asslammualaikum para pembaca sekalian…apa khabar dah beli emas ke belum?belum lagi?korang tunggu apa..nak tunggu arang lain kaya baru korang nak beli?nak tunggu harga emas naik sampau $2000/ounce baru nak beli…masa tue dah mahal babe….jangan la pulak masa tue baru korang merayu-2 minta diskaun….sapa nak bagi..aku ke?kirim salam la..tapi bayar ansuran boleh ..hehehhee
ok hari nie aku nak ceritakan mengenai info yang aku dapat dari kawan aku…korang semua para pembaca dah tahu yang aku nie seorang agen penjual emas pelaburan dibawah syarikat Public Gold…siapa yg baca blog aku mesti dah tahu apa itu public Gold kan….jadi tak payah aku sembang lama-2
sekarang aku nak sembang pasal satu lagi syarikat yang menjual emas pelaburan selain Public Gold dan permodalan melayu kelantan..
nama syarikat tue HANA GOLD TRADE CENTER
lokasi syarikat nie terletak di menara kuala lumpur KLCC…ini alamatnya
| Level 40, Tower 2 Petronas Twin Towers |
| Kuala Lumpur City Centre |
| 50088 Kuala Lumpur |
| Malaysia |
| Tel : +60321684447 |
| Fax : +60321684201 |
| Email : customerservice@hgtc.com.my |
aku nak cerita panjang-panjang pun aku tak berapa paham tapi intro syarikatnya macam nie
Hana Gold Trade Centre Sdn Bhd (851085-H) beroperasi di pusat bandar Kuala Lumpur. Kepakaran HGTC adalah pakar perunding dalam membantu pelabur meluaskan sebahagian daripada pelaburan ke dalam bentuk aset tegar seperti emas melalui pembelian “bulion emas(bullion coins), jongkong (bars) atau barang berkenaan dengan emas(numismatic items)”. HGTC membeli dan menjual semua jenis barang berkenaan pada harga yang konsisten berbanding saingan HGTC.
HGTC menawarkan harga kompetitif kerana HGTC mampu mengawal kos overhed yang rendah dan kemampuan HGTC mengembangkan perniagaan melalui pesanan berulang daripada pelanggan.
Kejayaan HGTC berteras di atas konsep yang mudah: Melayani keperluan pelanggan dalam situasi yang mesra, cepat dan berbudi bahasa di samping menawarkan harga yang adil dan telus. Sehubungan itu, laman web HGTC telah dirancang untuk memudahkan kefahaman pelanggan dalam logam bernilai dan pasarannya. HGTC akan membantu tanpa mengira waktu untuk pelanggan yang baru menceburkan diri.
HGTC tidak menyokong taktik jualan tekanan tinggi dan sebagainya tetapi mencari peluang mengembangkan perniagaan pelanggan dengan informasi tepat dan terkini. Sama ada objektif objektif pelaburan pelanggan adalah keuntungan, pengekalan modal ataupun kedua-duanya, HGTC akan membantu pelanggan memilih bentuk pelaburan logam bernilai yang sesuai dengan keperluan.
Objektif syarikat
- Menjadi sebuah syarikat yang bertauliah di dalam sektor perdagangan emas di dalam dan di luar Negara
- Menjadi tempat pengumpulan maklumat dan ilmu di dalam sektor ini
- Membantu mengukuhkan ekonomi Negara dari segi penyimpanan wang ringgit kepada eset emas
- Menjadi penasihat/perunding kepada mereka yang ingin menceburi bidang pemilikan emas
Produknya pulak
gold bar…dulu sekarang barang kemas..nanti aku ceritakan
rujukan harga emas pun disediakan di dalam laman web
MAKLUMAT KORPORAT
Tarikh diperbadankan: 25 Mac 2009
Aktiviti Utama:
Aktiviti utama syarikat adalah penubuhan, peruntukan emas, penyelidkan dan pembangunan, teknologi emas, perniagaan berkenaan emas dibawah penyeliaan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Kementerian Teknologi Sains dan Inovatif (MOSTI) dan Kementerian Kerjasama Pembangunan Usahawan (MECD)
| Nama Berdaftar: | HANA GOLD TRADE CENTRE SDN. BHD. |
| No Pendaftaran Syarikat: | 851085 – H |
| Setiausaha Syarikat: | Epsilon Edvisory Services Sdn. Bhd. (627159-V) (MAICSA 7009732) |
| Alamat Perniagaan: | Level 16, Menara Hap Seng , Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur , Malaysia. Tel : 603 92367348 / 603 92367349 Fax : 603 92367333 |
| Bank Utama: | CIMB Bank Berhad |
ok..aku sempat menghubungi syarikat ini dan bersembang dengan pegawai disitu..
hasil dari perbualan aku dengan awek situ..syarikat nie asalnya menjual jongkong emas..aku tak sempat tanya dari mana diorang dapatkan emas…tapi kalau korang tenggok gambar produk emas diorang ada tetera TCS Jewellery sdn bhd…jadi semestinya syarikat hana nie tiada kilang sendiri dan jamin stok susah
awek tue cakap..syarikat tak buat emas jongkong sebab bank rakyat tidak terima emas jongkong…walaupun aku memberi cadangan supaya diteruskan jugak emas jongkong tetap syarikat nie seperti ada share dengan bank rakyat..sebab apa-apa pelaburan menjurus kepada Bank rakyat..walaupun aku dah cerita ada kedai pajak lain..tapi rujukan diorang tetap bank rakyat
aku cuba cari butiran pasal TCS Jewellery tapi yg aku jumpa kedai pajak antarabangsa adala…pasal fedmas..aku jumpa…Fedmas Assayer…syarikat yg check ketulinan emas..diorang pun ada… http://www.fedmas.com.my/
ok..sekarang mari kita buat perbandingan antara HGTC dengan PG
dari segi harga emas..
dari segi update harga..menang public gold sebab harga diupdate selalu…HGTC belum update
harga emas HGTC 50g….1g=158.97 x 50 =RM7948.5…..mahalllllllllllll
Harga emas PG 50g =6828…jadi 1g =6828/50 = RM 136.56
beza harga /g=157.97 – 136.56 = RM21.41…gila rugi…mesti ada harga tukang nie…
bagaimana pulak dengan produk?
kalau korang tenggok pun dah tahu..cantik lagi produk dari public gold..
Rumusan…
jadi aku dapat katakan syarikat nie walaupun milik bumiputra tetapi beroperasi tak ubah seperti kedai barang kemas…jadi bagi kita yang nak menceburi pelaburan emas nie..bagi aku tak sesuailah nak guna emas nie..ohhh hampir terlupa…oleh kerana syarikat nie tidak buat gold bar..tapi kalau nak diorang boleh buat tapi syaratkena beli barang kemas dari syarikat diorang dan setakat nie..diorang hanya jual gold bar seberat 1g….leceh-leceh…aku bukan taknak sokong milikan bumiputra…tetapi korang paham-paham la…kita melabur nak maksimumkan keuntungan dan minimumkan kerugian…kalau ashik nak tolong bumi sedangkan bumi taknak tolong balik apa cerita..minta maaf aku cakapkan aku lebih selesa menjadi pelabur emas Public Gold…tapi jgn lupa emas-tetap emas…syarikat mana pun ok..tapi jangan rugi…sekian
UPDATE:-1/1/12
assalammualaikum kepada para pembaca, blog geng 916…maaflah geng terpaksa update artikal ini kerana ada pihak menyatakan geng tidak adil dalam menulis artikal…
untuk makluman semua HANA GOLD yang geng tulis artikal ini adalah berdasarkan penerangan dari pihak HANA GOLD pada masa itu…geng hubungi mereka yg ketika itu terletak dialamat yg tertera diatas
dan perbandingan yg geng buat adalah berdasarkan perbandingan dari sudut kepentingan pelabur emas fizikal…
harap maklum….
















terima kasih atas perkongsian ILMU
http://www.pokli.com
sama-sama sifu..sharing is caring
salam..sblum ni pnh dgr pasal hana gold.klu slh tlg btulkan..org yg trlbt dgn hana gold ni org yg sama dengan etika emas yg kena serbu dgn bnm.yg smpi skrg dlm siasatan.sy antara plbur yg rugi sbb join eee.so..tlg hati2.jgn berurusan dgn org yg pnh ada kes.sy dpt sumber pun dri internet jgk..kesahihan tk pasti.tp klu angin tk bertiup pkok tk bergoyang.just nak sruh hati2 je.klu blh..ELAKKAN.terima kasih
sebenarnya…syarikat ini hanya menjual emas terutama barang kemas…tiada buat skim…maybe ada staffnya yg terlibat dengan etika..
waluapa-apa pun seperti yg saya tulis..lebih baik beli emas dari Public Gold
Salam..terima kasih saudara admin.Benar kata admin,bukan kita tidak menyokong syrkt bumi..tapi biarlah dalam situasi menang menang..bak petikan kata2 dalam citer omputih Jerry Maguire.(betul ke eja nie:p)
“HELP ME TO HELP U!”..Kalau ada sykt bumi yg berdaya saing dan setaraf dgn PG..saya pun tak teragak2..emas tetap emas..macamana pun ada nilai..tapi jadilah pelabur emas yg bijak..
benar kata saudara maze…kita kena jadi pelabur yang bijak…ambillah kesempatan diatas apa yg ada didepan mata…maksimumkan keuntungan kurangkan kerugian…jika ada penawaran harga yg baik lebih murah dan menguntungkan kita sapu…kita yg pilih…buatlah pilihan yg bijak
Salam,
saya cadangkan admin buat pula kajian tentang Emas Sri Ayu keluaran peniaga emas dari Kelantan.
Saya perhatikan dari segi Harga jauh lebih murah dari public gold, keluaran muslim, spread pun setaraf public gold.
wsalam…
terima kasih atas komen anda..
sebenarnya bukan saya sri ayu…bahkan banyak lagi kedai emas keluaran bumi yang bagus-2…tpi saya kena pentingkan pelangan-2…keutamaan saya bukan kepada syarikat-2..baik muslim aau non muslim…yang penting para pelabur yg dapat manafaat…macam hana..hanya dikl…sri ayu di kelantan gcp di nilai…jadi saya akan menceritakan dimana yg menguntungkan pelabur..kerana niat saya nak menguntungkan pelabur…jika tuan ada lagi syarikat yg mengntungkan pelabur sila maklumkan kepada saya…insyaallah saya akan cuba tulis dikelapangan masa saya…