Pengalaman aku merempit…vroom…vroom..vrooommmmmm

assalammualaikum kepada para pembaca Blog Geng916..hehhehe..hari nie sangat bahagia bagi geng….geng harap para pembaca pun bahagia dan ceria… kali nie gang nak cerita pengalaman geng merempit di litar KPMNJ…

ok inilah gambar bangunan AR-RAHNU KPMNJ…sebelah bagunan MARA negeri Johor (klik untuk besarkan)

semalam geng dah lock emas berjumlah RM4184….(klik link berikut)

http://www.flickr.com/photos/geng916/4333596589/

jadi bila dah sampai di KPMNJ…kenalah isi borang dulu..sebab first time datang pajak di KPMNJ…ic jgn lupa bagi…(klik link berikut)…pastu pegawai di situ akan minta emas yg kita nak pajak bersama dengan sijil ketulinan….yang bestnya emas kita tidak diusik..tidak di potong plastiknya..keranan KPMNJ adalah agen public gold jugak dan jual emas PG..hehehe

http://www.flickr.com/photos/geng916/4333586393/

aku pun bagi la emas 50g bersama-sama dengan sijil ketulinan…di KPMNJ..yang bestnya..hanya terima emas Public Gold..hehehe..umpama kedai pajak PG la..hehehe..special for PG gold holder…sini selain berfungsi sebagai Ar-Rahnu..KPMNJ juga jual emas PG dan PD..hehehhe…senang dapat stock….cuma tak ada potongan 1.5% kepada agen..kalau ada senang geng pun nak beli di KPMNJ….stok dekat…

semasa menanti proses pendaftaran untuk jadi KAKI pajak hehehe..geng dapati…ada jugak pelangan dari kaum india…hmmm ini bermakna kaum-kaum lain pun meyakini sistem pajakkan islam….bayangkan di depan KPMNJ saja ada dekat 6 kedai pajak convensional yang lain…tapi lesu tak ada orang..ye la sapa nak berurusan dengan kedai pajak yg mengamalkan interes/bunga/riba….rugi dan berdosa….(klik link)

http://www.flickr.com/photos/geng916/4334328636/

hmmm yg bestnya en hishamudin ada di depan…bagus bos nie…dia pun membantu melancarkan proses pemajakkan…

http://www.flickr.com/photos/geng916/4334329296/

lepas tunggu lebih kurang 5 minit..en hishamudin panggil saya untuk masuk dalam opis…hehehehe ajak sembang sambil serahkan duit….duit…duit…duit..

http://www.flickr.com/photos/geng916/4334331030/

nilai marhumnya adalah RM6900…kerana hari nie emas pajak adalah emas 999 =RM139/g

dapat ditanggan RM4480 cadangan bayaran bulanan:-  RM746.67….(750 senang kira)

upah simpan RM47.63/bulan selama 6bln

tempoh matang 6 bln…tarikh:-5/8/2010..(klik link bawah)

http://www.flickr.com/photos/geng916/4342011621/

dapat duit…terus geng pergi ke Maybank dan bank in kepada Public Gold…hehehe..tenang jiwa…hujung bulan pergi ambil…20 g dan 3dinar..hehehhe (klik link dibawah)

http://www.flickr.com/photos/geng916/4342011625/

Kenapa GENG pilih kaedah ini untuk membeli emas

1)duit tak ada..tapi emas ada…

2)tak terjebak dengan riba

3)pembayaran balik yg flexible

Penjelasan dari geng

semalam ketika melayari blok Jutawan emas..terdetik pada geng untuk melayari ruang chit-chat…ada seorang sahabat yg bernama Giagi yang menyatakan dia tak bersetuju dengan geng kerana mengalakkan orang membuat pinjaman untuk membeli emas…umpama geng nie menyusahkan pulak org lain….

jadi di sini gang nak jelaskan kenapa geng mempertahankan pendapat geng….

bagi geng…geng bertujuan untuk mengalakkan org ramai menyimpan dalam bentuk emas..kerana emas adalah kekayaan sebenar…selain itu emas ini juga boleh dijadikan bank kepada pemiliknya…

ok bagi pembelian emas..sekarang emas dah turun harganya…niat dihati nak beli..tapi duit cash tiada..jadi mcm mana nak cari duit untuk bayar…kena guna OPM….nak guna duit siapa?ini yg menjadi satu permasalahan…nak pinjam dari bank ke?paling kecil pinjaman adalah RM1000 12bln..kena interes 3.42% (untuk gomen)..jadi jumlah penjelasan kepada bank adalah tinggi untuk bayaran setiap bulan….tapi adakan kita nak buat loan bank RM1000 sahaja…tak berbaloi…

katakanlah anda nak beli emas 20g dan 3 dinar yg harganya RM4184…mana nak cari duit?public gold ada sediakan plan bayaran 4 bulan melaui easy payment..jadi sebulan RM 1046….hmmm mampu kah anda?pasti ada yg tidak…jadi ada yg buat pinjaman bank..pinjam mana ada RM4184…semestinya nilai RM5000..interst 3.42% sebulan…dah berapa…bagaimana pulak dengan pinjam duit dari emas anda sendiri dengan mengunakan Ar-Rahnu….

disini saya pajakkan 50g gold bar saya..saya dapat RM4480….bayar bulan RM750…okla upah simpan pun RM47.63/bln….yang penting kita tak terlibat dengan riba yang tak pastinya haram….

ada orang cakap..Ar-Rahnu nie untuk org berniaga sahaja..bagi geng tidak..ia umpama sumber OPM kita

ada orang guna Ar-Rahnu untuk selesaikan kewangan mereka dan ada buat simpanan

seperti simpanan ASB…mana bagus guna duit dari Pajakkan emas   atau buat loan bank pastu masukkan kedalam ASB…dan makan riba?tepuk dada tanya iman

selain itu ada jugak yg guna emas untuk:-

  1. beli laptop untuk anak belajar
  2. bayar insuran dan road tax kereta
  3. langsaikan kredit card
  4. kahwin
  5. beli emas
  6. dll

banyak gunanya…inilah kebaikkan emas..sebab itulah geng galakkan kawan-kawan para pembaca blog geng untuk simpan emas….jangan fikir pasal kerugian bila emas turun harga…jangan fikir untuk untung dari kenaikan harga emas…fikir cara lain..kerana kalau kita kreatif..macam-macam boleh kita buat dengan emas…walupun emas tidak boleh dimanipulasi nilainya…tapi emas boleh dimanipulasi pengunaannya untuk kepentingan kita…

yang penting..kita beli emas sebagai simpanan kita..kerana kita tak tahu apa akan jadi pada esok hari….

sekian…

You may also like...

2 Responses

  1. Hishamudin says:

    Saya bagi pihak KPMNJ mengucapkan terima kasih kepada En Hasfarizan kerana mempromosikan Ar-Rahnu KPMNJ ini. Saya ingin memaklumkan bahawa had maksima pinjaman Ar-Rahnu buat masa ini, untuk satu-satu pelanggan ialah sebanyak RM20,000-00. Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi, boleh gunakan nama orang lain seperti isteri, suami, ibu, bapa atau sesiapa yang boleh dipercayai. Insyallah, saya akan cuba mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan untuk menaikkan had maksima pinjaman tersebut. Terima kasih.

  2. Admin says:

    terima kasih en hishamudin dari Koperasi Pemodalan Melayu Negeri Johor

Leave a Reply

Get Adobe Flash player