Khas kepada para pembaca-blog geng916 dan pelangan emas geng916…..

Assalammualaikum…kepada para pembaca blog geng916.com….dan tak lupa jugak kepada para pelangan-pelangan emas geng…pertama sekali geng nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada para pelangan yang membeli emas dari geng untuk dijadikan sebagai simpanan, pelaburan atupun menjadi tokey emas…

dalam masa sebulan nie harga emas amatlah cantik dengan penurunan yg hampir menjadikan emas dari USD 1200/oz kepada USD1087/oz…ramai orang mengambil kesempatan dengan kejatuhan harga ini dengan membeli emas…ramai agen-agen mendapat sale yg tinggi..tak kecuali jugak geng…buat pertama kali sales emas geng mencecah RM24K…dengan jualan gold bar, coins dinar dan barang kemas…terima kasih kerana memilih geng..geng berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik..selagi hayat dikandung badan..sejujur, seikhlas..demi memenuhi hati pelangan emas geng, di sini jugak geng ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan geng kerana memberi tunjuk ajar dalam biz ini…terutama En Syukor dan En Mohd Fazli (Pokli) kerana di atas bimbingan anda saya dah berjaya sampai sekarang ini…walaupun orang berpendapat yang saya belum dikategorikan berjaya..tapi bagi saya, saya dah berjaya mencapai target saya…dan lebih…terima kasih kepada semua dan terima kasih diatas segalanya…saya berjanji..saya akan teruskan usaha ini….ohhh dan tak lupa juga kepada Pihak Public Gold kerana menyediakan peluang perniagaan ini…

dengan genapnya 26 March sempena ulang tahun geng yang ke 29thn ini geng ingin mengumumkan beberapa plan dan peluang kepada para pelangan-pelangan geng…

sebelum geng menerangkan apakah plan-plan dan peluang yg akan geng berikan….jadi geng nak maklumkan apa yang akan geng lakukan ini adalah semata-mata untuk:-

  1. memberi peluang pendapatan tambahan
  2. memberikan kaedah altenernatif kepada masyarakat untuk miliki emas
  3. melariskan jualan emas geng..kerana geng berhajat nak jadi master agen…bila jadi master agen..senang sikit geng nak membantu pelangan dalam perniagaan emas

untuk makluman..geng tidak mengalakkan skim-skim pelaburan emas…MLM melalui sistem piramit, binary, upline downline dll…..geng hanya gunakan kaedah penghargaan sahaja

kepada pelangan baru/pelangan lama/agen

  1. mulai 1 April 2010 semua pelangan baru yang membeli emas dari geng yang bernilai RM2500 keatas /20g/5 Dinar keatas geng akan bekalkan satu CD yang mengandungi video ilmu emas
  2. geng akan membantu membeli emas secara ansuran melalui Ar-Rahnu..nilai emas yang layak adalah 5Dinar dan 20g keatas sahaja
  3. RM20 akan diberikan kepada pelangan-pelangan lama geng yang memperkenalkan emas kepada orang kedua (mudah cakap bawa pelangan dapat RM20..ini bukan upah..bukan MLM…ini saguhati sahaja) nilai emas 3 Dinar keatas sahaja

jadi inilah pelan-pelan dan peluang-peluang yang geng berikan kepada para pelangan emas GENG916….mungkin benar ada pihak akan menyangkakan geng nak lariskan jualan…itu betul sebab geng nak jadi Master agen…sebab bila jadi master agen nie..banyak faedahnya…geng ada perancangan yang besar..langkah pertama jika geng jadi master agen.geng akan daftarkan syarikat geng….supaya lebih.ummpppp….dan barulah boleh lantik agen-agen dan sub agen….rakan kongsi emas….dll…

akhir kata geng mengucapkan ribuan terima kasih ….

Posted in Uncategorized. 6 Comments »

Kedai Emas tergamak kau!!!!!!

Assalammualaikum kepada para pembaca blog Geng916..diharap berada dalam keadaan sihat sejahtera..dah beli emas?dah?alhamdulillah….dah tambah asset emas anda?belum?kenapa?duit tak cukup?tak cukup berapa?100,200,300, atau 400?tak apa yang penting lock harga dulu..bayar deposit untuk lock harga..cepat anda tinggal sehari saja lagi..kerana haraga sangat murah sekarang…harga emas sekitar USD1107.90/oz…ini adalah entry point yang baik kepada para pembaca untuk mula menyimpan emas dan mengandakan emas..jangan lepaskan peluang ini…hubungan agen-agen yang berdekatan ataupun call GENG di 013-4353317…area sepanjang lebuh raya utara ke selatan boleh geng cover..tiada masalah…(hehehe maklum la geng nie orang utara..jadi alang-alang balik kampung kita jual emas jugak kan?)..ok kali nie geng nak cerita satu kisah..cerita nie..buat geng semangat nak menulis dan kongsi..kerana dalam hati geng ada bermacam-macam perasaan..marah..sedih..kesian..dan gembira….kenapa? semuanya berlaku apabila geng pergi pajak emas pagi tadi di KPMNJ…

Pagi sabtu geng bercadang nak pergi pajak 50g gold coin geng sebab perlukan cash nak beli barang kemas Public Jewellery…setelah siap katalog..geng pun berangkatlah ke Ar-Rahnu…sampai sana geng pun masuk kedalam..di dalamnya ada seorang pelangan sedang menunggu pegawai Ar-Rahnu…geng pun duduk disebelahnya…selang beberapa minit datanglah pegawai ar-rahnu menyerahkan kepada lelaki india tadi..aaa pelangan india…kenapa tak caya ke?betul lelaki tue india….jadi dia pun sains penerimaan..sambil tue geng punserahkan gold coin kepada pegawai ar-rahnu tadi..oleh kerana muka geng nie boleh dikatakan sebagai muka pajak..hehehe jadi pegawai tue pun yakin..geng tengok lagi india tadi dan emas nya…hmmm cantik barang kemas yg ditebus oleh india tue..besar rantai kawin..aaa..rantai sepenuhnya tiada loket..alah mcm filem hindustand tue masa diorang kawin..cantik…dia senyum…lalu geng menyapa..cantik rantai tue shining..dia pun senyum..memang cantik tapi barang tipu…ehhh lalu geng tanya..sebab terkejut..dia kata dia beli dan dicop ada 916..bila dia check dia kata hanya 750…sahaja..KPMNJ adalah ar-rahnu ke2 dia pajak…sebelum tue di ar-rahnu exchange…dia kata ini rantai kahwin..sedin betul tengok muka dia…dia nak jual semula emas tue…geng ingat nak beli…tapi entah tak tahu kenapa tak berasa nak beli…jadi lelaki tue beredar…lepas tue geng tersentak..apasalla aku tak bagi biz card aku..bisik hati geng…biarlah….

dalam masa menanti geng melihat surat pajak milik india tadi..geng ambil dan lihat detailnya….emas dia tadi adalah seberat 64.90g dan ketulinan adalah 18K…tersentak hati geng..sebab terkejut..18K adalah emas 750..lalu geng usha harga pajakkan terkini di Ar-rahnu yg dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia…harga emas 18K..RM101/g..jadi nilai marhum emas mamat india tadi…64.9 x RM101 =  RM6554.9. angap kos upah tukang RM5/g = 324.5…jadi total RM6879.40 kita amnggapkan RM6900.00

jadi mamat india tadi ada cakap yang emas itu dia beli dikedai emas dan cop 916..jadi harga emas semasa di kedai emas sekarang adalah RM138/g….jadi

64.9 x 138 = RM8956.2 ini belum masuk kos upah tukang..katakan upah tukang RM5/g…..64.9 x 5 = RM 324.50…jadi jumlah angaran = RM8956.20 + RM 324.50 = RM9280.70..wahhh maybe angaran kasar barang kemas tadi RM9300.00 berapa kedai emas untung….

RM9300-RM6900 = RM2400…..wahhhh kedai emas untung RM2400..ini baru satu kalau 3 atau 4 item sehari….dah berapa?seminggu?sebulan?setahun?giloooooooooooo…..sampai hati kedai emas….

 jadi geng bertanya kepada pegawai Ar-Rahnu tadi…dia cakap sebenarnya memang begitu…amat jarang dia jumpa emas 916 ataupun sama seperti yang dicop…pastu geng tanya lagi gold bar bagai mana? dia kata setakat nie ok kalau emas 24K…bila di semak..tetap dapat 24K dalam decimeter…pastu geng tanya bagaimana pulak ada dakwaan yg emas PG 999 tak dapat 24K..setakat emas 950 saja…dia berkata..sebenarnya kaedah nak guna desimeter pun mempengaruhi …dia kata lagi..kalau penyemak itu kerap mengkocak bar dalam decimeter..nilainya sentiasa tidak akan dapat 24K…kalau sekali kocak..pasti dapat…kemudian mengikut maklumat yang geng dapat dari seorang pengajar di IKM…dia berkata nak guna mesin desimeter atau prisission metal tester..keadaan sekitar bilik harus bersesuaian..kerana mesin ini terlalu sensitif..jika terlalu terdedah dengan angin atau pergerakkan udara..akan memberi kesan kepada keputusan ujian tadi…

selain dari itu dia memberi beberapa tip untuk memilih emas…iaitu kalau beli emas jangan beli emas di bawah 5g…dan beli emas yang senang patah/rosak…kerana emas adalah logam yg lembut jadi semestinya akan patah…betul..mengikut ilmu yg geng tuntut ada kebenarannya…kerana emas yg banyak atau tinggi nilai emasnya..adalah lebih lembut…jadi jika anda para pembaca semua memiliki brang kemas yang bila baling ke kereta proton dan kemek kereta tue..jamin barang kemas tue kurang emas campuran saja lebih…tapi kenapa kena campur untuk buat barang kemas…senang saja…sebab nak mudahkan ketukangan…kenapa hanya guna nikel..cooper…brass..platinum.dan perak…ini kerana logam ini merupakan logam non ferrous…dimana tiada kandungan carbon…kerana jika ada carbon..logam akan keras..tapi rapuh…dan akhirnya akan berkarat…jadi hanya logam non-ferrous  saja sesuai digunakan…tapi kenapa logam tadi digunakan sedangan banyak lagi logam non- ferrous metal yang lain…kerana warnanya…contohnya..kalau nak brang kemas tue kuninggg sekuningnya campurlah dengan brass…kalau nak jadi oreng…campur la nickel/cooper…nak putih sikit..platinum lah jawapannya….

geng taknak cerita pasal bahan ini..sebab nanti bersiri lagi pulak..hehhehehe…cuma apa yang nak geng ceritakan mengikut Ar-rahnu…kalau nak dapat nilai 916 kepada brang kemas yg nilai asalnya bukan 916..kenalah jual kepada kedai emas..tetapi biasalah…potongan 30%-45% pasti dikenakan…

jadi soalannya….kalau semua kedai emas tipu mana mau beli barang kemas yang jujur…mana lagi kalau bukan di PUBLIC JEWELLERY la…kerana jaminan diberikan harga bayar balik yg adil..lebih kurang 20% saja…dan harga 15% lebih murah dari kedai emas…harga ikut semasa pulak tue…dan paling penting tiada upah kerja tukang yang tak masuk akal….caj kerja tukang tapi kedai emas tak ada tukang emas pun..gila-gila…untung atas angin saja…

jadi anda para pembaca boleh buat perbandingan..diantara kedai emas yang mengunakan harga yang ditetapkan oleh Federation of goldsmith and jeweller associations of Malaysia http://www.fgjam.org.my/ dengan emas yang dikeluarkan oleh Public Gold dibawah anak syarikatnya bernama Public Jewellery di web http://www.publicjewellery.com.my/catalogue/index.php 

jadilah orang yang berilmu…supaya kita tak sentiasa di tipu…banyak tue…bukan sikit beribu-ribu…patut la kedai emas tak ada yang bankrub…kalau kena rompak pun pasti masih berniaga jugak kan….

ok renung-renungkan..fikir-fikirkan….sebarang soalan boleh hubungi geng 0134353397 untuk tempahan barang kemas PJ…goldbar dan coin PG….dan ..Dinar PD….sekian Wsalam

Posted in Uncategorized. 2 Comments »

Kejuruteraan Bahan – Module Emas – Kepelbagaian Pengunaan Emas Siri 7 (final)

Assalammualaikum kepada para pembaca Blog Geng 916, geng berharap para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera…hmmm minggu nie harga emas turun mengila.. paras terendah emas sekitar USD 1102/oz.. ramai pelangan-pelangan emas berasa bimbang dengan penurunan harga ini kerana menyangkakan mereka sudah rugi, begitu jugak dengan penyimpan-penyimpan emas yang lain…bagi tokey-tokey emas dan individu yang memiliki duit yang banyak dalam bank masa inilah yang paling diorang gembira..kerana berpeluang membeli dan menambah asset emas meraka..modal emas kecil dan jual pada harga murah…hmmm mana-mana pun tokey emas jugak untung…tapi bagi geng semua pihak beruntung kerana peluang seperti ini adalah jarang dimiliki..kerana apa?ok mari kita lihat contoh senario dibawah:-

katakan Ali sudah memiliki emas 20g..lalu di gunakan sebagai modal dalam masa 6 bulan, melalui kaedah yang geng ajarkan..beliau telah memiliki tambahan emas sebayak 6 keping 1 dinar dalam masa satu hari dan setelah ditebus selama tempoh matang, dalam simpanan, Ali telah miliki 20g + 6 keping dinar yg harga semasa RM6k lebih…Ali gembira kerana emas yang dimilikinya semakin hari harga naik…..3 bulan selepas itu beliau dapati harga emas nya telah naik kepada RM130/g…sedangkan asalnya dia membeli emas pada masa tue baru RM122/g….Ali telah bertukar dari seorang penyimpan emas kepada seorang pelabur emas…..tiba-tiba ada orang menghubungi Ali dan mengatakan ingin membeli emas Ali sebanyak 4 keping 1 dinar…lalu dia bertanya, berapa Ali mahu jual?lalu Ali mengatakan yang dia menjual emasnya dengan harga semasa…lihat secara automatiknya Ali menjadi tokey emas…dan Ali mendapat keuntungan Dari asil jualannya kerana Harga emas yg sedang meningkat…..

berbanding dengan Ahmad..Ahmad seorang penjual produk MLM…dengan menyertai satu skim ini Ahmad kena mmbeli 14 unit produk MLM nie..modalnya adalah RM20K kerana mesti beli produk syarikat…jadi Ahmad mesti menjual produk itu pada masa itu jugak…modal satu unit adalah RM1400…jadi Ahmad menjualnya dengan harga RM1800…oleh kerana banyak pesaingan diluar dari produk lain yg baru yg cangih dan murah..serta pesaingan dari Agen-2 yg menjual produk yg sama…Ahmad hanya mampu menjual separuh sahaja..setahun dah berlalu..lalu demi melariskan jualan Ahmad terpaksa menurunkan harga kepada harga modal yakni RM1400…dan berjaya menarik pelangan dari Agen lain.tetapi masa mencemburui produk Ahmad kerana semakin lama produk Ahmad nilainya semakin susut kerana pesaingan dari produk lain…lalu ahmad mengambil keputusan drastik dengan menurunkan lagi harga ke RM1300 dan beri peluang kepada pelangan untuk bayar ansuran selama 3bulan..Alhamdulillah Ahmad berjaya menghabiskan semua produknya..tetapi.ahmad terpaksa menagung kerugian diatas jualannya tadi…kerana produknya tiada nilai jika dibiarkan….

berbanding dengan Ali yang emasnya jika tidak dijual harga tetap ada…kerana thn depan jual pun masih org mahu…30 thn akan datg pun orang akan mahu dan dijual pada harga semasa jugak…beruntungnya Ali..

ini adalah satu contoh senario yang dapat geng bagi…sebenarnya banyak lagi.. tak kiralah bila masa kita beli emas..baik masa harga rendah atau turun…kita tetap untung kerana emas ditanggan kita dan sentiasa nilainya akan ikut harga semasa…jadi tiada kerisauan…

ok sekarang berbalik kepada ,main point artikal kita…hehehehe

dah hampir 6 siri geng bercerita pasal kepelbagaian pengunaan emas…mari kita review..apa yang dah kita tahu:-

  1.  emas amat berharga kerana sifatnya dan nilai estetika
  2. emas banyak digunakan dalam penghasilan barang kemas dan perhiasan..dari zaman dulu kewujudan manusia sehinggalah sekarang dimana emas masih lagi diminati
  3. emas pernah dijadikan matawang kerana diantara benda-benda yang diketahui oleh manusia di satu dunia ini..ada satu persamaan iaitu manusia tak kira di mana mengetahui emas amat berharga dan amat susah di perolehi
  4. di zaman moden dan teknologi hi-tech…emas amat penting dalam teknologi gadget yang perlu pemproses data…walaupun dalam sekecil hanset ada emas bernilai RM1.6…inikan pula gadget ict yang besar-besar seperti mainframe supercomputer atau sistem pemancar NASA
  5. Selain itu dalam perubatan jugak digunakan..baru nie produk kecantikan berasaskan emas…hmmm tak sangka
  6. dalam pembuatan cermin kaca berteknologi tinggi bagi pengawalan cuaca dan suhu dalam bangunan
  7. pengunaan gold leaf dalam bangunan yang bercirikan mewah
  8. bidang angkasa..dimana dari visor helmet yg dipakai oleh angkawan dan alatan serta jentera angkasawan pun mengunakan emas..kereta laju lamborgini model Diablo..enjinya disalut emas…dasyat
  9. sebagai hadiah terulung..penghargaan tertinggi anugerah-anugerah yg paling tinggi didunia…emas diberi..bukan bekas plastik…

jadi kita boleh lihat , emas ini menjadi satu bahan yang terpenting di abad ini…dan apabila menjadi bahan terpenting.. demi mengurangkan kos atau harga produk yg berciri emas didalamnya..banyak kali emas diguna semula..barang-2 electronik dikitar semula..banyak pencari-pencari barang lusuh mengambil kesempatan buat duit free dari keperluan ini… dan dah berabad keperluan keatas emas amat ketara. Jika trent ini berterusan dan masyarakat dunia masih demand keatas barang-2 yang sophisticated dan dengan ini pengunaan emas akan meningkat. kombinasi antara permintaan yg tinggi dan rendah kepada sumber penganti emas dan bekalan emas yang terhad sudah pasti emas akan menjadi bahan yang paling berharga di dunia selamanya…dan ini adalah terbukti EMAS ADALAH LOGAM MASA HADAPAN

sekian sudah kuliah kita ..jadi apa yang kita boleh simpulkan..ada banyak faktor yg mempengaruhi harga emas…dengan awal tahun melihat emas sekejap naik..sekejap turun..melalui ini kita boleh katakan …emas akan sentiasa menjadi tinggi harganya…walupun ada faktor lain seperti, nilai dolar yg susut, krisis, dll….tapi bagi geng permintaan keatas emas dalam industri inilah yang faktor utama kenaikan harga emas…jadi para peminat emas..tak kiralah siapa anda penyimpan, pelabur, ataupun tokey emas…jangan ada risau …kalau harga jatuh mcm 20th lepas sekalipun….disebabkan buble….maka percayalah…dia akan naik dengan mendadak bahkan akan naik sehingga kita sendiri terduduk tak percaya..yang sakit jantung pasti kena makan ubat jantung…yang ada darah tinggi pasti darah naik…yang miskin jika simpan emas dia pasti jadi jutawan….maka bersaksilah..insyaallah..kerana emas adalah logam yang mulia disisi manusia kerana kurnian Allah diatas keteguhan pendirian nya….

sekian buat kali ini…diharap anda mendapat ilmu dari apa yang geng nak sampaikan….Assalammualaikum

Posted in Uncategorized. No Comments »

Kejuruteraan Bahan – Module Emas – Kepelbagaian Pengunaan Emas Siri 6

Assalammualaikum kepada pembaca blog Geng916…hmmm hari yang sungguh berbahagia kerana rakan geng cikgu azrul admin auraaurum.com telah berjaya membuka wakala emas di Pekan Nanas…alhamdulillah berpeluang lah orang Pekan Nanas Pontian menyimpan emas…dirasmikan oleh pengasas Public Gold En Louis Ng dan ceramah di beri oleh General Manager Public Dinar En Syukor Hashim…kenapa ?yup syukor hashim admin jutawanemas.com tue…dah jadi manager sekarang la…aaa cuba call public gold kalau tak caya.. hmmm bila la geng nak jadi general manager? hehehe tak apa angan-angan pun ok..manalah tahu dengan usaha yang gagah dan gigih angan-2 jadi kenyataan…insyaallah..ok buat masa nie..geng akan ngajar pembaca pasal emas dulu..hehehe 

ok kisah kali nie…opp silap….kuliah kita kali nie adalah mengenai emas yang digunakan dalam bidang angkasa dan bangunan..kita mulakan dengan bangunan dulu lah 

Kegunaan Emas dalam bangunan dan cermin 

ok setakat nie kita dah tahu emas sebagai barang kemas, matawang, perubatan dan sekarang kepada bangunan, dalam binaan bangunan emas digunakan kepada cermin-cermin bangunan pencakarlangit…aaa tapi kenapa tak warna kuning? ada sebabnya..layan dulu 

Emas banyak digunakan dalam penghasilan cermin. pengunaan asas dalam penghasilan cermin adalah didalam pigment kaca. ketika proses annealling (hmm dalam proses pengubahan bahan dengan rawatan haba) sedikit kuantiti emas dimasukkan dan ini akan menghasilkan cermin yang kaya dengan warna ruby (warna ungu sikit-sikit) dipanggil Purple of Cassius. Selain dari itu emas juga digunakan dalam menghasilkan cermin khas yang khusus untuk pengawalan cuaca didalam bangunan. selain itu apabila emas ini di sadurkan kepada permukaan cermin ia akan memantulkan rediasi dari matahari dan menjadikan bangunan sejuk ketika musim panas dan memantulkan panas dari dalam bangunan dan jadikan bangunan suam-suam ketika musim Sejuk

 

selain cermin bangunan visor helmet yang digunakan oleh angkasawan juga di sadur dengan emas. jadi semasa angkasawan diangkasa mereka tidak akan terlalu terdedah kepada rediasi angkasa, ini akan melindungi mata dan kulit. 

oleh kerana emas nie logam yang lembut dan mudah di bentuk…emas boleh diketuk hingga mengjadi helain 10 kali lebih nipis dari kertas, dinamakan gold leaf. kebanyakkan gold leaf ini di lekatkan pada bangunan..contohnya hotel Burj of Arab yang tangganya dan tiang-tiang didalam nya di salut dengan gold leaf.. 

Kegunaan Emas dalam alatan angkasa lepas 

Jika anda hendak membelanjakan berbilion ringgit diatas kenderaan dan dilancarkan untuk pengembaraan semestinya perlukan pelincir, senggaraan dan pembaikan yang pastinya tiada pembinaan mengunakan bahan yg terpilih amat diperlukan. dengan inilah emas digunakan dalam beratus cara pada setiap kenderaan angkasa yang dilancarkan oleh NASA 

emas digunakan pada litar kerana kebergantungan untuk conductor dan connector. dan tambahan pulak kebanyakkan komponen kenderaan angkasa dipenuhi dengan gold-coated polyester film. filem ini memantulkan rediasi infrared dan mengstabilkan suhu pada kapal angkasa. tanpa saduran ini kapal angkasa akan menyerap tersangatlah banyak haba

 

Emas juga digunakan sebagai pelincir diantara komponen mekanikal. semasa di angkasa yang vakum, pelincir cercair biasa akan pecah molikul ikatannya kerana rediasi yang lebih hebat dari bumi. emas memiliki daya shear yang rendah dan pengunaan sebagai pelincir amat baik dimana molekul emas akan menyelinap diantara komponen dibawah tekanan geseran dan ini menghasilkan daya pelinciran yang sangat baik 

Kegunaan Emas sebagai simbol keagungan dan kejayaan 

Bahan apakah yang digunakan untuk buat mahkota?Emas! logam ini dipilih kerana emas adalah LOGAM yang miliki nilai estetika yang tinggi. tak guna kita buat mahkota dari besi walupun semua tahu logam adalah keras. emas dipilih kerana logam ini berkaitan dengan highest esteem dan status 

emas juga di gunakan untuk buat piala tempat pertama dalam kejohanan peringkat dunia seperti sukan Olympic, Anugerah Academy, Oscar Music Grammy jugak dibuat dari emas. ini keranan ianya melambangkan peringkat tertinggi dalam pencapaian dalam bidang yg diceburi..

 

  

lihatlah inilah kegunaan emas..selepas nie Geng akan rumuskan apa yang kita belajar dalam 6 siri selama ini….jadi…bersambung…. 

Posted in Uncategorized. 3 Comments »

Kejuruteraan Bahan – Module Emas – Topik Kepelbagaian Pengunaan Emas Siri 5

Assalammualaiku kepada para pembaca..selamat bermalam minggu…apa aktiviti para pembaca esoknya..hmmm geng dapat rasakan yang para pembaca akan gunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga kan?eloklah…ok untuk kali ini geng akan ceritakan peranan emas dalam perubatan…tetapi artikal nie geng akan taipkan semula dalam bahasa asalnya kerana bidang perubatan nie geng rasa elok geng tak olah…ok lagipun ini pun baru bagi geng, tak sangka emas digunakan dalam perubatan jugak…ok selamat mebaca

Kegunaan emas dalam perubatan

Gold is used as a drug to treat a small number of medical conditions. Injections of weak solutions of sodium aurothiomalate or aurothioglucose are sometimes used to treat rheumatoid arthritis. Particles of a radioactive gold isotope are implanted in tissues to serve as a radiation source in the treatment of certain cancers.

Small amounts of gold are used to remedy a condition known as Lagophthalmos, which is an inability of a person to close their eyes completely. This condition is treated by implanting small amounts of gold in the upper eyelid. The implanted gold “weights” the eyelid and the force of gravity helps the eyelid close fully.

Radioactive gold is used in diagnosis. It is injected in a colloidal solution that can be tracked as a beta emitter as it passes through the body. Many surgical instruments, electronic equipment and life-support devices are made using small amounts of gold. Gold is nonreactive in the instruments and is highly reliable in the electronic equipment and life-support devices.

Kegunaan emas dalam pergigian

How would iron work as a dental filling? Not very well… your dentist would need blacksmithing tools, your smile would be rusty a few days after a filling and you would need to get used to the taste of iron. Even at much higher expense, gold is used in dentistry because of its superior performance and aesthetic appeal. Gold alloys are used for fillings, crowns, bridges and orthodontic appliances. Gold is used in dentistry because it is chemically inert, nonallergenic and easy for the dentist to work.

Gold is known to have been used in dentistry as early as 700 B.C. Etruscan “dentists” used gold wire to fasten replacement teeth into the mouths of their patients. Gold was probably used to fill cavities in ancient times;, however there is no documentation or archaeological evidence for this use of gold until a little over 1000 years ago.

Gold was much more generously used in dentistry up until the late 1970′s. The sharp run-up of gold prices at that time motivated the development of substitute materials. However, the amount of gold used in dentistry is starting to rise again. Some motivation for this comes from concerns that less inert metals might have an adverse effect on long-term health.

tak sangka dalam perubatan emas jugak digunakan…dalam pergigian dah tahu lama dulu…ok lepas nie kita lihat perkembangan emas di era erospace, bangunan dan simbol kemenangan….bersambung

Posted in Uncategorized. No Comments »

Kejuruteraan Bahan – Modul Emas – Topik Kepelbagaian Pengunaan Emas siri 4

Assalammualaikum kepada para pembaca blog geng916, diharap berada dalam sihat sejahtera di samping keluarga…ok melalui artikal yang lepas…apa yang telah kita ketahui?

  1. pengenalan emas; kenapa ianya berharga dari segi sains
  2. pengunaan asal emas adalah sebagai barang perhiasan dahulu dah guna sehingga ke hari ini…emas menjadi pilihan
  3. Emas sebagai matawang…

sekarang kita sambung lagi…kali ini kita tengok peranan emas di zaman global sekarang

Emas digunakan dalam elektronik

Industri yang terpenting yang mengunakan emas adalah dalam penghasilan barangan elektrik.dalam bentuk sold  alatan elektronik yang mengunakan volt yang rendah adalah mudah diganggu oleh hakisan dan lusih bila terkena sentuhan. emas adalah konduktor tinggi yang tinggi efisinya kerana mampu membawa aliran arus dan bebas dari hakisan. komponen elektronik amat bergantung kepada pengunaan emas. emas digunakan dalam connector, switch dan relay contact, soldering joint, connecting wire dan connecting strip.

dalam setiap setiap alatan elektronik termasuklah cell phone, kalkulator, PDA, GPS dan lain-lain alatan elektronik yg komplek, selain itu television, astro decoder juga miliki emas didalam circuitnya

salah satu cabaran dalam pengunaan emas dgn kuantiti yang sedikit adalah kehilangan logam dalam pegangan masyarakat. dekat satu bilion cell phone dihasilkan setiap tahun dan didalam nya ada lebih kurang RM1.65 nilai emas , dan jangka hayatnya hanya bertahan setakat 2 thn sahaja dan hanya sedikit dikitar semula.

Emas didalam Komputer

Emas digunakan didalam sebilangan komputer peribadi dan laptop. kepantasan dalampenghataran maklumat digital didalam komputer dari komponen ke komponen memerlukan conduktor yang effision. emas menepati kehendak ini lebih baik dari logam lain. kepentingan  dalam memenuhi kehendak ini yang tinggi menjadikan ianya berkos tinggisemua connector,motherboard, ram, processor, vga carg dll cable dalam komputer memiliki emas. emas didalam komponen biasanya di electoplated kepada logam lain dan diloyangkan bersama dengan nickel atau carbon untuk meningkatkan ketahanannya.

jadi para pembaca sekalian …cuba buka alatan-alatan elektronik anda dan perhatikan …manalah tahu..anda boleh kaya dengan emas guna semula ini

baik kita tanguh dahulu setakat ini dan akan bersambung dalam tajuk perubatan pulak…bersambung

Posted in Uncategorized. No Comments »

Kejuruteraan Bahan – Modul Emas – Topik Kepelbagaian pengunaan emas siri 3

Assalammualaikum para pembaca blog GENG 916 diharap para pembaca mendapat sedikit ilmu dari pembacaan dalam blog ini….ok kelas kita bersambung…sebenarnya geng cadang nak publis artikal siri 3 nie esok…tapi sebenarnya geng ada satu berita yang nak geng sampaikan..tapi sebelum tue kena habiskan kuliah kita…berita itu gang cadang nak postkan pada 26/3/2010 sempenan hari kebesaran geng…tapi tengoklah..kalau sesuai di cerita awal..geng post kan awal yek…sabar…

ok kita bersambung tajuk untuk siri ketiga ini pulak

Pengunaan emas sebagai Kewangan

 Oleh kerana emas merupakan logam yang sangat berharga dan sumber sangat terhad, emas telah sekian lama dijadian medium petukaran dalam urus niaga sebagai matawang. Pengunaan emas sebagai medium petukaran mengambil usia semenjak 6000 tahun. Awal urusniaga dijalankan dengan pengunaan emas dan perak (dinar dan dirham).  emas amat sesuai kerana nilainya yang amat tinggi , mudah dibawa dan senang dibahagikan ke nilai kecil kerana kelembutannya 

dahulunya duit kertas di sokong oleh emas ..setiap nilai wang kertas disimpan mengikut unit nilai emas yang ada. Dahulunya US pernah mengunakan piawaian emas (gold standard) dan mengekalkan setiap simpanan emas mengikut nilai dollar. dibawah piawaian ini sesiapa saja yang membawa wang kertas boleh menukarkan dengan samaan nilai dengan emas..tapi pada satu masa  dizaman President Nixon telah mengugurkan penyandaran ini…akibatnya terjadilah WANG FIAT (sila baca utuk lebih faham pasal wang fiat clik sini)

sekarang ini emas dijadikan sumber kewangan altenatif untuk backup kewangan dalam bentuk gold bar atau gold bullion.sekarang ini kerajaan, individu dan institusi menyimpan emas sebagai pelaburan dalam bentuk bullion

Siling emas pertama yang dihasilkan adalah atas arahan Raja Croesus of Lydia (sekarang dikenal sebagai turkey) lebih kurang 560 sebelum masihi. matawang emas secara amnya digunakan dalam perdagangan sehingga pada awal 1900 dan selepas itu diambil alih oleh matawang kertas. siling emas dihasilkan dalam 2 jenis. satu didominasi dalam bentuk dollar dan satu lagi dalam nilai berat seperti ounce dan gram

sekarang siling emas tidak lagi digunakan sebagai matawang, tetapi siling emas yang dinilaikan dalam bentuk berat sangat diminati dan mendapat permintaan sebagai pelaburan, ini kerana emas sudah jadi satu bahan komuditi dan harga nya sentiasa naik turun dimana bila emas banyak dipasaran harga akan turun…tetapi bila emas berkurangann  dan permintaan tinggi..harga aka  naik mendadak, inilah yang menjadikan siling emas menjadi koleksi bernilai dan logam yang sangat berharga

sekarang di negara kita ada usaha-usaha untuk kembalikan pengunaan emas sebagai matawang..jadi kita mesti menyokong usaha ini demi kebaikan kita semua…

sekian sudah siri 3 ini..selepas ini kita akan tengok pula pengunaan emas didalam teknologi…bersambung

  


Posted in Uncategorized. No Comments »

Kejuruteraan Bahan – Modul Emas – Topik Kepelbagaian pengunaan emas Siri 2

Assalammualaikum…kita sambung kelas kita lagi..topik kali nie adalah

Kegunaan utama emas:-Barang Kemas

Emas telah ditemui dalam bentuk asli, ia mudah dikerjakan dan dianggapkan merupakan logam pertama yang digunakan oleh manusia. Sekarang, kebanyakkan emas yang telah dilombong atau dikitar semula digunakan dalam penghasilan barang kemas. Lebihkurang 78% emas digunakan dalam penghasilan barang kemas

keistimewaan sifat emas yang membolehkan penghasilan barang kemas adalah; very high lustre (kilauan yang sengat tinggi), warna kekuningan yang mengashikkan, tarnish resistance , kebolehan untuk dibentuk kepada bentuk wayer, kebolehan diketuk hingga menjadi helaian atau di tuangkan dalam acuan bentuk

Emas tulin amatlah lembut jika dikenakan tekanan oleh perhiasan lain. tukang emas mendapati dengan mengloyangkan dengan logam lain seperti nikel, cooper, dan platinum akan menambahkan lagi durability(ketahanan /kekerasan)

emas yang telah diloyangkan mengandungi sedikit kuantiti emas dan mengurangkan berat ketulinannya . satu piawaian telah ditentukan untuk menilai tahap ketulinan sesuatu emas, unitnya adalah karatage atau karat. emas tulin dikenali dengan piawaian 24 karat dan akan sentiasa di copkan 24K. kandungan emas yang hanya 50% sahaja dikenali dengan emas 12Karat (12/24ths) dan dicopkan dengan 12K. Emas yang memiliki ketulinan 75% saja di namakan 18karat dan dicopkan dengan 18K dalam ertikata lain lagi kurang emas lagi keras barang kemas itu…dan lagi murah emas itu dipasaran dan setiap campuran emas ini denagn logam lain akn menghasilkan warna emas yang berbeza….ada orang memberi petua..kalau emas itu terlalu cantik dan susah rekaannya maka kuranglah nilai ketulinan emasnya

jadi inilah kegunaan emas sebagai barang kemas..tajuk selepas ini pulak peranan emas sebagai kewangan dan alat melindungi kekayaan….bersambung

Posted in Uncategorized. No Comments »

Kejuruteraan Bahan – Modul Emas – Topik Kepelbagaian pengunaan emas Siri 1

Assalammualaikum para pembaca blog Geng 916….bagaimana dengan kehidupan seharian…diharap kehidupan saudara dan saudari adalah lebih baik dari semalam… hmmm dah lama dah geng nak buat artikal nie..hehehe..tengah tunggu bahan..maklum la..kalau nak ajar orang..kena pastikan ilmu kita betul..

baik kali nie mari kita belajar..hehehehe..satu sabjek yang sinonim dengan student-2 yang ambil bidang kejuruteraan ….terutama mekanikal…..subjek Kejuruteraan bahan atau setengah ipt panggil sains bahan…tapi apa-apa pun bahan lah…

modul nie geng akan pecahkan kepada beberapa series……untuk siri ini kita mulakan dengan mukadimah la…ataupun pengenalan..hehehe kata orang tak kenal maka tak cinta..hmmm sebenarnya geng nak tulis dalam bahasa orang putih..sebab nota geng masa belajar dulu dalam bahasa penjajah nie..hehehehe…tapi tak apa geng cuba ceritakan dalam bahasa ibunda….cuma bahasa teknikal tidak akan saya ubah sebab ye la..istilah teknikalkan..senang faham sikit..hehehehe

ok mari kelas bermula

Emas – Kepelbagaian pengunaan emas

Pengenalan

Emas terkenal dengan tuangan kekuningannya yang merupakan logam yang paling lama digunakan oleh manusia. sejak dari zaman neolitik manusia telah mengumpul emas dari sungai-sungai, bekas-bekas lombong boleh kita jejaki sejauh 3500 sebelum masihi, dimana orang mesir purba (kaum-kaum sumaria di metasepotamia) mengunakan emas sebagai alat perhisan brg kemas, alatan ibadah dan alatan gunaan harian barangan rumah

sifat-sifat fizikal keindahan emas dengan digabungkan sifat-sifat fizikalnya yg lain telah menjadikan emas sebagai logam yang sangat berharga sejak sekian lama. menurut sejarah emas jugak telah menjad pecetus atau penyebab kepada konflik seperti kehancuran tamadun aztac dan inca, dan permulaan gold rush di America, Georgia, California dan Alaska.

Tempat depo emas terbesar di dunia boleh kita jumpa di Selatan Affrika di Precambrian Withwatersrand Conglomerate. keluasan lombong emas ini berukuran seluas beratus-ratus batu diameter dan melebihi dua batu kedalam  perut bumi…telah dianggarkan 2/3 dari sumber emas berasal dari Affrika selatan. Diantara pengeluar-pengeluar emas laian adalah dari Australia, Soviet Union, US (Arizona, Colorado, California, Montana, Nevada, Dakota selatan, dan Washinton)

kira-kira 65% emas diproses untuk kegunaan bidang Industri, terutama barang kemas, electrikal, elektronik dan industri seramik . Pengunaan dalam industri telah meningkat tahun demi tahun dianggarkan 25% dari perlombongan emas tahunan, selebinhya digunakan dalam penghasilan gaca gantian cermin yang dinamakan  Purple of Cassius, dimana di aplikasikan kepada cermin-cermin tingkap bangunan.

Sifat-sifar fizikal emas

Emas yang simbol kimia nya merujuk kepada Au adalah bersifat (malleable) mudah dibentuk, ductile dan sectile, dan merupakan konduktor haba dan elktrik yang tinggi dan kebolehan menangkis hakisan dan karat bila digunakan banyak kali. sifat malleable merupakan sifat logam yang membolehkan ianya dibentuk bila diketuk 10 kali lebih nipis dari kertas, helaian ini  kadangkala di sejat menjadi kaca untuk pantulan  infrared, di acuankan seperti tampalan pada gigi atau digunakan untuk saduran komponen-komponen. Kebolehan logam emas jugak adalah sifatnya untuk di drawn kan kepada senipis wayar dimudahkan untuk di masukkan kedalam circuits seperti transistor dan digunakan dalam industri sadur dan brazing alloy.

setelah sekian lama, emas telah boleh digunakan dalam industri dengan megabungkan dengan unsur logam yang lain seperti silver, copper, platinum dan nikel, Alloy emas biasanya di ukur dengan unit Karats.

setelah sekian lama sejarah bumi kita emas telah mempengaruhi kihidupan dengan menjadi simbol kuasa,kecantikan, ketulinan dan kejayaan. . Bersambung….

Next Class…….Kegunaan utama emas:- Barang kemas

Posted in Uncategorized. No Comments »

Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB

Assalammualaikum kepada para pembaca…hmmm selamat malam…ehhh dah pagi..hehehehe ..kepada pembaca yang baca waktu pagi..geng ucapkan selamat pagi…bagi yang baca pada waktu siang…selamat siang…begitu pada masa malam…selamat malam…hmmm kali nie geng nak kongsi satu artikal yang bukan geng yang tulis tapi seorang master agen Pn Nuru Huda Ismail…admin gold2rich.com ….ye dia master agen…jgn main-main….jadi mana-mana peminat emas wanita yang malu-malu nak tanya geng..boleh tanya Pn Nurul kita… best artikal nie..wajib baca…ok..geng takkan edit langsing artikal beliau..selamat membaca..

Salam semua,

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah haram, namun diistiharkan Harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halal proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan ‘suara’ MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi…..

ok…bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram – RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram – RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g – RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g – RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44 

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74 

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 – RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat akakpon boleh….dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini…

(sumber:-http://www.gold2rich.com/2010/03/rahsia-nak-manfaatkan-untung-emas.html )

amacam best kan…dah faham kan..haaa kan geng dah cakap…ada emas semua boleh…jadi bertukarlah kepada simpanan emas…macam mana nak jana emas setiap bulan? bacalah artikal geng bertajuk:

http://geng916.com/2010/02/bagaimana-nak-menambah-emas-dengan-bantuan-ar-rahnu/

http://geng916.com/2010/02/pilihan-yang-bijak-tapi-tak-cerdik/

ambil lah..blajarlah…beramallah….semoga di murahkan rezeki para pembaca sekalian..ikhlas dari geng…berminat nak cuba…call geng di no 0134353317

Posted in Uncategorized. 3 Comments »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes