Subhanallah…aku dah tersasar……..

Assalammualaiku kepada para pembaca blog geng 916…apa khabar?dah mula beli emas ke?dah mula menyimpan dalam bentuk emas?dah boleh buat duit ke dengan emas?para pembaca buat apa dengan emas yang para pembaca beli?simpan ke?atau buat ibu emas..hehehe

sebenarnya ada banyak pekara yang geng nak cerita dalam artikal ini..maklum la…input yang tersimpan dalam otak geng nie nak overload..dan nak temuak(kata orang utara)…jadi lebih baik geng keluarkan semuanya…berkongsi dengan para pembaca semua…cuma masalahnya geng nak bermula dari mana?

hmmm nak cerita yang diatas dulu…sebab tajuk utamakan…atau nak cerita yang lain dulu?hmmmm..cerita yang lain dulu lah…hehehehe..ok..ok..kita cerita yg berkaitan tajuk dulu

kisahnya begini…geng dah tersasar dari matlamat asal geng….iaitu kenapa geng ceburkan diri dalam emas?para pembaca pernah tanya tak kepada diri para pembaca sekalian…kenapa berminat dalam emas?adakah saja-saja ka..untuk berniaga ka…ikut orang ka…ataupun nak buat belanja kawin..hehehe…macam-macam kan….geng dah main emas baru 4 bulan…hmmm geng rasa macam dah lama main…hal nie terdetik bila geng lalui beberapa peristiwa sejak akhir-akhir ini…

peristiwa pertama….satu malam geng mendapat panggilan dari seorang lelaki yang mengajak geng minum malam di Plaza angsana…masa tue jam dah 9.30 mlm….jadi senang cerita..geng ringkaskan..dia nie penjual emas jugak..dia jual barang kemas, alatan untuk peniaga emas, dinar muslim…logam mulia…gold bar..dll…senang cakap semua yg pasal emas…jadi kami pun sembang la…mungkin dia bukan agen public gold macam geng..malas geng nak tanya…jadi dalam sembang kedai kopi malam tue..adalah beberapa pekara yang mengkusutkan geng..1) dia tanyakan geng..betul ke hadis yang terdapat pada laman web Public Dinar tue hadith sahih? kemudian 2) betul ke dinar 916 adalah dinar yang digunakan pada zaman rasulullah….melalui hujah dan penerangannya..geng dah mula rasa semak perut…rasa tak sedap hati….mungkin apa yang diperkatakannya telah sedikit sebanyak mempengaruhi geng…..kemudian ada lagi, dia kata kenapa mesti nak simpan gold bar..sedangkan gold bar takleh di pajak?baik simpan syiling emas..dinar kerana ianya matawang islam…ini soalan yg ditanya kepada geng…geng cuma hangguk kepala dan mengiakan saja..sebab geng pun baru dalam bidang nie…jadi ianya geng KIV dulu…keep in view….

kemudian Public Gold mula memperkenalkan Public Jewellery….pelancaran produk nie sangat baik kerana harga emas mengikut harga semasa dan tiada kos upah..cuma lecehnya 2 minggu baru siap..itupun setelah payment selesai dan stock tak dicelok oleh agen lain…dalam kegembiraan semua agen PG..dalam hati geng terdetik satu persoalan….kenapa diperkenalkan barang kemas ..sedangakan selama ini PG memperjuangkan emas pelaburan dan dinar?pelik?dan en.syukor admin jutawanemas ada menyatakan yang barang kemas bukan emas pelaburan….hmmmm tak telepas dari tue…ada pihak yang sedang serang Public Gold dalam Facebook dan mengatakan yang Public Gold adalah scam…dan kebetulan pulak keluar berita penipuan dalam skim pelaburan emas yang mencecah 60juta…geng jugak ada berdepan dengan pelanggan yang ragu-ragu …semua bertanyakan pasal emas mereka..dan ada yang nak jual semula…banyangkan lah…soalan yang diajukan kepada geng…lakukah emas nie en rizan?…pelik…kenapa? apa tak tahukah yang ditanggan diorang itu adalah emas…dan tak kirala cop apa pun ianya tetap emas…lihat lah betapa seriusnya situasi ini…

kemudian harga emas menjunam semula dan berleger dibawah usd1100/oz….ramai pembeli emas resah..dengan keadaan ini…sedangkan geng dan rakan lain menyatakan emas sentiasa harga naik…situasi ini mula memakan hati geng jugak..geng dah mula risau…jadi nak tenang..geng beli la emas…dan geng mendapat banyak tempahan pada masa itu..sale geng mencecah 27K….wow…tak pernah geng mendapat sale sebanyak tue….

sebelum itu geng jugak menghadiri 2 seminar pelaburan emas 1) dianjurkan oleh en razak Pure Gold dan cikgu asar Aura Aurum …diorang buat perasmian wakala masing-2..jadi sebagai rakan kena support la…baru melayu boleh maju….ok..berbalik kepada cerita kita…dan benda ini masih di KIV dalam otak geng….

kemudian rakan karib geng di IKM jb dah jadi master dealer PG..alhamdulillah rezeki dia..geng pun berazam nak jadi master dealer macam dia….cikgu geng en daneal dah jadi agen jugak..ingatkan dia tak mau jadi..hehehe…ramai kawan geng dah cecah 100K dan nama mereka terpampang dalam web Public Gold..hmmm bila la aku nak jadi macam diorang..rasa hampa dan sedikir cemburu dah mula menghantuai diri geng…maaf kawan-kawan aku sekalian sebab aku ada perasaan dengki kat korang semua….mungkin ada baik aku ada perasaan ini keranan aku dah mula aktif jual emas..kampen sana-sini…aku dah jadi tokey emas sepenuhnya…nak kejar target….dah gila emas…dah rasa risau bila emas turun harga…aku dah jadi gila….

kemudian aku beli cincin emas untuk majlis pertunangan aku…asalnya tokey kedai tue rekomen cincin 916 ada berlian 5 bijik tersusun diatasnya..harga boleh tahan RM2300.hmmm dengan berkat ilmu emas..aku cantas tokey kedai emas tue…berani gila aku masa tue…akhirnya dia mengaku jugak yang cincin berlian yang dia rekomen kat aku dia tak terima sebab ada batu..walaupun emas 916 dicop tapi bukan 916…sebab emas 916 tak sesuai pasang batu sebab masih lebut..jadi emas nya hanya 835 saja…sebab tue beratnya dibawah 3g saja….kira aku nie berani la..sebab situ kawasan kedai emas…di campble penang…emas situ murah..sama macam kelantan..jadi kalau tak nak pergi kelantan pie penang saja…kenapa aku beli cincin emas dari cincin berlian…ok..aku ceritakan…

ok cincin emas yang geng beli adalah emas 916 penuh…berat 4.32g harga RM590…dan cincin berlian yang ditawarkan kepada aku berat 2.35 dicop 916(tapi 835 saja) harga RM2300….jadi geng tanya kepada dia…kalau tolak balik berapa u ambil? lalu tokey emas cakap tolak RM90..hmmm ok la jugakan,,jadi geng pun beli la..bakal orang rumah geng macam tak suka dengan pilihan geng yelah …perempuan nie suka benda berkilat-kilat…lalu geng ceritakan kepada dia…kenapa geng lebih pilih cincin emas saja…ohhh untuk pengetahuan pembaca…dalam display kedai emas itu..harga cincin emas yg paling mahal sekali adalah RM780…hehehe..murahkan berat 5.33g saja…hehehe murah-murah…ok kenapa geng pilih cincin emas dari cincin berlian

1) dibelakang resit tertulis bahawa kedai ini terima semula barang kemas yang kita jual dengan potongan 30%..jadi RM590 x30%= RM177  ini ditolak dari harga asal.. sebenarnya salah kiraan tue..kedai emas akan kira mengikut nilai emas dan berat sahaja…jadi katakan harga emas pada masa geng nak jual adalah RM134 (harga yg sama geng beli)..jadi x dengan berat 4.32g = RM 578.88 dan ditolak 30% = RM173..jadi harga yg geng dapat adalah RM578-173 = RM 405…ini saja yang geng dapat..hmmmmm sikitkan…tapi bagaimana jika geng jual semula cincin berlian tadi…masalahnya ayat seterusnya dari belakang resit itu adalah….belian,batu jade,mutiara, batu-batu dan platinium jewellery tidak boleh dikembalikan (maksudnya tak diterima saja) jadi harga nya bergantung kepada berat dan ketulinan saja…jadi berat emas 2.35g dan ketulinan adakah 916?kirim salam la….sebab untuk pengetahuan anda semua ..barang kemas yang ada batu permata atau apa saja…tidak sesuai digunakan emas 916 kerana masih lebut..jadi emas yg sesuai adalah 835 dan 750..jadi cincin berlian ini mungkin kita mabil yg sedap hati 835..masa tue harga RM122/g utuk 835..jadi beratnya adalah……122×2.35 = 286.7 sahaja…tapi kena cantas 30%…berapa pulak? jadi harga yg ditoak adalah RM86…jadi dapat ditangan adalah..RM286-86…jadi RM200 sahaja…hah..lihat…gila apa..beli RM2300 tapi dapat balik RM200…tokey kedai emas kenyang RM2100…patutla kaya selalu…dah la tue…diorang jual semula pulak emas tue…masyukkkkk…..gila menang gila….kenapa tak caya? pie la try..bawa cincin berlian habib jewell para pembaca…try la…tapi kena redha la apabila keputusan yg dapat

2) bila pajak dapat masyuk sikit….kerana ianya barang kemas 916..biasa nilai pajakkan RM128..jadi…4.32 x 128 =RM552 dan dapat ditangan adalah 65% = RM359..(hmm mungkin sikit..tapi barang kemas nie masih aku punya…boleh tebus sikit-2)

kalau para pembaca tak percaya cubalah sendiri..serveyla…saya pasti anda akan terkejut. boleh lihat salinan belakang resit http://www.flickr.com/photos/geng916/4503155184/

geng jugak ada menyertai kelas training kepada agen PG di ajar oleh en syukor admin jutawanemas…satu kelas yang best..dalam masa yg sama geng dapat kenal agen-agen lain dan geng dapat menjual katalog dan resit…sold out…terima kasih

malam tue geng nginap di hotel budget di belakang PG sunway..hmmm malam tue geng takleh tidur…kerana terfikir semula benda benda yang geng KIV kan dulu..entahlah kenapa la boleh datang…sebenarnya sekarang nie dah ramai pihak yang menyuarakan untuk mengunakan dinar dan dirham dalam urusniaga harian dalam dalam proses ini banyak dinar  dan dirham di perkenalkan banyak…jadi bermulalah kembali persoalan yang mana betul dinar 916 atau dinar 999..pakat berbalah…jadi geng pun terlibat semula…dalam masa dok fikir…sampaila kehari ini baru geng terfikir….kenapa aku kisah sangat pasal semua ini…..apa kena mengena dengan aku….lantak la dinar 999 ke 916 ke…sebab para pembaca sekalian kita sekarang dimalaysia mengunakan wang kertas..maybe di kelantan akan dipekenalkan dinar dan dirham dalam urusniaga tetapi bukan sebagai matawang utama cuma matawang altenatif..sebab kerajaan malaysia tak benar..jadi bila kita nak guna dinar sebenarnya?perlu ka guna dinar dalam urusniaga?kenapa gold bar takleh ka jadi matawang?kalau tak silap ada dalil atau hadith yg mengatakan perantara jual beli nie..boleh digunakan tak kira asalkan ada persetujuan…sila perbetul jika geng salah..geng akan edit semula…sebab masa geng hadiri seminar di tabung haji pembentang dari kelantan mengatakan yang terhasilnya matawang ini adalah persetujuan antara penjual dengan pembeli…contohnya jka si A nak jual kambing kepada si B..dan diatas persetujuan mereka..objek yg menjadi pengantara urusniaga mereka ..mereka pilih guli…jadi guli adalah matawang mereka…kalau kepah..kepahlah jadi matawang…jadi tiada isu sebenarnya masalah matawang nie…sekarang diorang martabatkan pengunaan dinar alhamdulillah..tapi timbul pulak masalah dan pedebatan yang mana satukah dinar yg sebenar 916/999 ada pihak yg tak setuju Public Gold keluarkan dinar melalui Public Dinar kerana syarikat ini bukan milik orang islam..ia semena-mena profit saja…kemudian ada yg kata dinar 916 bukan matawang sunnah kerana ada pihak menyatakan zaman rasullullah tak guna emas916 hanya emas 999..kemudia ada menyatakan zaman sahabat bukan guna emas 916 kerana masa tue tiada alat yg menentukan ketulinan emas…dan bermacam-macam lagi..dan bila geng relax sekejap dan merenung kembali peristiwa ini bermula dari malam di plaza angsana….sesuatu terdetik..Booooom otak geng bergegar…lalu geng terfikir…..kenapa aku risau….?biarlah…adakah nanti bila kerajaan malaysia ditakdirkan guna emas sebagai matawang akan mengunakan dinar 999/916?cuba kita fikir…kerajaan mesti akan keluarkan cop sendiri kan?takkan nak ambil cop syarikat lain…terutama bukan keluaran malaysia….jadi produk malaysia akan diutamakan…hah..pada masa tue yg tinggal dinar dari mana?dinar kelantan dan dinar Public gold saja..jadi taknak pening otak..kerajaan istihar..hanya dinar yg ada dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia saja sah digukan sebagai matawang…jadi semua dinar diharuskan ditukar kepada DINAR MALAYSIA….amacam..posible tak?jadi buat apa geng pening-pening risau…sebab tujuan utama geng sertai emas ini adalah….UNTUK MENDIDIK MASYARAKAT PASAL EMAS…DENGAN MEMBERIKAN ILMU EMAS SEBANYAK YANG MUNGKIN..SUPAYA MASYARAKAT TAHU EMAS ADALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR…..ini sebenarnya…yang kedua kumpul modal nak kawin..dan seterusnya buat income dengan emas…jadi…apa yg geng pening-pening…kerana…..tak kiralah EMAS JONGKONG 999, EMAS SYILING999, EMAS DINAR999, EMAS DINAR 916, BARANG KEMAS, DEBU EMAS, KETULAN EMAS, KERTAS DEDAUN EMAS DAN GOLDFLEKS….apa yang penting…ianya emas…jadi simpanlah emas….tak kira dalam apa bentuk dan cop sekalipun..janji ia emas…..sebab apa geng pilih Public Gold..sebab boleh jadi tokey emas….dan senang nak sampaikan ilmu kepada orang sebab kemudahan yg diberikan….buat apa pening-pening….

jadi para pembaca….baik apa pun kita lakukan kita kena ada ilmu …kalau tak akan jadi gelong sekejap macam geng…tapi alhamdulillah…geng dah kembali kepada asal….jadi fikirlah apa yang geng luahkan disini…geng bukan nak hentam sapa-sapa cuma ini cetusan minda saja…saja nak berkongsi…tak suka jangan baca..suka jadikan pedoman dan ceritakan kepada orang lain…kerana pada pendapat geng pelaburan emas adalah pelaburan yg terbaik tak kira emas apa yang kita ada…janji emas…cuma kena fikir mana yang terbaik…jadi buat masa nie geng pilih PUBLIC GOLD……sekian wasalam….sila komen..tak puas hati pun komen..kalau ada salah pun komen..kalau suka pun silakan komen..tak kena bayar pun…dan jangan lupa register…hehehe

You may also like...

11 Responses

  1. ingin tahu says:

    apa tujuan geng bli emas sbnrnye?
    untuk jual balik bl harga tinggi ke atau utk protect your wealth ke?ataupun atas sebab2 lain..
    sekadar ingin tahu..wassalam

  2. Admin says:

    tujuan asal geng sebenarnya..mula-mula beli emas adalah untuk modal kawin kerana harga naik..jadi nak beli masa murah dan jual pada harga mahal..tetapi setelah geng masuk arena emas nie..geng punya tujuan dah berubah…sebab masa geng masuk dulu..lepas masuk geng tak jual emas pun geng cuma berkempen rakan-rakan dan saudara mara pasal kebaikan emas, geng sekadar nak meyimpan emas dan dapat komisyen setiap emas yang geng beli..tapi setelah lama kelamaan selepas balik dari seminar di tabung haji..geng dah faham kenapa geng masuk emas..bukan sekadar nak simpan untuk diri sendiri, buat modal ataupun nak protect kekayaan..tetapi educate people..sebab semasa geng dengar ceramah masa tue..geng rasa takut sangat..geng terfikir apa akan jadi jika benda ini berlaku dalam tempoh sebulan?apa akan jadi?jadi disitulah segalanya berubah..geng ada misi..misi geng adalah menyampaikan ilmu emas…dan menjadi sumber untuk masyarakat mendapatkan emas…dan ini yang geng buat sekarang…

  3. rashidah says:

    hasfa pernah dengar sistem barter? itulah konsep matawang…kalau jual beli dalam islam atau muamalah…apa yang dipersetujui si penjual dan si pembeli dan memberi manfaat yang sama kepada kedua-dua pihak…sah jual beli itu. kalau nak beli barang tanpa guna duit RM pun tak apa asalkan penjual bersetuju untuk menjual barangnya. betul la tu hasfa. timbalah lagi ilmu emas dan jangan terkejut kalau ada yang tanya zakat emas pulak..cari ilmu zakat emas pulak..berapa kita kene zakat dan apa syarat zakat emas…

  4. Admin says:

    alhamdulillah zakat emas dah master…sekarang nak master zakat perniagaan pulak

  5. hiz says:

    syabas admin..namun geng nak komen tentang blog ni…agak panjang sangat..isi pun sukar difahami..lebih persoalan dari jawapan..harap dapat dikemaskini dalam bentuk yang mudah..geng x paham apa yang admin nak sampaikan..namun smoga berjaya pada masa hadapan..

  6. Admin says:

    Terima kasih atas komen ada..betul memang panjang dan serabut…sebab ini yang terdapat dalam kepala geng masa geng tlis artikal ini…kepala geng dah serabut…biasalah pengunaan bahasa yg telah rojak..didalamnya ada beberapa point tentang emas….mungkin saya akan olahkan beberapa pekara..terutama pasal barang kemas…insyaallah

  7. sam says:

    Emas paling elok jika disimpan dlm jangka masa panjang sebagai pelindung kekayaan. Ingat baik2,Jangka masa panjang BUKAN jangka masa pendek.

    Bagi sesiapa yg inginkan keuntungan segera dalam pelaburan, EMAS bukan pelaburan yg sesuai buat mereka..

    Untuk pelaburan, emas 999 dan 916 adalah emas pelaburan yg paling sesuai, ia mampu beri pulangan kepada pemiliknya dlm masa panjang.. antara 5 hingga 10 tahun..

  8. Admin says:

    betul tue..saya sokong pendapat saudara sam…pelaburan emas adalah pelaburan jangka pendek…pulangannya adalah sekitar 22%-50% mengikut entry point maksudnya bila mula kita simpan…tapi purata tahun lepas adalah 37%…ini untuk sesiapa yg beli emas dah simpan sahaja..maka jadilah ia pelaburan jangka panjang..selama 10thn dari thn 2000-2010 harga emas dah mencatat keuntungan sebanyak 250% jadi memang untung simpan emas
    tapi jika sesiapa nak mendapat keuntungan jangka pendek…ada caranya..juallah emas…jadi tokey emas
    modal tak banyak..macam nak berniaga juga..ada caranyanya sapa berminat boleh talifon saya atau email atau lebih baik jumpa saya…saya akan ceritakan a-z pastu boleh buat sendiri..tak perlu bayar..ilmu nie free..dan anda akan untung 100%-200% dalam masa singkat..dengan syarat kena berniaga emas…

  9. Cepat betul kau punya evolusi.

    dengan geng 999 tu, raikanlah perbezaan pendapat.

    Dah nama blog ni “geng916” , mungkin kelihatan taksub pada dinar 916.

  10. Admin says:

    kebetulan….ada cerita disebalik nama geng 916 ini…hehehe…bukan taksub kepada dinar 916…dan saya bukan nak memperjuangkan dinar…saya nak memperjuangkan milikan emas dikalangan orang islam…tak kira dalam bentuk apa..jongkong,syiling,dinar,ataupun barang kemas…asalkan emas..bagi saya dinar hanya dialatkan dalam urusniaga..tapi dengan miliki emas..kita akan kaya seumpama miliki minyak..ada satu ayat/hadis saya lupa..pada akhir zaman org akan berebut memiliki emas hitam…saya kurang pasti sebab saya dengar ceramah agama saja…jadi nak simpan miyak tak mampu..apakata simpan emas..bukan dinar sahaja..apa saja janji emas

  11. Amy says:

    kebetulan….ada cerita disebalik nama geng 916 ini…hehehe…bukan taksub kepada dinar 916…dan saya bukan nak memperjuangkan dinar…saya nak memperjuangkan milikan emas dikalangan orang islam…tak kira dalam bentuk apa..jongkong,syiling,dinar,ataupun barang kemas…asalkan emas..bagi saya dinar hanya dialatkan dalam urusniaga..tapi dengan miliki emas..kita akan kaya seumpama miliki minyak..ada satu ayat/hadis saya lupa..pada akhir zaman org akan berebut memiliki emas hitam…saya kurang pasti sebab saya dengar ceramah agama saja…jadi nak simpan miyak tak mampu..apakata simpan emas..bukan dinar sahaja..apa saja janji emas

Leave a Reply

Get Adobe Flash player