Guna duit emas, perak beli-belah barangan

Assalammualaikum kepada para pembaca..kali nie geng nak berkongsi satu berita dari negara jiran kita indonesia…di indonesia serba orang tahu kalau dibandingkan dengan matawang kita..duit kertas kita lagi besar…kerana indonesia telah kena hyperInflasi…jadi ada satu tempat di indonesia yg tidak gunakan duit kertas..diorang guna dinar dan dirham…yup wang emas dan perak..mari kita ikuti…

sumber Akhbar Kosmo! tarikh 18/2/2010

SABENI (kanan) berdiri dekat notis di kedai farmasinya yang menyatakan dia menerima dinar emas dan perak di Cilincing, utara Jakarta pada 27 Januari lalu

JAKARTA – Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.

Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.

Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.

Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).

Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.

“Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas,” kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.

Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.

Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. – AFP

jadi lepas nie kalau sesiapa berhasrat nak pergi di tempat nie..kena la bawa banyak duit kertas..hahaha..dah terbalik….katakanlah roti canai sana harga 7 dirham..hmmm berapa harga ringgit malaysia? RM75.60..pergggg macam malaysia pulak yg kena Hyper Inflasi….kalau nak makan nasik padang harga 1 dinar? sepinggan RM519….jadi kalau nak nikah orang sana ….20 dinar?RM10380…waduh..waduh….lepas nie..kurang la rakyat indonesia kerja di malaysia..jika indonesia mengamalkan dinar dan dirham sepenuhnya….kita di malaysia bila lagi?

di kelantan dah mula dinar dan dirham…hehhehehe..jadi simpanlah dinar sekarang…nak dinar..hubungi geng di no talipon…013-4353317

You may also like...

Leave a Reply

Get Adobe Flash player