Apa yang penting? Kerjamasa – Tabung emas

Assalammualaikum…apa khabar kepada para pembaca blog GENG916….geng berharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera…minggu nie 2 peristiwa telah dialami oleh geng…iaitu pemergian staff tempat sekerja geng Arwaharamah Pn Rohana (Al-Fatihah) mengadap ilahi…semoga rohnya dicucuri rahmat ,geng berasa sedih sedikit kerana geng rapat dengan suami si mati…rasa terkilan timbul bila geng tidak mendapat info diatas kematian beliau…tak apalah…lagi satu adalah mengenai seminar pelaburan emas yang telah dijalankan di JB baru-baru nie…buat pertama kali geng berasa amat puas hati menghadiri seminar…entahlah mungkin aura emas dah memenuhi jiwa geng…melihat soal jawab dan semangat yang ditunjukkan oleh para hadirin amat menggalakkan …rasa macam geng sendiri nak bagi seminar..aura emas….ada yang chat dengan geng dalam facebook dan menyatakan tak dapat tidur selepas dengar ceramah…itulah yang geng hadapi bila dah nampak…jadi sekarang adalah masa untuk geng berkongsi dengan para pembaca. telah menjadi misi geng..selain kempen meyimpan emas..perkongsian ilmu tetap diteruskan…dengan ini geng berharap supaya semua penduduk di Malaysia akan miliki emas sebagai simpanan altenatif…mungkin tak 100% simpanan emas….60% pun dah kira ok dan 40% adalah wang fiat…yang penting utamakan simpanan emas…

ok kali ini geng nak kongsi Idea kepada para pembaca mengenai simpanan emas…idea nie geng ambil contoh dari keluarga sebelah emak geng .

ok apa yang geng maksudkan adalah simpanan keluarga atau tabungan keluarga…untuk buat tabungan keluarga ada beberapa pekara harus difahami..

katakanlah satu keluarga ada 5 orang anak…apa kata setiap anak menyumbangkan katakanlah RM100 seorang setiap bulan? jadi dah ada RM500 seorang 1 bulan…jika anak-2 dah kahwin menantupun boleh join…dah ada RM1000 sebulan…jadi bila setahun dah ada RM12000….jadi dengan duit ini belila emas…bayangkan jika dilakukan 5thn…dah ada 500g emas…ok tapi untuk buat ini antara pekara yang pelu buat dulu…(ini contoh sebagai panduan sahaja)

perlu buat:-

  1. kena maklumkan kepada semua ahli keluarga mengenai hal ini..terangkan kebaikan menabung dalam emas..kalau boleh bawa pergi seminar pelaburan emas..hehehe.
  2. bila semua dah faham..buat surat perjanjian…kena mati stem nie…anggapkan persetujuan…(takut jadi apa-apa)..
  3. kemudian buat akaun Public Bank (senang sebab PG banyak guna akaun nie) nama letakkan nama mak atau ayah….tapi kalau nak buar syer holder..kena la daftar syarikat sendiri..lagi senang..contoh Pian Gold Trading…
  4. jadi anak-2 adalah ahli dalam gold trading nie…
  5. jadi mulakan collection..kalau nak best semua ahli keluarga kumpul duit untuk jadikan Pian Gold Trading sebagai agen/master agen jika ada duit..jadi anak-anak akan jadi sub agen kepada keluarga sendiri…
  6. ok bila dah masukkan duit mula la beli emas sikit sikit dengan duit yang terkumpul…
  7. kena lantik seorang pengurus….penjaga akaun dll….ingat ini hanya tabungan emas..jadi tujuan adalah untuk beli emas sahaja…
  8. katakanlah dah banyak tiba-tba nak buat pelaburan hartanah rumah sewa….jadi boleh la guna emas tue..tapi mcm biasa kenalah minta persetujuanahli keluarga…buat kertaskerja…nampak mcm leceh..tapi jika berjaya bayangkanlah…selain ada simpanan emas..income lain seperti rumah sewa pun mashuk
  9. tapi apa yang ahli keluarga dapat asyik bagi duit saja….ok..selain dari menjadikan dana simpanan emas…bila dah banyak dah jadi tempat untuk pinjaman duit…contohnya jika nak pakai duit untuk biaya anak nak daftar masuk Universiti ka…atau ada kecemasa kesihatan ke…jadi mana nak cekau duit?inilah ia…
  10. tabung ini akhirnya akan jadi macam bank keluarga sendiri..bayangkanlah..mari kita buat kiraan

katakanlah keluarga En Pian ada 5 orang anak….semua dah kawin….

sorang akan bagi RM100…jadi sepasang dan RM200… sasarkan simpanan emas kepada 10thn…jadi

RM200 sebulan x 5 pasang anak = RM1000 sebulan

setahun….RM1000 x 12=RM12000

sasarkan kepada 10 thn…jadi RM12000 x 10 =RM120,000

nampak dak ini baru simpanan duit…tapi jika si simpan dalam bentuk emas?dengan kenaikan 22%-37% berapa? gunakanlah ilmu yang geng ajar..seperti kaedah nak gandakan emas dengan ar-rahnu dan bagaimana nak jadikan 20g kepada nilai RM6k…. 

kira-kiralah sendiri….

hehehhe mesti para pembaca dah pening…sebab geng yg buat kiraan pun dah pening…

OK  pokok nya yang geng nak ceritakan pada kali ini adalah buat satu tabungan keluarga..jadi semua boleh simpan dalam tue…bayangkan jika keluarga syer duit dengan nama ibu sebagai agen…pastu anak-2 tolong jual…ini idea saja…tapi kalau para pembaca dapat  nampak apa yang geng nampak dan buat…keluarga para pembaca akan ada sumber duit sendiri…umpama ada PG dalam keluarga pembaca…

kalau kita kerjasama semua jadi ringan…bayangkan dengan emas kita beli rumah lelong di KL tampa perlu buat loan bank…tak ada interest bersih riba…rumah lelong jadikan rumah sewa..dapat pasif income …

perlukan duit pinjam dari tabungan keluarga..tapi jangan lupa bayar semula…silap-silap boleh buka wakala keluarga sendiri dan anak-2 jadi pekerja..dah ada income sampingan….macam-macam boleh buat..jadi fikirkanlah…idea nie tak kukuh..jadi fikirkanlah secara kreatif dan inovatif..demi masa depan keluarga dan anak-2….

Posted in Uncategorized. No Comments »

Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu:Konsep Dan Perlaksanaannya

Asslammualaikum…apa khabar kepada para pembaca blog geng….geng takleh tidur…hehehhe baru bali seminar di outlet master agen PG Pure Gold sdn bhd…ini wakala Public Dinar…jadi bila takleh tidur..terpaksalah cari cara nak tidur..heheheh…ok buat kali nie geng nak kongsi satu artikal yang geng ambil dari laman majalah Angkasa…jadi selamat membaca…

Latar Belakang

DI BAWAH Seksyen 46, Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972,
ianya menyebut bahawa organisasi berikut adakah dikecualikan
daripada peruntukan Akta ini, iaitu :

  • Sebuah bank yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan bank di
    Persekutuan;
  • Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian
  • Malaysia 1969; dan
  • Sebuah syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana
    undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan berhubung dengan syarikat kerjasama.

Sehubungan dengan Akta di atas maka wujudlah satu peluang baru yang selaras dengan tuntutan Islam yang mana ianya dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu. Skim ini juga merupakan rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983.

Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu.

Perlaksanaannya yang memenuhi kehendak Syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK). Melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ia telah mewujudkan ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992.

Dari segi perlaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim ini kepada masyarakat umum. Perlaksanaannya mendapat kerja-sama sepenuhnya dari Bank Negara Malaysia yang turut bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.

Sambutan yang baik dan meng-galakkan daripada pelbagai golongan telah memberi peluang kepada YPEIM untuk menjadi pelopor yang berdaya saing. Fasa seterusnya dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia (BPM). Sungguhpun begitu, perlaksanaan skim ini di semua institusi kewangan adalah sama kerana hukum Syariah dijadikan landasan dan panduan.

Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri ke dalam bidang ini. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997.

Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).

Sebagai contoh, KOKANUN telah mewujudkan Muassasah Gadaian Islam (Ar-Rahnu) KOKANUN atau 2001. Ianya telah mula beroperasi pada tarikh yang sama setelah mendapat mandat daripada anggota-anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOKANUN Kali Ke-31 pada 17 Jun 2000.
Namun begitu, secara praktikal-nya, menurut perangkaan oleh Bank Negara Malaysia, nilai pajak gadai Islam hanya merangkumi 15 peratus dari pasaran pajak gadai sedia ada, manakala nilai pinjaman yang ditawarkan hanyalah RM275 juta berbanding dengan jumlah nilai pinjaman sedia ada iaitu RM1.5 bilion.

Pengenalan

Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5 peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan.

Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pin-jaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.

Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan ‘marhun’. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’ itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut.

Tujuan ‘marhun’ ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi, sebaliknya jalan penyelesaian terbaik telahpun dipersetujui.

Bagi hutang tadi pula, skim ini melaksanakan prinsip Al-Qardhul Hasan (bantuan ihsan), iaitu pinjaman tanpa faedah yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama Islam.

Sementara prinsip Al-Wadiah pula ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian tersebut.

Atas dasar Al-Wadiah inilah, skim ini akan mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi.
Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian.

Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
  • Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
  • Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
    pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
  • Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
  • Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan
    barang gadaian tersebut dengan baik.
  • Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga
    semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).

Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula, Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut :

  • Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh
    mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi.
  • Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.
  • Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya
    membebankan para penggadai yang memerlukan wang.
  • Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota
    koperasi khasnya dan umat Islam, amnya.
  • Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.
  • Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.

Konsep, Rukun Dan Ciri-Ciri Perlaksanaan
Konsep:

Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :

  • Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang. Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
  • Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari
    unsur riba’atau faedah.
  • Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.

Rukun:
Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:

  • Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
  • Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
  • Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah
    simpanan penerima gadaian.
  • Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
  • Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (PENGURUSAN)
Di Peringkat Ahli Exco Lembaga Pengarah

Ianya akan dikendalikan oleh Ahli Exco Lembaga yang dilantik dari kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Mereka yang dilantik ini akan menentukan hala tuju sebenar skim ini sebelum ianya dilaksanakan sepenuhnya. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:

  • Jumlah modal kerja yang akan disumbangkan.
  • Modus operandi skim ini; termasuk kumpulan sasaran.
  • Penyediaan pusat/bilik operasi; termasuk dari segi perlaksanaan dan
    pengurusan, keselamatan operasi, peralatan dan perkakasan yang
    diperlukan, insurans ke atas pekerja dan barangan yang disimpan, laporan perjalanan dan kewangan operasi dan sebagainya.
  • Kawal selia operasi.
  • Lain-lain yang berkaitan.

Peringkat Pentadbiran
Urusan pentadbiran amat penting bagi memastikan operasi harian berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Secara ringksnya adalah seperti di bawah:

  • Pengurus Operasi (Seorang)
    Pengurus Operasi bertanggung-jawab dalam menilai perkem-bangan dan pembangunan skim ini. Beliau juga bertanggung-jawab dalam melaksanakan keputusan Ahli Exco Lembaga Pengarah, memastikan sistem pentadbiran operasi mengikut perancangan, memastikan urus-niaga berlaku secara telus dan tanpa penipuan. Secara amnya, tugas ini melibatkan satu tanggungjawab yang besar.
  • Penilai (Seorang)
    Penilai bertanggungjawab untuk menilai barang gadaian (ke-biasaannya emas) mengikut nilai semasa di pasaran, menentukan kesahihan barang gadaian, kecekapan dalam menggunakan peralatan dan perkakasan dan sebagainya. Secara amnya, penilai merupakan nadi utama dalam pelaksanaan operasi skim ini.
  • Kerani Operasi (Dua Orang)
    Ditempatkan di kaunter urus niaga bagi menguruskan proses gadaian dan juga penebusan harian. Mereka ini terletak sepenuhnya di bawah tanggung-jawab Pengurus Operasi yang mengawal selia semua urusan yang terbabit dengan kewangan dan barang gadaian
    .

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (OPERASI)

  • Tujuan
    Memberi pinjaman bersandarkan nilai semasa di pasaran ke atas cagaran (emas).
  • Margin Pinjaman
    50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran.
  • Kadar Upah Simpan
    RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000).RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1000).
    * Bagi meningkatkan prestasi operasi, ianya banyak bergantung kepada ‘volume of sales’.
  • Tempoh Pinjaman
    Maksimum tempoh bayaran semula ialah enam bulan.
    Tempoh peringatan pertama akan dilanjutkan kepada dua bulan.
    Tempoh peringatan kedua/terakhir akan dilanjutkan kepada dua bulan lagi.
    * (Tempoh pinjaman: enam bulan + dua bulan + dua bulan).
  • Sekuriti/Cagaran
    Emas Tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
  • Bayaran Balik
    Sekali gus atau ansuran (bergantung pada budi-bicara pihak pengurusan).
  • Kelulusan
    Serta-merta atau semua urusan penggadaian atau penebusan selesai.
  • Hasil Lelongan
    Barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai.
  • Peralatan Ujikaji
    Penggunaan batu hitam, kanta pembesar dan asid.
    * Peralatan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianyaterbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
  • Perkakasan Penimbangan
    Electronic Balance dan Electronic Densimeter.
    * Perkakasan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianya terbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
  • Peralatan Dan Perkakasan Keselamatan
    Pejabat operasi, peti besi (dua unit), kabinet kalis api (untuk menyimpan dokumen-dokumen) dan bilik kebal.
  • Insurans
    Merangkumi insurans pengurusan wang tunai,pemindahan wang tunai, perlindungan kebakaran, perlindungan kecurian dan sebagainya.

PERMASALAHAN, HAD ATAU BATASAN

1. Secara keseluruhannya, pentadbiran dan pengurusan perlaksanaan skim ini memerlukan hala tuju yang selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh hukum syarak khususnya dan undang-undang awam atau pihak berwajib, amnya. Ini kerana per-laksanaan skim gadaian memerlukan pemantauan yang meluas terutamanya dari segi kewangan yang mana ianya melibatkan barangan gadaian (emas) dan juga tunai.
2. Pemilihan aset atau barangan gadaian. Ini meliputi penyenaraian jenis aset yang boleh digadaikan. Apakah hanya terhad kepada emas? Bagaimana dengan aset lain yang mempunyai harga di pasaran? Contohnya tanah, rumah, sijil-sijil saham, sijil-sijil pelaburan?
3. Penilaian aset yang terdedah kepada kemeruapan, contohnya emas, yang mana ini akan menimbulkan sedikit masalah dari segi operasi sekiranya kakitangan yang ditugaskan tidak cukup kemahiran dan latihan. Kualiti emas, rupa bentuk dan sifat fizikalnya juga memainkan peranan dalam urusan penggadaian.
4. Adakah caj marhun yang dikenakan, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang diberikan kepada penggadai adalah sama? Proses ini memerlukan pertimbangan yang adil dan sewajarnya dari pihak pengurusan terutamanya Pengurus Operasi.
Semua permasalahan, had dan batasan ini hendaklah dikaji, diteliti dan diperhalusi sebelum Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu dapat dilaksanakan dengan seadilnya; baik kepada pemberi pinjaman, penggadai, masyarakat dan mereka yang berkaitan.
Namun begitu, untuk renungan bersama, permasalahan, had dan batasan di atas hanyalah sebahagian dari rangka kerja dan rangka operasi skim ini. Ianya hanya panduan kecil sebelum perlaksanaan skim ini dipertimbangkan.

KESIMPULAN

Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam, amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. Selain dari itu, kemudahan ini selaras dengan dasar dan prinsip perjalanan sistem berkoperasi; tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.

sumber:- http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/Jan05/januari5.htm

Posted in Uncategorized. 29 Comments »

Overlap di Ar-Rahnu KPMNJ…..

Assalammualaikum kepada para pembaca-pembaca laman blog GENG916…geng berharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera…bagaimana dengan simpanan emas para pembaca? sudah bertambah ke belum…geng berharap simpanan emas dapat membantu para pembaca untuk mengubah hidup…seperti yang geng alami sekarang..penambahan dari simpanan emas amat ketara….sila klik link  di bawah

http://www.flickr.com/photos/geng916/4406374842/

ini adalah asset emas yang geng ada sekarang di tanggan…ada lagi 50g di Ar-Rahnu KPMNJ dan masih ada di Public Gold 20g gold bar dan dinar 4 keping 1 dinar

jumlah nilai emas sekarang yang geng ada selama hampir 3 bulan ini adalah seperti dibawah..klik link dibawah

http://www.flickr.com/photos/geng916/4406374912/in/photostream/

last update 03/03/2010

tujuan geng memaklumkan kepada para pembaca bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk tapi sebagai memberi semangan..senang cakap nak bakar hati pembaca semua ..hehehe..asalnya geng hanya bermodalkan RM39k untuk jadi agen public gold dengan membeli emas set Public Gold yakni ..lihat link dibawah

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284098629/in/photostream/

http://www.flickr.com/photos/geng916/4284151373/in/photostream/

jadi …adakah emas tidak memberi pulangan kepada para pembaca sekalian?..masih kurang yakin?..mari sekali lagi kita lihat…klik di bawah

http://www.flickr.com/photos/geng916/4406390492/

para pembaca buat lah keputusan..bandingkan sendiri…apa yang yang tinggal kepada kita orang islam setelah satu-satunya harapan pelaburan kita dah haram?walaupun majlis fatwa kebangsaan mengumumkan hukumnya harus, tapi bagi yang tidak tahum proses nya..maka hukumakan ditanggung oleh ahli majlis fatwa sebab tak tahu…tapi bagi yang dahu…hukumnya haram dan bagaimana  boleh haram..jadi hukumnya ditangungsendiri….jadi soalan geng…mahukah kita ambil benda haram?kita bagi keluarga kita..anak-anak kita makan dengan hasil yang haram?fikirlah sendiri

ok..wah panjang benar mukadimah geng..hehehe…pada kali nie geng nak menulis pasal satu fungsi atau satu lagi kelebihan Ar-Rahnu selain sumber pinjaman tanpa riba…Ar-Rahnu juga boleh buat overlap…

hah..aaa betul boleh buat macam bank..percayalah….ok

overlap nie berlaku apabila emas yang kita pajak tidak ditebus selepas tamat tempoh penebusan….maksudnya lepas tempoh matang 6 bulan ditambah ekstra 2 bulan…(tempoh tak sama di setiap ar-rahnu yg lain)

ok kita ambil contoh yang geng pajak 50g tempoh hari…mari lihat surat pajak geng….klik link bawah

http://www.flickr.com/photos/geng916/4342011621/

ok..geng mendapat RM4480 pinjaman dari pajakkan emas 50g…kataknlah tempoh tamat penebusan dah tamat…jadi apa yang berlaku..emas 50g geng akan dipajakkan semula tapi geng mesti bayar dahulu upah simpan yang lepas…

jadi apabila dipajakkan semula..kiraan baru akan berlaku..kita ambil contoh hari ini 04/03/2010 dimana nilai emas 1gram adalah RM144.00/g…jadi kiraan 50g adalah

50g x RM144 = RM7200

RM7200 adalah nilai marhum emas geng tadi…jadi pinjaman yang geng dapat adalah sebanya 65% sahaja

oleh itu:- RM7200 x 65% =RM4689…ini adalah pinjaman baru geng..jadi:-

pinjaman baru  RM4680

nilai tebus        - RM4480

lebihan              RM200  ini akan dapat kepada pengadai….mcm bank jugak..hehehe tapi tiada riba….tiada pajakkan kedua..modal 50g jugak….

kalau kita lihat…diantara pinjaman bank dan pinjaman Ar-Rahnu …Ar-Rahnu lebih menguntungkan…kerana:-

  1. bank ada interest….Ar-Rahnu upah simpan saja
  2. kalau kita buat overlap…belum tentu interest dapat sama…kena pada interest tinggi?tak ke penat
  3. Interest tue HARAM

Tapi bagaimana pulak jika masa kita pajak tue nilai harga gadaian murah?

contohnya

nilai yang sama RM4480

nilai baru…katakan pada masa tue harga emas segram RM135

gadaian semula:- 50g x RM135 = RM6570

jadi pinjaman baru:- RM6570 x 65% = RM4387.50

pinjaman baru   RM 4387.50

nilai tebus          -RM4480.00

                              -  RM92.50        berlaku negatif…jadi pihak pengadai perlu bayar RM92.50 untuk pajakkan ini kepada Ar-Rahnu

 

jadi inilah sistem yang disediakan oleh pihak Ar-rahnu…buat overlap dengan modal asal..tak perlu modal lain…jadi tak prlu risau jika emas kita tak dapat di tebus…macam agen-agen yang jual emas…ini satu peluang baik jadi modal akan dapat…untuk emas baru…

jadi bolehla buat rempit emas RM6000 dalam masa 20 minit…heheheh….semoga penulisan geng kali ini dapat menambahlan ilmu kepada rakan-rakan pembaca…

oh sebelum geng tamatkan penulisan geng..geng nak tambah sikit…baru-baru nie ada seorang hamba Allah nie dia kata ..kenapa Public Gold buat barang kemas pulak? (lihat link bawah http://geng916.com/2010/02/product-baru-pendapatan-baru/)…. adakah PG dah tak boleh cari makan?ada masalah ke?hmmmm satu jawapan yang killer ..hehehe..jadi geng nak jawab di sini

ini pendapat geng la…bagi geng ini satu peluang…kerana barang kemas yang di perkenalkan oleh PG adalah emas yg mengikut harga pasaran dunia…kita kena ambil peluang ini… contohnya geng akan beli 2 atau 3 set barang kemas PG lepas nie..tujuan?..hehehe nak buat modal merempit la apa lagi…kita tahu ada Ar-Rahnu yg tak terima gold bar dan gold coin..hanya terima barang kemas..hehehe jadi…geng akan gunakan barang kemas sebagai modal untuk beli gold bar la..hahahha mudahkan…tiada masalah…selagi emas…emas berharga dalam apa rupa sekali pun…jadi boleh beli gold bar emas 999..heheheh dengan modal barang kemas 916..berat ooo barang kemas PG…cuba korang baca spect setiap barang kemas…hahahaha dah la beli tak ada upah tukang..pastu emas keselurah pulak tue..walupun barang kemas bukan dalam kategori emas pelaburan…tetapi ..barang kemas boleh buat modal…lebih baik dari beli barang kemas di kedai emas yang lain…peluang-peluang….rezeki-rezeki..jadi be creative and inovative…. 

untuk makluman para pembaca Seminar Emas anjuran Public Gold akan diadakan dibeberapa lokasi…kepada orang JB…jom kita pie seminar Pelaburan emas …klik link dibawah untuk maklumat lanjut…

http://www.flickr.com/photos/geng916/4405683889/

untuk setai sila hubungi geng di 0134353317…jumpa disana…

 

Posted in Uncategorized. 2 Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes