Kejuruteraan Bahan – Modul Emas – Topik Kepelbagaian pengunaan emas Siri 2

Assalammualaikum…kita sambung kelas kita lagi..topik kali nie adalah

Kegunaan utama emas:-Barang Kemas

Emas telah ditemui dalam bentuk asli, ia mudah dikerjakan dan dianggapkan merupakan logam pertama yang digunakan oleh manusia. Sekarang, kebanyakkan emas yang telah dilombong atau dikitar semula digunakan dalam penghasilan barang kemas. Lebihkurang 78% emas digunakan dalam penghasilan barang kemas

keistimewaan sifat emas yang membolehkan penghasilan barang kemas adalah; very high lustre (kilauan yang sengat tinggi), warna kekuningan yang mengashikkan, tarnish resistance , kebolehan untuk dibentuk kepada bentuk wayer, kebolehan diketuk hingga menjadi helaian atau di tuangkan dalam acuan bentuk

Emas tulin amatlah lembut jika dikenakan tekanan oleh perhiasan lain. tukang emas mendapati dengan mengloyangkan dengan logam lain seperti nikel, cooper, dan platinum akan menambahkan lagi durability(ketahanan /kekerasan)

emas yang telah diloyangkan mengandungi sedikit kuantiti emas dan mengurangkan berat ketulinannya . satu piawaian telah ditentukan untuk menilai tahap ketulinan sesuatu emas, unitnya adalah karatage atau karat. emas tulin dikenali dengan piawaian 24 karat dan akan sentiasa di copkan 24K. kandungan emas yang hanya 50% sahaja dikenali dengan emas 12Karat (12/24ths) dan dicopkan dengan 12K. Emas yang memiliki ketulinan 75% saja di namakan 18karat dan dicopkan dengan 18K dalam ertikata lain lagi kurang emas lagi keras barang kemas itu…dan lagi murah emas itu dipasaran dan setiap campuran emas ini denagn logam lain akn menghasilkan warna emas yang berbeza….ada orang memberi petua..kalau emas itu terlalu cantik dan susah rekaannya maka kuranglah nilai ketulinan emasnya

jadi inilah kegunaan emas sebagai barang kemas..tajuk selepas ini pulak peranan emas sebagai kewangan dan alat melindungi kekayaan….bersambung

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player