5 Sebab Memiliki Emas

1. Harga emas ketika ini adalah murah. Walaupun ramai yang merungut harga emas semakin mahal namun hakikatnya harga emas yang sentiasa meningkat dari hari ke hari menyebabkan harga emas pada hari ini sentiasa murah

2. Perlindungan harta dari inflasi. Seekor kambing di zaman Rasulullah SAW adalah kira-kira satu dinar emas. Ianya tercatat di dalam hadith antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Pada hari ini, sekiranya anda memiliki satu dinar emas, anda masih mampu membeli seekor kambing. Ini adalah satu bukti bahawa emas tetap mampu mengekalkan nilainya selepas lebih 1400 tahun. Dalam tempoh tersebut, dunia telah melalui pelbagai krisis besar ekonomi, peperangan, bencana alam, dan sebagainya. Ada negara yang hilang kedaulatannya, pupus matawangnya, musnah peradabannya. Namun emas tetap utuh dan terus dianggap bernilai sehingga kini. Keistimewaan yang Allah SWT anugerahkan ke atas logam berharga berwarna kuning ini tidak terdapat pada wang kertas anda yang nilainya boleh hilang sekelip mata. Itulah yang terjadi di Jerman (1922), Hungary (1945), Chile (1971), Argentina (1975), Peru (1988), Yugoslavia (1992), dan yang terbaru ialah negara Zimbabwe (2009). ( Sila baca “Matawang yang musnah“)

3. Permintaan emas dunia melebihi pengeluaran. Data yang dikeluarkan oleh World Gold Council menunjukan terdapat defisit antara permintaan dan pengeluaran emas. Sebagai contoh pengeluaran di Afrika Selatan yang merupakan pengeluar utama dunia selepas negara China telah menurun sebanyak 14%.

4. Krisis ekonomi dunia yang semakin meruncing menyebabkan ramai pelabur mencari pelaburan yang selamat. Emas dilihat sebagai alternatif pelaburan yang selamat dan kekal.

5. Emas diminati dan dikenali sejak zaman-berzaman menyebabkan urusniaga amat mudah. Ianya dianggap bernilai oleh semua tamadun yang pernah wujud di dunia ini, sama ada yang maju atau yang tidak.

dipetik dari web Nusantara Bullion Exchange (Nubex) Sdn Bhd

http://www.nubex.com.my/reason.php

Jika anda berminat atau ingin menyelamatkan kekayaan anda dengan emas…hubungi geng di 0134353317 geng sedia membantu kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player