…ianya berpaksikan networking, sharing is caring, kerjasama, dan integriti….jika hendak menjadi rakan rangkaian geng916 kena ikut ini..tujuannya adalah demi melindungan agen-2 geng dari menjadi tepu….kerana dalam mana-2 pendapatan dengan menjadi agen satu-2 syarikat akan sampai masalah..masalah yang saya masudkan apabila terlalu ramai agen dalam satu kawasan…selain itu jika agen 1 dapat pelangan dan dia nak emas segera sedangkan agen 1 emas dah tiada…agen 1 boleh beli emas dari agen 2 dengan diskaun berpatutan..dll..ini yg penting kerana pelangan harus diutamakan…sebab kebanyakkan kita buat part time sahaja…mana sempat nak ambil stok di bandar sunway…kos tinggi nanti…dll banyak nak geng ceritakan…

disini jugak GENG916 dengan ini ingin mengumumkan :-

Berkuat kuasa serta merta…tawaran kepada sesiapa berminat nak jadi agen Public Gold…dibawah rangkaian GENG916 akan mendapat CD/DVD agen kitt+E-Catalog (RM10)+Buku resit (RM15)=percuma (BULAN INI SAHAJA),
kepada sesiapa yg berminat menjadi sub agen(kena ikut syarat GENG) akan mendapat RM20 setiap pelangan baru, dan kepada 4 orang agen dibawah geng916…meraka akan dibekalkan dengan uncang kulit emas percuma(RM30)..
semua ini adalah untuk mengenang jasa para pelangan dan agen-2 dibawah rangkaian GENG916,,INI KERANA GENG916 RAKAN EMAS ANDA
 
Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Public Gold kerana menawarkan title ini…satu penghargaan tak lupa jugak kepada MAHAGURU Syukor Hashim,My mentor Mohd Fazli a.k.a POKLI, geng-geng emas yang lain…ramai…pokya,jeman,pawi,en danel, fitri,faez,dlll ramai…sangat ramai..kerana membimbing dan berkongsi ilmu dengan geng..terima kasih…taklupa kepada semua pelangan-pelangan geng yg berurusan dengan geng916…terima kasih
Akhir sekali geng nak mengucapkan selamat datang kepada agen baru geng916 saudara Roslan Ahmad…agen public gold dibawah geng916 area utara
 

 

 jadi jika anda ingin mengikut jejak saudara roslan dan 3 lagi rakan geng 916 hubungi geng di 0134353317 anda pasti takkan menyesal kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

DAULAT TUANKU…

Patik admin GENG916 ingin mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan resmi tuanku 2010…semoga Allah melimpahi rahmat , kekuatan, keimanan dan memberi kerajaan yang baik adil dan saksama kepada tuanku…DAULAT TUANKU

Posted in Uncategorized. No Comments »

Tawaran Peluang Perniagaan Menjadi Tokey Emas

Assalammuallaikum kepada para pembaca….adakah anda dah baca semua artikal geng pasal emas?adakah anda ingin memulakan perniagaan emas anda? ini adalah rezeki anda kerana ada peluang perniagaan menjadi Agen Public Gold yang sah di bawah rangkaian GENG916…adakah anda berminat?

sebelum ini kos untuk menjadi agen hanya sekitar harga emas semasa RM41K dengan membeli 7 item emas public gold iaitu emas 999.9 20g,50gx2 & 100g…emas 916 1 dinar, 5 dinar & 10 dinar…

tetapi untuk bulan 6 (june) 2010 ini Public Gold menawarkan peluang perniagaan emas dengan modal emas RM20k..tak kira apa jenis produk emas jongkong,syiling emas, syiling dinar, silver & barang kemas..asalkan ianya mesti produk Public Gold dan nilainya mesti RM20k termasuk kos pengangkutan

dibawah adalah salinan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd

DEALER RECRUITMENT DRIVE

With effective from 1st June 2010, Public Gold will have its promotion plan exclusively for our customers to become our Dealer. The initial purchase of RM40,000.00 has been reduced to RM20,000.00 for the Dealership. Grab an opportunity now as this promotion is for a limited time only. For more information, customers and dealers are encouraged to contact us at 04-6449999. 

Dealership = Initial Stock of RM40,000.00  but now RM20,000.00

atau untuk keterangan lanjut boleh hubungi geng di 0134353317 dan jika anda ingin menjadi salah seorang agen dibawah rangkaian geng..sudah tentu boleh..mari kita mulakan perniagaan untuk menjana pendapatan kita ..kerana perniagaan emas amat menguntungkan…

setelah menjadi agen geng..geng akan bekalkan kitt untuk agen, khas, yg geng beri kepada agen dibawah rangkaian GENG916..kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. 16 Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes