Pelaburan Belian

Assalammualaikum…kepada para pembaca blog geng916 selamat datang…Selamat Hari Ibu Geng ucapkan kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana…tak lupa jugak kepada ibu geng…tanpa ibu siapalah geng…

Hmmm bagaimana dengan simpanan emas anda?..hmmm dah bertambah ke?atau masih 1 dinar lagi? bagi yg dah mula menyimpan dan mengandakan emas, mereka sekarang ini sedang mengecapi kenikmatan kenaikan harga emas, bagi yg masih bersikap tunggu dan lihat…dan bersikap menunggu harga turun….geng nak cakap…sesungguhnya adan berada didalam golongan orang yg kerugian…

geng faham kenapa anda bersikap sedemikian…ini kerana anda tidak yakin kepada potensi emas…anda lebih suka lihat dgn depan mata anda walaupun fakta-2 dan bukti-2 ditunjukkan anda tetap tidak percaya..anda nak alaminya sendiri…jadi sekarang selamat mengharunginya…tindakkan anda seterusnya terpulang kepada anda…tapi jika selepas ini anda mengeluh kerana harga emas dah naik…maafkan geng kerama ini adalah pilihan anda…tapi jangan  risau geng boleh bantu anda memiliki emas..melalui bayaran ansuran…

ada jugak diantara kita ini yg sukakan pulangan jangka pendek seperti kaum cina yg sukakan pelaburan yg akan bagi kepulangan interest setiap bulan….bagi kita org islam tak boleh ikut..sebab kita org islam berdosa jika kita amalkan riba…sebab tue lah orang kita terlalu senang di tipu..dari dulu lagi…semasa skim cepatkaya saham pakman tello, skim Perniagaan MLM,skim ternakkan kambing lintah cacing maya, sekarang skim pelaburan emas yg dikatakan beli emas dapat pulangan setiap bulan dalam bentuk interest…semua mangsa adalah kaum melayu…kerana ada segelintr orang kita yg salah tafsir istilan pendapatan pasif….apa bila salah tafsir…maka wujudlah budaya 4D apa itu …DUDUK DIAM DAPAT DUIT…..inilah dia budaya yang bagi geng celaka+sial+bodoh+bangang+bahlulu (maaf sebab terkasar bahasa…geng geram)…semuanya bermula dari sikap malas berusaha….ya..MALAS…kalau ada sifat nie dalam nak cari income tambahan..wujudlah 4D tadi….

Ada jugak segelintir orang yg memiliki sikap yang takleh tengok orang lebih sikit…kalau org ada kereta wira…dia beli exora….orang beli honda dia beli bmw…last sapa untung?hmmm fikirlah…buatlah pengkajian dulu..tanya pendapat org…

ok habis tazkirah kita tadi…sekarang kita kembali ketopik asal yg geng nak cerita

harga emas semakin naik…sudah cecah usd1200/oz berbanding dengan awal thn yg paling rendah usd1043/oz….kenaikan melebihi 10% dalam masa 5 bulan…ada lago separun tahun…mungkin kita akan lihat usd 1300/oz thn nie dan mungkin thn depan harga emas mencecah usd1500/oz wauuuuu siapa sangka…jadi teruskanlah menyimpan emas…bagi yg belum menyimpan buatlah simpanan…tak 100%…70% pun dah ok…janji simpan emas…geng sedia membantu anda ..dengan mengajar kaedah-2 simpanan dan mengandakan emas..dalam keseronokkan kita menyimpan emas..sedarkah anda emas semakin berkurangan?yaa..emas dunia semakin berkurangan..kerana org dah mula meyimpan emas…oleh itu emas akan jadi lebih berharga…disebabkan ini ramai pelabur-pelabur mambanyakkan portfolio-2 mereka dalam pelaburan…contohnya dalam komuditi….pelaburan terhadap logam-2 bernilai semakan banyak..selain emas, silver jugak digalakkan disimpan…eropah sedah cuba menambah pasaran logam agar beberapa logam menjadi logam yang bernilai…seperti platinum dan palladium..logam lain seperti titanium hanya akan bernilai setelah diproses….

semalam semasa geng hendak menghantar emas kepada pelanggan geng singgah di sutera mall JB…di dalam tue geng singgah di satu kedai emas bernama De’Gem…disitu selain menjual barang kemas ..kedai itu jugak jual  emas pelaburan gold bar pump suisse…dan Berlian…ya..berlian…batu yg mcm kaca yg berkilat-kilat tue…berlian telah dijadikan bahan pelaburan sekarang…berlian lebih mahal dari emas…

ok berlian dinilai mengikut 4Cs….iaitu CUT, CARAT, CLEARITY,COLOR & SHAPE…semalam geng melihat berlian  bernilai RM13K…..besarnya hanya lebih kurang diameter 5mm….bayangkanlah berlian sebesar itu harga hampir RM13k…pergggg mashuk gila…

tetapi ada beberapa pekara..yakni lebih banyak kena tahu pasal berlian dari emas…kalau kita beli emas..harga emas hanya ditentukan dengan berat dan ketulinan sahaja…dan harga berubah setiap saat….berlian tidak..geng difahamkan oleh penjual itu…harga berliandisemak setiap 6 bulan dan nilai sesuatu berlian bergantung kepada 4Cs tadi…dah la tue…untuk memiliki ilmu 4Cs ini…sesorang itu harus memiliki alat-2 yg mampu menguji 4Cs tadi…kena ada mesin la jawab nya…kalau emas satu mesin saja…atau buat sendiri pun boleh..hehehe….dan seseorang itu mestilah seorang ahli gemologikal bertauliah untuk menilai berlian ini…kalau pergi kedai emas seperti pohkong diorang guna satu alat diamond tester untk menguji kekerasan berlian tadi…alat sebesar hanset harga RM1200 lebih

oleh sebab susah dah leceh proses penilaiannya…jadi pakagingnya pun macam emas..dileminate dan disertakan dengan sijil ketulinan dari pengeluar…contoh pengeluar adalah dari International Gemological Institut  http://www.igiworldwide.com/indexB.htm dan berlian jugak ada sistem jual beli…jika berlian ini dibuat cincin…sijil akan disertakan sekali

berlian amat mahal kerana kos nya amatlah tinggi..kos untuk mendapatkan 4Cs tadi…sebab tue harganya melampau-2….sebab tue jika berlian itu berubah ada perubahan harga yg drastik berlaku…dan kalau anda lihat di kedai emas biasanya diorang takkan kira batu berlian jika kita jual semula barang kemas kita…tetap ambil emas jugak..tapi bila jual semula diorng tambah harga sebab berlian…hehhe bijak-2 jadila tokey emas…

ok selain itu ada jugak beberapa isu pasal berlian…yg porpular adalah terdapat 2 jenis berlian…satu berlian bumi dan satu lagi berlian angkasa…yg melalui meteor yg jatuh ke bumi…harga berbeza tapi spec sama..hehehe…pelikkan…nie tak kira berlian sentetik yg lebih hebat dari berlian asli….hmmmm mcm-mcm…untuk bacaan lanjut layari laman ini http://hubpages.com/topics/fashion-and-beauty/jewelry/diamonds/1333

ok setakat ini saja coretan geng…jika sesiapa nak main berlian dan taknak main emas silakan….tapi geng cuma nakkan ilmunya sebab geng tak yakin dengan berlian sebagai simpanan tapi kalau nak jual barang kemas berlian atau batu permata memang untung…..tapi dari segi simpanan pelaburan geng yakin kepada emas dan perak seperti yg di sabdakan oleh rasulullah:-

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

oleh itu geng takkan berubah ….tapi ilmu kena ada la..hehehe….ok..sehingga dilain waktu…sekian assalammualaikum..selamat menyimpan emas…nak emas boleh call geng…nak bayar bulan pun boleh tapi ikut stock….ok..bye..bye..

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player