Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu:Konsep Dan Perlaksanaannya

Asslammualaikum…apa khabar kepada para pembaca blog geng….geng takleh tidur…hehehhe baru bali seminar di outlet master agen PG Pure Gold sdn bhd…ini wakala Public Dinar…jadi bila takleh tidur..terpaksalah cari cara nak tidur..heheheh…ok buat kali nie geng nak kongsi satu artikal yang geng ambil dari laman majalah Angkasa…jadi selamat membaca…

Latar Belakang

DI BAWAH Seksyen 46, Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972,
ianya menyebut bahawa organisasi berikut adakah dikecualikan
daripada peruntukan Akta ini, iaitu :

  • Sebuah bank yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan bank di
    Persekutuan;
  • Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian
  • Malaysia 1969; dan
  • Sebuah syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana
    undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan berhubung dengan syarikat kerjasama.

Sehubungan dengan Akta di atas maka wujudlah satu peluang baru yang selaras dengan tuntutan Islam yang mana ianya dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu. Skim ini juga merupakan rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983.

Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu.

Perlaksanaannya yang memenuhi kehendak Syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK). Melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ia telah mewujudkan ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992.

Dari segi perlaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim ini kepada masyarakat umum. Perlaksanaannya mendapat kerja-sama sepenuhnya dari Bank Negara Malaysia yang turut bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.

Sambutan yang baik dan meng-galakkan daripada pelbagai golongan telah memberi peluang kepada YPEIM untuk menjadi pelopor yang berdaya saing. Fasa seterusnya dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia (BPM). Sungguhpun begitu, perlaksanaan skim ini di semua institusi kewangan adalah sama kerana hukum Syariah dijadikan landasan dan panduan.

Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri ke dalam bidang ini. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997.

Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).

Sebagai contoh, KOKANUN telah mewujudkan Muassasah Gadaian Islam (Ar-Rahnu) KOKANUN atau 2001. Ianya telah mula beroperasi pada tarikh yang sama setelah mendapat mandat daripada anggota-anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOKANUN Kali Ke-31 pada 17 Jun 2000.
Namun begitu, secara praktikal-nya, menurut perangkaan oleh Bank Negara Malaysia, nilai pajak gadai Islam hanya merangkumi 15 peratus dari pasaran pajak gadai sedia ada, manakala nilai pinjaman yang ditawarkan hanyalah RM275 juta berbanding dengan jumlah nilai pinjaman sedia ada iaitu RM1.5 bilion.

Pengenalan

Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5 peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan.

Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pin-jaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.

Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan ‘marhun’. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’ itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut.

Tujuan ‘marhun’ ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi, sebaliknya jalan penyelesaian terbaik telahpun dipersetujui.

Bagi hutang tadi pula, skim ini melaksanakan prinsip Al-Qardhul Hasan (bantuan ihsan), iaitu pinjaman tanpa faedah yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama Islam.

Sementara prinsip Al-Wadiah pula ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian tersebut.

Atas dasar Al-Wadiah inilah, skim ini akan mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi.
Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian.

Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
  • Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
  • Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
    pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
  • Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
  • Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan
    barang gadaian tersebut dengan baik.
  • Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga
    semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).

Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula, Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut :

  • Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh
    mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi.
  • Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.
  • Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya
    membebankan para penggadai yang memerlukan wang.
  • Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota
    koperasi khasnya dan umat Islam, amnya.
  • Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.
  • Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.

Konsep, Rukun Dan Ciri-Ciri Perlaksanaan
Konsep:

Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :

  • Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang. Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
  • Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari
    unsur riba’atau faedah.
  • Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.

Rukun:
Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:

  • Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
  • Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
  • Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah
    simpanan penerima gadaian.
  • Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
  • Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (PENGURUSAN)
Di Peringkat Ahli Exco Lembaga Pengarah

Ianya akan dikendalikan oleh Ahli Exco Lembaga yang dilantik dari kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Mereka yang dilantik ini akan menentukan hala tuju sebenar skim ini sebelum ianya dilaksanakan sepenuhnya. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:

  • Jumlah modal kerja yang akan disumbangkan.
  • Modus operandi skim ini; termasuk kumpulan sasaran.
  • Penyediaan pusat/bilik operasi; termasuk dari segi perlaksanaan dan
    pengurusan, keselamatan operasi, peralatan dan perkakasan yang
    diperlukan, insurans ke atas pekerja dan barangan yang disimpan, laporan perjalanan dan kewangan operasi dan sebagainya.
  • Kawal selia operasi.
  • Lain-lain yang berkaitan.

Peringkat Pentadbiran
Urusan pentadbiran amat penting bagi memastikan operasi harian berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Secara ringksnya adalah seperti di bawah:

  • Pengurus Operasi (Seorang)
    Pengurus Operasi bertanggung-jawab dalam menilai perkem-bangan dan pembangunan skim ini. Beliau juga bertanggung-jawab dalam melaksanakan keputusan Ahli Exco Lembaga Pengarah, memastikan sistem pentadbiran operasi mengikut perancangan, memastikan urus-niaga berlaku secara telus dan tanpa penipuan. Secara amnya, tugas ini melibatkan satu tanggungjawab yang besar.
  • Penilai (Seorang)
    Penilai bertanggungjawab untuk menilai barang gadaian (ke-biasaannya emas) mengikut nilai semasa di pasaran, menentukan kesahihan barang gadaian, kecekapan dalam menggunakan peralatan dan perkakasan dan sebagainya. Secara amnya, penilai merupakan nadi utama dalam pelaksanaan operasi skim ini.
  • Kerani Operasi (Dua Orang)
    Ditempatkan di kaunter urus niaga bagi menguruskan proses gadaian dan juga penebusan harian. Mereka ini terletak sepenuhnya di bawah tanggung-jawab Pengurus Operasi yang mengawal selia semua urusan yang terbabit dengan kewangan dan barang gadaian
    .

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (OPERASI)

  • Tujuan
    Memberi pinjaman bersandarkan nilai semasa di pasaran ke atas cagaran (emas).
  • Margin Pinjaman
    50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran.
  • Kadar Upah Simpan
    RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000).RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1000).
    * Bagi meningkatkan prestasi operasi, ianya banyak bergantung kepada ‘volume of sales’.
  • Tempoh Pinjaman
    Maksimum tempoh bayaran semula ialah enam bulan.
    Tempoh peringatan pertama akan dilanjutkan kepada dua bulan.
    Tempoh peringatan kedua/terakhir akan dilanjutkan kepada dua bulan lagi.
    * (Tempoh pinjaman: enam bulan + dua bulan + dua bulan).
  • Sekuriti/Cagaran
    Emas Tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
  • Bayaran Balik
    Sekali gus atau ansuran (bergantung pada budi-bicara pihak pengurusan).
  • Kelulusan
    Serta-merta atau semua urusan penggadaian atau penebusan selesai.
  • Hasil Lelongan
    Barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai.
  • Peralatan Ujikaji
    Penggunaan batu hitam, kanta pembesar dan asid.
    * Peralatan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianyaterbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
  • Perkakasan Penimbangan
    Electronic Balance dan Electronic Densimeter.
    * Perkakasan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianya terbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
  • Peralatan Dan Perkakasan Keselamatan
    Pejabat operasi, peti besi (dua unit), kabinet kalis api (untuk menyimpan dokumen-dokumen) dan bilik kebal.
  • Insurans
    Merangkumi insurans pengurusan wang tunai,pemindahan wang tunai, perlindungan kebakaran, perlindungan kecurian dan sebagainya.

PERMASALAHAN, HAD ATAU BATASAN

1. Secara keseluruhannya, pentadbiran dan pengurusan perlaksanaan skim ini memerlukan hala tuju yang selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh hukum syarak khususnya dan undang-undang awam atau pihak berwajib, amnya. Ini kerana per-laksanaan skim gadaian memerlukan pemantauan yang meluas terutamanya dari segi kewangan yang mana ianya melibatkan barangan gadaian (emas) dan juga tunai.
2. Pemilihan aset atau barangan gadaian. Ini meliputi penyenaraian jenis aset yang boleh digadaikan. Apakah hanya terhad kepada emas? Bagaimana dengan aset lain yang mempunyai harga di pasaran? Contohnya tanah, rumah, sijil-sijil saham, sijil-sijil pelaburan?
3. Penilaian aset yang terdedah kepada kemeruapan, contohnya emas, yang mana ini akan menimbulkan sedikit masalah dari segi operasi sekiranya kakitangan yang ditugaskan tidak cukup kemahiran dan latihan. Kualiti emas, rupa bentuk dan sifat fizikalnya juga memainkan peranan dalam urusan penggadaian.
4. Adakah caj marhun yang dikenakan, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang diberikan kepada penggadai adalah sama? Proses ini memerlukan pertimbangan yang adil dan sewajarnya dari pihak pengurusan terutamanya Pengurus Operasi.
Semua permasalahan, had dan batasan ini hendaklah dikaji, diteliti dan diperhalusi sebelum Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu dapat dilaksanakan dengan seadilnya; baik kepada pemberi pinjaman, penggadai, masyarakat dan mereka yang berkaitan.
Namun begitu, untuk renungan bersama, permasalahan, had dan batasan di atas hanyalah sebahagian dari rangka kerja dan rangka operasi skim ini. Ianya hanya panduan kecil sebelum perlaksanaan skim ini dipertimbangkan.

KESIMPULAN

Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam, amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. Selain dari itu, kemudahan ini selaras dengan dasar dan prinsip perjalanan sistem berkoperasi; tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.

sumber:- http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/Jan05/januari5.htm

31 Comments

  1. 1
    noorhaney bte dalail says:

    saya menghadapi masalah pada ar-rahnu saya.
    sebagai pelajar saya menghadapi masalah kewangan untuk menebus pajak gadai saya..
    sayae berharaf ada pihak dapat menolong saya memandangkan saya ibu tunggal..
    no rujukan:63-058-008624-4
    (031-002827)
    senoga pihak bank tidak melelong pajak gadai saya

  2. 2
    Admin says:

    boleh bagi butiran mengenai barang pajakkan puan…sila emailkan kepada saya…di
    ryz_rizan@yahoo.com atau admin@geng916.com

  3. 3
    wanie says:

    berapa lama proses pajakan ar-rahnu ini yer?

  4. 4
    Admin says:

    kalau tak silap saya….semua arrahnu ada tempoh matang selama 6bulan..kemudian boleh dilanjutkan…tempoh lanjutan adalah tak sama diantara semua arrahnu…ada yang 2bulan+3bulan…ada 2bulan+2bulan…sila rujuk arrahnu dimana anda nak pajak….
    tempoh pajakkan biasanya boleh lama asalkan kita bayar upah simpan dan nilai emas mesti RM10k keatas

  5. 5
    Deng says:

    Kalau emas 916 berat 3.97 gram jer…berapa dapat kalau kita gadaikannya…

  6. 6
    Admin says:

    Untuk mengetahuinya kita kena tahu berapa nilai gadaian/gram untuk mengetahui nilai marhun emas tadi…

    contoh katakanlah nilai gadaian adalah RM153/gram akan didarabka dengan berat emas
    153 x 3.97 = 607
    jadi nilai marhunnya adalah RM607
    pinjaman yang akan diberikan bergantung kepada arrahnu…ada 50%,65% & 70%. Jadi kita ambil 65% sebab kebanyakkan arrahnu akan bagi 65%

    jadi nilai marhun x 65%

    jadi 607 x 65% = 394.55

    jadi anda akan dapat RM394.55

    p/s jangan lupa anda akan dikenakan upah simpan bulanan, dan semua kiraan ini akan dilakukan selepas melalui procedure arrahnu

  7. 7
    deng says:

    Tq admin……gud info….

  8. 8
    izul says:

    assalamualaikum en.admin…sy masih baru berkenaan emas neh lagipun sy student…sy tgk rmai mmber2 sy mnceburi produk2 MLM tpi last sperti projek gjah putih…

    sy ada trfikir kekukuhan hrga emas lgi tnggi dri mata wang

    daripada informasi encik bg serba sedikit dapat memberi pengetahuan kpd sy…ttpi sy hanya dapat teori shj masih belum mencuba utk memiliki emas…

    sy hanya terfikir kalu sy beli emas mngikut hrga semasa hrga emas rendah,adakah sy boleh jual emas mngikut hrga semasa pd harga emas tinggi atau sy boleh mlabur mnjadi wang kertas yg tnggi???

    bknaan dgn pjak sy kurng fhm lgi,brknaan jika sy pajak emas,sy dpt duit…ttpi sy perlu byr balek ker duit drpd sy pjak kt pajak gadai??

  9. 9
    Admin says:

    wsalam

    diharap saudara dapat sms kepada saya…saya akan call dan jawab persoalan saudara…tiada bayaran dikenakan
    ini nombr saya 0134353317

  10. 10
    Zanna says:

    Salam.
    Saya memerlukan cash RM 1000.00.
    Soalan saya, bolehkah saya jualkan brang emas saya terus kepada bank rakyat instead of pajak gadai?
    Sekian.

  11. 11
    Admin says:

    wasalam
    jika anda memerlukan cash RM1000 …awak boleh jual..tapi bukan kepada bank..sebab bank tak beli barang kemas…jual kepada peraih mas atau pemborang macam saya…atau pun ..kamu boleh pajak untuk dapatkan cash..dan redeem balik …..kamu boleh pilih…buat kiraan ..jika pajak masih belum dapat cash RM1k…tapi jual boleh dapat…kamu juallah..tapi apa-2pun keputusan ditangan kamu…

  12. 12
    isaac says:

    assalam,
    sy ada terbaca dlm internet berkenaan dgn pinjaman yang mencagarkan kenderaan. Sebenarnya adakah wujud cagaran seperti ini memandangkan kenderaan bersifat susut nilai.
    tq.

  13. 13
    Admin says:

    mungkin ada..saya tak pasti..saya juga ada dengar cagaran rumah dan tanah…biasanya maybank dan cimb yang ada cagaran ini…mungkin bank lain ada jugak..tapi kena servey

  14. 14
    Matt says:

    assalamualaikum..
    saya memiliki beberapa keping 1 dinar dan 1 keping emas 20 gm.saya memerlukan Cash dan ke mana harus saya tujui lagi untuk memajaknya??
    ..kerana sy telah pun ke Ar Rahnu YAPEIM..dan mereka hanya menerima barang kemas dan bukan kepingan emas..

  15. 15
    Matt says:

    assalamualaikum..
    saya memiliki beberapa keping 1 dinar dan 1 keping emas 20 gm dari Public Gold.saya memerlukan Cash dan ke mana harus saya tujui lagi untuk memajaknya??
    ..kerana sy telah pun ke Ar Rahnu YAPEIM..dan mereka hanya menerima barang kemas dan bukan kepingan emas..

  16. 16
    Admin says:

    setakat nie…arrahnu yg paling best adalah arrahnu milik Agrobank

  17. 17
    Matt says:

    Salam…merujuk pada jawapan admin,boleh sy tahu sejauh mana atau penerangan ringkas tentang ar-rahnu agrobank seperti syarat2,perkara yang perlu dilakukan sebelum sy ke ar-rahnu Agrobank..?mohon penerangan ringkas..

  18. 18
    Admin says:

    saya terang seringkas mana pun anda pasti tidak akan paham sebab saya tak pernah pajak di arrahnu..saya pajak diArrahnu milik KPMNJ…jadi saya hanya boleh cerita bab teknik manipulasi emas sahaja…bab lain..saudara kena belajar hand-on…jadi kena beli emas dan try pajak

  19. 19
    maggie says:

    Hello, saya ada emas tapi berbentuk rantai dan gelang berat nya semua 200gram. boleh tak saya gadai kat bank rakyat (arrahnu)tu dan dapat hiba tiap2 bulan seperti di war2 kan oleh jutawan emas website tu.
    masih blurr lagi ngan pelaburan emas ni. nak belajar la ni…
    makasih

  20. 20
    Admin says:

    hai..
    boleh saudari boleh gadaikanya di mana-2 kedai pajak yang menjalankan arrahnu….tapi maaf tiada hiba…kerana tiada pulangan bulanan akan diberikan oleh arrahnu…boleh bagi link dimana saudari baca?
    arrahnu hanyalah tempat kita mendapat pinjaman dari emas kita sendiri…jadi tiada pulangan bulanan

  21. 21
    maggie says:

    Dah pun jumpa arrahnu Bank Rakyat. Dari semua barang kemas yg saya tunjukkan hanya separuh je yang BR terima. Bila tanya pasal jongkong atau coin emas mereka tak terima hanya barang kemas perhiasan badan je. Klu yang ada hiba bulanan tu terpaksa gi Public bank gold. Itu pun nak ada cash yg banyak baru boleh buat pelaburan. Itu pegawai tu cakap. Bagi saya yg miskin ni kalau setakat pelaburan, ASB still the best. Give up la dengan emas ni. Anyway thanks for sharing.

  22. 22
    Admin says:

    benar…sebab tue saya kata pergi ke arrahnu yg dikendalikan oleh agrobank…bank rakyat tidak terima bar dan coin kerana mereka telah dinasihatkan oleh BNM kerana mereka telah terkena dengan skim pelaburan emas…

    maaf saya rasa anda telah mendapat info yang salah…mana ada Public Bank melakukan hiba dengan melabur dalam akaun emas mereka…Public Bank hanya buka akaun simpanan emas yang tak ada emas..cuma buku sahaja…pelaburan adalah dgn pembelian 5gram emas keatas…
    bagi saya jika anda mampu beli barang kemas 200gram mustahil anda orang miskin…dari masuk ASB yang memberikan pulangan yang setakat nie paling tinggi pun hampir 8% baik masuk saham koperasi…boleh dapat lebih paling rendah 15%…mana ada ASB yg boleh dapat lebih dari 10%…ASB loan pun janji 12%..itupun kena buat loan..baik takyah…emas boleh beli runcit-2 dan boleh bayar bulan bulan tanpa interest…jika harga emas naik..bayaran masih sama jugak…apa susah

  23. 23
    Admin says:

    mana-mana institusi yang menjanjikan pulangan bulanan dalam pelaburan emas adalah salah…
    bank pun tak dibenarkan buat…harap maklum..

  24. 24
    maggie says:

    cuba baca dari petikan Hadzrin.com minda jutawan.
    Kalau dah ada modal sebenarnya lagi mudah. Terus sahaja beli emas dan mulai mendapat hibah bulan-bulan tak perlu nak tolak pinjaman apa-apa. Yang tak ada modal buat pinjaman COSHARE sebagai contoh kalau mampu meminjam sehingga RM200,000 dan tempoh pinjaman 20 tahun, bulanan perlu bayar balik ialah RM1,700.

    Jika sekarang buat pinjaman RM200,000, boleh beli emas 1 kilogram. Dari emas 1 kilo ini, setiap bulan hibahnya 2% dapat RM3,500. Kalau “RAJIN” boleh dapat RM8,000. Apa maksud kalau Rajin? Itu kena jumpa baru cerita…

    Dari pendapatan emas setiap bulan boleh bayar pinjaman bulanan dan ada untung lagi RM1,800. Ini lah pendapatan pasif seumur hidup. Jika anda ada rumah dan perlu bayar RM1,000 sebulan, dan kereta perlu bayar RM800 sebulan kira selesai masalah komitmen bulanan anda.

  25. 25
    maggie says:

    Dari kenyataan diatas saya confuse lah ngan statement tu. Emas yang saya ada 200g tu pun tak tau nak buat apa sebab gi BR mereka buat ujian sama ada boleh di pajakgadai atau tidak? kebanyakan emas saya tu nampak je besar tapi dalam kosong jadi tak boleh sebab mereka nak uji ngan asid. Tak tau kenapa pula nenek moyang aku suka sangat beli emas dan emas tu pula di turun kan kepada saya sebenarnya. Kalau nak beli dengan duit sendiri saya tak mampu… ada idea nak buat apa ngan emas yg kena reject dari Bank rakyat tu ke. nak minta pendapat. makasih ….

  26. 26
    Admin says:

    oh rupanya anda baca dari blog agen SGV…atau dulunya dikenali sebagai geneva gold…

    saya nasihat anda jangan join benda yang anda tak faham…saya jugak ragu-2 dengan Hibah yang dikatakanya…

    nasihat saya jika anda nak tahu pasal pelaburan emas…adalah lebih baik anda baca blog ini

    http://www.jutawanemas.com

  27. 27
    maggie says:

    Makasih banyak dengan bantuan saudara…nak layar la nie…

  28. 28
    Ramli says:

    Terima kasih utk info nie.

  29. 29
    cahaya hati says:

    assalamualaikum…
    sy slh seorg student ipt dkhendaki mmbuat tugasan mengenai perbankan dan kewangan islam dan sy telah mmilih tajuk konsep penggunaan ar-rahn di malaysia..jd,sy ingin mminta pndapat drpd saudara apakah yg prlu ada dlm kandungan tugasan sy ini..sprti contoh pengenalan dan sbgnya..

  30. 30
    rajasyami says:

    As salam en.Admin..
    saya nak tanya selain cagar emas,boleh tak cagar geran motor??
    email:rajasyami29@gmail.com

  31. 31
    Admin says:

    wasalam….
    setakat ini kesemua Arrahnu hanya menerima emas sebagai cagaran sahaja

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.

Get Adobe Flash player