Kejuruteraan Bahan – Module Emas – Kepelbagaian Pengunaan Emas Siri 6

Assalammualaikum kepada pembaca blog Geng916…hmmm hari yang sungguh berbahagia kerana rakan geng cikgu azrul admin auraaurum.com telah berjaya membuka wakala emas di Pekan Nanas…alhamdulillah berpeluang lah orang Pekan Nanas Pontian menyimpan emas…dirasmikan oleh pengasas Public Gold En Louis Ng dan ceramah di beri oleh General Manager Public Dinar En Syukor Hashim…kenapa ?yup syukor hashim admin jutawanemas.com tue…dah jadi manager sekarang la…aaa cuba call public gold kalau tak caya.. hmmm bila la geng nak jadi general manager? hehehe tak apa angan-angan pun ok..manalah tahu dengan usaha yang gagah dan gigih angan-2 jadi kenyataan…insyaallah..ok buat masa nie..geng akan ngajar pembaca pasal emas dulu..hehehe 

ok kisah kali nie…opp silap….kuliah kita kali nie adalah mengenai emas yang digunakan dalam bidang angkasa dan bangunan..kita mulakan dengan bangunan dulu lah 

Kegunaan Emas dalam bangunan dan cermin 

ok setakat nie kita dah tahu emas sebagai barang kemas, matawang, perubatan dan sekarang kepada bangunan, dalam binaan bangunan emas digunakan kepada cermin-cermin bangunan pencakarlangit…aaa tapi kenapa tak warna kuning? ada sebabnya..layan dulu 

Emas banyak digunakan dalam penghasilan cermin. pengunaan asas dalam penghasilan cermin adalah didalam pigment kaca. ketika proses annealling (hmm dalam proses pengubahan bahan dengan rawatan haba) sedikit kuantiti emas dimasukkan dan ini akan menghasilkan cermin yang kaya dengan warna ruby (warna ungu sikit-sikit) dipanggil Purple of Cassius. Selain dari itu emas juga digunakan dalam menghasilkan cermin khas yang khusus untuk pengawalan cuaca didalam bangunan. selain itu apabila emas ini di sadurkan kepada permukaan cermin ia akan memantulkan rediasi dari matahari dan menjadikan bangunan sejuk ketika musim panas dan memantulkan panas dari dalam bangunan dan jadikan bangunan suam-suam ketika musim Sejuk

 

selain cermin bangunan visor helmet yang digunakan oleh angkasawan juga di sadur dengan emas. jadi semasa angkasawan diangkasa mereka tidak akan terlalu terdedah kepada rediasi angkasa, ini akan melindungi mata dan kulit. 

oleh kerana emas nie logam yang lembut dan mudah di bentuk…emas boleh diketuk hingga mengjadi helain 10 kali lebih nipis dari kertas, dinamakan gold leaf. kebanyakkan gold leaf ini di lekatkan pada bangunan..contohnya hotel Burj of Arab yang tangganya dan tiang-tiang didalam nya di salut dengan gold leaf.. 

Kegunaan Emas dalam alatan angkasa lepas 

Jika anda hendak membelanjakan berbilion ringgit diatas kenderaan dan dilancarkan untuk pengembaraan semestinya perlukan pelincir, senggaraan dan pembaikan yang pastinya tiada pembinaan mengunakan bahan yg terpilih amat diperlukan. dengan inilah emas digunakan dalam beratus cara pada setiap kenderaan angkasa yang dilancarkan oleh NASA 

emas digunakan pada litar kerana kebergantungan untuk conductor dan connector. dan tambahan pulak kebanyakkan komponen kenderaan angkasa dipenuhi dengan gold-coated polyester film. filem ini memantulkan rediasi infrared dan mengstabilkan suhu pada kapal angkasa. tanpa saduran ini kapal angkasa akan menyerap tersangatlah banyak haba

 

Emas juga digunakan sebagai pelincir diantara komponen mekanikal. semasa di angkasa yang vakum, pelincir cercair biasa akan pecah molikul ikatannya kerana rediasi yang lebih hebat dari bumi. emas memiliki daya shear yang rendah dan pengunaan sebagai pelincir amat baik dimana molekul emas akan menyelinap diantara komponen dibawah tekanan geseran dan ini menghasilkan daya pelinciran yang sangat baik 

Kegunaan Emas sebagai simbol keagungan dan kejayaan 

Bahan apakah yang digunakan untuk buat mahkota?Emas! logam ini dipilih kerana emas adalah LOGAM yang miliki nilai estetika yang tinggi. tak guna kita buat mahkota dari besi walupun semua tahu logam adalah keras. emas dipilih kerana logam ini berkaitan dengan highest esteem dan status 

emas juga di gunakan untuk buat piala tempat pertama dalam kejohanan peringkat dunia seperti sukan Olympic, Anugerah Academy, Oscar Music Grammy jugak dibuat dari emas. ini keranan ianya melambangkan peringkat tertinggi dalam pencapaian dalam bidang yg diceburi..

 

  

lihatlah inilah kegunaan emas..selepas nie Geng akan rumuskan apa yang kita belajar dalam 6 siri selama ini….jadi…bersambung…. 

You may also like...

3 Responses

  1. Great site. A lot of useful information here. I’m sending it to some friends!

  2. Admin says:

    thank you.. i hope my writing can banefit people who read it

  3. I just added your blog site to my blogroll, I pray you would give some thought to doing the same.

Leave a Reply

Get Adobe Flash player