Kejuruteraan Bahan – Modul Emas – Topik Kepelbagaian pengunaan emas siri 3

Assalammualaikum para pembaca blog GENG 916 diharap para pembaca mendapat sedikit ilmu dari pembacaan dalam blog ini….ok kelas kita bersambung…sebenarnya geng cadang nak publis artikal siri 3 nie esok…tapi sebenarnya geng ada satu berita yang nak geng sampaikan..tapi sebelum tue kena habiskan kuliah kita…berita itu gang cadang nak postkan pada 26/3/2010 sempenan hari kebesaran geng…tapi tengoklah..kalau sesuai di cerita awal..geng post kan awal yek…sabar…

ok kita bersambung tajuk untuk siri ketiga ini pulak

Pengunaan emas sebagai Kewangan

 Oleh kerana emas merupakan logam yang sangat berharga dan sumber sangat terhad, emas telah sekian lama dijadian medium petukaran dalam urus niaga sebagai matawang. Pengunaan emas sebagai medium petukaran mengambil usia semenjak 6000 tahun. Awal urusniaga dijalankan dengan pengunaan emas dan perak (dinar dan dirham).  emas amat sesuai kerana nilainya yang amat tinggi , mudah dibawa dan senang dibahagikan ke nilai kecil kerana kelembutannya 

dahulunya duit kertas di sokong oleh emas ..setiap nilai wang kertas disimpan mengikut unit nilai emas yang ada. Dahulunya US pernah mengunakan piawaian emas (gold standard) dan mengekalkan setiap simpanan emas mengikut nilai dollar. dibawah piawaian ini sesiapa saja yang membawa wang kertas boleh menukarkan dengan samaan nilai dengan emas..tapi pada satu masa  dizaman President Nixon telah mengugurkan penyandaran ini…akibatnya terjadilah WANG FIAT (sila baca utuk lebih faham pasal wang fiat clik sini)

sekarang ini emas dijadikan sumber kewangan altenatif untuk backup kewangan dalam bentuk gold bar atau gold bullion.sekarang ini kerajaan, individu dan institusi menyimpan emas sebagai pelaburan dalam bentuk bullion

Siling emas pertama yang dihasilkan adalah atas arahan Raja Croesus of Lydia (sekarang dikenal sebagai turkey) lebih kurang 560 sebelum masihi. matawang emas secara amnya digunakan dalam perdagangan sehingga pada awal 1900 dan selepas itu diambil alih oleh matawang kertas. siling emas dihasilkan dalam 2 jenis. satu didominasi dalam bentuk dollar dan satu lagi dalam nilai berat seperti ounce dan gram

sekarang siling emas tidak lagi digunakan sebagai matawang, tetapi siling emas yang dinilaikan dalam bentuk berat sangat diminati dan mendapat permintaan sebagai pelaburan, ini kerana emas sudah jadi satu bahan komuditi dan harga nya sentiasa naik turun dimana bila emas banyak dipasaran harga akan turun…tetapi bila emas berkurangann  dan permintaan tinggi..harga aka  naik mendadak, inilah yang menjadikan siling emas menjadi koleksi bernilai dan logam yang sangat berharga

sekarang di negara kita ada usaha-usaha untuk kembalikan pengunaan emas sebagai matawang..jadi kita mesti menyokong usaha ini demi kebaikan kita semua…

sekian sudah siri 3 ini..selepas ini kita akan tengok pula pengunaan emas didalam teknologi…bersambung

  


You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player