Mengenai Ar-Rahnu yang patut anda tahu…

Assalammualaikum dan 1 Malaysia kepada anda semua pengunjung laman blog Geng 916…sudah masuk bulan 5 dan hampir pertengahan tahun..sudahkan anda menyimpan emas?belum lagi?tunggu harga emas turun ke?hmmm silakan…geng tak menghalang…kerana dilihatkan trend harga emas sekarang sedang mula menaik…sebab bagi geng..jika harga emas dalam masa sebulan/30hari harga 20g adalah RM2700 bermakna harga emas sudah mula naik…sekarang dah RM2711…

dah lama geng tak update blog nie..bukannya apa…sebenarnya geng nak cari sesuatu kepastian tentang ar-rahnu…dan sekarang geng rasa dah cukup untuk ceritakan kepada para pembaca peminat emas. geng rasa geng kena ceritakan jugak..jadi sebelum nak cerita kena cari info dulu..hmmm macam wartawan pulak…tak apalah..sekadar nak berkongsi ilmu…

ok jika dilihat dari artikal-2 geng yang lepas geng banyak menekankan membeli emas melalui ar-rahnu…ramai dah cuba dan ramai yg berjaya ..tapi ada yang tak berapa bernasib baik…tak bernasib baik bukan bermaksud kaedah tak betul..cuma pengiraan salah..jadi di sini geng nak menerangkan beberapa pekara yang penting dan saya rasa anda patut tahu pasal Ar_rahnu…ini pun geng dapat dari beberapa agen PG, kaki pajak dan pegawai ar-rahnu sendiri..apa yang geng tulis ini tak semestinya betul dan tidak mewakili semua ar-rahnu diseluruh malaysia dan dunia harap maklum anda di galakkan berusaha mencari kepastian sendiri..ini cuma panduan sahaja dari pengalaman geng dan rakan-2 yg lain

pekara yang harus anda tahu sebelum buat pajakkan:-

  1. tujuan anda buat pajakkan…
  2. lokasi pajakkan..pastikan ianya betul-betul ar-rahnu ..bukan ambil nama sahaja..
  3. emas yang diterima untuk gadaian
  4. nilai gadaianya.. tidak semua ar-rahnu mengunakan nilai bagai nilai gadaian emas yang sama
  5. nilai marhum
  6. upah simpan (ini sangat penting kerana kaedah pengiraan upah simpan bagi semua ar-rahnu tidak sama…ada yang sampai 2% sila hati-hati)
  7. tempoh matang dan tempoh gadaian
  8. memiliki kaedah pajakkan semula jika kita tidak mahu tebus emas dalam masa terdekat
  9. service yang mudah

ini adalah serba sedikit apa yang perlu anda ambil berat..ok panduan buat pajakkan

  1. cuba belajar sistem gadaian dulu di sesebuah ar-rahnu
  2. gunakan emas seperti 1 dinar/barang kemas yang kurang dari 5g
  3. buat pekiraan dahulu sebelum pajakkan…atau minta pegawai ar-rahnu buat kiraan..jika kita mampu baru teruskan memajak…ukurlah baju dibadan sendiri
  4. jika anda seorang penjual emas atau individu yg sentiasa perlukan emas..anda tidak digalakkan memanjak emas anda dalam satu pajakkan..contohnya kalau ada 3 keping 1 dinar..jangan pajak dalam satu surat..digalakkan di pajak setiap satu..satu surat

selain dari di atas satu pekara yang patut anda tahu ialah jika anda buat pajak di bank seperti di Agro Bank dan Ar-Rahnu Exchange(bank rakyat) saya difahamkan bila anda buat pajakkan di bank nama anda akan di senaraikan didalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan munkin CTOS (Credit Tip Off Service Sdn. Bhd) jugak…sila pastikan ini saya dapat maklumat dari pegawai Ar-rahnu…

selain dari diatas saya mendapat satu aduan dari seorang agen PG yang buat pajakkan emas dan mendapat pinjaman sebanyak RM30K dan dikenakan upah simpan RM600…jadi berhati-hati..sila pastikan dahulu kemampuan anda…

geng berharap nukilan geng kali ini akan dapat membantu anda dalam urusan pajakkan anda nanti..jika ada sebarang komen silalah beri komen kepada geng dan jangan lupa memdaftar dalam blog geng…jika ada sesiapa nak belajar ilmu emas boleh hubungi geng di no 0134353317 atau email di admin@geng916.com/ryz_rizan@yahoo.com ataupun di muka buku (facebook)….geng sedia membantu kerana:-

– GENG916 RAKAN EMAS ANDA –

WASALAM….

You may also like...

8 Responses

  1. Mohamad Izzat ( JB ) says:

    Salam.. Geng916, Saya berminat utk melabur dlm emas. Tetapi sye ingin tanye beberpa soaln tntg sistem emas.
    1) Cara Mane yg lebih baik ? Simpan emas utk long-term or gune sistem pajakan ? ( Saya Inginkan Pulangan yg hebat ).

    2) Emas 916 n 999 , mne yg lebih baik? mudah diurusniagakan?

    3) Berapa Upah Simpnn yg sepatotnye atau berpatutan untk gadai di Ar rahnu?

    4) Mane tmpt yg baik utk di digadai? BnkRakyt? Ar rahnu sendiri?

  2. Admin says:

    wsalam…bagus jika saudara berminat hendak melabur emas

    1)cara yang terbaik adalah bergantung dengan kemampuan saudara…jika saudara hanya mampu beli emas sahaja..saudara beli emas dan dapat benafit tahunan…tapi jika saudara mampu beli bulan-2 saya cadangkan terus guna pajakkan..pajakkan mengikut kemampuan saudara, biar lambat kumpul emas jangan risau..kena buat satu persatu…cara pajakkan amat berisiko jika salah buat…kalau nak lagi best niaga emas la..dapat income bulan-2 dari sale order

    2)kalau semata-2 nak simpan dan mampu..beli 999.9…… tapi jika saudara berhajat nak berniaga..saya cadangkan kedua-2..kerana emas hanya dinilai dari berat dak ketulinan…emas 20g 999.9 harganya adalah lebih kurang dengan 5 dinar……dari segi urusniaga kita kena ada emas murah dah mahal….kerana kita kena faham akan keadaan ekonomi pelangan kita…

    3)upah simpan adalah bergantung kepada nilai marhum emas kita dan berapa lama kita pajak…ianya sujektif untuk dipekira..ikut berapa lama emas dipajak

    4)arrahnu la…bank rakyat tak buat pajakkan…anak syarikat bank rakyat iaitu arrahnu exchange bolehlah…selain tue paling senang pajak di Arrahnu milik Agrobank..kalau diJB..di arahnu milik koperasi permodalan Melayu Negeri Johor

  3. razak (klang) says:

    salam geng 916. sy ni merupekn org baru dlm hal simpanan emas. soklan yg sy ingin tanye, apekah bole 20g goldbar PG dijual menggunakn teknik arrahnu spt yg dilakukn penjual goldbar pamp suisse?

  4. Admin says:

    wsalam…sebelaum saya menjawab soalan saudara razak…boleh saya tahu teknik apa yang digunakan oleh penjual pamp suisse tue?

  5. razak (klang) says:

    owh tekniknye si pembeli hanye menyediakn dlm 30-40% nilai emas, kemudian emas dipajak ats nama pembeli. kemudian nilai pinjaman yg diberikn ar-rahnu dan baki tunai dibawa pembeli diserahkn kpd penjual. kiranye slps itu hanye pembeli berurusan dgn ar-rahnu. teknik ni dilihat cam menarik bg pembeli yg kekurangan wang ketike itu tp maseh dpt beli emas dgn harge yg murah (kalo tggu duit tu nk cukop harge emas da makin meningkt)

  6. Admin says:

    oic…teknik nie dulu saya pun guna…aka tetapi setelah mendapat teguran dan penjelasan dari pakar fiq muamalat yakni ustz zaharuddin. saya tidak lagi melakukannya
    ini kerana teknik ini telah mewujudkan riba..dimana terdapat dua akad dalam satu masa…dalam urusniaga emas tidak boleh wujud 2 akad…kena selesai satu-2
    2 akad ini adalah semasa pajakkan dan jual beli..
    semasa si penjual memajak emas diatas nama pembeli adalah satu akad, kemudian pembeli mmbayar baki jumlah pajakkan itu akad kedua…jadi ini jelas adalah haram kerana ada unsur riba..
    satu lagi teknik adalah dengan mengunakan nisbah 1:2 dimana pembeli membeli emas 50g dan penjual menambah 100g kedua-2 emas itu dipajakkan dan penjual mengambil nilai pajakkan emas yg mengikut nilai 100g tadi…teknik nie belum dapat jawapan lagi…tapi teknik belian 30%-70% atau 65%-35% adalah haram

    jadi kalau boleh elakkan walupun niat kita baik nak tolong orang tapi ia tetap riba

  7. razak (klang) says:

    owh terima kasih ats penjelasan itu geng. nmpknye kalo haram xelok la nk dibuat. xdiberkati pulak simpanan emas & perakku nnti.

  8. Admin says:

    sama-sama…

Leave a Reply

Get Adobe Flash player