Emas: Bila, bagaimana & dimana

Assalammualaikum kepada semua para pembaca…hmmm apa khabar semua…diharapkan para pembaca blog geng 916 berasa gembira dan ceria disamping keluarga, bagaimana dengan simpanan dan perniagaan saudara para pembaca diharap sudah meningkat dan menguntungkan…mana tidaknya…hampir sebulan harga emas berada di usd 1200/oz…ada yang senyum lebar ada yang masam macam cuka..hehehehe maklum la yang senyum lebar sebab dia dah beli emas…yang masam macam cuka sebab tak dapay beli kerana harga naik kerana menanti masa terbaik…inilah yang geng sendiri pun tak gemar sebab sikap tunggu…tunggu dan terus tunggu…jadi tertungu-tungulah..hehehe

ok sekarang geng nak cerita sedikit pasal emas..bila…dimana & bagaimana….

kita semua dah tahu dalam emas ada 3 jenis manusia yg berminat dengan emas…1)peminat barang kemas 2) pelabur, 3) tokey emas… dan kita tahu dalam semua ini yang paling mendapat keuntungan semestinya menjadi tokey emas…kerana apa..mari kita study dari 3 sudut aspek ketiga-tiga peminat emas ini

1)peminat barang kemas

biasanya ini adalah kaum perempuan…sebab barang kemas nie perempuan saja yg beli..kalau lelaki sekadar koleksi…untuk menjadi peminat barang kemas..kita kena ada ilmu barang kemas…ilmu barang kemas amat penting supaya kita tak tertipu.. selain itu dapat membantu kita memilih mana yg lebih bernilai  diantara berlian ataupun emas..

ilmu emas jugak kita kena tahu sebagai asas…kemudian diikuti  dengan ilmu ketulinan..dan pajakkan…

pada pendapat geng jika kita menjadikan barang kemas sebagai simpanan adalah untung tetapi tidak menguntungkan kerana…katakanlah kenaikan emas 37% mcm thn lepas…dan kita ada barang kemas 100g…kita jual semula ..barang kemas kita akan dipotong oleh pekedai lebih kurang 20%-40%…banyakkan…ok…mari kita buat kiraan

katakan kita ambil untung 37% harga emas 916 RM141/g..100g=RM14,100.00, kenaikan 37% adalah bersamaan dengan RM19317….tetapi kalau kita jual semula kepada kedai emas…katakanlan jual kepada habib jewell atau wah chan di jB di potong 30%…jadi kalau nilai emas anda RM19,317 kena potong 30%…jadi nilai potongan RM5795.10.banyak tue..kita dapat hanya RM13575.9….hmmmm sikit lebih kurang keuntungan 7% sahaja..mcm main ASB..jadi tak tinggi untung

2)pelabur emas

pelabur emas nie kira untung bayak sikit sebab emas yang dibelinya hanya potongan serendah 5%-6% jadi jika emas 100g…harga nilai RM141/g…akan dapat RM14,100….jadi jika keuntungan 37%…RM19317…kita jual semula..susutnya katakan 6% jadi…hanya tolak RM1159…jadi keuntungan ditangan RM18157.98…mashukkk lagi dari simpan barang kemas…kerana keuntungan bersih adalah 31% dari 37% 

3)Tokey emas..peniaga emas 

hmmm nak tahu masyuk ketidak…cuba kita lihat contoh kedua-dua diatas tadi baik penyimpan barang kemas ataupun pelabur emas pengakhirnya emas akan di serahkan kepada tokey emas untuk dapat cash….tokey emas untung atas angin 20%-40%..mana kala keuntungan dari gold bar pulak diantara 5%-6%..hmmm banyak tue untung atas angin…jadi sudah pastinya…jadi tokey emas nie sangat-sangat la untung a.k.a MASYUKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK….. untuk jadi tokey emas kita mesti ada ilmu sifir tokey emas..hehehe kenala datang seminar bila ada…seminar free saja…ataupun call geng..geng boleh ajarkan

ok para pembaca dah tahu pasal 3 jenis manusia dalam emas..

jadi nak buat semua ini kena ada emas maka….BILA….

BILA

bila masa nak beli emas…masa bila nak tahu harga turun? jawapannya…beli semasa ada duit yang mencukupi…you have to start from some point….kena la beli satu dulu sebagai titik permulaan..selepas tue baru kita tambahkan emas melalui beberapa teknik

DIMANA

timbul pulak dimana nak cairkan emas ini…senang saja pergi ke ar-rahnu…tak kiralah ar-rahnu dari pihak bank ataupun ar-rahnu milikan koperasi…tapi jgn ke kedai pajak biasa..ini kerana kedai pajak biasa kena interes setiap bulan dan ianya tinggi…berbanding dengan ar-rahnu yg kenakan upah simpan sahaja..serendah 0.6%-0.7% dari nilai Marhum sebulan…kan untung tue…

BAGAIMANA

dan akhir sekali..bagaimana..bagaimana nak untung dengan emas…ada banyak caranya..tapi berniaga emaslah yg paling menguntungkan…kerana 9/10 pendapatan adalah dari perniagaan…ini semua orang tahu cuma tak tahu bagaimana…..jadi agen Public Gold dengan modal RM40K (ikut harga emas semasa) semua adalah untuk beli emas…anda takkan rugi..saya jamin..kalau anda rasa rugi bila jadi agen…jual semula emas anda kepada saya..saya sangup belinya…

ok cara-cara nak jadi tokey emas Public Gold…

1)sediakan duit…isi borang…hantar kepada Public Gold…mudah saja….(untuk senang hubungi geng di 0134353317 dan geng akan bantu anda)

selepas daftar dan beli emas…anda akan dapat 1.5% dari emas anda dibank in dalam akaun …kan untung…emas ada duit pun ada…

geng akan bekalkan beberapa alat untuk anda kerana anda sekarang dibawah rangkaian GENG916….dan geng takkan biarkan anda keseorangan…ada masalah call geng…geng sedia membantu anda kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. 6 Comments »

5 Sebab Memiliki Emas

1. Harga emas ketika ini adalah murah. Walaupun ramai yang merungut harga emas semakin mahal namun hakikatnya harga emas yang sentiasa meningkat dari hari ke hari menyebabkan harga emas pada hari ini sentiasa murah

2. Perlindungan harta dari inflasi. Seekor kambing di zaman Rasulullah SAW adalah kira-kira satu dinar emas. Ianya tercatat di dalam hadith antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Pada hari ini, sekiranya anda memiliki satu dinar emas, anda masih mampu membeli seekor kambing. Ini adalah satu bukti bahawa emas tetap mampu mengekalkan nilainya selepas lebih 1400 tahun. Dalam tempoh tersebut, dunia telah melalui pelbagai krisis besar ekonomi, peperangan, bencana alam, dan sebagainya. Ada negara yang hilang kedaulatannya, pupus matawangnya, musnah peradabannya. Namun emas tetap utuh dan terus dianggap bernilai sehingga kini. Keistimewaan yang Allah SWT anugerahkan ke atas logam berharga berwarna kuning ini tidak terdapat pada wang kertas anda yang nilainya boleh hilang sekelip mata. Itulah yang terjadi di Jerman (1922), Hungary (1945), Chile (1971), Argentina (1975), Peru (1988), Yugoslavia (1992), dan yang terbaru ialah negara Zimbabwe (2009). ( Sila baca “Matawang yang musnah“)

3. Permintaan emas dunia melebihi pengeluaran. Data yang dikeluarkan oleh World Gold Council menunjukan terdapat defisit antara permintaan dan pengeluaran emas. Sebagai contoh pengeluaran di Afrika Selatan yang merupakan pengeluar utama dunia selepas negara China telah menurun sebanyak 14%.

4. Krisis ekonomi dunia yang semakin meruncing menyebabkan ramai pelabur mencari pelaburan yang selamat. Emas dilihat sebagai alternatif pelaburan yang selamat dan kekal.

5. Emas diminati dan dikenali sejak zaman-berzaman menyebabkan urusniaga amat mudah. Ianya dianggap bernilai oleh semua tamadun yang pernah wujud di dunia ini, sama ada yang maju atau yang tidak.

dipetik dari web Nusantara Bullion Exchange (Nubex) Sdn Bhd

http://www.nubex.com.my/reason.php

Jika anda berminat atau ingin menyelamatkan kekayaan anda dengan emas…hubungi geng di 0134353317 geng sedia membantu kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

Posted in Uncategorized. No Comments »

Apa yang patut anda tahu dan lakukan sebelum menyertai dunia emas

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng 916..sebelum geng nak meneruskan penulisan geng ini…geng nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru di malaysia …jadi oleh kerana geng dah belajar emas..eloklah geng ucapkan selamat hari guru kepada 2 orang guru geng yang mengajar geng pasal emas iaitu Syukor Hashim Jutawan Emas dan Mohd Fazli a.k.a POKLI….kerana membuka minda geng dalam dunia emas….dan rakan-rakan emas yang lain terima kasih

semalam geng hadiri seminar rahsia emas di Taman Perling….banyak ilmu yang geng dapat terutama dalam pekembagan dunia emas dan strategi emas..tak lupa jugak dapat berkenalan dengan peserta yg dari macam-macam latar belakang…inilah kelebihan menghadiri seminar…walaupun geng tahu seminar yang diadakan akan bercakap pekara yg sama..tapi ilmu tambahan dan soalan dari peserta ini yg menjadikan ilmu kita bertambah…sekarang dah mula orang beli emas..hehehe pelik yek masa harga rendah org tak mau beli..tapi bila harga emas dah melonjak tinggi baru nak beli..hehehe..tak apalah yg penting ada niat nak simpan dan ambil tindakan nak simpan…tapi pernahkan anda tanya dalam diri anda..bebrapa soalan ini

Persoalan :

1. Apa itu Emas?

2. Sejarah Mengenai Emas?

3. Kenapa Emas Pelaburan?

4. Mengetahui Sejauh Mana Potensi Emas?

5. Bagaimana membuat pelaburan emas yang sebenar?

6. Bagaimana menjalankan aktiviti jual beli emas?

7. Bagaimana emas boleh menguntungkan semua?

8. Bagaimana perniagaan emas di jalankan?

9) emas ini untuk jadi peniaga emas sahaja kah?

10)perlu modal yang tinggi ke nak beli emas?

11) kalau modal tak ada bagaimana?

12)tapi pailing penting yang perlu ditanya kepada diri kita …apakah niat sebenar kita ?

jadi jika anda nak tahu anda boleh hadiri seminar yang kami adakan…seperti yang bakal berlangsung di Johor pada 18/5/2010 dan 19/5/2010 di hotel seri Malaysia  larkin, jam 8.00 malam-10.00 malam

ataupun anda boleh hubungi geng di 013-4353317..ilmu yang pecuma..ajak kawan-kawan anda…saya akan ceritakan insyaallah dari a-z…

kerana anda akan ada ilmu untuk jadi penyimpan emas, pelabur emas dan tokey emas selepas anda belajar pasal emas dan akhirnya anda akan jadi guru emas sebab ajar orang lain pulak..heheh..ok…selamat menyimpan emas…apa-apa boleh hubungi geng…kerana

GENG916

RAKAN EMAS ANDA

wasalam

Posted in Uncategorized. 2 Comments »

ATM yang keluarkan EMAS

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog geng916…..wahhhh emas telah memcecah US 1245/oz semalam…peningkatan yang tertinggi setakat ini…senyum lebar yer anda semua yang menyimpan emas…ramai penyimpan-2 emas yang mengatakan yg dia telah mendapat 22% kenaikan emas, ada yang 16% dan ada yang 8%…tak lupa jugak ada yang hanya 1% kenaikan…hehehe..kenapa berbeza keuntungan kepada kenaikan harga emas…mesti para pembaca tertanya-2…sebenarnya…peratus kenaikan adalah dikira dari tarikh dan harga semasa pembelian…jadi jika sesiapa yang membeli emas semasa harga rendah dia akan mendapat keuntungan yang tinggi dan sesiapa yg beli emas semasa harga tinggi akan menerima peratusan yg sedikit…hehehe inilah yg digelar entry point…sebab itulah setiap kali apabila geng umumkan pembelian emas biasanya dalam facebook…haaa masa tue lah kena beli…tapi jika anda tak percaya…geng takleh buat apa…hehehe…adakah harga akan turun?ya harga akan turun tetapi masih dalam menaik…jadi nasihat geng…jangan tunggu harga turun..ada duit..cukup beli saja…jangan fkir sangat pasal harga kerana emas ada ditanggan anda….ok..jadi lepas nie..ada duit dah cukul call geng..lock harga beli emas..jgn tunggu…sakit hati nanti..geng dah rasa sebab tue geng cakap..hehehe

ok harga emas semakin naik dan ramai mengambil kesempatan dengan kenaikan harga emas ini…ini bermakna penerimaaan emas oleh institusi-2 dalam malaysia sedang meningkat…contohnya sudah ramai syarikat-2 yg menyediakan emas sebagai hadiah semasa melancarkan peraduan mereka seperti bonuslink, bank-bank sedang kempen menyimpan emas sperti maybank, public bank, kuwait bank, semakin meningkat penubuhan ar-rahnu seperti dari bank rakyat, agrobank,eonbank,bank islam, begitu juga yang ditubuhkan oleh koperasi-koperasi dan kedai emas…dengan penubuhan institutsi ar-rahnu ini menandakan emas sudah menjadi pilihan utama dan syarikat-syarikat yang ditubuhkan untuk menjual emas fizikal sudah mula muncul…taklupa jugak yang dilakukan oleh penipu-penipu, atau jebon-jebon yang menawarkan skim pelaburan emas (sila jauhkan diri)

dan yang terbaru pnciptaan kiosk ATM yang mengeluarkan emas 24K sahaja…haaaa…percaya ke tidak…selama nie yang biasa kita tahu ATM mesin hanya mengeluarkan duit kertas,kad topup,cokelat, meggi, air kotak dll….tapi sekarang emas…EMAS…

mesin ini diletakkan di sebuah hotel mewah di Abu Dhabi di  Emirates Palace. mesin ini dicipta oleh usahawan dari german bernama Thomas Geissler yang membawa jenama GOLD for GO…hebat..hebat…berita boleh anda baca di alamat sesawang ini

http://www.wgal.com/money/23530034/detail.html dan and boleh lihat videonya di youtube http://www.youtube.com/watch?v=PDHE624NsAk sempoi…sempoi…bila la nak ada diMalaysia…hehehe…senang nak bli emas…barulah senang nak merialisasikan simpanan emas dan pengunaan dinar sebagai matawang….insyaallah dengan momentem yang seperti ini…insyaallah…

 

hebat bukan…hehe…oklah sekian dahulu laporan dari Geng 916…jika anda berminat hendak membeli emas fizikal dan barang kemas 916 silalah hubungi geng di no 0134353317 atau pun email di alamat admin@geng916.com/ryz_rizan@yahoo.com atau jumpa geng dalam facebook.jika perlukan khidmat nasihat dan nak belajar pasal emas boleh juga…kerana GENG 916 adalah RAKAN EMAS ANDA….ok wasalam..

Posted in Uncategorized. 3 Comments »

Pelaburan Belian

Assalammualaikum…kepada para pembaca blog geng916 selamat datang…Selamat Hari Ibu Geng ucapkan kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana…tak lupa jugak kepada ibu geng…tanpa ibu siapalah geng…

Hmmm bagaimana dengan simpanan emas anda?..hmmm dah bertambah ke?atau masih 1 dinar lagi? bagi yg dah mula menyimpan dan mengandakan emas, mereka sekarang ini sedang mengecapi kenikmatan kenaikan harga emas, bagi yg masih bersikap tunggu dan lihat…dan bersikap menunggu harga turun….geng nak cakap…sesungguhnya adan berada didalam golongan orang yg kerugian…

geng faham kenapa anda bersikap sedemikian…ini kerana anda tidak yakin kepada potensi emas…anda lebih suka lihat dgn depan mata anda walaupun fakta-2 dan bukti-2 ditunjukkan anda tetap tidak percaya..anda nak alaminya sendiri…jadi sekarang selamat mengharunginya…tindakkan anda seterusnya terpulang kepada anda…tapi jika selepas ini anda mengeluh kerana harga emas dah naik…maafkan geng kerama ini adalah pilihan anda…tapi jangan  risau geng boleh bantu anda memiliki emas..melalui bayaran ansuran…

ada jugak diantara kita ini yg sukakan pulangan jangka pendek seperti kaum cina yg sukakan pelaburan yg akan bagi kepulangan interest setiap bulan….bagi kita org islam tak boleh ikut..sebab kita org islam berdosa jika kita amalkan riba…sebab tue lah orang kita terlalu senang di tipu..dari dulu lagi…semasa skim cepatkaya saham pakman tello, skim Perniagaan MLM,skim ternakkan kambing lintah cacing maya, sekarang skim pelaburan emas yg dikatakan beli emas dapat pulangan setiap bulan dalam bentuk interest…semua mangsa adalah kaum melayu…kerana ada segelintr orang kita yg salah tafsir istilan pendapatan pasif….apa bila salah tafsir…maka wujudlah budaya 4D apa itu …DUDUK DIAM DAPAT DUIT…..inilah dia budaya yang bagi geng celaka+sial+bodoh+bangang+bahlulu (maaf sebab terkasar bahasa…geng geram)…semuanya bermula dari sikap malas berusaha….ya..MALAS…kalau ada sifat nie dalam nak cari income tambahan..wujudlah 4D tadi….

Ada jugak segelintir orang yg memiliki sikap yang takleh tengok orang lebih sikit…kalau org ada kereta wira…dia beli exora….orang beli honda dia beli bmw…last sapa untung?hmmm fikirlah…buatlah pengkajian dulu..tanya pendapat org…

ok habis tazkirah kita tadi…sekarang kita kembali ketopik asal yg geng nak cerita

harga emas semakin naik…sudah cecah usd1200/oz berbanding dengan awal thn yg paling rendah usd1043/oz….kenaikan melebihi 10% dalam masa 5 bulan…ada lago separun tahun…mungkin kita akan lihat usd 1300/oz thn nie dan mungkin thn depan harga emas mencecah usd1500/oz wauuuuu siapa sangka…jadi teruskanlah menyimpan emas…bagi yg belum menyimpan buatlah simpanan…tak 100%…70% pun dah ok…janji simpan emas…geng sedia membantu anda ..dengan mengajar kaedah-2 simpanan dan mengandakan emas..dalam keseronokkan kita menyimpan emas..sedarkah anda emas semakin berkurangan?yaa..emas dunia semakin berkurangan..kerana org dah mula meyimpan emas…oleh itu emas akan jadi lebih berharga…disebabkan ini ramai pelabur-pelabur mambanyakkan portfolio-2 mereka dalam pelaburan…contohnya dalam komuditi….pelaburan terhadap logam-2 bernilai semakan banyak..selain emas, silver jugak digalakkan disimpan…eropah sedah cuba menambah pasaran logam agar beberapa logam menjadi logam yang bernilai…seperti platinum dan palladium..logam lain seperti titanium hanya akan bernilai setelah diproses….

semalam semasa geng hendak menghantar emas kepada pelanggan geng singgah di sutera mall JB…di dalam tue geng singgah di satu kedai emas bernama De’Gem…disitu selain menjual barang kemas ..kedai itu jugak jual  emas pelaburan gold bar pump suisse…dan Berlian…ya..berlian…batu yg mcm kaca yg berkilat-kilat tue…berlian telah dijadikan bahan pelaburan sekarang…berlian lebih mahal dari emas…

ok berlian dinilai mengikut 4Cs….iaitu CUT, CARAT, CLEARITY,COLOR & SHAPE…semalam geng melihat berlian  bernilai RM13K…..besarnya hanya lebih kurang diameter 5mm….bayangkanlah berlian sebesar itu harga hampir RM13k…pergggg mashuk gila…

tetapi ada beberapa pekara..yakni lebih banyak kena tahu pasal berlian dari emas…kalau kita beli emas..harga emas hanya ditentukan dengan berat dan ketulinan sahaja…dan harga berubah setiap saat….berlian tidak..geng difahamkan oleh penjual itu…harga berliandisemak setiap 6 bulan dan nilai sesuatu berlian bergantung kepada 4Cs tadi…dah la tue…untuk memiliki ilmu 4Cs ini…sesorang itu harus memiliki alat-2 yg mampu menguji 4Cs tadi…kena ada mesin la jawab nya…kalau emas satu mesin saja…atau buat sendiri pun boleh..hehehe….dan seseorang itu mestilah seorang ahli gemologikal bertauliah untuk menilai berlian ini…kalau pergi kedai emas seperti pohkong diorang guna satu alat diamond tester untk menguji kekerasan berlian tadi…alat sebesar hanset harga RM1200 lebih

oleh sebab susah dah leceh proses penilaiannya…jadi pakagingnya pun macam emas..dileminate dan disertakan dengan sijil ketulinan dari pengeluar…contoh pengeluar adalah dari International Gemological Institut  http://www.igiworldwide.com/indexB.htm dan berlian jugak ada sistem jual beli…jika berlian ini dibuat cincin…sijil akan disertakan sekali

berlian amat mahal kerana kos nya amatlah tinggi..kos untuk mendapatkan 4Cs tadi…sebab tue harganya melampau-2….sebab tue jika berlian itu berubah ada perubahan harga yg drastik berlaku…dan kalau anda lihat di kedai emas biasanya diorang takkan kira batu berlian jika kita jual semula barang kemas kita…tetap ambil emas jugak..tapi bila jual semula diorng tambah harga sebab berlian…hehhe bijak-2 jadila tokey emas…

ok selain itu ada jugak beberapa isu pasal berlian…yg porpular adalah terdapat 2 jenis berlian…satu berlian bumi dan satu lagi berlian angkasa…yg melalui meteor yg jatuh ke bumi…harga berbeza tapi spec sama..hehehe…pelikkan…nie tak kira berlian sentetik yg lebih hebat dari berlian asli….hmmmm mcm-mcm…untuk bacaan lanjut layari laman ini http://hubpages.com/topics/fashion-and-beauty/jewelry/diamonds/1333

ok setakat ini saja coretan geng…jika sesiapa nak main berlian dan taknak main emas silakan….tapi geng cuma nakkan ilmunya sebab geng tak yakin dengan berlian sebagai simpanan tapi kalau nak jual barang kemas berlian atau batu permata memang untung…..tapi dari segi simpanan pelaburan geng yakin kepada emas dan perak seperti yg di sabdakan oleh rasulullah:-

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

oleh itu geng takkan berubah ….tapi ilmu kena ada la..hehehe….ok..sehingga dilain waktu…sekian assalammualaikum..selamat menyimpan emas…nak emas boleh call geng…nak bayar bulan pun boleh tapi ikut stock….ok..bye..bye..

Posted in Uncategorized. No Comments »

Pengalaman:- Akaun Maybank GSPA

Artikel sumbangan Saudara Kamarul Nizam a.k.a kama

geng ambil dari blog http://tokeimas.blogspot.com/2010/04/pengalaman-akaun-maybank-gspa.html

sharing is caring

 
Assalamualaikum sahabat sahabat semua.
Ni adalah pertama kali aku nk menulis artikel, kalau ada tersalah tersilap harap maafkan aku. Aku nak berkongsi pengalaman aku bukak dan tutup akaun Maybank GSPA. Hujung tahun lepas, lepas aku rasa dah cukup ilmu untuk aku mulakan pelaburan emas nih, aku pon dengan tiada berlengah lagi telah membuat keputusan untuk membuka akaun Maybank GSPA kat branch dkt rumah aku di Sri Damansara.


Nak bukak akaun GSPA secara online pun boleh jugak, tp tempoh masa yang diambil agak lama makan dua tiga hari & kena submit dokumen dkt branch jugak, so kena pegi branch jugak walau macamana pon. Tanpa membazir masa aku terus draw duit RM600 terus pegi ke Maybank. Jangan lupa bawak IC, duit dan sebarang bukti yg kita duduk atau kerja kat area tu. Ari tu Maybank mintak Bil Letrik dan aku tak bawak bil. Last2 sekali bagi name card ofis pon ok sebab kerja dekat area tu.
Proses bukak akaun tak lah lama sangat. Mcm bukak akaun biasa je, cuma lebih byk dokumen & agreement kena sign. Aku tak ingat dah berapa salinan. Tp sign je lah. Kalau nk amik masa baca pun bagus, itulah yang sebaik baiknya. Aku tengok-tengok & cuba cari klaus-klaus yang penting, yang boleh & tak boleh buat, pengecualian dsb (standard bila baca agreement, kena tau apa yang boleh & tak boleh buat, sekatan2, disclaimers dsb). Aku pon dah lupa tp takat yg aku ingat, takde masalah ler semua OK. Kalau ada problem atau tak faham, tanya je pegawai kat situ. Tanya sampai faham. Ini hak anda. GSPA nih tak ramai yang tahu & faham, termasuk lah pegawai-pegawai Maybank tu sendiri. Kat branch Sri Damansara nih, keadaan agak kelam kabut dan mengelirukan. Tapi aku tunggu je lah, ada sorang lagi pegawai guide staff yang attend aku ari tu.

Akaun GSPA tak boleh dijual beli secara online. Kalau nk buat transaction, kena pegi kaunter mana-mana Maybank. Minimum nk bukak akaun 5g. Baki kena tinggal dalam akaun aku rasa 2g (tak pasti kena cek dgn Maybank) kecuali kita nak terus tutup akaun. Akaun GSPA nih kita akan dapat 1 buku akaun. Dalam tu ada di tulis berapa gram yg kita ada, dan harga masa beli. Ala-ala buku ASB la. Hehe.
Tak berapa hari lepas tu aku tambah lagi 5 gram, total 10 g aku ada dalam GSPA, Alhamdulillah. Lepas beberapa bulan lepas tu, ms tu aku dah mula beli Kijang Emas dan Dinar, dan bila kaji balik, GSPA nih, aku rasa tak sedap ati bila ada pendapat kata GSPA nih tak ikut syariah. Terpulang pada korang lah aku taknak berdebat pasal nih. Hu hu, dah ler azam 2010 aku nk hapuskan riba dalam hidup aku. Aku pon mula lah mengkaji bagaimana nk tutup akaun GSPA. Tanya pendapat org dsb.. akhirnya aku decide untuk tutup akaun, walaupun akan kerugian rm12/g.
Akaun GSPA nih kita boleh withdraw emas fizikal dalam bentuk wafer. Ada 4 pilihan 10g, 20g, 50g dan 100g. Untuk withdraw emas fizikal kita kena bayar premium RM20, RM30, RM40 dan RM50 (ikut turutan). Aku pun buat beberapa panggilan ke beberapa branch Maybank untuk tutup akaun dan draw emas fizikal. Lain branch, lain jawapannya. Last sekali aku dpt info kena pegi ke branch Maybank Bukit Bintang depan Lot 10. Kat sana ada simpan gold wafer. Cuma ada 2 branch yang simpan gold wafer (HQ & Bukit Bintang).
Aku pon amik la cuti 1 hari untuk settlekan GSPA & lain2 hal. Pegi ke Maybank Bukit Bintang, bagitau nk tutup akaun GSPA & amik nombor. Bila nombor dah naik, pegi la dkt kaunter aku cakap lah nk draw emas fizikal & tutup akaun. Rupanya tak boleh buat macam tu! “Tak ada code untuk tutup dan draw emas fizikal” kata pegawai besar kat situ. Sama ada kena tutup akaun amik cash, ataupun top up minimum balance (masa tu pegawai tak pasti berapa gram) lepas tu draw emas fizikal 10g & byr premium RM20. Aduhh 2 pilihan je yang ada. Aku ingatkan boleh draw emas fizikal & tutup akaun

Lepas pikir masak-masak, aku decide nk tutup akaun dan duit tu guna untuk beli Kijang Emas 1/4oz pada harga RM1005. Nasib baik akaun nih boleh ditutup kat branch lain, kalau tak naya lah aku kena balik branch Sri Damansara, lepas tu kena pegi branch lain yang jual Kijang emas. Tak apa lah, tambah koleksi Kijang sekurang-kurangnya. Duit lebih tu aku guna buat servis kereta nak balik kampung esok lusa ni. Itu lah pengalaman aku buka & tutup akaun GSPA kat Maybank.
Kama
——————– Kesimpulan:
1. Lebih mudah berurusan untuk membuka akaun GSPA di cawangan.

2. Keperluan membuka akaun: – MyKad. – Pengesahan alamat (Bil TNB, Astro). – Mengisi borang dan $$ (Minimum 5gm bergantung kepada harga emas semasa). – Anda akan dapat buku akaun GSPA.

3. Akaun GSPA tidak boleh diurusniaga secara online.

4. Pemegang akaun boleh mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong (10g, 20g, 50g dan 100g) dengan membayar sejumlah premium di Ibupejabat Maybank dan Cawangan Bukit Bintang.

5. Untuk menutup akaun, anda hanya boleh menerima bayaran tunai sahaja

Posted in Uncategorized. Comments Off »

Mengenai Ar-Rahnu yang patut anda tahu…

Assalammualaikum dan 1 Malaysia kepada anda semua pengunjung laman blog Geng 916…sudah masuk bulan 5 dan hampir pertengahan tahun..sudahkan anda menyimpan emas?belum lagi?tunggu harga emas turun ke?hmmm silakan…geng tak menghalang…kerana dilihatkan trend harga emas sekarang sedang mula menaik…sebab bagi geng..jika harga emas dalam masa sebulan/30hari harga 20g adalah RM2700 bermakna harga emas sudah mula naik…sekarang dah RM2711…

dah lama geng tak update blog nie..bukannya apa…sebenarnya geng nak cari sesuatu kepastian tentang ar-rahnu…dan sekarang geng rasa dah cukup untuk ceritakan kepada para pembaca peminat emas. geng rasa geng kena ceritakan jugak..jadi sebelum nak cerita kena cari info dulu..hmmm macam wartawan pulak…tak apalah..sekadar nak berkongsi ilmu…

ok jika dilihat dari artikal-2 geng yang lepas geng banyak menekankan membeli emas melalui ar-rahnu…ramai dah cuba dan ramai yg berjaya ..tapi ada yang tak berapa bernasib baik…tak bernasib baik bukan bermaksud kaedah tak betul..cuma pengiraan salah..jadi di sini geng nak menerangkan beberapa pekara yang penting dan saya rasa anda patut tahu pasal Ar_rahnu…ini pun geng dapat dari beberapa agen PG, kaki pajak dan pegawai ar-rahnu sendiri..apa yang geng tulis ini tak semestinya betul dan tidak mewakili semua ar-rahnu diseluruh malaysia dan dunia harap maklum anda di galakkan berusaha mencari kepastian sendiri..ini cuma panduan sahaja dari pengalaman geng dan rakan-2 yg lain

pekara yang harus anda tahu sebelum buat pajakkan:-

  1. tujuan anda buat pajakkan…
  2. lokasi pajakkan..pastikan ianya betul-betul ar-rahnu ..bukan ambil nama sahaja..
  3. emas yang diterima untuk gadaian
  4. nilai gadaianya.. tidak semua ar-rahnu mengunakan nilai bagai nilai gadaian emas yang sama
  5. nilai marhum
  6. upah simpan (ini sangat penting kerana kaedah pengiraan upah simpan bagi semua ar-rahnu tidak sama…ada yang sampai 2% sila hati-hati)
  7. tempoh matang dan tempoh gadaian
  8. memiliki kaedah pajakkan semula jika kita tidak mahu tebus emas dalam masa terdekat
  9. service yang mudah

ini adalah serba sedikit apa yang perlu anda ambil berat..ok panduan buat pajakkan

  1. cuba belajar sistem gadaian dulu di sesebuah ar-rahnu
  2. gunakan emas seperti 1 dinar/barang kemas yang kurang dari 5g
  3. buat pekiraan dahulu sebelum pajakkan…atau minta pegawai ar-rahnu buat kiraan..jika kita mampu baru teruskan memajak…ukurlah baju dibadan sendiri
  4. jika anda seorang penjual emas atau individu yg sentiasa perlukan emas..anda tidak digalakkan memanjak emas anda dalam satu pajakkan..contohnya kalau ada 3 keping 1 dinar..jangan pajak dalam satu surat..digalakkan di pajak setiap satu..satu surat

selain dari di atas satu pekara yang patut anda tahu ialah jika anda buat pajak di bank seperti di Agro Bank dan Ar-Rahnu Exchange(bank rakyat) saya difahamkan bila anda buat pajakkan di bank nama anda akan di senaraikan didalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan munkin CTOS (Credit Tip Off Service Sdn. Bhd) jugak…sila pastikan ini saya dapat maklumat dari pegawai Ar-rahnu…

selain dari diatas saya mendapat satu aduan dari seorang agen PG yang buat pajakkan emas dan mendapat pinjaman sebanyak RM30K dan dikenakan upah simpan RM600…jadi berhati-hati..sila pastikan dahulu kemampuan anda…

geng berharap nukilan geng kali ini akan dapat membantu anda dalam urusan pajakkan anda nanti..jika ada sebarang komen silalah beri komen kepada geng dan jangan lupa memdaftar dalam blog geng…jika ada sesiapa nak belajar ilmu emas boleh hubungi geng di no 0134353317 atau email di admin@geng916.com/ryz_rizan@yahoo.com ataupun di muka buku (facebook)….geng sedia membantu kerana:-

- GENG916 RAKAN EMAS ANDA -

WASALAM….

Posted in Uncategorized. 8 Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes